BERITA DIKEMASKINI 3.30PM
KEADAAN banjir di beberapa kawasan di Terengganu.
Setakat jam 3.30 petang tadi, seramai 3,863 mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara
KEADAAN banjir di beberapa kawasan di Terengganu.
Setakat jam 3.30 petang tadi, seramai 3,863 mangsa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara
Keadaan banjir di Terengganu semakin buruk. Kawasan sekitar UMT dan Unisza lumpuh.
Mangsa pemindahan semakin meningkat.
Daerah Kuala Nerus paling terjejas. Setiu, Marang, Besut, Hulu Terengganu juga dalam keadaan amaran merah.
Banyak kawasan-kawasan yang tak pernah dinaiki air pada tahun-tahun yang lalu telah ditenggelami air. Kita menjangkakan dengan keadaan hujan lebat yang berterusan, bencana banjir akan menjadi lebih buruk.
Semua Bilik Gerakan Banjir Kawasan diarahkan wajib mengaktifkan Bilik Gerakan Banjir masing-masing 24 jam. Laporan semasa perlu dimaklumkan secara berkala kepada BG Banjir Negeri.
JK Operasi Banjir PAS Terengganu akan terus turun ke medan pagi ini untuk pemantauan secara dekat situasi dan perkembangan semasa serta menyalurkan bantuan yang diperlukan.
Bantuan kepada mangsa banjir dari pelbagai bentuk terutamanya kewangan dirayu dan amat dialu-alukan. Ianya boleh disalurkan melalui Akaun Dana Kebajikan Negeri, CIMB 13010000056101.
DR AZMAN IBRAHIM
Pengarah Operasi Banjir PAS Terengganu
sumber
Gambar yg ke 6 tu..btul ke mcm bentuk naga pun ada..
BalasPadamBetul tu...gamba tu mmg real ke
BalasPadamYa la. Agak pelik sikit. Bayang? Mana ada mentari?
BalasPadam