02 April 2014

PANAS! MH370 BANYAK NEGARA KAGUM DENGAN KEBERANIAN HISHAMUDIN?

Pautan kekal imej terbenam

Bersediakah Kita Menerima Seorang Lagi Anak Bekas PM Jadi PM?

Oleh Shabudin Husin

Sementara usaha pencarian pesawat MH370 masih buntu walaupun setelah memasuki hari 
ke 24 dengan pelbagai teori dan kemungkinan mengenai nasib 239 penumpangnya boleh didengar di mana-mana, insiden ini juga seperti dilorongkan untuk menjadi rahmat dan keuntungan kepada Hishammuddin Hussein, Menteri Pertahanan yang dalam masa sama memangku jawatan Menteri Pengangkutan.

Dengan kapasitinya sebagai Pemangku Menteri Pengangkutan yang diberi tugas berhadapan dengan media untuk memberikan maklumat terkini mengenai kehilangan pesawat itu sejak lebih tiga minggu lalu, keupayaan dan kemampuannya mengendalikan pelbagai asakan media, terutamanya daripada luar negara, segera membangkitkan keyakinan banyak pihak tentang potensinya sebagai bakal PM selepas ini.

Hanya kerana itu,ramai yang mulai melupakan pelbagai kelemahan dan ketidakmampuannnya dalam mengendalikan pelbagai isu dalam negara ketika menjadi Menteri Dalam Negeri dahulu yang menyebabkannya nyaris-nyaris kecundang sebagai Naib Presiden UMNO pada pemilihan UMNO 2013 lalu.

Juga, hanya kerana kemampuan mengendalikan sidang akhbar berkaitan kehilangan MH370, ramai yang terlupa bahawa ketika pesawat itu didapati berpatah balik daripada laluannya, ia telah pun mula dikesan oleh radar TUDM tetapi tiada tindakan diambil, sama ada untuk memintas, mengejar dan berusaha lebih sedikit untuk mengetahui apa yang sebenarnya berlaku kepada pesawat itu.

Jika jawapan Timbalan Menteri Pertahanan, Abdul Rahim Bakri di Parlimen bahawa TUDM tidak berbuat apa-apa terhadap pesawat yang didapati berpatah balik itu kerana menyangka ianya adalah arahan daripada pusat kawalan udara di Subang sebagai "lawak jenaka yang tidak menggelikan hati" dan sekaligus memalukan negara, janganlah lupa bahawa Menteri Pertahanan ialah Hishammuddin juga.

Kegagalan TUDM bertindak lebih awal terhadap pesawat MH370 yang akhirnya menjadikan usaha pencarian berlarutan sehingga kini, di samping mendatangkan kesan sampingan lain kepada imej negara di di mata dunia, beban pertanggungjawaban utama seharusnya dipikul oleh Menteri Pertahanan.

Namun kerana kekerapannya Hishammuddin muncul dalam sidang akhbar dan disertai dengan kemampuan mengendalikan sidang media itu,imejnya lebih tertonjol sebagai Pemangku Menteri Pengangkutan berbanding Menteri Pertahanan sedangkan pemangkuan jawatan Menteri Pengangkutan itu hanyalah sementara dan Kementerian Pertahanan juga adalah kementerian kanan yang diberikan kepadanya atas hireaki nombor tiganya dalam UMNO.

Tetapi kelebihan Hishammddin sebagai Pemangku Menteri Pengangkutan lebih diperkatakan berbanding peranannya sebagai Menteri Pertahanan. Peranan Hishammudin sebagai Menteri Pertahanan dalam kes MH370 ini hanya nampak tertonjol apabila beliau dilaporkan akan melengkapkan sistem pertahanan udara seperti satelit, radar dan lain-lain lagi berikutan kelemahan yang dikesan berikutan insiden ini memperlukan penambahbaikan segera.

Secara berseloroh, beliau berkata, Najib perlu mencari wang untuknya selepas ini bagi memperbaiki kelemahan sistem pertahanan udara yang menjadi perbualan dunia ketika ini.

Selain bakal mendapat dana besar, kelebihan berhadapan dengan media yang mula diperkatakan itu, beliau kini semakin hangat ditonjolkan sebagai bakal PM selepas ini. Hishammuddin bukan saja telah menenggelamkan Muhyiddin yang memegang jawatan TPM tetapi juga semakin meninggalkan pesaingnya yang lain iaitu Zahid Hamidi dan Shafie Apdal.

