Tunku Ismail memberi contoh pengulas sukan Astro, Zainal Abidin Rauf mengatakan pemain bola sepak pasukan Harimau Muda A menerima pengalaman yang bagus di Australia dan mampu beraksi untuk pertandingan peringkat ASEAN.
Menurut beliau, kenyataan itu tidak benar kerana pasukan Harimau Muda A bermain di liga kampung di Australia, bukan liga gred A tetapi liga gred D atau E.
TMJ Kritik Pengulas Astro Sebagai Tidak Profesional
KUALA LUMPUR – Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim menganggap pengulas bola sepak Astro sebagai golongan yang tidak profesional kerana sering memberi maklumat berat sebelah mengenai sesebuah perlawanan kepada penonton.
Beliau yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) berkata, pengulas sukan bola sepak Astro sebenarnya tidak tahu apa-apa tentang bola sepak menyebabkan mereka menyampaikan maklumat yang tidak berlandaskan fakta.
“Pada pandangan saya, pengacara Astro tidak profesional dan tidak tahu apa apa berkenaan bola sepak. Begitu banyak komen yang berat sebelah dan tidak memberi maklumat yang berdasarkan fakta kepada penyokong-penyokong bola sepak tanah air.
“Kita mesti sedar bahawa kita mempunyai masalah dan kita tidak boleh sembunyikannya demi pembangunan bola sepak negara. Pengacara Astro Arena juga selalu menafikan yang pengadil kita adalah begitu teruk. Sebagai pengacara, anda semua sepatutnya memberi maklumat yang benar kerana para penonton dan penyokong bola sepak berhak tahu perkara-perkara yang benar dan berdasarkan fakta,” tegasnya dalam satu kenyataan yang disiarkan dalam Facebook Johor Southern Tigers hari ini.
Tunku Ismail memberi contoh pengulas sukan Astro, Zainal Abidin Rauf mengatakan pemain bola sepak pasukan Harimau Muda A menerima pengalaman yang bagus di Australia dan mampu beraksi untuk pertandingan peringkat ASEAN.
Menurut beliau, kenyataan itu tidak benar kerana pasukan Harimau Muda A bermain di liga kampung di Australia, bukan liga gred A tetapi liga gred D atau E.
“Pasukan kita dihantar ke Australia oleh kerana ada beberapa individu yang ada kepentingan peribadi mereka dan bukan dengan niat untuk menambah baik lagi mutu pasukan kita,” katanya.

Aku sokong sangat statement berani mcm ni. Kalau dulu bawah presiden FAM yg dulu tak akan boleh nak komen pasal prestasi skuad bolasepak negara nanti dikatakan tak hormat sultan, sebab tu bolasepak negara mundur kebelakang hinggakan dlm ranking FIFA kita dibelakang Philipina. FAM tak pandang semua ni asalkan temolok masing masing penuh.
BalasPadam