08 Ogos 2014

AMARAN HAMAS BUAT ZIONIS ISRAEL, HENTIKAN KEPUNGAN TIDAK SAH KEATAS GAZA ATAU TERIMA AKIBAT LEBIH DAHSYAT!!!

Aman Palestin


Jurucakap rasmi Briged al-Qassam, Abu Ubaidah:

Sesungguhnya pejuang Palestin sudah bersedia untuk kembali memulakan peperangan. Kami akan menjadikan mereka berhadapan dengan pilihan yang lebih susah. Sama ada peperangan ini akan memakan masa yang lebih panjang ataupun kami akan mematikan terus operasi lapangan terbang mereka, Ben Gurion


Berita | Gaza 10.40 pm | Perang Hari ke-32

Briged as-Syahid Eizzuddin al-Qassam, sayap ketenteran bagi gerakan Hamas telah menyatakan melalui jurucakapnya, Abu Ubaidah bahawa pejuang- pejuang Palestin telah bersedia mencetuskan semula peperangan dan menjadikan pihak musuh lebih susah untuk membuat pilihan.

Abu Ubaidah menjelaskan bahawa pejuang- pejuang telah bersedia untuk meletakkan pihak musuh di hadapan pilihan- pilihan yang kesemuanya sulit bagi mereka, sama ada ianya menjadi peperangan sehabis tenaga yang panjang, atau kami akan menghentikan dan meragut operasi penerbangan di Lapangan Terbang Ben Gurion kemudian kami akan menghancurkan sehancur- hancurnya dari sudut ekonomi, sebagaimana para pejuang dan rakyat kami telah bersedia untuk membayar harganya dan menyertai peperangan demi kebebasan.

Beliau menegaskan bahawa pihak pejuang tidak akan sesekali menghentikan peperangan ini kecuali apabila dihentikan sebenar- benarnya segala bentuk keganasan dan dihentikan kepungan (ungkapan yang paling jelas tentang menghentikan kepungan adalah supaya dibina sebuah pelabuhan), beliau berkata : "kami sangat percaya bahawa permintaan- permintaan kami tidak memerlukan kepada rundingan kerana ianya adalah permintaan hak- hak asasi manusia".

Jurucakap Briged al-Qassam turut menyeru kepada delegasi Palestin bagi perundingan di Kaherah agar tidak melanjutkan lagi tempoh perdamaian kecuali selepas wujudnya persetujuan bagi tuntutan- tuntutan rakyat kami.

Abu Ubaidah berkata lagi : "Sebarang ketetapan oleh pihak Zionis penjajah untuk melancarkan operasi serangan darat yang lain bermaksud kehancuran tentera- tentera mereka dan kami bersedia untuk mencetuskan semula peperangan.

Sumber : http://www.qudsn.ps/article/46307


Mestica


Ramai yang tidak menyedari bahawa esok 8 Ogos 2014, HAMAS dan Israel mungkin akan kembali bertempur sekiranya Israel terus berdegil untuk tidak memenuhi semua tuntutan HAMAS selepas berakhir genjatan senjata 72 jam.Biarpun Israel telah mengundurkan tentera mereka dari sempadan Gaza namun HAMAS mahukan Israel menghentikan kepungan tidak sah ke atas Gaza yang dilakukan secara haram sejak 2006 dengan jaminan. Tiada gunanya HAMAS meneruskan genjatan senjata sekiranya rakyat Gaza terus terkepung seperti sebelum ini.

Pemimpin Israel memberi amaran, sekiranya HAMAS tidak menggugurkan tuntutan mereka maka Gaza akan diserang dengan lebih hebat. Namun HAMAS membalas dengan mengingatkan Israel bahawa mereka belum menggunakan sepenuhnya kekuatan, kecuali 10% dari apa yang dimiliki, dan HAMAS bersedia untuk perang jangka panjang. Hamas memberi amaran kepada Israel pertempuran yang bakal berlaku selepas "perdamaian sementara" ini tidak akan sama dengan pertempuran sebelum ini.Hamas menegaskan bahawa mereka di pihak yang menang dan Israel perlu menunaikan tuntutan mereka.

Pemimpin HAMAS, Mushir Al Masri mengatakan, "Nasihat kami kepada beratus - ratus ribu Zionis yang tinggal bersebelahan Gaza bahawa mereka tidak akan dapat kembali ke rumah - rumah mereka sekiranya Netanyahu tidak memenuhi syarat - syarat yang telah kami tetapkan."


Aman Palestin


Algeria berjaya menyalurkan bantuan kepada Gaza.

Mereka memberi amaran kepada Mesir supaya membuka sempadan jika tidak mahu harga gas dinaikkan sebanyak 11%. Mereka juga mengingatkan Mesir supaya berjaga-jaga dengan kumpan mafia Algeria (Mafia Algeria terkenal di peringkat dunia dan ditakuti ramai). Akhirnya Algeria berjaya dibenarkan menyalurkan bantuan bernilai £25 juta British Pound terdiri dari ubatan, makanan, doktor-doktor dan bekalan air.


*Mesir menerima tekanan pelbagai pihak kerana pendirian-pendirian mereka dilihat menyebelahi Israel berbanding Gaza.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan