26 September 2014

KANTOI KES TIPU KAD KREDIT 5 RAKYAT MALAYSIA KENA PENJARA 284 TAHUN SEORANG.....

Penjara 50 tahun di Thailand

Kangar: Lima rakyat Malaysia masing-masing dijatuhi hukuman penjara 50 tahun oleh Mahkamah Jenayah Bangkok, Thailand, hari ini selepas didapati bersalah menggunakan kad kredit palsu termasuk untuk mengeluarkan wang dari beberapa bank.

Kesemua tertuduh Francis Xavier Arulappan, 35; Mageswaran Balakrishnan, 23; Velanraj Vallanrasen, 22; Gunalan Kumaresan, 25; and Kartik Sinansamy, 25, dituduh di mahkamah berkenaan 21 Julai lalu seblum keputusan dijatuhkan ke atas mereka hari ini.

Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, Mohd Faizal Razali ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.

Katanya, kesemua tertuduh bersama beberapa rakan mereka yang masih bebas dituduh telah menggunakan kelengkapan komputer bagi membuat 705 kad kredit palsu sejak 2 April sehingga 26 April 2009.


TERTUDUH ketika ditangkap April lalu.

Kad kredit yang dipalsukan boleh digunakan di bank komersial di beberapa negara termasuk Perancis, Itali, Kanada dan Denmark.

Kelima-lima tertuduh menggunakan kad kredit tersebut 142 kali di beberapa wilayah termasuk Krabi, Trang dan Songkhla serta mengeluarkan sejumlah wang tunai berjumlah 500,000 Bhat (RM50,000) sebelum dicekup Polis Diraja Thailand April lalu.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 568 tahun kepada kelima-lima mereka iaitu empat tahun bagi setiap 142 transaksi itu.

Mereka yang semua mengaku bersalah kemudian dikurangan hukuman kepada 284 tahun sebelum mahkamah menetapkan hukuman penjara 50 tahun setiap seorang.

Mereka juga perlu membayar RM50,000 kepada bank yang ditipu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan