17 Mei 2014

CALON DAP YANG MEMBUATKAN UMNO MEROYAN !!!

Pautan kekal imej terbenam

Pautan kekal imej terbenam

Sah, Dyana Sofya calon DAP di Teluk Intan

Pengumuman tersebut dibuat oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng tengah hari ini.


Walaupun masih baru dalam dunia politik, Dyana Sofya Mohd Daud dipilih sebagai calon DAP untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan pada 31 Mei ini, beberapa hari selepas dikutuk dalam kempen memburuk-burukkan beliau di laman sosial.

Berusia 27 tahun, peguam kelahiran Perak itu terpilih menewaskan calon berpotensi lain termasuk penceramah berpengalaman Hew Kuan Yew, yang lebih dikenali sebagi Superman kerana kegemaran beliau memakai baju dengan motif dan imej adiwira ini.

Pengumuman itu dibuat oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam satu majlis di pusat operasi DAP hari ini.

Setiausaha politik kepada Lim Kit Siang itu dijangka berdepan dengan calon berpengalaman Barisan Nasional (BN), Datuk Mah Siew Keong, yang juga presiden Gerakan pada PRK nanti.

Mah memenangi kerusi itu dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 1999 dan 2004 namun kalah kepada calon DAP, M. Manogaran dan Seah Leong Peng pada 2008 dan 2013, masing-masing dengan majoriti 1,470 dan 7313 undi.

Pautan kekal imej terbenam

Kematian Seah akibat kanser pada 1 Mei mencetuskan PRK ini.

Dengan meletakkan Dyana, DAP berhasrat untuk mengubah partinya berasaskan Cina bagi menarik pengundi Melayu di kawasan pilihan raya itu, yang membentuk hampir 39% daripada 60,349 pengundi.

Kerusi ini mempunyai 23,301 pengundi Melayu (38.6%), 25,310 pengundi Cina (41.9 %) dan 11,468 pengundi India (19%).

Pencalonan untuk PRK itu akan dibuat pada 19 Mei dan pengundian awal pada 27 Mei.

Beberapa blog menerbitkan gambar seorang wanita berpakaian bikini merah jambu, mendakwa ia adalah Dyana dan mempersoalkan watak sebagai seorang Muslim, sehari selepas namanya muncul sebagai calon berpotensi untuk kerusi tersebut.

Selepas gambar tersebar di media sosial, sesetengah pengguna berkata ia bukan Dyana, tetapi pelakon Filipina, Pauleen Luna.

Beberapa pemimpin DAP dan penganalisis politik menyelar serangan itu dan mengandaikan pihak yang bertanggungjawab di sebalik itu ialah cybertrooper BN.

Mereka berkata individu yang cuba mencemarkan nama Dyana tidak dapat memahami hakikat bahawa Melayu yang mahu mengaitkan diri dengan parti pembangkang Cina seperti DAP.

Bagaimanapun, Dyana menolak serangan itu dengan menyifatkannya sebagai serangan peribadi.

“Kepada pengkritik, saya ingin mengulangi lagu Katy Perry. Anda akan mendengar saya...mengaum!” katanya, meminjam sebahagian lirik lagu terbaru penyanyi pop terkenal itu bertajuk “Roar”.

DAP pertama kali memenangi kerusi itu, yang ketika itu dikenali sebagai Teluk Anson, dalam PRU 1969 apabila Chan Fu King mengalahkan Menteri Kesihatan dari MCA, Dr Ng Kam Poh.

Bagaimanapun, sejak persempadanan semula kawasan pilihan raya parlimen pada 1974, 1984 dan 1993, kawasan Parlimen Teluk Anson berubah komposisi dan pengundinya yang menyebabkan calon-calon Gerakan hanya memenangi kerusi itu mulai PRU 1974.

Calon DAP, M. Kula Segaran memecahkan tradisi itu apabila menang kerusi itu pada 1995.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan