30 Mac 2014

PANAS! MENTERI AKUI KELEMAHAN PERTAHANAN NEGARA, APA RAKYAT MAHUKAN DARIPADA KERAJAAN...


Satelit sendiri

Kuala Lumpur: Kebergantungan negara terhadap satelit milik kuasa besar seperti dalam kes pencarian serpihan pesawat MH370 akan dapat dikurangkan pada masa depan.

Ini berikutan Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) menetapkan sasaran untuk membina satelit sendiri dalam tempoh 10 tahun lagi.


Ia program jangka panjang ANGKASA selain pelan jangka pendek iaitu pelancaran satelit penderiaan jauh (remote sensing) RazakSAT-2 pada 2016.


Ketua Pengarahnya Dr Noordin Ahmad berkata, pihaknya yakin kedua-dua sasaran itu mampu dilaksanakan dengan pertambahan pakar tempatan.



DR Noordin menerangkan penggunaan satelit bagi mengesan penerbangan MH370.

“Buat masa ini Malaysia berupaya mengoperasikan satelit secara bersendirian, namun kita tidak mampu membina sepenuhnya satelit serta melancarkannya ke angkasa.



Menteri: Pertingkat sistem radar, teknologi


 Malaysia perlu mengambil iktikbar dengan meningkatkan kekuatan aset ketenteraan khususnya Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata wujud keperluan untuk Malaysia meningkatkan kekuatan aset ketenteraan khususnya selepas insiden kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370.

Beliau berkata selain sistem radar, teknologi lain juga perlu dikaji semula bagi melengkapkan angkatan tentera dengan aset yang lebih baik.

"Malaysia telah membuat keputusan amat berani untuk memaklumkan mengenai keupayaan pertahanan negara, Dan kini (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib (Tun Razak) perlu mencari wang untuk saya menukar sistem radar kita kerana seluruh dunia kini sudah tahu keupayaan pertahanan negara dari segi radar," katanya secara berseloroh.
"Kami sanggup lakukan itu, mengetepikan kepentingan negara demi untuk mencari MH370. Apa lagi yang rakyat mahukan daripada kerajaan Malaysia dan daripada ATM (Angkatan Tentera Malaysia)," kata Pemangku Menteri Pengangkutan itu dalam sidang media khas untuk media tempatan berhubung insiden kehilangan pesawat itu, di Kuala Lumpur semalam.

Ditanya sama ada wujud keperluan untuk Malaysia memiliki teknologi seperti sonar untuk kapal-kapal tentera dan kapal selam, beliau berkata ia perlu merujuk kepada konteks keselamatan dan ketenteraan negara termasuk kedudukan negara sebagai anggota Asean.

Jelas Hishammuddin, bukan hanya Malaysia, malah banyak negara lain di dunia juga perlu menilai semula kekuatan aset dan teknologi ketenteraan masing-masing.

"Jika anda perasan, maklumat yang kita kesan adalah daripada satelit komersial bukan tentera. Jadi angkatan tentera di seluruh dunia perlu mengkaji semula keupayaan mereka.

"Saya percaya semua sedang melakukannya. Tetapi tugas saya (ketika ini) hanyalah untuk mencari MH370," katanya.

Pesawat MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang pada 8 Mac setelah sejam berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 12.41 tengah malam. Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.

Pada Isnin lepas, iaitu hari ke-17 operasi mencari, Najib mengumumkan berdasarkan analisis data satelit Inmarsat dan AAIB United Kingdom, penerbangan MH370 "berakhir di selatan Lautan Hindi".

- Bernama

4 ulasan:

  1. Macam mana pertahanan negara tk lemah?Cuba fikir...sudah lah beli alat 2nd hand yang mahal dan tak ada spare parts pula.....
    beli kapal selam tak bolih menyelam.
    Kapal terbang tempur engine hilana.
    Radar pengesan tak berkesan.
    Kapal laut buatan yang tak siap2.
    Pegawai ATM asyek nak berpolitik juga jika tak kongsi consultation fee.
    Mee Maggi untuk askar 35 sen bayar RM3.50.
    Ada lebil baik beli lembing dan keris dan lela untuk perang dari memalukan negara dengan alatan yang tak dapat difaedahkan.
    Lantik MP pengerang jadi Menteri Pertahanan mungking tak ada berani menyerang.

    BalasPadam
  2. Amboi..banyak cantik..nak berjoli duit rakyat lagi la tu.Selagi Umno BN memerintah..duit rakyat akan diselewengkan untuk nafsu rakus mereka. Sistem pertahanan tetap akan lemah (jgn mimpi akan elok sbb Umno bukan blh tgk duit banyak). Sblm ni..tiap2 kali Bajet..nk baiki itu..ini..tp semuanya tetap hancus!!

    BalasPadam
  3. Si boroi ketua ATM tu mkn gaji buta ja.
    Letak jawatan lah. Meluat aku tengok. Memalukan negara kes MH370 ni. Radar dpt kesan tapi..buat bodo...seronok membuncitkan perut ja

    BalasPadam
  4. Angkatan Tentera Malaysia diakui banyak pihak sebagai satu mesin pertahanan/pemusnahan yang ampuh dan berwibawa. Malangnya mesin yang canggih dan terlatih ini telah jatuh ke tangan orang-orang politik yang bodoh, bingai dan kerja mereka asyik mencari duit je!!

    BalasPadam