15 November 2014

KISAH RAKYAT NEGERI NAJIB DAH TAK MAMPU BELI BERAS!!!


Kisah WARGAKILANG Masuk Kg di Pahang

Hari tu saya ada post dalam FB kisah kaum NGO "Noreh Getah Orang" khususnya di Kedah negeri kelahiran saya yang dihimpit derita kerana harga jatuh dan hari menoreh yang tidak menentu, hinggakan ada yang tak mampu nak beli beras. Nor, adik ipar saya di Balok, Kuantan Pahang reply balas, dia tulis lebih kurangnya:

"Abang Munir, kisah kaum penoreh yg dihimpit derita ini bukan setakat di Kedoh aje, ini di Pahang ini pun ade. Kawan Nor dari kawasan pedalaman Pahang yang ramai penoreh getah tu cerita, dia orang teruk sangat dah, bukan setakat nak beli beras, ada yang nak beli GULA pun tak mampu !!"

Bila saya cerita kat kawan-kawan di Kedah ini, depa buat lawak kata memang lah tak mampu, harga sekilo getah RM1.80 tapi harga gula sekilo RM2.85, mana ada orang jual gula setengah kilo? - hmm, ada logik jugak lawak depa tu.

Maka, dalam agenda menjejak cerita adik ipar saya tu dan teringin nak jumpa orang yang cerita penoreh tak mampu beli gula ini, minggu lepas bersama-sama dgn rakan-rakan dari NGO Wargakilang, kami halakan expedisi masuk kg yg biasanya terhad di kawasan utara dan sesekali turun ke Kelantan dan Terengganu ini, kali ini menghala ke pedalaman Pahang.

(Konvoi 15 buah kereta lebih kurang membelah kg-kg di pedalaman Pahang)

(3 pax beras 10 kg dan sedikit barang-barang keperluan harian yang dikirim kwn-kwn kami bawa jauh dari Penang/Kedah dan ada yang bawa mai dari Kuala Lumpur terus ke Jerantut dan pedalaman Kuala Lipis)

Expedisi kami ini lebih kepada untuk mewujudkan kesedaran kpd masyarakat tentang Dilema keluarga penoreh getah yg sedang dihimpit derita ini - bukan tertakluk kpd negeri2 tertentu sahaja tetapi di seluruh negara ada, maka dlm satu hari perjalanan yg singkat itu, kami hadkan kepada 160 orang penerima sahaja: 80 di kawasan Jerantut dan 80 di Kuala Lipis.

Mula-mula pening juga duk fikir mcm mana nak bawa brg2 sumbangan dari Kedah/Penang dan KL ini, yang kalau muat pick up mau kena bawa dekat 10 bijik 4WD, jenuh nak merangkak naik Genting Hi-land turun LPT exit Temerloh hala ke Jerantut.(Alhamdulillah, Tuhan hantar mai seorang hamba Allah, Tauke Ladang Itik di Kulim - dia off sat business dia dua tiga hari, tolong bawa beras dan brg2 makanan untuk 160 family ini terus dari Kedah.)

Dia bertolak mai sehari awal dari kami - IKUT CAMERON HIGHLAND.

Saya mai ikut PLUS-Genting-LPT-Jerantut. Balik pula saya saya ikut Cameron Highland. Tak berapa tau jalan sebab tak pernah lalu, inilah seumur hidup pertama kali sampai ke Jerantut dan Kuala Lipis. On the way balik, bila lalu jalan K Lipis Cameron Highland dan exit di Simpang Pulai, saya teringat lori sahabat ini. Dua tiga hari lepas saya mesej dia, saya kata hang buat kerja GILA bawa lori sarat dgn barang lalu jalan Cameron Highland tu, dia reply balik dia tulis "Hat bawa aku gi K Lipis bukan aku...Allah !!"

Fuh - kagum sungguh saya dengan manusia-manusia yang tamak PAHALA ini.

Sebetulnya sahabat-sahabat yang ikut serta dan yg selalu ikut expedisi JJMK Jln2 Masuk Kg NGO Wargakilang bagi sumbangan kpd keluarga miskin/susah ini mereka jadi ketagih bila melihat kegembiraan dan kesyukuran pada wajah para penerimanya.


(Melihat orang2 kampung menadah tangan berdoa untuk kami ini - dia punya feeling tak tau nak habag mcm mana)

(Si kecil di atas kerusi kat depan tu, yg belum mengerti apa-apa itu pun turut sama menadah doa. Moga kami semua dan juga rakan-rakan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dlm kerja amal kami ini sama-sama mendapat manfaatnya, insyaallah)


(3 kampit beras ditanggung dan dikepit sekali gus - nak habag kata pentingnya BERAS buat kaum penoreh ini)


(Tak tau nak habag mcm mana seronoknya kami rasa bila lihat penerima duk tanggung beras angkut balik. Perasaan ini tak boleh dibeli di mana-mana)

(Di setiap tempat yang kami pergi, saya perasan mcm para penerima duk gelak bila saya kata minta maaf saya org Kedah, cakap bunyi org Kedah, kalau bunyi mcm MAHARAJA LAWAK, gelak ajelah)

Sebetulnya, di samping pi bagi sumbangan, kami amik kesempatan di majlis sumbangan ini juga untuk bercerita tentang tujuan kami datang dan menyatakan jangan ingat di luar sana tiada pihak yang peduli dengan deritanya mereka ketika ini. Kami datang tanda ada yang simpati dan ada yang mengerti.

