18 Disember 2014

TERKINI: PARTI SEKUTU UMNO, MIC AKAN TERBUBAR?



Protes demi selamatkan MIC – T.Mohan


T. Mohan

MIC berdepan dengan pembubaran berikutan ‘keangkuhan’ dan 'kedegilan pucuk pimpinan parti yang masih enggan melakukan pemilihan semula beberapa jawatan tertinggi seperti yang diarahkan Pendaftar Pertubuhan (ROS) yang mendapati berlaku manipulasi undi dan salah guna kuasa pada pemilihan sebelum ini.

Persoalannya, mengapa Presiden parti itu, Datuk Seri G.Palanivel masih lagi 'bermain api' dengan menggadaikan nasib MIC yang mungkin pendaftarannya dibatalkan dalam tempoh kurang daripada 75 hari lagi.

Sebaliknya, Palanivel mengambil keputusan untuk mengkaji arahan tersebut, sekaligus mencabar kredibitiliti ROS telah menjalankan siasatan hampir setahun sebelum mengambil keputusan terdapat unsur penipuan pada pemilihan November tahun lalu di Melaka.


Akibat takut parti yang berusia lebih 60 tahun itu dibatalkan pendaftarannya, bekas Ketua Pemuda MIC merangkap anggota 'Maru Malarchi', Datuk T. Mohan bersama lebih 1,000 ahli akan mengadakan protes secara aman di hadapan ibu pejabat parti itu esok bagi mendesak Palanivel meletak jawatab kerana tidak efisien.

Menurut Mohan, beliau mengambil keputusan untuk mengadakan protes berikutan sikap lepas tangan Palanivel yang enggan duduk semeja dengan akar umbi untuk membincangkan perkara tersebut pada hari ini seperti yang dijanjikan, sebaliknya Presiden MIC itu sibuk berkempen.

"Saya memang tidak faham dengan sikap beliau, saya sudah tidak kisah lagi dengan perangainya yang macam budak kecil, yang saya kisah parti kami perlu diselamatkan. Palanivel juga tidak layak menerajui MIC lagi, sila letak jawatan dan buat apa yang anda suka. Jangan gadaikan maruah dan masa depan parti kami lagi.

"Walaupun protes bukan jalan penyelesaian, malah mungkin mengundang persepsi negatif pelbagai pihak termasuk komponen Barisan Nasional sendiri namun apakah daya kami. Parti ini perlu diselamatkan dan semua pihak perlu mendengar keluhan kami," katanya kepada MalaysiaGazete di sini hari ini.

Dakwa Mohan, tindak tanduk Palanivel juga jelas menunjukkan beliau lebih berminat untuk memecah-belahkan parti daripada menyelamatkannya.

Katanya, mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) esok juga tidak sah kerana ROS tidak mengiktiraf CWC. Dengan siapa Palanivel hendak bercakap? Atas kapasiti apa mereka mahu membuat keputusan? Mengapa Palanivel menyusahkan semua pihak?

"Saya mohon kepada semua ahli-ahli MIC yang sayangkan parti untuk hadir pada 1 petang di hadapan ibu pejabat MIC menyatakan sokongan kepada kami agar kita bersama-sama dapat menyelamatkan parti ini daripada terbatal pendaftaran," katanya.



Pautan kekal imej terbenam
BANTAHAN HARI INI

Ketika ini, hastag #SaveMIC telah menjadi viral di laman media sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter yang mempamerkan gambar-gambar, video dan kenyataan berhubung protes itu. - MalaysiaGazette

Tiada ulasan:

Catat Ulasan