13 Julai 2014

MILITAN ASING SERANG PGM DI MABUL SABAH, SEORANG ANGGOTA MARIN TERBUNUH DAN SEORANG DICULIK!!!





Foto

Semporna: Seorang anggota Pasukan Gerakan Marin (PGM) gugur ditembak manakala rakannya dipercayai diculik dalam kejadian berbalas tembakan dengan lapan lelaki di sebuah resort di Pulau Mabul, dekat sini, 11 malam tadi.
Kejadian itu disahkan Ketua Polis Daerah Semporna, Superintendan Mazlan Lazim, selepas beliau dihubungi, awal pagi ini.

Sementara itu, menurut sumber ‎mangsa, Koperal Ab Rajah Jamuan, 32, dipercayai hilang namun kemudian ditemui semula dan meninggal dunia dipercayai ditembak dalam kejadian terbabit.

Mangsa dikatakan sempat membalas tembakan sekumpulan lelaki terbabit sebelum gugur dalam pertempuran itu.

Katanya, rakan mangsa, Kostabel Zakiah Aliep, 26, hilang dipercayai dilarikan kumpulan lelaki berkenaan yang memakai pakaian berceloreng.

Allahyarham Ab Rajah yang barasal dari Semporna dikatakan sudah berkeluarga bertugas sebagai jurumudi kapal rondaan air 1, di balai polis Pulau Mabul dan pernah bertugas di Kampung Acheh.

Zakiah turut dikatakan sudah berkeluarga dan mempuyai seorang anak dan sebelum ini bertugas di Pulau Pinang.Mymetro


LAGI LAPORAN DIPETIK DARI TMI:

Polis ditembak mati, seorang lagi diculik di kejadian menembak Pulau Mabul


Penembak dalam pakaian askar dilaporkan menembak mati polis dan kemungkinan menculik seorang lagi anggota polis selepas kejadian menembak di Pulau Mabul berdekatan Semporna, Sabah, menurut laporan media.

Menurut laporan media, lapan penembak mendarat di pulau tersebut sekitar 11.30 malam semalam, kemudian mencetuskan insiden tembak-menembak dengan anggota polis sebelum tengah malam.

Penyelam yang tinggal di resort di pulau tersebut berkata mereka mendengar bunyi tembakan.

Pencerobohan ini berlaku hanya sehari selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan beberapa langkah keselamatan tambahan yang akan dilaksanakan untuk menguatkan lagi Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) ekoran penyusunan semula pentadbiran.

Katanya, ini termasuk menghantar kargo kontena Malaysia International Shipping Corporation Berhad’s (MISC), MT Bunga Mas Lima ke Sabah, di mana ia akan bertindak sebagai kapal induk bagi aset maritim dan staf berdekatan dengan sempadan Filipina.

Laporan memetik perdana menteri berkata kapal tersebut akan menjadi pangkalan operasi menghalang mereka yang melarikan diri ke negara jiran selepas melakukan jenayah.

Tambahan lagi, kata Najib, dua platform Petronas sedang diubahsuai dan akan ditubuhkan menjelang akhir tahun sebagai pertahanan terakhir antara Lahad Datu dan perairan Semporna.

Platform tersebut akan dilengkapkan dengan radar moden yang membolehkan pasukan keselamatan untuk menjejak pergerakan tidak kira siang atau malam di kawasan tersebut, katanya.

Pada 8 Julai, Najib berkata Esscomm akan dibahagikan kepada dua komponen utama: komponen Keselamatan dan Pengurusan Pertahanan, dan Pelaksanaan dan komponen Tindakan Awam.

Pengarah Keselamatan dan Keamanan Awam Esscomm, Pesuruhjaya Polis Datuk Abd Rashid Harun akan dilantik sebagai komander Esscomm bermula 15 Julai dan akan menjaga komponen Keselamatan dan Pengurusan Pertahanan.

Esscomm meliputi 1,400km kawasan pantai timur Sabah dari Kudat ke Tawau.

Ia ditubuhkan pada Mac 2013 oleh Najib selepas pencerobohan kumpulan militan Sulu di Lahad Datu tahun lepas.

Objektif utamanya adalah untuk menguatkan keselamatan maritim di kawasan timur negeri itu, menghalang aktiviti pengganas di perairan berdekatan dengan Sabah.

Bagaimanapun, sejak penubuhannya ia gagal menghalang beberapa penculikan di kepulauan berdekatan dengan pantai Sabah, mengundang kritikan daripada Barisan Nasional (BN) dan pembangkang Pakatan Rakyat (PR).

Tiga minggu lepas, seorang penternak ikan di Kampung Air Sapang di bandar pantai timur, Kunak, diculik oleh beberapa lelaki bersenjata yang dipercayai anggota Suluk.

Pada Mei, rakyat China Yang Zai Lin, 34, diculik lima lelaki bersenjata daripada penternakan ikan di Pulau Baik.

Yang merupakan pengurus penternakan ikan tersebut yang dimiliki oleh Wonderful Terrace Sdn Bhd, sebuah syarikat Hong Kong.

Meskipun menghantar unit tindakan khas polis dalam kejadian tembak-menembak itu, penembak-penembak berjaya mengelak pihak berkuasa dan melarikan diri ke selatan Filipina.

Dalam satu lagi insiden pada Mac lalu, Gao Hua Yun, 29 tahun dari Shanghai dan Marcy Dayawan @ Mimi, 40 diculik dari Singamata Reef Resort di pulau Semporna.

Kedua-duanya dilepaskan selepas wang tebusan didakwa dibayar kepada penculik, walaupun Najib bertegas tiada wang tebusan dibayar.

Beberapa ahli Parlimen BN dan PR mengkritik Esscomm sebagai pembaziran dana awam ekoran banyak pencerobohan yang berlaku sejak penubuhannya.

Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang berkata Esscomm hanyalah badan mahal yang kurang cekap, sementara Ahli Parlimen Kalabakan Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh berkata rakyat Sabah sudah jelak dan marah dengan janji kerajaan untuk menambahbaik Esscomm.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan