07 Julai 2014
TERHOT! WARTAWAN BERNAMA BAKAL DIPENJARA KERANA CIPLAK ARTIKEL ?
Wartawan Bernama Didakwa Ciplak Berita Jakarta Globe
Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) didakwa telah menciplak artikel berita, secara sepenuhnya dua laporan dari laman portal Indonesia Jakarta Globe (JG).
Menurut laporan portal itu, pada Sabtu lepas iaitu 5 Julai JG menulis laporan bertajuk “In Closing Debate, Joko Promises Bureaucratic ‘Breakthrough’, While Prabowo Strives For ‘A Dignified Nation’.
Bagaimanapun, sehari selepas itu mereka mendapati Bernama kemudiannya menerbitkan artikel sama dengan tajuk berbeza “Joko Promises Bureaucratic ‘Breakthrough’ While Prabowo Strives For “A Dignified Nation”.
Laporan itu menyebut Bernama telah memadamkan nama wartawan JG yang menulis laporan itu Josua Gantan dan Andrea Wijaya dan memberikan byline kepada wartawan Bernama Elmi Rizal Elias.
Pada hari sama pula, laman portal stesen berita Singapura Channel News Asia, menerbitkan semula artikel yang diciplak di laman web mereka dengan memberi kredit kepada Bernama.
Artikel itu diberikan tajuk lain “Indonesia Election : Jokowi, Prabowo Face Off In Final TV Debate”.
Laman JG yang kemudiannya menjalankan pemeriksaan lanjut mendapati, penemuan pada Isnin bukanlah kali pertama Bernama menciplak artikel dari JG.
Pada 1 Julai, dalam sesi Debat Pemilihan Presiden keempat, JG memuatnaik laporan di laman web bertajuk “Hatta Says Indonesia Should Take Advantage Of Its ‘Demographic Bonus’”.
Selepas itu, JG memaklumkan berita sama ditemui di laman web Bernama dengan tajuknya yang sudah diubah “Indonesia Should Take Advantage Of Its ‘Demographic Bonus’ – Hatta”.
Seperti kes pertama, Bernama turut menukarkan nama wartawan JG, Basten Gokkon dengan wartawannya iaitu Elmi Rizal.
Laporan JG menyebut, pihaknya sudah cuba menghubungi Bernama untuk mendapatkan penjelasan sejak semalam bagaimanapun agensi berita rasmi Malaysia itu tidak boleh memberi maklumbalas segera ke atas isu itu.
Seorang Ahli Majlis Media Indonesia Wina Armada yang turut memiliki kepakaran undang-undang dari University Of Indonesia berkata insiden berkenaan merupakan satu pelanggaran undang-undang hakcipta Indonesia yang serius.
“Untuk kes seperti ini, jika pihak yang menjadi mangsa tidak melaporkan kepada polis pun, pihak polis masih boleh mengambil tindakan ke atas pelaku perkara ini.
“Jika benar, wartawan Bernama menciplak artikel dari JG, menurut undang-undang Indonesia, wartawan Bernama itu boleh didakwa dan mungkin dipenjarakan,” kata Wina.
Menurutnya lagi, insiden berkenaan dilihat memalukan kerana Bernama merupakan agensi rasmi berita kerajaan Malaysia di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia. – MYNEWSHUB.MY
Menipu amalan biasa kebanyakkan media di mesia.
BalasPadam