25 Jun 2014

ITALI BUNGKUS GIGITAN SUAREZ JADI BUALAN DUNIA!!!

Pautan kekal imej terbenam
Itali tersingkir, Luis Suarez buat hal lagi

KUALA LUMPUR: Bekas Juara Piala Dunia 2006, Itali menjadi satu lagi nama besar yang tersingkir dalam saingan Piala Dunia kali ini apabila tewas 0-1 kepada Uruguay dalam perlawanan terakhir Kumpulan D di Estadio das Dunas di Natal yang turut dicemari dengan aksi kontroversi oleh penyerang Uruguay, Luis Suarez.

Luis Suarez dikatakan telah mengigit bahu pertahanan Itali, Giorgio Chiellini ketika cuba untuk bersaing mendapatkan bola di dalam kotal penalti Itali.



Pemain Itali, Giorgio Chiellini menunjukkan bahunya yang digigit Luis Suarez. - AP Photo/Hassan Ammar


Namun, tindakannya itu gagal disedari oleh pengadil dari Mexico, Marco Rodriguez yang tidak mengambil sebarang tindakan meskipun dibantah keras oleh pemain-pemain Itali.

Suarez dijangka bakal menerima hukuman berat dari FIFA selepas ini seandainya perbuatan beliau itu diadukan oleh pegawai pasukan Itali.

Untuk rekod, perbuatan menggigit pemain lawan ini merupakan kesalahan kali ketiga beliau kerana sebelum ini ketika beraksi untuk pasukan Ajax Amsterdan, beliau pernah digantung tujuh perlawanan pada 2010 kerana mengigit bahu pemain PSV Eindhoven, Otman Bakkal ketika seri 0-0.

April tahun lalu pula, ketika berkhidmat bersama Liverpool pula, Suarez telah digantung 10 perlawanan Liga Perdana Inggeris kerana mengigit bahu pertahanan Chelsea, Branislav Ivanovic ketika perlawanan berkesudahan seri 2-2.


Pemain Itali, Andrea Barzagli (kiri) dan Alessio Cerci berjalan meninggalkan padang setelah skuad mereka tumpas 0-1 kepada Uruguay awal pagi tadi. - AP Photo/Ricardo Mazalan

Itali yang tertekan kerana bermain dengan 10 pemain setelah Claudio Marchisio dilayangkan kad merah kerana melakukan kekasaran terhadap pemain Uruguay, Egidio Arevalo terpaksa bertahan sambil melakukan serangan balas sekali-sekala ke gawang Uruguay.

Malah, tindakan pemain Uruguay yang cuba melengah-lengahkan perlawanan juga menyebabkan seorang staf kejurulatihan Itali diarahkan meninggalkan bangku pemain oleh pengadil perlawanan.

Peluang tersebut diambil pantas oleh Uruguay untuk melancarkan serangan berbahaya ke gawang Itali dan gol kemenangan Uruguay akhirnya dijelmakan oleh tonggak pertahanan, Diego Godin ketika perlawanan berbaki lima minit untuk ditamatkan.

Dengan kemenangan itu, Uruguay berada di tangga kedua kumpulan mengumpul enam mata dan mengiringi Costa Rica untuk ke pusingan kedua.

Sementara itu, England hanya berjaya pulang membawa satu mata apabila terikat tanpa jaringan dengan Costa Rica di Estadio Mineirao di Belo Horizonte.

Rombakan besar-besaran dilakukan oleh Roy Hodgson terhadap England dimana beliau menurunkan rata-rata pemain yang belum lagi bermain sepanjang piala dunia ini seperti Frank Lampard, Phil Jones, Chris Smalling, Luke Shaw, James Milner dan penjaga gol, Ben Foster namun masih gagal mencari gol kemenangan buat England.

England kekal di tempat tercorot Kumpulan D dengan satu mata.

FIFA buka kertas siasatan Suarez gigit Chiellini


Rio de Janeiro: FIFA sudah membuka kertas siasatan dan mendakwa Luis Suarez kerana menggigit pemain pertahanan Itali, Giorgio Chiellini.

FIFA dalam kenyataannya, mendakwa jawatankuasa disiplin sudah membuka kertas siasatan ke atas penyerang Uruguay.

Panel itu mendapati Suarez bersalah menyerang lawan.

Mengikut peraturan FIFA, Suarez boleh digantung antara dua perlawanan dan maksimum 24 bulan.

FIFA turut meminta pasukan itu mengemukakan bukti sebelum 5 petang ini.

Keputusan itu akan dibuat sebelum Sabtu iaitu sebelum pertemuan antara Uruguay dan Colombia.

Uruguay layak ke pusingan 16 pasukan selepas menumpakan Itali 1-0.

Tapi, seminit sebelum gol dijaringkan, Suarez dilihat bertelagah dengan Chiellini dan rakaman telesvisyen jelas mendapati dia menggigit bahu pemain pertahanan itu.

Pengadil, Marco Rodriguez dari Mexico dikatakan tidak nampak kejadian itu dan tidak mengambil sebarang tindakan.


Penyerang Liverpool itu pernah digantung sepuluh perlawanan selepas gigit pemain Chelsea, Branislav Ivanovic, tahun lalu.

Pada 2010, dia digantung tujuh tahun selepas gigit pemain PSV Eindhoven, Otman Bakkal ketika bermain untuk Ajax Amsterdam.

Gantung perlawanan buat pemain yang bersalah di piala dunia paling lama adalah lapan erlawanan iaitu ke atas pemain Itali, Mauro Tassotti kerana menyiku sampai berdarah hidung pemain Sepanyol, Luis Enrique, pada 1994.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan