Pengarah Eksekutif Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER), Dr Zakariah Abdul Rashid bercakap pada sidang akhbar mengenai Indeks Keadaan Perniagaan, Indeks Sentimen Pengguna, Indeks Ekonomi Malaysia dan indeks terkemuka lain di pejabat MIER, hari ini.
Kewangan lemah, hutang kerajaan melebihi tahap siling, kata MIER
Prestasi kewangan bagi kerajaan persekutuan masih lagi lemah dengan pendapatan rendah bagi tempoh suku tahun pertama tahun ini dan hutang meningkat melebihi tahap siling, kata Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER).
Pengarah Eksekutif MIER, Dr Zakariah Abdul Rashid berkata, berdasarkan prospek ekonomi Malaysia, hutang bagi kerajaan persekutuan meningkat melebihi tahap siling iaitu 55%.
Jumlah hutang kerajaan persekutuan bagi suku tahun pertama tahun ini ialah pada RM560.6 bilion.
"Kerajaan mesti berhati-hati dalam perkara ini dengan mengambil pendekatan lebih serius, iaitu mengawal perbelanjaan dengan bijaksana.
"Dan bagi pendapatan negara pula, ia bergantung kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Sekiranya KDNK kita meningkat, maka lebih banyak pendapatan diraih kerajaan," katanya pada sidang media di Bangunan MIER, Bukit Petaling Jaya, Kuala Lumpur hari ini.
Akta Pinjaman Tempatan 1959 mengehadkan hutang negara pada had siling 55% kerana sekiranya hutang negara melebihi had siling, ia akan menyebabkan negara mufllis.
Bagaimanapun, Zakariah berkata, situasi itu tidak harus dipandang negatif kerana ia melibatkan banyak faktor terutama pembangunan dalam dan luar negara selain pertumbuhan KDNK.
"Saya tidak fikir ini negatif. Sebenarnya, peningkatan nisbah juga dijangka kerana meskipun kita mencatat kenaikan KDNK iaitu sebanyak 6.2% bagi suku tahun pertama, ia tidak boleh dianggap terlalu bagus.
"Bagaimanapun, penurunan atau kenaikan KDNK bukan sesuatu yang boleh dikawal," katanya.
Beliau berkata sekiranya Malaysia mencatatkan pertumbuhan KDNK lebih memberangsangkan, ia boleh membantu meningkatkan pendapatan.
Katanya, kerajaaan juga tidak boleh berbelanja sembarangan dan hanya perlu melihat perbelanjaan produktif dan mempunyai nilai hasil tambahan.
"Pertumbuhan pesat KDNK dipengaruhi cara kerajaan berbelanja, kerana ia perlu dilihat dari pelbagai faktor seperti eksport, import dan juga perbelanjaan isi rumah.
"Namun tidak semua perbelanjaan itu mendatangkan hasil atau kebaikan. Justeru, amat penting berhati-hati menggunakan dana dengan mengamalkan sikap berdisplin dan berhemah," katanya.
Putarajaya dikritik ekoran pendedahan laporan Audit Negara bagi 2013 dan 2014 menyaksikan pembaziran perbelanjaan jabatan dan agensi kerajaan.
MIER yang merupakan badan penyelidikan ekonomi dan kewangan di Malaysia turut mendedahkan kadar inflasi negara ini bagi tempoh 6 bulan pertama terus meningkat lebih sekali ganda berbanding tahun lepas - dari 1.6% ke 3.4%.
Beliau berkata situasi itu turut dipengaruhi hutang isi rumah yang dilihat mencatatkan peningkatan bagi suku tahun pertama dan kedua 2014.
"Kerana itu Bank Negara Malaysia (BNM) pada 10 Julai lalu bertindak meningkatkan kadar polisi semalaman (OPR) atau faedah dari 3% sebelum ini kepada 3.25%. Ia sebagai pendekatan mengimbangi inflasi dan juga hutang isi rumah," katanya.
Beliau turut menjangkakan peningkatan hutang isi rumah akan terus bertambah terutamanya menjelang perayaan Aidilfitri kerana dipengaruhi kos barangan dan perkidmatan yang semakin tinggi.
"OPR ini merupakan satu langkah diambil BNM bagi mengawal isi rumah namun bagi kita ia lebih kepada sikap individu itu sendiri bagaimana mengurus perbelanjaan mereka.
"Kita rasakan penting kadar OPR terus dinaikkan. Bagaimanapun kita akan lihat kadar baru ini. Kemudian baru kita umumkan langkah seterusnya," katanya.
Sebelum ini BNM menegaskan pertukaran kadar OPR dilakukan bagi mengimbangi pertumbuhan prospek di negara ini dengan inflasi yang masih lagi tinggi.
"Pada kadar OPR baharu ini, pendirian dasar monetari terus menyokong ekonomi negara, memandangkan kadar faedah itu tidak dinaikkan dalam tiga tahun lepas, sejak Mei 2011."
Menurut BNM, selepas mencatatkan kadar sederhana pada suku pertama, ekonomi global telah kembali pulih secara beransur-ansur.
"Aktiviti ekonomi di negara maju utama terus berkembang pada kadar sederhana.
"Di Asia, pertumbuhan disokong sektor luaran yang bertambah baik di samping keadaan permintaan dalam negeri yang terus berkembang.
"Dalam persekitaran ini, pasaran kewangan antarabangsa secara relatifnya kekal stabil," katanya. ~Tmi

Tiada ulasan:
Catat Ulasan