20 Januari 2014

BERAS SUBSIDI GRED ST15, KURANG DIPASARAN ADAKAH KERAJAAN KURANGKAN KUATANYA?


Rakyat Makin Terhimpit, Tambah stok beras ST15 di pasaran , semenjak barang-barang keperluan harian naik harga rakyat sudah tidak mampu lagi membeli beras premium maka terpaksa makan beras hancur..........



BERAS ST15 sering habis di pasaran kerana mendapat permintaan yang tinggi daripada orang ramai. 


KUALA LUMPUR - Orang ramai khususnya golongan berpendapatan rendah di ibu negara meminta kerajaan supaya menambah bekalan beras subsidi standard tempatan dengan 15 peratus beras hancur (ST15) di pasaran kerana mereka menghadapi kesukaran untuk membeli beras tersebut.

Menurut mereka, beras yang berharga RM17.50 bagi kampit 10 kilogram itu sukar untuk dibeli kerana stok baharu yang tiba di kedai-kedai runcit akan habis hanya dalam masa yang singkat.

Tinjauan Kosmo! di beberapa Kedai Rakyat 1Malaysia (KR1M) serta kedai runcit sekitar ibu negara semalam mendapati, rak yang sepatutnya menempatkan beras ST15 di kedai tersebut kosong kerana kehabisan stok.

Seorang suri rumah, Adlina Nadia Abu Bakar, 32, memberitahu, beras ST15 sukar untuk diperoleh bukan sahaja di kedai runcit biasa, malah juga di KR1M kerana ia mendapat permintaan yang tinggi dalam kalangan pengguna.

1 ulasan:

  1. Sedih hati, org melayu mencari beras 15% hancur utk keluarga tapi bagi pengeluar 15% tu bukan hancur tp elok. Di pasaraya besar di Thailand ada dijual beras 45% hancur tp heran lebih elok dari 15% hancur Malaysia. Pihak berkuasa perhatilah pekara ni sbb soal makanan pun rakyat kena tipu.

    BalasPadam