07 Ogos 2014

McDonald’s Diboikot, Burger Ramly Mula Dapat Perhatian Ramai....





KEMPEN boikot rangkaian restoran makanan segera McDonald’s secara besar-besaran mungkin bakal mendatangkan impak baik kepada syarikat pengeluar daging burger tempatan, Ramly.

Di laman Facebook, ramai pengguna yang mula mempromosikan gambar hidangan burgerRamly yang tidak jauh bezanya dengan burger McDonald’s.

Secara tidak langsung, situasi ini telah membantu dalam mempromosikan produk keluaran tempatan itu yang sememangnya diakui sedap dan berkualiti.

Harganya? Pasti jauh lebih murah daripada jenama luar.

Jadi, kepada pihak Ramly, inilah masanya untuk menambahkan kepelbagaian dalam menu di samping memberikan persembahan terbaik untuk hidangan di setiap kiosk di seluruh negara.

2 ulasan:

  1. Ramly kena upgrade service..slow...ha ha ha.

    BalasPadam
  2. klau satu pintu tertutup.. pasti ada 10 lagi pintu yg sentiasa terbuka utk kita
    yakin laaa... Allah takkan aniaya umatnya
    klau berenti keje dgn mc d skrg bole keje dgn mc ramly

    BalasPadam