MP dedah 'surat sokongan' RM9.6bil untuk 1MDB
Ia didedahkan oleh Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara ) dan Rafizi Ramli (PKR-Pandan).
Minggu lepas, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan menafikan kewujudan surat itu.
Surat tiga halaman, yang ditandatangani oleh menteri kewangan, dikatakan sebahagian daripada “surat tawaran” Goldman Sachs International, yang mempertingkatkan bon untuk 1MDB.
Ia mempunyai tempoh sah 10 tahun dan jelas menyatakan bahawa Malaysia akan membayar balik wang yang dipinjam oleh 1MDB jika syarikat itu tidak mampu membayar.
Pua meminta kerajaan “menyenarai hitamkan” Goldman Sachs jika firma perbankan pelaburan multinasional Amerika itu “berbohong” berhubung kesahan surat sokongan itu.
Manakala Rafizi pula mendakwa Ahmad “menipu” Dewan Rakyat dan mahu merujuknya kepada jawatankuasa hak dan kebebasan parlimen.
Kerajaan berulang kali berkata mereka hanya menjamin RM5.8 bilion daripada keseluruhan hutang 1MDB. MK
Salleh Keruak : “1MDB mungkin mengakibatkan kejatuhan Najib”
Sekiranya isu seperti 1MDB tidak diselesaikan, maka ia akan menganggu perwakilan semasa Perhimpunan Agung UMNO nanti.
PETALING JAYA : Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak berpendapat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak seharusnya mengambil langkah awal dengan menjelaskan keputusan kewangan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Beliau berkata, penjelasan itu membolehkan ia tidak lagi menjadi isu dan tumpuan utama Perhimpunan Agung UMNO yang akan datang.
“Pada asasnya, mereka di dalam UMNO yang menentang Perdana Menteri berharap perkara ini akan mewujudkan suasana bagi mempertikaikan Najib semasa Perhimpunan Agung UMNO
“Kebimbangan adalah serangan oleh para pemimpin UMNO sendiri, dulu dan sekarang khususnya dari Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Daim Zainuddin. Tun Daim bahkan mengatakan bahawa jika Najib tidak berhati-hati 1MDB mungkin mengakibatkan kejatuhannya,” katanya dalam entri terbarunya sskeruak.blogspot.com/ .
Salleh berkata, sekiranya isu seperti 1MDB tidak diselesaikan, maka ia akan menganggu perwakilan semasa Perhimpunan Agung UMNO nanti.
“Ia akan menggangu perwakilan berkenaan isu-isu lebih penting seperti bagaimana pembaharuan yang boleh dilakukan oleh UMNO dalam memberikan pengundi lebih keyakinan dengan memberikan sokongan merka kepada Barisan Nasional dalam pilihan raya akan datang.
“Inilah yang akan menentukan masa depan UMNO dan membuatnya masih relevan. Dan ada perkara yang positif bahawa Najib telah lakukan tetapi ada yang tidak diketengahkan bagi meyakinkan pengundi bahawa UMNO sedang bergerak ke arah yang betul,” katanya.

Kerajaan Najib Ah Jib Gor Haram jadah, Kerajaan Jahanam Celaka Memeras Darah Rakyat..
BalasPadamKerajaan Najib Babi Ah Jib Gor Buat Bisness Melalui 1MDB RUGIIIII. Yang terpaksa tanggung adalah Rakyat...
Kurangkan subsidi Minyak Klentong Rakyat..Minyak Dunia Turun. Kenakan GST, Naikkan Tarif Elektrik, sebab 1MDB niaga elektrik
Kerajaan Najib Gila Babi Takut BINI ROSMAH.. 30%, RUGI RUGI RUGI..RAKYAT TANGGUNG TANGGUNG TANGGUNG...