Gaza - Gerakan Perlawanan Islam (Harakah Muqawamah Islamiyah/Hamas) mengumumkan kemenangannya ke atas penjajah Israel serentak dengan pengumuman kesepakatan dalam perundingan di Mesir, Selasa (26/8/2014).
Dalam sambutannya, juru bicara Hamas, Sami Abu Zuhri, mengatakan, “Berkat kemuliaan dari Allah, pengorbanan rakyat, dan kegigihan gerakan penentangan, terutama Brigade Izzudin Al-Qassam dan gerakan-gerakan yang lain, hari ini kita menyatakan kemenangan kita atas kekuatan jahat Israel.”
Zuhri menambahkan, “Kita boleh meraih kemenangan yang selama ini belum dapat diraih oleh pasukan negara-negara Arab. Hari ini, rakyat Palestin yang terkepung dan lemah boleh menang ke atas kekuatan jahat Israel. Kita dapat menghancurkan pasukan yang katanya tidak pernah kalah.”
Menurutnya, Hamas juga mengizinkan para pemukim Yahudi untuk meninggalkan tempat persembunyian dan kembali ke rumah-rumah mereka, “Sekarang kami izinkan para pemukim Yahudi, terutama yang berada di sekitar Jalur Gaza untuk kembali ke rumah-rumah mereka. Itu adalah izin dari Hamas, bukan dari perdana menteri Netanyahu.”
Zuhri mengatakan bahwa perdana menteri Netanyahu tidak akan dapat mempertahankan diri dari kekalahan menghadapi perlawanan Palestin. Perlawanan boleh mengakhiri perang dengan dahsyat, sama seperti saat memulainya.
Sementara itu, juru bicara Hamas lainnya, Fauzi Barhum, mengatakan, “Kemenangan ini membuktikan bahwa hanya penyelesaian perlawanan dan senjata yang dapat memerdekakan Palestin. Perang ini tidak akan menjadi yang terakhir. Ini hanya satu pusingan dari perang panjang untuk membebaskan Masjidil Aqsa.”
Sebelumnya, pemerintah kudeta Mesir yang menjadi mediasi perundingan damai Gaza-Israel mengumumkan telah tercapainya kesepakatan damai antara Gaza dan Israel. kesepakatan itu mulai berlaku sejak pukul 19.00 waktu tempatan, Selasa kemarin.
Di Ramallah, Presiden Palestin, Mahmud Abbas, juga menyatakan bahawadelegasi Palestin telah menyetujui kesepakatan gencatan senjata di Gaza yang dimulai pada pukul 19.00 petang semalam.
Gencatan senjata ini akan berlaku untuk jangka waktu yang panjang.
Sementara itu delegasi Hamas dalam perundingan, Musa Abu Marzuq menyatakan bahawa perundingan yang telah sampai pada kesepakatan adalah kemenangan yang akan disematkan kepada seluruh rakyat Palestin. Kerana mereka kuat bertahan dan memberi dukungan besar kepada gerakan perlawanan.
Beberapa sumber informasi dalam pemerintahan Palestin, seperti diberitakan Stesyen television Aljazeera, menyebutkan bahawa di antara fasal kesepakatan adalah dibukanya pintu perbatasan, dibangunnya kembali Jalur Gaza, dan dimasukkannya bantuan kemanusiaan secara cepat. dakwatuna/al-jazeera
Segala puji-pujian kepada Allah, Tuhan Seru Sekalian Alam di atas kebesaran-Nya dan di atas kekuasaan-Nya dan selawat serta salam buat Junjungan Mulia Muhammad Rasulullah dan para Sahabat baginda yang terpuji.
Selepas menggunakan pelbagai senjata canggih, selepas menggunakan pelbagai teknologi hebat semata-mata untuk melawan ketulan batu, roket-roket daif yang menggunakan teknologi asas roket, dan selepas menggunakan taktik menakut-nakutkan dengan membunuh penduduk awam terutama sekali kaum wanita dan kanak-kanak, akhirnya golongan laknat, Zionis Israel terpaksa menurunkan tandatangan dan mengadakan gencatan senjata, sekaligus mengakui kekalahan di tangan HAMAS, SARAYA AL-QUDS serta rakyat dunia yang bencikan kekejaman serta pembohongan Zionis.
