14 Mei 2014

PEMILIHAN PKR : PERSAINGAN MEREBUT JAWATAN TIMBALAN PRESIDEN DAN KETUA WANITA PUSAT KEADILAN SEMAKIN SENGIT.



Persaingan jawatan Timbalan Presiden dan Ketua Wanita Pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR) 2014 semakin sengit berikutan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan YB Hajah Rodziah Ismail berjaya merapatkan jurang undi dengan pendahulu dan penyandangjawatan -jawatan berkenaan , YB Mohamed Azmin Ali dan YB Zuraida Kamaruddin.

Mengikut sumber, Abdul Khalid memperoleh 9,582 undi, kurang 853 undi berbanding Azmin yang mengutip 10,435 undi manakala seorang lagi calon, Saifuddin Nasution mendapat 6,586.

Keputusan tidak rasmi itu berdasarkan jumlah undi keseluruhan dan tiga cabang di Selangor yang tidak bermasalah atau dibatalkan.

“Ini keputusan di cabang yang tiada kekecohan. Keputusan bersih. Confirm,” kata sumber kepada Selangor Kini, hari ini.

Tiga cabang itu ialah Puchong Abdul Khalid ( 861); Azmin ( 22), Saifuddin, ( 20), Serdang ..Abdul Khalid, (248), Azmin (31) ; Saifuddin (27) dan Petaling Jaya Utara .. Khalid (479) Azmin (384) Saifuddin (11).

Jumlah keseluruhan ketiga-tiga ialah Abdul Khalid memperoleh 1,588 undi, Azmin (437 undi) dan Saifuddin (58 undi).

Keputusan itu sekali gus membayangkan pengaruh kuat Dato' Menteri Besar Selangor itu yang dikatakan lebih dekat di hati anggota akar umbi PKR negeri berkenaan seperti di Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Bagaimanapun, ia bertentangan dengan laporan Astro Awani yang mendakwa Azmin mengutip lebih 15,000 undi, jauh meninggalkan Abdul Khalid dipercayai memasukkan angka kawasan cabang bermasalah.

Jika pola sokongan di cabang yang keputusannya belum diperoleh dan ditangguh pengundian, menyamai corak tiga cabang itu, Abdul Khalid dijangka akan mengatasi Azmin.

Dalam saingan Ketua Wanita PKR pula, satu sumber lain memberitahu penyandang jawatan, Zuraidah Kamaruddin mengatasi pencabarnya, Rodziah Ismail dengan perbezaan hanya 52 undi sahaja. suatu jumlah undi perbezaan yang dikira amat kecil .. Zuraida Kamaruddin memperolehi 4,920 undi sedangkan Rodziah Ismail 4,868 undi.

Kemaraan Rodziah merapati Zuraidah dipercayai hasil sentimen sama terhadap anggota akar umbi di Selangor juga.


Pertarungan tiga penjuru Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) pula menyaksikan, Amiruddin Shaari memungut 2,433 undi diikuti Nik Nazmi Nik Ahmad (2,275 undi) dan Nazree Yunus (1,494 undi).

Pada tahap ini, keputusan di sembilan cabang di Selangor yang tidak dibatalbelum diketahui.

Pada 11 Mei lalu, pemilihan 10 cabang di Selangor dibatalkan menjadikan jumlah keseluruhan 27 cabang yang perlu mengundi semula pada tarikh yang belum ditetapkan.

BERITA YANG DILAPORKAN SEBELUM INI :

Keputusan Pemilihan PKR tidak rasmi: Keadilan Raya menang jawatan utama
Astro Awani |


Mohamed Azmin Ali 

KUALA LUMPUR: Pasukan Keadilan Raya yang diketuai Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali dilaporkan memenangi jawatan utama dalam pemilihan parti kali ini.

Sumber dalaman PKR memberitahu, sehingga pagi tadi, Mohamed Azmin yang mempertahankan jawatan yang disandangnya memperolehi 15,724 atau 46 peratus undi.

Manakala pencabarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendapat 10,851 (32%) undi dan seorang lagi calon Datuk Saifuddin Nasution memperolehi 7,609 (22%) undi.

Bagi jawatan Ketua Angkatan Muda (AMK), Amirudin Shari dikatakan memperolehi 3,098 (44%) undi meninggalkan pencabarnya Nik Nazmi Nik Ahmad dan Ahmad Nazree Yunus.

Nik Nazmi dilaporkan mendapat 2, 411 (34%) undi manakala Nazree memperolehi 1,610 (23%) undi.

Pasukan Keadilan Raya mendapat tentangan sengit bagi jawatan Ketua Wanita PKR dimana penyandang jawatan tersebut‎ Zuraida Kamaruddin dilaporkan hanya mengatasi pencabarnya Rodziah Ismail dengan 62 undi.

Zuraida dikatakan mendapat 4,920 (51%) manakala Rodziah Ismail memperolehi 4,868‎ (49%) undi.

Pemilihan PKR bagi sesi 2014 hingga 2017 menjadi tumpuan kerana berlaku kekecohan di lebih 20 cabang hingga memaksa ianya dibatalkan dan diadakan semula.

Dijangka pemilihan Cabang-Cabang yang dibatalkan akan dilakukan hujung minggu ini.~Astro

Tiada ulasan:

Catat Ulasan