(Rasa puas hati bila melihat mereka gelak dan ketawa dengar saya duk melawak. Untuk seketika terlupa sekejap mereka tentang cerita getah turun harga)

On serious note, perjalanan kami masuk kg di pedalaman Jerantut dan Kuala Lipis ini - untuk saya secara peribadi - meninggalkan kesan yang mendalam yang tak akan mampu saya lupakan sampai bila2. Bukan hanya kerna mencabarnya jalan2 untuk masuk ke kg2 di situ tetapi juga saya tak sangka kisah derita para penoreh getah yang kami temui dlm kembara amal kami masuk kg di pedalaman Baling dan Sik Kedah, Gerik dan Ijok Perak, KualaKrai dan Tanah Merah Kelantan, ia nya turut wujud ADA di pedalaman negeri Pahang. Macam kes denggi lah pula, di mana-mana pun ada.


(Konvoi kereta lawa-lawa dari Utara, Tganu, Pahang dan KL terpaksa mengharung jln kg pedalaman ala-ala trek 4WD)

(Di sebuah kampung tu, saya kereta no 5, bila saya stop nak amik gambar, kereta no 1 hingga no 4 dah bergerak jauh ke depan ke dalam hutan)

Bila saya lead semula konvoi belakang saya tu, dah tak jumpa dah 4 buah kereta tadi. Dah la kat dalam hutan, depan tu ada simpang-simpang, line telepon pula tak ada - main redah aje, nasib baik bertemu juga hampir 20 minit kemudian. Fuh!


(Di setiap center, saya akan interview para penerima terlebih dahulu untuk rekod kami, rata-ratanya membawa kisah yang sama, Drama Hidup kaum NGO Noreh Getah Orang di pedalaman yang rata-ratanya berpendapatan dlm RM400-RM500 sebulan, itu pun kalau boleh menoreh tak hujan)


(Puan Ina dlm gambar ini, dia pegang BERAS ini mcm tak mau lepas. Ikut rekod saya, beliau suami isteri kerja NGO noreh getah orang. Pendapatan = RM10 ke RM12 sehari. Sebulan kalau boleh menoreh 20 hari, dapatlah RM200 sebulan. Bila saya tanya sebulan dapat RM200 ke, dia cakap tak sampai!!)

No wonder lah, bila saya tanya makan minum anak-anak mcm mana, dia cakap kena lah BERJIMAT. Terputus beras perkara biasa, dan pi kedai hutang BERAS juga perkara biasa. 3 kampit beras 10kg ini bernilai EMAS buat beliau.

(Kak Ros kiri bertudung hitam, contact kami waktu majlis sumbangan di pedalaman Kuala Lipis)

Bila saya sembang dengan Kak Ros kes Puan Ina dll yang saya interview itu, Kak Ros cakap, itu ok lagi, Ada satu kes itu dia tengok sendiri - sekali jual dapat RM50. Sebulan dua kali jual, dapat RM100 atau pun tak sampai RM100 sebulan. Lagi parah!

(Yang ini pun lebih kurang jugak. 2 minggu jual getah sekerap dapat RM80. Sebulan dapat RM160)

Bila saya interview lagi, kakak ini cerita terputus beras itu perkara biasa. Sekali itu pernah 2 hari tak makan nasi sebab beras habis. Kutip-kutip duit yang ada, dapatlah lebih kurang RM10 - gi kedai beli Maggie. Dia cakap bila masak maggie bagi anak-anak makan, bolehlah tahan anak-anak itu tak lapar (mungkin sebab maggie kembang dlm perut kot), lepas dua hari cuaca elok semula, ayahnya dapat noreh dapatlah makan nasi semula (mungkin hutang beras kot, tak tanya pula).

Duk ingat kan yang dikatakan maggie ini ration budak asrama atau budak U atau pun geng bujang hat duk tunggu gaji hujung bulan aja. Rupa-rupanya Maggie pun ada peranannya utk keluarga penoreh. Lain kali nak kena masukkan Maggie dalam list sumbangan.

Bila saya tanya tak pinjam beras kat jiran ke? dia habag kadang2 pi minta juga kat kakak ipar, dapat la satu bekas kecik cukup-cukup untuk masak hari tu.

Yang bestnya bila saya tanya, 30 kampit beras ini agak-agak boleh tahan lama mana. Kakak ini cakap:

"Insyaallah tahan lama sebab saya masak nasi sehari SEKALI saja, waktu tengahari saja."

Malam tak masak ka?

Tak masak - anak2 kena belajar berjimat, kalau habis yang siang malam dah tak ada dah.

Kelu lidah saya, tak tau nak kata apa.

Pun begitu, dalam banyak-banyak kes NGO dihimpit derita tak ada beras nak makan ini, saya tak dapat lupakan kisah yg contact kami (Ustaz dlm gambar) ini cerita kat saya.