Mushir al-Masri, Pemimpin Hamas : Peperangan telah berakhir, Gaza telah menang dan pihak musuh telah tewas dan berpecah-belah kekuatanyya. Mereka juga telah meninggalkan tentera mereka yang telah di tawan dalam genggaman Briged al-Qassam.
Kemenangan ini adalah kepuasan bagi 2 ribu orang yang telah syahid dan puluhan ribu yang cedera. Rakyat kami telah berdiri teguh di sebalik serangan bom yang meletupkan bangunan, menara, sekolah, universiti dan masjid. Tetapi pada hari ini, ini adalah kemenangan. Kemenangan penduduk Syujaieyyah terhadap Israel. Kemenangan penduduk Khuza'ah terhadap Netanyahu. Kemenangan seluruh semenanjung Gaza, dan seluruh rakyat kami di seluruh dunia. Maka inilah dia keadaan musuh, mereka jatuh dalam penuh kecelakaan, dengan kurniaan daripada Allah SWT.
Ucapan Khas Dr. Ramadhan Shalah, Ketua Setiausaha gerakan Jihad al-Islami :
Kami mengucapkan terima kasih kepada barisan wartawan yang berusaha untuk menyebarkan gambar- gambar dan berita ke seluruh dunia.
Kami berbicara tentang kesetiaan para syuhada kami dan setinggi- tinggi penghormatan kepada pejuang- pejuang kami. Penduduk-penduduk Gaza berhak untuk menyambut kemenangan ini dan mengangkat bendera- bendera mereka tinggi ke langit. Penghormatan kepada kamu wahai penduduk Gaza tanpa ada siapa yang dikecualikan.
Dunia telah menyangka bahawa tiada siapa yang mampu untuk bertahan beberapa jam ataupun beberapa hari di hadapan Israel, tetapi Gaza telah bertahan selama lebih kurang dua bulan.
Aku tidak bercakap dengan nama Sarayaa al-Quds sahaja, dan bukannya aku bercakap dengan nama Briged al-Qassam sahaja, bahkan aku bercakap dengan nama seluruh kumpulan- kumpulan pejuang dan mujahidin Palestin... Kamu semua telah menghilangkan kewarasan pihak musuh dan menjadikan mereka semua gila.
Kami memberikan penghormatan kepada seluruh ibu- ibu, bapa- bapa, janda- janda, anak- anak yatim, dan kepada semua mereka yang membayar harga kemenangan ini di semenanjung Gaza.
Para pejuang Palestin telah memberitahu kepada seluruh dunia bahawa Gaza tidak akan dilupakan dan semua jenayah- jenayah yang telah dilakukan keatasnya tidak akan diampunkan.
Peperangan ini bukanlah peperangan kita, dan bukan kita yang memulakan peperangan ini dan kita hanyalah dalam posisi mempertahankan diri, Peperangan keatas Hamas adalah peperangan ke atas Jihad al-Islami dan ke atas Fatah, juga ke atas seluruh rakyat Palestin.
Peperangan ini adalah sebuah peperangan yang dilancarkan oleh tentera- tentera yang dikenali sebagai tentera terkuat di seluruh dunia ke atas orang- orang yang tidak bersenjata dan hidup di dalam kepungan selama beberapa tahun.
Sejak daripada hari pertama lagi, kami berkata bahawa kita sedang menuju kepada sebuah kemenangan, sekutu-sekutu kami di Beirut dan pemimpin- pemimpin pejuang juga berkata bahawa Gaza telah menang.
Peperangan ini masih belum berakhir, dan ianya masih berterusan dalam bentuk yang berlainan. Kepada siapa yang masih ragu- ragu dengan apa yang telah dicapai oleh para pejuang, maka lihatlah kepada pihak Zionis dan dengarlah kepada media- media Israel.
Para pejuang telah memaksa pihak musuh untuk berunding di bawah api.
Ahli Biro Politik HAMAS, Izzat Al-Risyq berkata:
1. Israel tidak mencapai apa-apa kejayaan dalam operasi ketenteraan mereka selama 51 hari ini melainkan satu jenayah perang ke atas penduduk awam yang kebanyakannya ialah kanak-kanak, wanita dan warga emas.
2. Musuh tidak berjaya mencapai apa-apa objektif yang mereka telah nyatakan pada awal peperangan, sebaliknya pejuang Gaza telah berjaya dalam operasi bertahan, menggegarkan kawasan mereka dan melakukan satu pukulan yang kuat ke atas mereka.
3. Zionis adalah pihak yang memulakan peperangan ini, tetapi pejuang mampu bertahan dan di belakang mereka ialah rakyat Palestin yang mempertahankan diri mereka dengan apa cara sekali pun.
4. Gencatan senjata tidak bermakna kami akan mengurangkan tuntutan rakyat kami dengan apa jua situasi, bahkan peperangan ini ialah satu bentuk perpaduan antara rakyat kami dan juga para pejuang. Kerjasama ini akan berterusan sehinggalah kami berjaya mencapai seluruh tuntutan kami.
5. Di sebalik kesakitan dan pengorbanan, peperangan ini melambangkan satu roh semangat yang ditunjukkan oleh rakyat kami dan menunjukkan ketabahan yang telah dibina bersama para pejuang. Inilah rahsia strategi yang mampu mengalahkan penjajah Zionis dan mencapai kebebasan dan kepulangan kami ke tanah Palestin yang sedang dijajah oleh mereka.
6. Apa yang telah berlaku dalam peperangan pada kali ini akan menjadi satu batu asas ke arah melengkapkan perjuangan kami mendapatkan hak-hak rakyat kami secara keseluruhan tanpa ada sebarang pengurangan.
7. Kami mempunyai kemampuan dan faktor-faktor kekuatan moral dan ketenteraan yang mampu menyebabkan kami berterusan berusaha mendapatkan kembali hak-hak rakyat kami yang dirampas oleh Zionis.
8. Kami akan sentiasa menjadi pelindung kepada anak watan dan rakyat kami serta hak-hak yang sepatutnya. Kami akan berterusan meneruskan kebangkitan ini sehinggalah kami berjaya mencapai kejayaan.
Baju-T yang tertulis, " Kami telah menang wahai anak Yahudi".
Mahmoud al-Zahar, Pemimpin Hamas, beliau merupakan antara orang terawal mengasaskan Hamas. Beliau berkata dalam ucapan terbaru beliau :
Kami berjanji kepada anak- anak Palestin bahawa kami akan mendirikan semula setiap rumah yang telah hancurkan oleh tentera Zionis dengan yang lebih baik dari sebelumnya.
Kami akan membina pelabuhan laut kami dan sesiapa yang mengancamnya kami akan mengancam pelabuhan lautnya, dan kami akan membina lapangan terbang kami dan sesiapa yang mengancamnya kami akan mengancam juga lapangan terbangnya.
Kami berjanji kepada para tawanan kami bahawa kami akan membebaskan mereka tidak lama lagi.
Kami berjanji akan membebaskan Palestin seluruhnya!
Channel 2 media Zionis telah mendedahkan kesan peperangan ini sehingga hari yang ke-50 ;
69 orang penduduk Zionis terbunuh.
63 orang tentera Zionis terbunuh.
54 orang tercedera dan sedang dirawat di hospitaal-hospital, 7 orang daripada mereka parah.
4594 roket telah dilancarkan ke arah Israel.
3641 roket jatuh menghentam Israel.
735 roket telah berjaya dipintas dengan sistem iron Dome.
188 roket telah jatuh di sekitar Gaza berdekatan dengan sempadan.
Apabila berkumpulnya warna hijau al-Qassam, warna hitam Sarayaa al-Quds, dan warna kuning Fatah, maka sesungguhnya ianya adalah kemenangan rakyat Palestin di Gaza dan para pejuangnya yang diketuai oleh al-Qassam dan Sarayaa al-Quds.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan