Dr Mahathir bimbang BN pimpinan Najib kalah PRU14
Tun Dr Mahathir Mohamad (tengah) menegaskan pendiriannya untuk tidak menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Tun Dr Mahathir Mohamad membuat pengakuan kepada badan bukan kerajaan (NGO) tentang kebimbangan beliau melihat Barisan Nasional (BN) kalah pada pilihan raya akan datang sekiranya Datuk Seri Najib Razak terus kekal sebagai perdana menteri.
Presiden Ikhlas Mohd Ridzuan Abdullah sebuah pertubuhan mewakili usahawan dan perdagangan Melayu mendakwa, perkara itu disampaikan oleh Dr Mahathir apabila menyatakan tentang masa depan BN di bawah pentadbiran Najib dalam satu pertemuan berlangsung lebih satu jam.
"Dr Mahathir amat jelas mengenai hal ini. Beliau menegaskan pendiriannya untuk tidak menyokong perdana menteri.
"Beliau menyatakan BN akan kalah dalam PRU14 sekiranya peranan Najib berterusan," kata Ridzuan kepada The Malaysian Insider hari ini.
Katanya pertemuan itu berlangsung semalam di pejabat Dr Mahathir di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya.
Beliau berkata pertemuan itu digerakkan Ikhlas atau Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia yang mahu berjumpa bekas perdana menteri itu untuk menyatakan kebimbangan mereka mengenai ekonomi dan masa depan BN.
Ridzuan memberitahu The Malaysian Insider mereka sebenarnya tidak berhasrat membincangkan kepimpinan Najib, sebaliknya Dr Mahathir sendiri membangkitkan isu tersebut.
"Ia bukan dalam agenda kami namun beliau memberitahu kami, tidak bermakna apabila beliau berjabat tangan bersama Najib atau ambil gambar bersama itu bermaksud dirinya menyokong perdana menteri," katanya.
Beliau berkata selain Ikhlas, pertemuan itu juga dihadiri oleh Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia, Persatuan Pengguna Islam dan beberapa NGO lain.
"Ada segelintir dari kami amat bimbangkan BN dan bertanya apa perlu dilakukan kerana berasa terperangkap di tengah-tengah," katanya.
Dr Mahathir sebelum ini mengkritik kepimpinan Najib dan menarik kembali sokongan kerana saranannya tidak diendahkan namun tidak jelas adakah beliau mahu Najib meletakkan jawatan.
Ridzuan berkata Dr Mahathir memberitahu dalam pertemuan semalam perkara salah perlu dipersoalkan supaya ia boleh dibetulkan.
"Beliau berkata salah tetap salah. Kita mesti mengutarakan perkara itu dan tidak hanya berdiri atas pagar, dan ini jalan untuk kita terus ke depan," kata Ridzuan, menambah NGO Melayu itu juga sudah memohon mengadakan sesi lain bersama Dr Mahathir kelak.
Ridzuan juga berkata kesemua NGO dalam pertemuan itu bersetuju Akta Hasutan 1948 tidak perlu dimansuhkan.
"Kita tidak mahu akta itu dimansuhkan dan digantikan dengan Akta Keharmonian Nasional. Kita cuba untuk berkempen namun tidak mendapat sambutan.
"Kerajaan seolah-olah tidak berminat. Ini kerugian mereka, pada masa sama pembangkang mendapat liputan meluas. Mereka tidak risau tindakan mereka tidak mendapat ruang dalam media arus perdana kerana akan mendapat sokong melalui media online," katanya.
Beliau berkata Dr Mahathir memulakan pertemuan dengan membuat kenyataan mengenai Najib, masa depan BN dan masa depan ekonomi kaum Melayu.
Beliau menjangka Malaysia akan menjadi negara pengguna dan bukan kuasa pengeluar.
"Ini kena mengena dengan polisi kerajaan yang membenarkan negara luar membuka perniagaan di negara ini hingga menjejaskan hasil negara. Berbilion duit negara kita keluar kerana perkara ini," katanya.

Kesian pulak aku tengok Tun M ni. Diakhir usia bercampur dgn puak2 rendah IQ spt dlm gambar. Patutnya ketika dah bersara, tak perlu bertungkus lumus dan muncul dikalayak yg bukan setaraf dgn seorg negarawan. Patutnya Tun M muncul dikhalayak elite dan tak perlu kerap muncul dan masih berkerja bertungkus lumus.
BalasPadamSenang aje nak baca kenapa dr.m takut? Andai bn kalah dlm pru14 nanti, kepentingan dr.m / anak2 & kroni dia akan mati. Silap kebejatan dia akan terbongkar dan ada yg akan masuk penjara.
BalasPadamTak Heranlah duduk bersAma Melayu Bodoh Dan Malas hasil didikannya jadi PM 2 dekad.
BalasPadamTun Mahatir adalah bapa pemodenan dan perindustrian Malaysia. Aku masih ingat tahun 80an dan 90an guru tanpa ijazah pergi mengajar kesekolah dengan basikal dan pakai motor saja,bagi guru berijazah kereta secondhand sudah cukup bergaya. Sekarang guru sekolah rendahpun ramai yang memiliki baru,apatahlagi guru sekolah menengah kereta mahal bukan lagi sesuatu yang menghairankan.Begitu juga penjawat awam keadan ekonomo mereka cukup stabil sekarang ini.Jadi sesiapa yang menganggap Tun Mahatir tiada sumbangan kepada Negara,mereka adalah dari gulungan kufur,buta hati dan mata.
BalasPadamKepada Aliyya Najihah.Hanya komunis dan manusia otak miring saja yang menganggap Tun Mahatir sebagai musuh mereka.Ramai bangsa melayu berjaya dibawah pentadbiran Tun Mahatir.Yang tertinggal miskin kalau tak malas bekerja bodohlah jawabnya.
BalasPadam