13 November 2014

WARGA MALAYSIA DICULIK OLEH PENGGANAS FILIPINA AKAN DIPENGGAL SEKIRANYA TIADA BAYARAN WANG TEBUSAN

Wang Tebusan dipercayai dibayar untuk pembebasan warga Jerman

Dua minggu lagi tebusan dipenggal

Putrajaya telah mengambil keputusan untuk tidak membayar wang tebusan untuk sesiapa yang diculik dari Sabah oleh pengganas dari Filipina.





KOTA KINABALU: Pengganas Abu Sayyaf, yang baru-baru ini menerima wang tebusan sebanyak RM18 juta untuk pembebasan warga German yang diculik oleh mereka, telah mengugut untuk memenggal kepala penternak ikan dari Kunak, Chan Sai Chun, 32, jika mereka tidak dibayar wang tebusan sebanyak RM 3 juta untuk pembebasannya dalam masa tiga minggu yang akan datang.

Mereka telah berjanji untuk menghantar kepalanya kembali ke Kunak.

Pengganas-pengganas tersebut yang merupakan penjenayah rentas sempadan juga telah menculik seorang angggota polis, Konstabel Zakiah Alep, 26, dari Pulau Mabul pada 12 Julai.

Isteri Chan, Chin Pek Nyuen, 42, kini berada dalam keadaan terdesak kerana dia hanya dapat mengumpul RM140,000 setakat ini untuk pembebasan suaminya yang telah berada dalam tahanan sejak 16 Jun 2014.

Dalam satu kenyataan selepas menghadiri Parlimen pada Khamis, Chin berkata dia telah merayu kepada kesemua 222 ahli dewan undangan untuk membantunya dalam mendapatkan kembali suaminya.

Beliau berkata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Shahidan Kassim, telah berjanji kepadanya bahawa Kerajaan Persekutuan yang bertanggungjawab untuk keselamatan Sabah sedang berusaha untuk mendapatkan pembebasan Chan.

“Terakhir penculik menelefon saya, pembayaran tebusan jatuh tempoh dalam masa tiga minggu,” kata Chin. “Mereka tidak berhenti-henti menelefon saya.”

Chin memohon Kerajaan Persekutuan membayar RM3 juta yang dituntut oleh pengganas tersebut. Pengganas tersebut telah menyuruhnya untuk meminta Kerajaan Malaysia untuk membayar wang tebusan tersebut.

Manakala Sharifah Erna Berson, 23, isteri Konstabel Zakiah pula, tidak dihubungi pengganas tersebut, menurutnya.

Pengganas itu turut menuntut RM 3 juta untuk pembebasan beliau dan telah mengugut untuk memenggal kepalanya pada hujung bulan ini jika tidak dibayar. Pengganas tersebut dilaporkan telah menyuruh pihak polis untuk membayar wang tebusan.

Wakil Rakyat yang dijumpainya di Parlimen akan membangkitkan perkara ini semasa mesyuarat Kabinet esok. Mereka sangat bingung kerana pengganas tersebut tidak dapat dikesan melalui panggilan telefon mereka yang kerap kepada Chin. Salah satu daripada panggilan itu diterima semasa isteri mangsa sedang bercakap dengan beberapa orang Wakil Rakyat.

Beberapa orang Wakil Rakyat berpendapat bahawa Kerajaan Persekutuan harus membayar RM6 juta yang dituntut dan bawa kembali kedua-dua tebusan itu. Mereka berkata nampaknya kerajaan mempunyai wang berbillion ringgit untuk dibazirkan untuk perkara lain.

Putrajaya telah mengambil keputusan untuk tidak membayar wang tebusan untuk sesiapa yang diculik dari Sabah oleh pengganas dari Filipina  ~Sumber

Tiada ulasan:

Catat Ulasan