Dia cerita, beliau dan rakan-rakannya kerap juga buat kerja amal mcm yang NGO Wargakilang buat ini kat area Jerantut dan sekitar. Dia kata, sekali tu depa pi satu rumah yang dimaklumkan keluarga itu terputus beras. Bila masuk rumah bagi salam, bila tanya ada makanan ke, tuan rumah (pompuan) cakap kata ada. Bila depa minta izin nak pi masuk dapur, bila angkat tudung saji, Ustaz ini cerita kat saya:

"Masyaallah - bawah tudung saji itu cuma ada PISANG REBUS untuk makan anak2 dia!!"

Fuh - sampai makan Pisang rebus saja!! - haiyyoo tak tau nak tulih apa dah la.


(Ustaz cerita kakak itu ada dalam antara ramai-ramai penerima kat depan ini, dia cerita itu pun bila majlis sudah berakhir, kalau tidak pasti saya pi interview kakak tu)

Akhir kata, saya tulis cerita ini bukan nak habag kata di negeri Pahang ada warga penoreh getah yang hidup susah. Kami dah masuk merata kampung di seluruh negara terutamanya di negeri2 yang ramai kaum NGO penoreh getah orang ini seperti di Kelantan, Perak dan Kedah negeri kelahiran saya - semuanya serupa, cerita dan skrip dramanya sama sahaja. Harga getah merudum dan hari menoreh yang tidak menentu, nak masa nasik pun berkira.

Derita Penoreh Getah ini sudah jadi wabak, sudah jadi epidemic, sudah jadi BENCANA ALAM menghimpit satu negara.

Pasai apa bila ada Tsunami di Kuala Muda, Kedah hari tu berpusu-pusu orang mai bantu?

Bila jadi Banjir Besar di Kemaman pula, satu negara turun hantar bantuan, dah tak kira dah hang parti PAS ka parti UMNO. Tak ada siapa salahkan kerajaan atau parti pembangkang, semuanya bersatu hati hantar bantuan. Pasai apa? - pasai itu adalah BENCANA ALAM, bila bencana alam semua orang kesian sebab ada orang tak ada kain pakai dan nasi nak makan.

Habis tu, kes warga penoreh getah dihimpit derita di merata kampung di seluruh negara ini bukan BENCANA ALAM ka? Tak dak beras nak makan sampai berlapar anak beranak bukan bencana alam ka?

Tak ada orang nak bantu depa ka? Ka biaq ada yang mati kebuluq tak makan dulu baru kalut nak hantaq bantuan ??

Tepuk dada tanya selera.

 
(Kami di Wargakilang hanyalah POSMEN. Kami dah buat kerja kami, dan kami dah kongsi cerita apa yang kami nampak. Kami harap orang lain, group lain boleh buat benda yang sama yang kami buat ini. Insyaallah kalau semua orang amik peranan, derita warga NGO ini dapat dikurangkan)

Ada masa - masuk lah kampung pi bantu mereka.
Insyaallah besar manfaatnya.

Sekian secebis lagi kisah NGO WARGAKILANG masuk kampung.
Sehingga ketemu lagi.

(Opss, lupa nak tulis, rupa-rupanya Kak Ros di Kuala Lipis itulah yang bagitau kat adik ipar saya tu kisah orang noreh getah tak mampu beli gula. Alhamdulillah, tercapai juga misi peribadi saya nak cari sahabat adik ipar saya ini).

Terima Kasih

moniermatdin@yahoo.com

LOKASI GEMPA BUMI KUAT 7.3 MGT HARI INI


JAKARTA: Gempa bumi kuat 7.3 magnitud melanda perairan Kota Ternate, di Kepulauan Maluku Utara, sebentar tadi dengan pihak berkuasa mengeluarkan amaran tsunami.

Pusat Amaran Tsunami Pasifik berkata, gempa berkenaan berpotensi menyebab tsunami di sepanjang pantai kepulauan berkenaan.



RUSIA DEDAH DEDAH JET PEJUANG TEMBAK MH17


Gambar jet pejuang didakwa tembak MH17 didedahkan


MEDIA Rusia mendedahkan gambar sebuah pesawat pejuang yang didakwa milik Ukraine telah melepaskan tembakan ke arah pesawat awam Penerbangan Malaysia MAS), MH17 pada Julai.

Gambar itu dipercayai dirakamkan oleh satelit British atau Amerika Syarikat yang kemudian didedahkan bagi menyokong dakwaan sebelum ini tentang kewujudan sebuah lagi pesawat berhampiran penerbangan MH17.



Pesawat MH17 ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai, kejadian tersebut mengorbankan semua 298 penumpang dan anak kapal termasuk 43 rakyat Malaysia.


Pakar di Rusia berpendapat, penerbangan awam itu dipercayai telah ditembak oleh pesawat pejuang jenis MIG 29 milik tentera Ukraine.

Bagaimanapun, barat pula menyifatkan pesawat pejuang itu merupakan milik puak pemisah pro-Rusia yang menawan Donetsk. Gambar itu dilapor didedahkan selepas berlaku ketegangan antara Perdana Menteri United Kingdom, David Cameron dengan pemimpin Rusia, Vladimir Putin di Australia baru-baru ini, lapor mStar

TOSHIBA LANCAR KILANG TANAMAN TAKPAYAH IMPOT BANGLA PUN !!!!

undefined

Toshiba to Commercialize Vegetable Production at New Plant Factory




Lancarkan Teknologi Tinggi, Toshiba Pengeluaran Sayur-sayuran Bebas Kuman

Sayuran organik yang dihasilkan Hotel Seruni.


Sayur-sayuran organik yang dihasilkan Hotel Seruni.

Tokyo - Toshiba Corporation, berjaya menghasilkan sayur-sayuran di Bilik Pertanian Yokosuka Toshiba, yang merupakan sebuah kilang tanaman di Yokosuka, wilayah Kaganawa. Penghantaran tanaman dari 'tanah pertanian' berteknologi tinggi ini, telah dilakukan pada akhir Oktober yang lalu.

Kilang tanaman Toshiba yang tertutup ini, menggunakan seni teknologi untuk menumbuhkan tanaman dan beroperasi dalam keadaan yang hampir aseptik. Pihak Toshiba sendiri merancang untuk menghasilkan tiga juta beg (satu beg setara dengan seikat daun salad) bayam, salad, Mizuna, dan tanaman-tanaman herba lain. Pihak Toshiba sendiri menyasarkan dapat menghasilkan jualan sebanyak 300 juta yen pada tahun ini.

Kilang tanaman ini dapat menumbuhkan pelbagai sayur-sayuran dalam keadaan yang hampir steril dan bebas kuman. Meminimumkan jumlah kuman dan kerosakan terhadap kesegaran dan umur simpan sayuran merupakan perhatian utama para penjual sayur-sayuran dalam menentukan potongan sayuran dan salad. Toshiba akan mempromosikan jualannya ke pasar raya, kedai makanan dan tempat-tempat makan.

Hebatnya lagi, kilang ini juga dilengkapi dengan pelbagai teknologi dan pengetahuan dari keseluruhan Toshiba Group, termasuk lampu neon dengan panjang gelombang output yang optimum untuk pertumbuhan sayur-sayuran, sistem pengatur udara yang menetapkan tahap suhu dan kelembapan, sistem pemantau untuk mengesan pertumbuhan, dan sistem pensterilan untuk bahan-bahan kemasan. Sistem pengurusan pengeluaran berdasarkan pada penggunaan pengeluaran peranti semikonduktor.

Untuk meningkatkan jualan di perniagaan baru ini, Toshiba juga mempertimbangkan pembangunan kilang-kilang skala besar di luar Jepun, dan melakukan penjualan peralatan untuk aplikasi kilang tanaman.

Toshiba mempromosikan perniagaan kesihatan di seluruh dunia untuk menyokong pembangunan masyarakat agar dapat menjalani hidup yang lebih sihat dan lebih bahagia. Toshiba Group juga mempromosikan "Inovasi Konsep Baru" dalam rangka mewujudkan nilai-nilai hidup baru dengan menggabungkan seluruh kemajuan teknologi. Tujuannya adalah untuk menawarkan produk-produk dan perkhidmatan yang unik serta untuk membangunkan pusat jualan baru guna mengukuhkan operasi perniagaan.

Kalau ingin tahu seperti apa kilang Toshiba yang menghasilkan sayur-sayuran ini, sila klik link berikut ini: Video

14 November 2014

JUAL RUMAH LEBIH RM3 JUTA SEUNIT INI ZAMAN PR ATAU BN



Guan Eng akui PDC jual rumah lebih RM3 juta seunit



Ketua Menteri Lim Guan Eng mengakui Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) ada menjual rumah dengan harga tinggi iaitu lebih RM3 juta seunit di D'Residence, Bayan Mutiara.

Katanya beliau tidak tahu tentang penjualan rumah mewah oleh PDC sehingga ditegur oleh ketua pembangkang Datuk Jahara Hamid (BN-Telok Air Tawar) berhubung perkara itu.

Menurutnya beliau amat terkejut apabila mendapati dakwaan Jahara itu benar dan mengucapkan terima kasih, namun menegaskan kerajaan negeri pimpinan DAP tiada kaitan dengan projek rumah bernilai RM3 juta itu.

"Oleh kerana kerajaan negeri sekarang tiada kaitan dengan rumah bernilai RM3 juta ini dan ia sebenarnya diluluskan pada zaman BN (Barisan Nasional) memerintah dahulu, maka saya harap Jahara meminta maaf dan menarik balik dakwaannya.

"Untuk rumah kos sederhana yang dijual RM306,000 di Bandar Cassia, ia hanya seunit sahaja kerana terletak di lot tepi, manakala rumah kos sederhana lain dijual pada harga RM159,000, iaitu bawah harga siling RM250,000 ditetapkan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Khamis lepas, Jahara menuntut penjelasan daripada ketua menteri berhubung tindakan PDC menjual rumah mewah lebih RM3 juta seunit dan rumah kos sederhana melebihi harga siling RM250,000 di Bandar Cassia, Batu Kawan.

Lim yang juga pengerusi PDC berkata projek rumah mewah itu diluluskan sebelum tahun 2008 iaitu sebelum DAP mengambil alih pemerintahan selepas menang pilihan raya umum ke-13.

"PDC diakui memang ada menjual rumah yang bernilai pada harga maksimum antara RM3.1 juta hingga RM3.5 juta di Bayan Mutiara dan menjual rumah kos sederhana melebihi harga siling iaitu RM306,000 untuk projek Intan Delima di Bandar Cassia, Batu Kawan tetapi ia berlaku zaman Barisan Nasional memerintah," katanya. -- BERNAMA


Harga rumah seluruh negara naik, tetapi dikawal hanya di P.Pinang - Exco

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN - Moratorium penjualan rumah kos rendah dan kos sederhana rendah daripada tempoh lima tahun kepada 10 tahun daripada tarikh pembelian pertama diamalkan oleh Kerajaan Negeri sejak tahun lepas lagi demi menyejukkan pasaran hartanah di negeri ini.

Exco Perancangan Bandar & Desa dan Perumahan, Jagdeep Singh Deo berkata, moratorium atau penggantungan atau penangguhan sesuatu kegiatan jual beli secara persetujuan bersama itu turut dilaksanakan ke atas perumahan jenis mampu milik dalam tempoh lima tahun dari tarikh pembelian pertama.

"Fenomena (hartanah membelon) ini bukan sahaja di Pulau Pinang, tetapi di kawasan bandar utama di Malaysia, iaitu Kuala Lumpur, Selangor dan juga Johor.

"(Pun begitu,) Kerajaan Negeri melalui bajet tahun dahulu sahaja memperkenalkan beberapa kaedah mengawal harga rumah atau menyejukkan pasaran hartanah," ujar Jagdeep pada sesi penggulungan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang di sini, petang tadi.

Ucapan penggulungan itu sekaligus menjawab pertikaian pihak Pembangkang Pulau Pinang kononnya hartanah perumahan di negeri sahaja melambung naik hatta tidak mampu dibeli oleh rakyat.

Jagdeep yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Datuk Keramat berkata, Kerajaan Negeri turut mengawal kenaikan harga rumah dengan menetapkan harga siling mengikut garis panduan Pusat.

Menurut Jagdeep, harga siling seunit rumah berkeluasan 750 kaki persegi di bahagian pulau dan Seberang Perai masing-masing ditetapkan tidak melebihi RM200,000 dan RM150,000.

Tambah beliau, harga siling seunit rumah berkeluasan 850 kaki persegi di bahagian pulau dan Seberang Perai masing-masing ditetapkan tidak melebihi RM300,000 dan RM200,000.

Manakala harga siling seunit rumah berkeluasan 900 kaki persegi di bahagian pulau dan Seberang Perai masing-masing ditetapkan tidak melebihi RM400,000 dan RM250,000.

"Satu mekanisme mengawal kenaikan harga rumah iaitu penetapan siling harga untuk perumahan mampu milik (termasuk rumah kos rendah dan sederhana rendah).

"Ini berlainan sama sekali dengan agensi persekutuan seperti JKP Sdn. Bhd. dan PERDA (Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang) yang membina unit-unit perumahan dengan harga yang mencecah RM1.85 juta di kawasan pulau dan RM575,000 di kawasan Seberang Perai, yang dikatakan adalah perumahan mampu milik," jelas Jagdeep lagi.

Mahkamah: Kastam Diarah Bayar Lebih RM500,000 Kepada Pengimport Rokok Kretek


Mahkamah: Kastam Diarah Bayar Lebih RM500,000 Kepada Ramunas

SHAH ALAM, 14 Nov (Bernama) -- Mahkamah Tinggi hari ini mengarahkan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) membayar ganti rugi lebih setengah juta ringgit kepada Ramunas Sdn Bhd (Ramunas) kerana menutup pejabat dan menyita 23,347 karton rokok milik syarikat itu secara salah, empat tahun lepas.

Hakim Datuk Wan Arfah Wan Ibrahim ketika membuat keputusan itu dalam kamarnya memerintahkan empat defendan iaitu JKDM dan tiga pegawai jabatan berkenaan membayar RM543,120 kepada pihak plaintif.

Ramunas yang menjalankan perniagaan mengimport rokok keretek itu dinamakan sebagai plaintif pertama manakala pemilik serta pengarah syarikat berkenaan, Roslan Abu Bakar, 50, sebagai plaintif kedua.

Pihak plaintif menamakan dua pegawai JKDM, Kamaruddin Jusoh dan Mohd Sukri Jusoh selaku defendan pertama dan kedua manakala Penolong Kanan Pengarah Kastam 1, Mohamad Sapian Sanusi sebagai defendan ketiga.

Peguam R. Ravendran yang mewakili plaintif ketika ditemui pemberita di luar mahkamah memaklumkan ganti rugi tersebut merangkumi bayaran sebanyak RM473,120 bagi nilai barangan manakala RM50,000 untuk ganti rugi am dan RM20,000 sebagai bayaran kos.

JKDM diwakili peguam kanan persekutuan Andi Razalijaya A Dadi.

Pada 23 Nov 2010, Roslan memfailkan saman terhadap jabatan kerajaan itu di kaunter pendaftaran Mahkamah Tinggi di sini dengan menuntut ganti rugi sebanyak RM15 juta daripada pihak defendan.

Dalam pernyataan tuntutan tersebut, plaintif mendakwa pihaknya memperoleh kebenaran eksklusif membeli rokok keretek jenama Club dari Indonesia pada 30 Mac 2009 malah pada hujung tahun 2008, Ramunas juga telah menerima pengesahan sebuah syarikat yang berpangkalan di Thailand untuk membeli rokok berkenaan.

Ramunas juga mendakwa telah dinasihatkan JKDM untuk membeli dan melekatkan label cukai ke atas setiap kotak rokok sebelum membawa masuk rokok tersebut dari Indonesia ke negara ini untuk dihantar ke Thailand.

Berikutan itu pada 7 Jan 2010, pihak plaintif membuat permohonan pembelian label cukai dan mendapat kelulusan daripada Cawangan Perolehan Pejabat Kastam Wilayah Persekutuan dan Ibu Pejabat JKDM.

Bagaimanapun, pada 27 Sept 2010, Roslan mendapati premis perniagaannya yang terletak di Subang Business Centre, Subang Jaya dekat sini ditutup dan terdapat notis larangan oleh JKDM bertarikh 24 Sept tahun sama ditampal di pejabat berkenaan.

Roslan turut mendakwa Mohamad Sapian mengarahkan supaya 23,347 karton rokok keretek yang disimpan di Gudang Konsortium Westport Distripark, Pelabuhan Klang dekat sini dan di gudang Perbadanan Kemajuan Negeri Perlis (NCER), Perlis dirampas pada tarikh yang sama.

Susulan rampasan tersebut, Ramunas mendakwa kontrak penjualan rokok keretek ke Thailand oleh syarikat itu telah dibatalkan menyebabkan mereka mengalami kerugian yang dianggarkan RM14,470,400 selain kehilangan peluang perniagaan, keuntungan dan modal ekoran kejadian berkenaan.

-- BERNAMA

KORUPSI PUNCA PEMBALASAN BENCANA TERHADAP CAMERON!!!

Pembalasan Cameron terhadap korupsi



Gambar: Keadaan Gunung Jasar, dekat Cameron Highlands. Gambar bertarikh Oktober 2014 dipetik dari blog asme.wordpress.com


Jauh juga Cameron Highlands kalau mengikut laluan Simpang Pulai. Kalau bukan laluan itu, pilihan satu lagi ialah laluan Tapah yang bersimpang siur bagai ular dipalu; dan akhir-akhir ini pula banyak kejadian tanah runtuh. Maka hampir lima jam juga kami berkereta menuju hentian pertama di Kuala Terla, dan bertemu seorang lagenda tak didendang di sana.

Saya tidak pernah jejak ke Cameron Highlands. Bila disebut Cameron, yang muncul di minda hanyalah ladang teh dan buah strawberry. Cameron adalah kawasan Parlimen paling kecil di Pahang, dengan keluasan sebesar Singapura; bersempadan dengan negeri Perak dengan Gunung Brinchang di ketinggian sekitar 4,000 kaki dari aras laut.

Sejuknya barangkali menggigit hingga ke tulang kalau lapisan lemak tidak begitu tebal, antara 16 ke 20 darjah Celcius.


Banyak hal sedang melanda Cameron – dari kebanjiran air lumpur di kawasan Ringlet, kebanjiran pendatang asing tanpa izin dan penguatkuasa imigresen. Namun kebanjiran warga asing adalah kerunsingan yang paling besar; kerana jumlah mereka mengatasi bilangan penduduk asal. Itu belum mengambil kira nasib orang Asal yang ramainya masih beroleh sara hidup daripada berniaga petai dan madu di kiri kanan jalan menuju tanah tinggi itu.

Demikian kerunsingan yang diluahkan saudara Apalasamy, lagenda DAP Cameron Highlands sewaktu menyambut kehadiran kami di Kuala Terla. Dengan perwatakan riang dan penuh tertib, barangkali tiada yang menyangka insan ini pernah menjadi calon Parlimen beberapa kali, sejak menganggotai DAP seawal tahun 1970.

Dengan berpakaian marhaen dan kasut but getah, kami disantuninya dengan makan minum dan perbualan politik negeri Pahang, sambil menceritakan keresahannya bertemankan secawan kopi.


Baginya korupsi pihak-pihak berkuasa dan kapitalis berkepentingan menyebabkan banyak kebinasaan alam di Cameron. Dan kebanjiran pekerja asing di tanah tinggi itu adalah kesan langsung ketamakan kaum pemodal yang mementingkan untung laba tanpa menghiraukan kebajikan pekerja, apatah lagi undang-undang.