Namun demikian, dengan pelbagai masalah dan kelemahan yang dilakar dan dipetakan oleh Najib Razak selama ini, bersediakah kita menerima seorang lagi anak bekas PM menjadi PM?

Hishammuddin mungkin ada kelebihan daripada segi mengendalikan media tetapi aspek itu sebenarnya hanyalah satu aspek daripada berpuluh aspek lain yang diperlukan untuk menjadi PM yang baik bagi negara berbilang kaum, agama dan budaya seperti Malaysia ini. Aspek ketegasan, keberanian, adil, jujur, amanah, tidak mementingkan keluarga dan kroni, memberi kemakmuran kepada rakyat dan berbagai lagi adalah lebih penting kerana kualiti-kualiti itulah akhirnya yang akan menentukan kestabilan dalam negara.

Setelah hampir lima tahun negara berperdana-menterikan Najib Razak yang merupakan seorang anak bekas Perdana Menteri, Tun Abdul Razak, di sebalik segala isu, masalah dan kemelut yang muncul di era pentadbirannya, sebahagian besarnya adalah dikaitkan dengan kedudukannya sebagai anak bangsawan yang lahir di dalam dulang emas dan membesar dengan segala kemewahan.

Keadaan itu menjadikan banyak program pembangunan dan aspek yang kononnya untuk kepentingan rakyat lebih merupakan retorik politik dan tidak menyentuh hati nurani rakyat. Sebagai anak bangsawan yang tidak pernah memahami erti kemiskinan, jauh sekali bermain dengan selut dan lumpur, erti kesusahan dan kemiskinan rakyat itu tidak difahami sepenuhnya oleh beliau.

Lebih malang lagi, perbincangan mengenai kemiskinan itu selalunya diadakan di bilik berhawa dingin, ditemani hiasan kristal dan sambil menikmati jamuan yang enak-enak dan menghisap cerut yang mahal. Lalu, di mana nilai kemiskinan dan kesusahan rakyat di hati pemimpin yang sebegini?

Hishammuddin, walaupun penglibatannya dalam politik melalui berbagai pertandingan dan tidak seperti Najib yang hanya diberi "smart tag" percuma, selain bersepupu dengan Najib, beliau juga adalah bekas PM, Tun Hussein Onn. Kedudukannya sebagai anak bangsawan, lahir di dulang emas, hidup serba mewah, tidak pernah bermain selut dan lumpur adalah tidak kurang membentuk pemikirannya sama seperti Najib juga.

Kelebihan Hishammuddin, sama juga seperti Najib adalah kerana mereka berdua anak kepada bekas PM. Jika bukan kerana berbinkan Tun Abdul Razak dan Tun Hussein Onn, nasib mereka dalam UMNO mungkin berbeza seperti yang dinikmati sekarang.

Terlalu awal sebenarnya untuk menilai kemampuan Hishammuddin sebagai bakal PM hanya berdasarkan kemampuannya mengendalikan media mengenai kehilangan pesawat MH370 ini saja. Selain rekod kepimpinannya selama ini perlu diselak untuk dinilai semula seperti dalam isu Lahad Datu, perhimpunan aman dan sebagainya, cerminan yang telah dipantulkan oleh kepimpinan Najib sebagai anak bekas PM haruslah juga menjadi perkiraan utama.

Sebagaimana selalu disebut dalam masyarakat bahawa anak ulama tidak semestinya menjadi ulama seperti bapanya, anak Tun Razak telah terbukti semakin jauh daripada kualiti dan legasi yang menjadi tinggalan bekas PM kedua itu. Dan Hishammuddin, sebagai seorang lagi anak bekas PM, jika berdasarkan rekod kepimpinannya sebelum ini yang banyak kelemahan dan diragui, senario negara mungkin bergerak ke arah yang lebih buruk jika beliau juga diangkat sebagai PM.


Hishammuddin lari ke Hawaii, tunjuk BN tidak serius bincang MH370 dengan Pakatan



Azmin Ali menuduh BN mempolitikkan isu MH370 dan tidak serius bekerjasama dengan ahli Parlimen PR bagi mencari penyelesaian penting dalam isu antarabangsa ini. 

Ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) hari ini melahirkan kekesalan setelah taklimat berhubung kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang dijadualkan berlangsung malam ini tidak disampaikan sendiri oleh pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.


Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali berkata, keengganan Hishammuddin memberikan taklimat itu sendiri kepada ahli Parlimen PR seperti yang diumumkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim menunjukkan Barisan Nasiional (BN) tidak serius menyelesaikan isu kehilangan pesawat MAS tersebut.

“Pagi ini kita dapat maklumat menteri lari dan pergi ke Hawaii untuk sidang yang lain.

“Pihak yang mempolitikkan isu ini adalah kerajaan BN yang tidak serius bekerjasama dengan ahli Parlimen PR bagi mencari penyelesaian penting dalam isu antarabangsa,” katanya pada satu sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Shahidan sebelum ini mendakwa kerajaan sedia mengadakan pertemuan dengan anggota Parlimen pembangkang bagi menyampaikan maklumat terperinci berhubung tragedi penerbangan MAS MH370.

Katanya, pertemuan itu diatur pada malam Selasa ini di antara anggota Parlimen pembangkang dengan Hishammuddi
n.


ADAKAH INI SEMUA BERPUNCA DARI LEGASI MAHATHIR......
OLEH: Michael Chiang

MH370: LEGASI MAHATHIR

Pengurusan lemah dan kebanggaan palsu dibiarkan berleluasa ketika era pentadbirannya. Namun segalanya kini didedahkan buat tatapan dunia. Adakah kita bersimpati dengan Mahathir? Tidak! Kita simpati dengan keluarga penumpang serta anak kapal MH370 yang dikecewakan pengurusan syarikat penerangan itu. Kita juga bersimpati dengan tanahair yang telah diperlekeh, kerana amalan pentadbiran yang lemah telah berlaku selama berdekad lamanya.

Kita cuma dapat merasakan kasihan kepada Mahathir, tetapi kita juga perlu bertanggungjawab. Kita benarkan negara kita menjadi rosak binasa. Kita benarkan diri kita dimanipulasi pihak jahat yang merosakkan maruah kita bersama. Kegagalan kita menghukum pemimpin sebegini telah menyebabkan krisis MH370 gagal diuruskan dengan baik oleh pihak berkuasa Malaysia.

Malaysia dikenali sebagai pusat pemerdagangan manusia, pengedaran dadah, barangan cetak rompak dan sindiket pertaruhan. Polis dan pihak berkuasa yang lain gagal menangkap dalang jenayah ini, walaupun tangkapan terhadap ikan bilis dibuat. Mahathir menyebabkan kehakiman terjejas dan keadilan sukar dilaksana. Pihak polis kita hilang wibawa.

Ketika eranya, anggota tentera kerap mengadu tentang masalah kenaikan pangkat. Yang berani dan menjalankan tugas diketepikan bagi memberi laluan kepada yang hanya pandai membodek. Sikap ini membunuh motivasi serta kesetiaan.

Pihak British meninggalkan kita dengan pentadbiran awam yang baik, tetapi Mahathir merosakkannya. Ia semakin mengembung dan ramai yang tidak layak diambil menjadi kakitangan kerajaan. Mahahir menyemai sikap pemalas di kalangan mereka.

Beliau tentu benci kerana kini maklumat boleh disampaikan di dalan sekelip mata. Mahathir sudah tentu lebih gemar kebebasan akhbar di tahap minima. Namun MH370 menampakkan kelemahan pentadbiran Mahathir kepada semua. Media asing membawa liputan mengenainya ke ruang tamu di segenap pelusuk dunia dan Malaysia tidak dapat melepaskan dirinya lagi.

Pentadbiran Mahathir tidak mementingkan akauntabiliti. Ia tidak mahu bertanggungjawab dan asyik menggunakan wang rakyat. MAS telah gagal di dalam perbelanjaannya. Adakah Mahathir pernah dipersalahkan?

Rakyat Malaysia mahu kritikan membina agar perubahan dapat dilakukan. Kita tidak wajar menjadi terlampau sensitif. Mahathir tidak dapat melihat semua ini dan bertanggungjawab ke atas segala kegagalan. Beliau kerap berkata “Melayu mudah lupa”, tetapi itulah sikap beliau sebenarnya, yang turut melupakan asal usulnya.

Mariam Mokhtar

1 ulasan:

  1. Melayu mudah lupa..dulu kes Lahat Datu rangking si Zahid naik mencanak..ne kes MH370 hilang giliran si Hishamudin lak..hakikatnya dua2 makluk ne main wayang je..drama yg direka dan diolah dgn skrip yg lintang pukang..tpi konco2 tetap kena terpesona..yg pasti rakyat ditipu lagi, dulu kini dan selamanya...

    BalasPadam