13 Mei 2014

Bala Untuk Najib -Krisis Politik Umno Terengganu !!


TERKINI ! TERENGGANU-maka 3 ADUN BN Jertih-Permaisuri-Batu Rakit telah brlepas dgn penerbangan 4ptg utk jumpa PM NAJIB d KL

Panas!!! 10,000 Rakyat Ajil Berhimpun Protes Kepada Mantan Menteri Besar Terengganu



protes terhadap Mantan Menteri Besar, boleh tak bawa lebih orang sikit. Kalau tak sampai beribu-ribu orang seperti sebelah sana buat demo, dapat seratuspun jadilah.

Ini yang datang tak sampaipun 10 orang. Muka-muka pemprotes macam tak ikhlas saja. Cer check molek. Ni wayang ker guano? Hok pegang kain rentang tu ikhlas berdemo ker? Ker pasni amik duit kopi? Adeeh! Pakcik cer kelik main dengan cucu deh!

Kemelut politik Umno Terengganu, satu lagi ‘bala’ buat Najib




SHAH ALAM, 13 MEI: Kepincangan Barisan Nasional (BN) di Terengganu kian memuncak apabila satu demi satu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada parti itu mula mengikut jejak langkah bekas Menteri Besarnya, Datuk Seri Ahmad Said yang bertindak keluar parti dan menjadi ADUN Bebas.

Bekas Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times (NST), Datuk A Kadir Jasin menyifatkan tindakan luar jangka daripada beberapa pemimpin Umno itu adalah satu lagi ‘bala’ buat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selepas memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Beliau juga berpendapat, perkara itu pastinya memberi tamparan hebat buat kepimpinan Najib yang dianggap Perdana Menteri Malaysia ‘paling kurang bernasib baik’.
“Secara teknikal, BN kini kekurangan tiga kerusi dalam Dewan Undangan Negeri dan meletakkan ia setanding dengan Pakatan Rakyat (PR).

“Pelbagai perkara mustahil boleh berlaku iaitu sama ada PAS menyertai Umno dalam membentuk kerajaan campuran di negeri itu atau BN akan kehilangan Terengganu.
“Atau adakah Terengganu berkemungkinan akan terperangkap dalam satu lagi krisis politik yang berlaku pada tahun 1960-an dan 70-an?” tulisnya di blog.

Kurang 24 jam ADUN Seberang Takir, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar yang baru, dua lagi ADUN Umno, Roslee Daud (Bukit Besi) dan Ghazali Taib (Adun Ajil) menghantar surat meninggalkan parti itu dan mengisytiharkan menjadi ADUN Bebas.

Hal itu menjadikan Menteri Besar Terengganu hilang majoriti dalam DUN apabila hanya mempunyai 14 ADUN berbanding PR iaitu 15 kerusi (PAS 14, PKR 1) dan Bebas (3) dalam DUN yang mempunyai 32 ahli itu.

A Kadir berkata, jika tiga pemimpin itu tetap dengan keputusan mereka untuk meninggalkan Umno dan mengisytiharkan diri mereka ahli bebas, maka PR boleh menuntut hak membentuk kerajaan negeri.
Bagaimanapun katanya ahli politik boleh mengubah keputusan mereka sesuka hati jika ditawarkan ‘harga’ yang tepat daripada pihak kerajaan supaya tidak meninggalkan parti.

“Keadaan akan menjadi lebih teruk kepada BN jika benar lebih ramai ADUN Umno akan mengikut jejak langkah Ahmad, Roslee dan Ghazali. Namun, ia dijangka boleh berubah bila-bila masa jika mereka diberikan ‘harga’ yang tepat,” katanya.

Pautan kekal imej terbenam

Rakyat tak lupa krisis politik di perak.. adalah dalang nya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan