06 Oktober 2014

PANAS! AHLI UMNO DAH MENGAMUK PADA PM.....



Soalan Berani Mati Untuk Perdana Menteri Dari Ahli UMNO Bernombor 02982371

1. Awak ni sebenarnya pernah ke hidup susah ? Pernah ke makan anak tamban kering, bersayur cendawan liar dan di mamah dengan beras usang kerana kejatuhan harga getah? Apa yg saya tengok kehidupan awak dalam filem TANDA PUTERA (filem wajib BTN) adalah semewah mewah kehidupan...(jangan pulak lepas ni awk arahkan Suhaimi Baba edit filem tersebut utk tunjuk awak motong getah).

2. Awak ni pernah ke meniaga kecil-kecilan jual keropok lekor di pasar malam dgn gunakan kereta kancil 660 (kononnya sahut seruan menteri utk tambah pendapatan)..dah habih niaga kancil tak leh start pasal bateri kong...puncanya bateri yg sama diguna utk menerangi lampu waktu berniaga?
Pas tu bila balik kena tahan polis pasal payung berniaga..terjojol kat tingkap kancil? Lepas tu kena saman pasal "kereta persendirian tak boleh bawa berniaga".

3. Awak tahu tak hari ni org berpusu-pusu pergi pasar beli persiapan raya..bukan saja harga ayam yg naik..bahkan harga lengkuas, serai,daun kunyit pun naik...mana dia yg dikata KPDN akan pantau harga? Sedangkan saya tak nampak seorang pun penguatkuasa yg bertugas. Lepas ni saya agak mesti ada menteri2 pembodek (terutama hasan malek, ku nan,shafei afdal, mat maslan, mail sabri) yg akan berkata..harga lengkuas naik sbb rakyat malas tanam!

4. Awak pernah ke melawat sesuatu kawasan dan nampak realiti sebenar?
Yg saya tau..bila awak turun tempat itu akan di hias indah..jalan berlopak akan ditampal atas arahan Fadilah Yusof...dan dilaksanakan oleh Jurutera Daerah...semua yg indah2 akan dipasang hingga tertopenglah wajah sebenar..semua sepanduk alu-aluan akan dipasang oleh Pemuda2 UMNO dan BN..yg diupah 30 ringgit dan dibelanja tomyam oleh UMNO Bahagian?

5. Pernahkan awak jalan bersendirian (mungkin boleh ditemani 2-3 UTK) memandu waja dan melihat kehidupan rakyat marhaen? Supaya awak boleh menyelami kehidupan mereka..
Yg saya tau..sekiranya awak nak turun..seminggu lebih awal SB akan berkampung dulu..di waktu lawatan pula seluruh agensi keselamatan akan mengawal lokasi..siren peronda pula akan melalak lalak di setiap laluan hingga orang buta pun tahu awak dah sampai.

6. Pernah kah awak secara terbuka menjumlahkan kerugian negara yg diseleweng oleh kroni-kroni awak? Berapa bilionkah jumlah itu hingga rakyat terpaksa membayar dgn kos kenaikan harga minyak?

7. Jadi bilalah awak nak letak jawatan?

5 ulasan:

  1. Tu dia orang ahli UMNO baru nak celik mata dan baru sedaq dari mimmi mungkin juga mimpi ngeri kot yang dia mimpi sebab tu la dia tembak Najib kaw kawa ,dulu depa dok makan ikan tamban tegeliat baru nak rasa makan siakap minyak pula dah naik la nie kena maka ikan tamban yang sama juga la atau mungkin kena makan anak ikan temenung kerin saja,atau pun janggut sotong kerin.

    BalasPadam
  2. UMNO tahu sifat kita yang marah tak lama sangat.

    BalasPadam
  3. Mudah mudahan rintihan & penderitaan ahli kita ni (UMNO) mengetuk pintu hati sang yang ber kuasa didunia ni (akhirat ada kuasa lagi ke?) dan bertindak memperbetulkan keadaan.Sevenarnya ramai lagi kawan kawan kita diluar sana merasa kan keazaban yg berterusan ni.Kami menunggu masa saja lagi utk tukar kali ini.

    BalasPadam
  4. Ahli umno ada 3 juta lebih, yg sedar diri berapa kerat saja yg lainnya masih buta mata, buta hati, buta segala mcm buta maka jadilah mereka melayu buta.

    BalasPadam
  5. Biar buta mata...jgn buta hati dan buta perut....

    BalasPadam