Ada yang dapat tanah sekangkang kera, bawa masuk pekerja asing dan teroka lagi tanah sekeliling supaya kebun boleh diperluas. Pekerja asing bayarannya murah, untung boleh digandakan dengan penjimatan bayaran gaji. Bila ada penguasa masuk campur – runding lagi supaya semua pihak mendapat habuan masing-masing.
Kerja memperluaskan kawasan ladang atau kebun juga dibuat membuta tuli. Pekerja asing mana yang rajin mahu ikut peraturan? Habis semua ditebas dan ditebangnya. Pohon renek menutup bumi juga dicerahkan, akhirnya permukaan tanah tidak lagi kukuh, nah merudumlah jatuh tanah, batu, dan rimbunan pokok buluh turun ke jalanraya.


‘Limosin’ Apalasamy sangat menarik perhatian, dengan logo Roket DAP menghiasi kedua-dua belah pintu hadapan. Dengan kenderaan itu kami dibawa ke pejabat DAP Cameron Highlands, yang barangkali merupakan salah satu arkib hampir sempurna mendokumentasi perjuangan hampir lima puluh tahun Partai Tindakan Demokratik.

Pejabat dan rumah berkongsi atap. Itu sahaja sudah cukup untuk menjadi dalil komitmen saudara Apalasamy terhadap perjuangan. Dua tiga kali beliau meminta maaf kerana jalan masuk menuju rumah merangkap pejabatnya itu masih berlumpur, meskipun setakat 20 meter sahaja. Namun khazanah yang tersimpan di rumahnya itu menjadikan segala-galanya berbaloi.


Pejabat DAP Cameron Highlands menyimpan naskhah-naskhah The Rocket seawal tahun 1970, selain buku, gambar, pita rakaman ceramah serta keratan-keratan akhbar yang dilitup plastik menghiasi empat dinding bangsal marhaennya yang didedikasikan kepada sejarah pergulatan rakyat melawan tirani penguasa dan golongan pemodal.

Apalasamy tergolong dalam kalangan buruh tani. Kebun sayur di belakang rumah terus diusahakan meskipun usianya mencecah dekad ketiga. Dengan tulang empat kerat dan sumber terbatas itulah beliau terus berjuang. Pergelutan Cameron yang sejak awal wujudnya ditekan ketamakan kapitalis barangkali menjadi faktor kesedaran kelas dan aktivisme politik beliau.


Cameron ‘ditemui’ Inggeris seawal 1885 ketika sempadan Pahang-Perak mahu dipeta, lalu mendapat namanya daripada Sir William Cameron. Melihat tanahnya yang subur dan iklimnya yang bagus, hanya dua perkara menjadi keutamaan pemodal orang putih; bikin tempat peranginan dan ladang teh.

Aktiviti kapitalis ini diteruskan sehingga kini, dengan bantuan korupsi dan ketamakan pihak-pihak yang tidak pernah berasa cukup dengan apa yang ada; penyudahnya alam menjadi mangsa.

Terbaru tanah adat Orang Asli di Bera turut diceroboh atas nama pembangunan. Belum dikira berapa banyak lagi tanah yang diselongkar, hutan yang digondol dan hak-hak yang dilanggar demi mengisi perut-perut membusung kaum pemodal.


Meskipun kapitalisme itu bukanlah manifestasi syaitan yang membawakan segala macam kejahatan, kerakusan atas nama keuntungan seharusnya dipangkas seawal munculnya sebelum berlarutan menjadi bala yang mengakibatkan alam membalas dendam.

Yang pasti, pada setiap kali korupsi muncul di Cameron, akan ada Apalasamy untuk mengendalakannya. – Roketkini.com

UNTUK DAPAT RUMAH PPRT KENA SERAH ANU....MEMANG CELAKA PUNYA PEGAWAI KERAJAAN!!! KEJADIAN DINEGERI KEDAH AMAN MAKMUR




PATUTLAH BALA DATANG BERTIMPA-TIMPA.........

Pegawai Kerajaan Didakwa Minta Habuan Seks Daripada Janda Ditahan



ALOR SETAR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pegawai tadbir yang menjawat jawatan penolong pengurus di sebuah jabatan kerajaan kerana didakwa meminta habuan seks daripada pemohon rumah bantuan berstatus ibu tunggal.

Menurut sumber, pegawai kerajaan berusia 50-an itu ditahan di sebuah hotel di Jalan Putra di sini pada pukul 2 petang Khamis selepas didakwa meminta habuan seks daripada seorang ibu tunggal berusia 20-an.


Difahamkan, suspek memilih mangsa menerusi gambar pada borang atau surat pemohonan yang dihantar pemohon sebelum menghubungi mereka.

"Dia kemudian mendakwa mempunyai kuasa untuk memberi kelulusan dalam permohonan rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).

"Bagaimanapun untuk mendapat rumah tersebut, pemohon berstatus janda perlu memberi habuan seks kepadanya. Suspek dikesan mendapatkan suapan seks di hotel pada waktu tengah hari," dedah sumber itu.


Tambahnya, terdapat ibu tunggal yang tidak berjaya dalam permohonan itu walaupun telah memberi habuan seks bertindak membuat laporan terhadap majikan suspek.

