06 Disember 2014
BERITA MEMALUKAN : NGO TURAP JALAN BILA PBT BUAT BANGANG !!!!
PBT enggan turap jalan, ‘Brotherhood’ tampal sendiri
Lando dan rakan menjalankan operasi menurap jalan. Silaturrahim Brotherhood menggunakan inisiatif sendiri dan tidak mendapatkan dana atau kutipan untuk menurap jalan berlubang.
KUALA LUMPUR, 5 Disember:
Gabungan pelbagai kelab permotoran di negara ini atau lebih dikenali sebagai Ikatan Silaturrahim Brotherhood (Brotherhood) mengambil inisiatif menurap sendiri jalan berlubang di sekitar ibu kota kerana keengganan pihak berkuasa tempatan (PBT) melaksanakan tugas tersebut.
Jurucakapnya, Azlan Sani Zawawi atau lebih dikenali sebagai Lando berkata, ahli kelab ini bergabung demi menjayakan ‘Op Jangan Gebang, Tutup Lubang’ yang disertai enam individu secara sukarela.
“Kerja yang kami lakukan ini merupakan kerja haram tanpa permit yang sah. Tujuan kami menurap jalan bukanlah bermaksud kami hendak mengambil alih tugas pihak berkuasa tempatan (PBT) sebaliknya kerana rungutan yang dibuat pengguna jalan raya terutamanya penunggang motosikal ini tiada tindakan segera dibuat pihak berkuasa,” katanya ketika ditemui di Taman Sri Rampai.
Menurutnya, operasi itu dibuat selepas mereka memberikan tempoh empat hari kepada PBT yang terlibat untuk melaksanakan kerja-kerja penurapan jalan berlubang.
“Oleh kerana mereka tidak mahu bertindak, maka kami sendiri menampal lubang tersebut demi keselamatan jalanraya yang merupakan tanggungjawab kita bersama.
“Dalam isu jalan rosak, pihak yang bertanggungjawab mestilah bertanggungjawab. Bukan tunggu aduan atau laporan orang mati baru hendak menjalankan tugas masing-masing,” katanya.
Jelasnya, bagi melaksanakan kerja-kerja menurap jalan itu, Brotherhood tidak menerima atau menjalankan sebarang kutipan derma, tabung atau dana bagi apa-apa tujuan operasi kerana mereka mendapat modal hanyalah berdasarkan lelongan barangan dan aksesori motosikal yang dijual secara online.
“Semua kos turapan yang pernah kami lakukan sebelum ini adalah melalui rezeki Allah pada hambanya dan tenaga dari ahli-ahli Brotherhood. Ini cara kami.
“Malah saya juga gunakan wang saku sendiri bagi membaiki jalan raya yang rosak kerana sudah bosan menunggu dan mengharapkan pihak majlis perbandaran menurap jalan tersebut.
“Ada yang hendak memberikan sumbangan tetapi kami enggan menerimanya kerana kerja ini dilakukan secara ikhlas,” katanya.
Tambahnya, kerja penurapan itu hanya menggunakan modal sebanyak RM2,000.
“Jika kerja ini dibuat PBT, kosnya mungkin lebih kira-kira RM18,000 kerana masalah birokrasi yang dihadapi mereka,” katanya.
Read more: TURAP JALAN PBT
Tiada ulasan:
Catat Ulasan