09 Jun 2014

INGAT TADI NILAI PELABURAN RM8 JUTA MASUK NEGARA.....RUPANYA NILAI DADAH SEKALI RAMPAS DARI TOKAN....

Rampas Dadah RM8 Juta:


Produk dadah terbaharu yang dipercayai ecstasy cecair.


Penahanan dua tokan dan anggota sindiket pengedaran dadah membawa kepada penemuan produk dadah terbaharu dipercayai ecstasy cecair serta beberapa jenis dadah lain membabitkan nilai rampasan mencecah hampir RM8 juta.

Kejayaan operasi terbaharu itu dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sekitar Negeri Sembilan dan Lembah Klang, minggu lalu.

Pengarah JSJN Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, penahanan pengedar kecil-kecilan ini membawa kepada penahanan dua lelaki dipercayai tokan di Seremban pada 7 Jun lalu.

"Susulan itu, sejumlah 50,000 pil Eramin 5, 100 pil ecstasy dan 3 gram ketamin ditemui dan dirampas dalam bonet kereta anggota kumpulan terbabit," katanya pada sidang media di Bukit Aman, Isnin.

Noor Rashid berkata, kedua-dua lelaki yang ditahan itu berusia 29 dan 34 tahun ditahan reman tujuh hari untuk siasatan di bawah Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Beliau berkata, tindakan susulan seterusnya dibuat pada hari sama di sebuah pangsapuri di Kampung Cheras Baru, dekat sini.

"Dipercayai pangsapuri ini dijadikan stor dan juga tempat memproses dadah.

"Di situ kami merampas sejumlah 342,000 pil Eramin, 88 gram serbuk syabu, 1.4 kilogram Ketamin, 2,225 pil ecstasy, 38 gram serbuk dan 835 mililiter cecair disyaki ecstasy.

"Produk cecair itu dipercayai yang terbaharu dan kami akan menjalani ujian rapi kerana ia dipercayai digunakan dalam minuman di kelab malam," tambahnya. ~Mstar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan