30 Jun 2014

KES UMNO CELAKA DAN KEPALA LEMBU, BEKAS MUFTI TEGUR PERBUATAN YANG SALAH JUGA JANGAN BERMAIN API


Kepala lembu yang diletakkan di luar rumah Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP merupakan satu bentuk provokasi yang dilarang Islam dan patut dihentikan segera, kata Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.

Bekas mufti Perlis itu berkata, semua pemimpin di Malaysia tanpa mengira agama digesa menghentikan perbuatan sedemikian dan mendidik masyarakat untuk tidak menerima perbuatan sedemikian.

“Kita harus menghentikannya. Jangan bermain dengan api. Perbuatan ini salah. Tidak kira sama ada yang melakukannya daripada pihak kerajaan, DAP atau orang biasa.

“Tidak kiralah siapa pelakunya. Ia jelas bertentangan dengan Islam. Namun pada masa sama, kita tidak boleh menuduh kerajaan yang melakukannya kerana sesiapa sahaja berkemungkinan berbuat demikian,” katanya.

Asri berkata, kerajaan mendakwa DAP merupakan dalang perbuatan itu sementara DAP pula mendakwa pihak lain perlu bertanggungjawab.

Katanya, tiada guna untuk menuding jari sebaliknya apa yang diperlukan saat ini adalah pemimpin bersatu mengutuk perbuatan sedemikian.

“Semua pemimpin terutaman pada bulan Ramadan mesti mencari penyelesaian damai.

“Kerajaan dan pihak pembangkang mesti memikirkan politik jangka panjang yang memberi faedah kepada negara,” katanya.

Asri berkata, Al-Quran jelas menyatakan dalam surah Al-Anam ayat 108 yang bermaksud negeri orang Islam mesti tidak menggangu penganut agama lain untuk menunaikan amalan agama mereka.

Katanya, DAP dan NGO Melayu digesa tidak terus membangkitkan isu ini yang mana akan menyinggung pihak tertentu dan menyebabkan provokasi bertambah buruk.

“Kritikan yang membina sangat dialu-alukan dalam masyarakat tetapi provokasi yang mencetuskan ketegangan dan huru hara perlu dielakkan,” katanya.

Pagi semalam kepala lembu yang masih berdarah diletakkan di depan rumah Adun DAP RSN Rayer selepas kenyataan “Umno Celaka” dilemparkannya bulan lalu.

Walaupun MCA, MIC dan Gerakan mengutuk insiden berkenaan, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kejadian itu adalah “harga yang perlu dibayar Rayer kerana mulutnya yang celupar.

Bagaimanapun, Rayer yang juga Adun Seri Delima tidak mengaitkan insiden berkenaan dengan kenyataan kontroversinya itu, lapor TMI.



Perkasa sokong kenyataan Zahid isu kepala lembu

Kenyataan garang pemimpin Melayu berpunca dari kebiadapan pemimpin politik dan masyarakat bukan Melayu yang memulakan provokasi



PETALING JAYA: Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hassan Syed Ali menjelaskan Perkasa bukannya ingin membodek atau mengampu Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, namun ternyata komen beliau terhadap isu kepala lembu yang dilempar di depan rumah Adun Seri Delima R.S.N. Rayer memang tepat.

Menurutnya lagi, bukan sahaja Rayer, mana-mana pihak yang menjadi punca kemarahan orang ramai perlu beringat keceluparan mulut boleh membawa binasa.

“Perlu diingat bahawa kenyataan-kenyataan garang pemimpin masyarakat Melayu adalah berpunca dari kebiadapan sesetengah pemimpin politik dan masyarakat bukan Melayu yang memulakan provokasi terhadap orang Melayu dengan mengusik kepentingan Melayu dan Bumiputera serta kepentingan Islam,” katanya dalam satu kenyataan.

Ujarnya lagi, bila kita lihat kembali kenyataan-kenyataan yang agak keras daripada pemimpin-pemimpin Melayu, ini adalah kerana pihak-pihak bukan Melayu yang terlebih dahulu membuat provokasi terhadap orang Melayu dan Islam.

“Pelbagai isu yang menyinggung perasaan orang Melayu dan Islam telah dilakukan oleh pihak bukan Melayu dan bukan Islam,” katanya.

Tambah beliau lagi, isu hak Melayu dan Bumiputera, kuota Bumiputera, biasiswa, AP, kroni, isu lesbian gay biseksual dan transgender (LGBT) yang tidak diterima oleh Islam terus diperjuangkan dan pelbagai kenyataan yang mengguris hati orang Melayu dan Islam terus dilakukan.

“Kamu mula dahulu, kami menjawab. Jangan melenting kerana kamu yang memulakan dahulu,” katanya.

“Tidak ada warga Palestine yang hendak bunuh diri dengan letupkan bom di badan jika Israel dan Amerika Syarikat tidak bertindak kejam terhadap umat Islam,” ujarnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan