04 Disember 2014

BENARKAH HARGA RON95 DICAMPUR RM0.58 CUKAI JUALAN?

Crude Oil and Commodity Prices
December, Thursday 4 2014 - 01:24:47
WTI Crude Oil
$67.38▲0.50 0.74%
2014.12.03 end-of-day
Brent Crude Oil
$69.92▼-0.62 -0.89%
2014.12.03 end-of-day
Crude Oil Price by OIL-PRICE.NET ©
PriceChange
2014.12.03 - $ 67.38 0.50 0.74% 
1 Year Forecast
$77 / Barrel

Cukai jualan dikenakan kepada RON95?

Kerajaan digesa supaya membuat penerangan kepada rakyat sama ada cukai jualan RM0.58 sen dikenakan kepada rakyat ataupun tidak.



KUALA LUMPUR: DAP menggesa kerajaan memberi penjelasan sama ada cukai jualan dikenakan secara senyap ke atas petro RON95 atau tidak, berikutan harga semasanya melebihi RM2.26 seliter.

Naib Pengerusi DAP Teresa Kok berkata, setelah merujuk kenyataan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan pada 31 Oktober, bahawa jika harga minyak mentah dunia menurun, salah satu pilihan kerajaan adalah dengan mengurangkan harga RON 95 dan mengenakan cukai jualan sebanyak RM0.58 sen.

Jelasnya, pada 17 November Ahmad Maslan dilaporkan akan membuat syor kepada Jawatankuasa Dasar Fiskal untuk mengurangkan harga petrol RON95 jika harga minyak mentah dunia menurun, dan mencadangkan tiada cukai jualan dikenakan apabila harganya dikurangkan pada masa akan datang.

Namun pada 21 November, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek mengumumkan keputusan kabinet bahawa mulai 1 Disember, harga petrol RON95 dan diesel akan ditetapkan mengikut sistem apungan terkawal.

Pada masa yang sama, Teresa menjelaskan bahawa, setakat ini tiada sebarang pengumuman di buat Ahmad Maslan bahawa cadangan untuk tidak mengenakan cukai jualan ke atas RON 95 telah diterima.

“Jika tiada cukai jualan dikenakan terhadap RON 95, mengapa harga baru berkuatkuasa 1 Disember tidak lebih rendah daripada RON 97? dan jika cukai jualan telah dikenakan, kenapa tiada pengumuman?,” katanya memetik laporan Roketkini.

Tambahnya, sekiranya cukai jualan bukan faktor utama, mengapa harga RON95 tidak lebih rendah daripada RM2.26 selitar.

Harga baru petrol RON 95 dan RON 97 yang diumumkan Ahad lalu masing-masing pada kadar RM 2.26 dan RM 2.46 seliter di bawah sistem apungan terkawal, kedua-dua RON 95 dan 97 tidak menerima subsidi dari kerajaan.

Sementara itu, beliau, menggesa supaya Ahmad Maslan dan Hasan Malek turun membuat penjelasan kepada rakyat sama ada cukai jualan RM0.58 sen secara senyap dikenakan keatas RON95 atau tidak bermula 1 Disember bagi mengelak kekeliruan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan