25 Disember 2014

TERKINI! HARGA MINYAK BAKAL TURUN AS$20 SETONG?


OPEC kekal keputusan biarpun harga minyak AS$20 setong


Ali al-Naimi

Menteri Minyak Arab Saudi menegaskan, kartel OPEC tidak akan sesekali mengurangkan pengeluaran minyak meskipun harga bahan bakar itu berharga AS$20 setong.

Kenyataan itu mengukuhkan polisi OPEC terhadap pendirian kartel itu berhubung kejatuhan harga minyak dunia.

November lalu, OPEC berkata, ia akan tetap mengeluarkan minyak sebanyak 30 juta tong sehari.

Bercakap kepada Middle East Economic Survey, Ali al-Naimi berkata: "Sebagai dasar untuk OPEC - dan saya yakin OPEC, walaupun Setiausaha Agung OPEC kini juga yakin - ia bukan untuk kepentingan pengeluar OPEC untuk mengurangkan pengeluaran mereka, walau apa sahaja harganya.

"Sama ada ia menjunam kepada AS$20, AS$40, AS$50, AS$60, ia adalah tidak relevan," katanya.

Tambah beliau, dunia tidak akan lagi menyaksikan kenaikan harga pada AS$100 setong lagi. Sementara itu, sumber-sumber alternatif minyak mentah seperti syal dan tar pasir menyaksikan peningkatan dalam bekalan, beberapa penganalisis mendakwa kejatuhan harga minyak lebih menjurus kepada penurunan permintaan akibat kelembapan ekonomi dunia.

Danny Gabay daripada Fathom Financial Consulting memberitahu BBC, kejatuhan harga minyak adalah cukup besar, kebanyakan, jika tidak sepenuhnya disebabkan kejutan permintaan.

"China mengalami kelembapan. Elemen bekalan adalah berpunca daripada tindak balas," ujarnya. Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) pula mendakwa, kejatuhan harga minyak akan memacu pertumbuhan ekonomi dunia sehingga 0.7 peratus pada tahun 2015. Sama juga, pengeluar-pengeluar OPEC juga percaya harga minyak akan kembali kepada AS$70 atau AS$80 pada akhir tahun 2015 berikutan pemulihan ekonomi dunia yang bakal merangsang permintaan. - MalaysiaGazette

Tiada ulasan:

Catat Ulasan