14 Mac 2014

[PANAS] Iran Dakwa Amerika Perancang Konspirasi Culik Pesawat MH370


 Iran Dakwa Amerika Perancang Konspirasi Culik Pesawat MH370

Seorang anggota parlimen Iran yang berpengaruh, Hossein Naghavi Hosseini, menuding Amerika Syarikat sengaja “menculik” pesawat Malaysia Airlines dengan nombor penerbangan MH 370. Menurutnya,Amerika melakukan itu untuk “mensabotaj hubungan baik Iran dengan Cina dan Asia Tenggara.”

Hosseini, yang juga jurucakap Jawatankuasa Parlimen untuk Keselamatan & Polisi Luar Iran , memberi komennya terhadap berita mengenai dua warga negara Iran yang menaiki pesawat MH 370 itu dengan menggunakan paspot curi. Dalam kenyataannya kepada pejabat berita Tasnim, dia menyatakan tuduhan itu merupakan sebuah “plot”.

“Dokumen yang diterbitkan media Barat mengenai dua warga Iran yang naik pesawat tanpa pasport merupakan sebuah perang psikologis. Amerika mengupah beberapa orang untuk operasi semacam itu sehingga mereka dapat menyalahkan negara lain, terutama negara-negara Islam,” katanya.

Soal penumpang yang menggunakan paspot curi di dalam penerbangan MH 370 telah disahkan oleh Interpol pada hari Ahad lalu. Mereka adalah Mohammed Reza Delavar, 29 tahun, dan Pouria Nourmohammadi, 19 tahun. Kedua-duanya menggunakan pasport milik seorang warga Austria dan seorang Itali yang dilaporkan hilang beberapa waktu sebelumnya.

Polis Malaysia pun juga telah mengesahkan adanya kedua penumpang tersebut. Menurut Ketua Polis Negara Malaysia, Khalid Abu Bakar, salah seorang penumpang itu, seorang pemuda Iran berusia 19 tahun mencari suaka yang hendak berlindung di Jerman. "Kami yakin dia tidak mungkin menjadi anggota mana-mana kumpulan pengganas," kata Khalid, seperti disiarkan oleh Associated Press.

ULASAN GB

Mungkin benar, dan GB tertanya-tanya, jika yang demikian itu satu kebenaran, apakah APCO ada terlibat sama di dalam menjayakan grand design ini? Dan berita ini tidak disiar di dalam mana-mana media arus perdana Malaysia!

2 ulasan:

  1. iran dan US adalah konspirasi nya.
    sama je syiah dan US

    mereka berlakun aje.

    yg pasti rakyat iran dikatakan guna paspot palsu, so kenapa iran nk tuduh US?

    sama2 berlakun utk sama2 dpt benefit kt negara umat Islam Sunni ini.

    yg jadi medan adalah negara kita, US pula takkan serang iran dan sebaliknya. tempat kita jadi sasaran.

    BalasPadam
  2. Apco ada dimana dan kerajaan mana dan parti mana yg bersubahat dgn yahudi yg dilaknat ini.

    BalasPadam