Berdasarkan maklumat dan risikan SPRM sejak beberapa bulan lalu, akhirnya suspek berjaya ditahan SPRM.

Jelas sumber itu, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 17 Akta SPRM 2009 kerana meminta suapan dalam bentuk sek ~mstar

13 November 2014

TERGEMPAR!! BENDA AJAIB YANG HANYA ADA DI MALAYSIA?


Ada orang kata ini mesin duit bagi kerajaan?.....juga sampai mcm tu nak cari duit..letak camera dlm tong sampah..


WARGA MALAYSIA DICULIK OLEH PENGGANAS FILIPINA AKAN DIPENGGAL SEKIRANYA TIADA BAYARAN WANG TEBUSAN

Wang Tebusan dipercayai dibayar untuk pembebasan warga Jerman

Dua minggu lagi tebusan dipenggal

Putrajaya telah mengambil keputusan untuk tidak membayar wang tebusan untuk sesiapa yang diculik dari Sabah oleh pengganas dari Filipina.





KOTA KINABALU: Pengganas Abu Sayyaf, yang baru-baru ini menerima wang tebusan sebanyak RM18 juta untuk pembebasan warga German yang diculik oleh mereka, telah mengugut untuk memenggal kepala penternak ikan dari Kunak, Chan Sai Chun, 32, jika mereka tidak dibayar wang tebusan sebanyak RM 3 juta untuk pembebasannya dalam masa tiga minggu yang akan datang.

Mereka telah berjanji untuk menghantar kepalanya kembali ke Kunak.

Pengganas-pengganas tersebut yang merupakan penjenayah rentas sempadan juga telah menculik seorang angggota polis, Konstabel Zakiah Alep, 26, dari Pulau Mabul pada 12 Julai.

Isteri Chan, Chin Pek Nyuen, 42, kini berada dalam keadaan terdesak kerana dia hanya dapat mengumpul RM140,000 setakat ini untuk pembebasan suaminya yang telah berada dalam tahanan sejak 16 Jun 2014.

Dalam satu kenyataan selepas menghadiri Parlimen pada Khamis, Chin berkata dia telah merayu kepada kesemua 222 ahli dewan undangan untuk membantunya dalam mendapatkan kembali suaminya.

Beliau berkata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Shahidan Kassim, telah berjanji kepadanya bahawa Kerajaan Persekutuan yang bertanggungjawab untuk keselamatan Sabah sedang berusaha untuk mendapatkan pembebasan Chan.

“Terakhir penculik menelefon saya, pembayaran tebusan jatuh tempoh dalam masa tiga minggu,” kata Chin. “Mereka tidak berhenti-henti menelefon saya.”

Chin memohon Kerajaan Persekutuan membayar RM3 juta yang dituntut oleh pengganas tersebut. Pengganas tersebut telah menyuruhnya untuk meminta Kerajaan Malaysia untuk membayar wang tebusan tersebut.

Manakala Sharifah Erna Berson, 23, isteri Konstabel Zakiah pula, tidak dihubungi pengganas tersebut, menurutnya.

Pengganas itu turut menuntut RM 3 juta untuk pembebasan beliau dan telah mengugut untuk memenggal kepalanya pada hujung bulan ini jika tidak dibayar. Pengganas tersebut dilaporkan telah menyuruh pihak polis untuk membayar wang tebusan.

Wakil Rakyat yang dijumpainya di Parlimen akan membangkitkan perkara ini semasa mesyuarat Kabinet esok. Mereka sangat bingung kerana pengganas tersebut tidak dapat dikesan melalui panggilan telefon mereka yang kerap kepada Chin. Salah satu daripada panggilan itu diterima semasa isteri mangsa sedang bercakap dengan beberapa orang Wakil Rakyat.

Beberapa orang Wakil Rakyat berpendapat bahawa Kerajaan Persekutuan harus membayar RM6 juta yang dituntut dan bawa kembali kedua-dua tebusan itu. Mereka berkata nampaknya kerajaan mempunyai wang berbillion ringgit untuk dibazirkan untuk perkara lain.

Putrajaya telah mengambil keputusan untuk tidak membayar wang tebusan untuk sesiapa yang diculik dari Sabah oleh pengganas dari Filipina  ~Sumber

BERITA GEMPAR DARI ' MB PENYAPU '

ng suee lim

YB DAP YANG KENA SAMAN RM10 JUTA.....


Mohamad Khir tarik balik saman fitnah....Pasai apa nak tarik?


Mohamad Khir Toyo

SHAH ALAM - Bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohamad Khir Toyo menarik balik saman fitnah RM10 juta yang difailkannya terhadap Adun Sekinchan Ng Suee Lim berikutan pendedahan skandal banglo yang didakwa bernilai RM24 juta.

Dr Mohamad Khir menerusi peguamnya, M Athimulan memaklumkan perkara tersebut kepada Suruhanjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Sivil Shah Alam, Datuk Azimah Omar sebentar tadi.

“Saya juga memohon tiada sebarang kos yang perlu dibayar kepada Suee Lim,” katanya.

Peguam yang mewakili Suee Lim, M Manoharan berkata, tiada sebarang bantahan terhadap permohonan tersebut.