26 Ogos 2014

SIAPA KELVIN ONG KINI JADI PEMBANTU KHAS SULTAN SELANGOR

Bekas Pembaca Berita, Kelvin Ong Kini Pembantu Khas Sultan Sgor


Rupanya bekas pembaca berita TV3 yang popular dalam era 90-an, Kelvin Ong kini menjawat peranan sebagai Pembantu Khas kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Selain itu, Kelvin juga dilaporkan sudah memeluk Islam dan bergelar muallaf sejak mendirikan rumah tangga dengan wanita Melayu, Zetty Juyanty A. Rahim.

Kelvin atau nama Islamnya, Zahir Kelvin Ong Abdullah masih lagi kelihatan segak seperti zaman kegemilangannya dahulu.


Pautan kekal imej terbenam

Sebagai pembantu khas kepada Sultan Selangor, sudah pasti Kelvin kini semakin sibuk dengan krisis yang melanda negeri Selangor, melibatkan kemelut dalaman di antara Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dengan Pakatan Rakyat. ~mns


Tiada ulasan:

Catat Ulasan