Persatuan Pengguna Selangor larang Rafizi politikkan air
Presiden dan Penasihat Guaman di Consumers Association Of Subang & Shah Alam, Selangor (CASSA) Malaysia, Datuk Dr. Jacob George semasa di sidang media tentang situasi air di Selangor di Shah Alam hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 1 Ogos, 2014.Pengerusi Gerakan Pengguna Negeri Selangor (GPNS) Datuk Dr Jacob George menggesa Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli supaya tidak campur tangan isu penstrukturan industri air negeri itu dengan mempolitikkan kandungan perjanjian persefahaman (MoU) antara kerajaan negeri dengan Putrajaya.
Jacob berkata, isu utama kini adalah kebimbangan rakyat dengan risiko kekurangan bekalan air bersih apabila paras simpanan air kini hanya tinggal 33.46%.
Sebaliknya beliau berkata, Rafizi cuba mempolitikkan keadaan dengan menimbulkan teori konspirasi pengambilalihan air antara Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan syarikat konsesi air.
"Bila mereka cuba hendak membina isu yang baru dan menangguhkan proses (pengambilalihan air) kita akan demonstrasi depan ibu pejabat (PKR).
"Ribuan akan protes. Ini bukan politik tetapi (melibatkan isu) pengguna tulen. Kita tidak campur urusan politik," katanya pada sidang media di kediamannya di Shah Alam hari ini.
Beliau berkata, sebagai persatuan pengguna, pihaknya menekankan agar isu air di Selangor tidak dipolitikkan lagi kerana rakyat negeri itu kini sedang menderita dan sengsara dengan masalah bekalan air yang berlaku.
Rafizi yang juga ahli Parlimen Pandan sebelum ini sering mempertikaikan MoU penstrukturan air apabila mendakwa perjanjian itu tidak membawa keuntungan kepada rakyat dan lebih memihak kepada Putrajaya.
"Pada saya, Rafizi sepatutnya menggunakan kebijaksanaannya untuk menyokong Kerajaan Selangor mempercepatkan proses pengambilalihan air bukan melengah-lengahkan dengan isu konspirasi pula," katanya kepada MalaysiaGazette.
George turut mempersoalkan kenyataan Rafizi bahawa terma perjanjian air akan dikaji semula jika berlaku perubahan dalam kedudukan Menteri Besar.
"Proses pengambilalihan air sudah tertangguh sejak 2008. Soalan saya adakah semua wakil Kerajaan Selangor dan agensi-agensi terlibat dalam industri air tidak boleh dipercayai?
"Betul ke ada konspirasi. Rafizi sudah siasatkah?" soal beliau.
George menambah, rakyat Selangor sudah bosan dengan pelbagai alasan serta pertelingahan demi pertelingahan dalam kalangan pemimpin di Selangor.
Mungkin para pemimpin Selangor sekarang lupa bahawa mereka pernah bersungguh-sungguh menjuarai isu air sehingga pakatan pembangkang boleh mentadbir negeri itu.
"Tetapi jika beginilah cara mereka melengah-lengahkan proses pengambilalihan air, percayalah rakyat tidak akan lagi mempercayai mereka," ujarnya.

Manusia seperti RAFIZI memang bagus , beliau sentiasa memerhati keadaan kepentingan rakyat Selangor . Beliau tidak mau mana-mana perjanjian yang membebankan rakyat . Kecuali macai BN yang ada persen saja setuju .
BalasPadam