07 Julai 2014

MALANG BAPA PUKUL ANAK SAMPAI MATI HANYA DIA MAHU BEKERJA!!!

Mahu bekerja bantu keluarga, bapa pukul anak sampai mati


SALAH seorang adik mangsa meninjau anggota unit forensik melakukan siasatan ke atas mayat abangnya yang mati dipukul bapanya dengan kayu di Kampung Jawa, Alor Gajah, semalam. Mangsa dikatakan menyatakan hasrat mahu bekerja untuk membantu keluarga kepada bapanya yang berusia 52 tahun, sebelum berlaku pertengkaran di antara mereka.

ALOR GAJAH: Hanya kerana menyatakan hasrat mahu bekerja untuk membantu keluarga, seorang remaja maut dipukul bapanya dengan sebatang kayu di Kampung Jawa di sini, petang semalam.

Dalam kejadian jam 5 petang itu, mangsa Muhamad Hafiz Abd Ghani,17, dikatakan menyatakan niat berkenaan kepada bapanya yang berusia 52 tahun sebelum berlaku pertengkaran di antara mereka.

Ibu mangsa, Siti Habibah Ismail, 38, berkata ketika bertengkar suaminya mengambil sebatang kayu lalu memukul anak sulung daripada 10 beradik itu.

Beliau berkata, anaknya yang tidak bersekolah itu hanya menyatakan hasrat mahu bekerja bagi mencari wang untuk membeli juadah berbuka puasa.

"Arwah hanya memberitahu bapanya dia mahu mencari kerja untuk mencari wang bagi membeli juadah berbuka puasa kerana sebelum ini kami sekeluarga hanya mampu menikmati bubur, pisang goreng dan air kosong setiap kali berbuka.

"Namun, suami tiba-tiba naik berang lalu mengambil sebatang kayu dan memukul anak bertubi-tubi sehingga dia rebah di ruang tamu sebelum saya menariknya masuk ke dalam bilik," katanya ketika ditemui, hari ini.

Katanya, dia menyedari anaknya itu sudah meninggal dunia kira-kira jam 4 pagi semalam selepas masuk ke dalam bilik tidur untuk mengejutkan bangun sahur dan mendapati mangsa sudah tidak lagi bernyawa.

"Saya kemudian menghubungi ambulans dan pemeriksaan mendapati dia (Muhamad Hafiz) sudah meninggal dunia, sebelum laporan dibuat di Balai Polis Alor Gajah," katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Abd Rahman Jid, berkata suspek kini sedang diburu polis selepas bertindak melarikan diri dari rumah yang disewa sejak dua bulan lalu itu.

"Difahamkan, mangsa mengalami kecederaan dalaman akibat dipukul dengan objek keras, sebelum disahkan meninggal dunia oleh anggota paramedik.

"Mangsa dipercayai meninggal dunia antara jam 9 malam tadi hingga 4 pagi tadi dan mayatnya dibawa ke Hospital Melaka untuk bedah siasat. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan bunuh," katanya. 06-07-04



Polis tahan bapa disyaki bunuh anak

Alor Gajah: Polis berjaya menahan seorang lelaki yang dipercayai membunuh anaknya menggunakan sebatang kayu, awal pagi tadi.

Suspek yang berusia 52 tahun ditahan kira-kira jam 2.30 pagi di sebuah rumah sewa di Jalan Melekek, Kampung Padang di sini.

Siasatan awal mendapati, suspek mengaku terbabit dalam kes berkenaan.

Suspek sebelum ini dipercayai melarikan diri selepas memukul anak sulung daripada 10 beradik itu kerana bertanyakan mahu bekerja untuk membantu keluarga, sebelum disahkan meninggal dunia oleh anggota paramedik.

Dalam kejadian jam 5 petang Sabtu lalu, mangsa Muhamad Hafiz Abdul Ghani, 17, menyatakan hasrat mahu bekerja untuk membantu keluarga, sebaliknya remaja itu maut dipukul bertubi-tubi oleh bapanya dengan sebatang kayu di Kampung Jawa di sini.

Mangsa dipercayai meninggal dunia antara jam 9 malam hingga 4 pagi semalam akibat dipukul dengan objek keras.
  07-07-2014

Tiada ulasan:

Catat Ulasan