Laluan dari Keroh ke Kuala Krai dan juga Gua Musang masih dipenuhi pokok hijau.
KUALA KRAI merupakan daerah kedua terbesar di Kelantan dan sebahagian besar bentuk muka buminya masih dipenuhi tumbuhan hijau.
Kawasan hutan yang masih luas dan belum diteroka sepenuhnya untuk aktiviti pembangunan membolehkan penduduk di daerah ini menghirup udara segar secara semula jadi.
Justeru, tidak hairanlah jika daerah yang berkeluasan kira-kira 2,329 kilometer persegi ini agak sejuk berbanding daerah lain di Kelantan selepas banjir gelombang kedua, baru-baru ini.
Kawasan bukit yang agak banyak dengan kebanyakannya mencapai ketinggian antara 153 hingga 305 meter dari aras laut menyebabkan suhu terutama di sekitar Dabong agak rendah.
Paras kawasan tertinggi melebihi 915 meter turut terdapat di kawasan Dabong yang bersempadan dengan Jeli.
Lebih dirasai di pedalaman
Suhu sejuk begitu dirasai penduduk di daerah ini terutama mereka yang tinggal di kawasan pedalaman seperti di Telekong, Dabong, Pasir Kelang dan kampung lain, yang masih mempunyai kawasan hijau dan di kelilingi bukit.
Jika kebiasaannya suhu pada waktu pagi sekitar 22 darjah Celsius, 22 Januari lalu menjunam turun hingga 17 darjah Celsius hingga mengejutkan orang ramai, bukan sahaja dari daerah ini, malah seluruh negara.
Suhu itu hampir menyamai suhu di kawasan peranginan Cameron Highlands yang menjadi tumpuan orang ramai kerana suhunya agak sejuk.
Suhu yang agak luar biasa sejak akhir-akhir ini merupakan nikmat tidak ternilai untuk penduduk Kuala Krai yang sebahagian besarnya menjalankan aktiviti pertanian untuk menyara kehidupan keluarga masing-masing.
Tumbuhan yang secara semula jadinya membebaskan oksigen ke udara dapat disedut secara terus penduduk daerah ini dan dilihat dapat menstabilkan suhu, selain mengelak pemanasan global .
Terpaksa pakai baju tebal
Bagi kebanyakan penduduk, jika cuaca berterusan begini tidak menjejaskan kehidupan harian, sebaliknya pada sebelah pagi kesejukan begitu dirasai dan ia tidak pernah terlintas di fikiran mereka akan dapat dirasai di daerah ini.
Namun di sebalik apa yang berlaku, sebagai umat Islam mereka akur, ia kuasa Tuhan dan bersyukur suhu rendah menyebabkan mereka melakukan rutin dengan lebih lancar.
Bagi penoreh getah dari Kampung Telekong dekat sini, sebelum keluar menoreh getah, mereka terpaksa memakai baju tebal melebihi sehelai kerana tidak tahan dengan cuaca sejuk.
Bagi mereka, rutin memakai sehelai baju untuk menoreh menyebabkan mereka tidak dapat menoreh dengan lancar kerana terlalu sejuk.
Musa Saman, 66, warga emas yang telah 40 tahun tinggal di Kampung Telekong tidak pernah merasai suhu sejuk melampau itu sepanjang hayatnya.
Menurutnya, dia menjangkakan suhu rendah sejak selepas banjir gelombang kedua baru-baru ini cuma dilalui seketika sahaja.
“Pakcik jangkakan suhu sejuk disebabkan musim tengkujuh belum berakhir, tidak sangka pula akan berterusan sampai sekarang.
"Disebabkan keadaan ini, sekarang setiap pagi, sebelum keluar rumah pakcik perlu memakai baju tebal,” katanya kepada Sinar Harian.
Katanya, suhu sejuk juga menyebabkan kipas di rumahnya sudah dua minggu tidak digunakan.
Jimat bil elektrik
Menurutnya, bil elektrik di rumahnya dijangkakan berkurangan berbanding bulan-bulan sebelumnya.
“Bukan setakat bil elektrik boleh dijimatkan, pakcik juga menoreh hingga tidak sedar waktu telah menginjak tengah hari kerana kebiasaannya terasa bahang panas tapi sekarang dari pagi hingga petang persekitaran tetap sama, redup.
“Suhu sekarang menyebabkan pakcik tidak sedar peredaran masa sekiranya tidak melihat jam,” katanya.
Sementara itu, bapa kepada empat anak, Razali Mokhtar, 53, pula berkata, setiap hari anaknya yang masih bersekolah rendah merengek bangun pagi kerana kesejukan.
Justeru sejak dua minggu lalu, dia terpaksa memanaskan air untuk anaknya mandi sebelum ke sekolah.
“Bukan setakat mandi air panas, setiap hari anak bongsu akan memakai baju tebal ke sekolah.
“Sekarang sudah menjadi rutin masak air untuk anak mandi setiap pagi sebelum dia ke sekolah,” katanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan