31 Ogos 2013

GESAAN OTAK TIGA SUKU PENGERUSI TABUNG HAJI - SAKSIKAN VIDEO

Gesaan Pengerusi Tabung Haji supaya Jemaah Haji Malaysia, pakai baju melayu dan samping semasa dalam rombongan haji dan umrah di anggap cadangan tiga suku oleh Ustaz Tarmizi.

TARAK BACA PUNYA.......






  • Apabila kita meletak yang bukan "ahlinya" menerajui institusi agama, maka beginilah jadinya... 
  • Pergi bumi Rasulullah SAW pun nak bawa identiti Melayu ke? Patutnya bawa sunnah..baru sedap mata memandang 
  • Baju melayu melambangkan budaya saja tapi kalau pakai jubah dapat pahala sunah mana mau...... 
  • Bukan nak halang pakai baju melayu... dok sana tu cari pahala laa..dah mudah dah dengan jubah nie dari dok pakai sampin dengan baju melayu..mau nak terberak terkencing 
  • Entah laa pikiaq la cara nak bagi murah ka kos haji, cara nak bagi servis mantap ka di tanah suci...macam-macam lagi boleh buat aih dari dok pikiaq benda nie...

Persempadanan Semula SPR Perlu Mandat 2/3 di Parlimen



Anwar ikrar tiada persempadan semula selagi SPR tidak ditukar

Persempadanan semula kawasan pilihan raya tidak akan ada tahun ini selagi pimpinan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang ada kekal.

Demikian ikrar Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kenyataannya kepada The Malaysian Insider.Tahun ini, sampailah sudah masanya persempadanan semula kawasan pilihan raya perlu dibuat.

Ini bermakna, bila-bila masa sahaja Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu membentangkan satu persempadanan pilihan raya baru ke dalam Dewan Rakyat.

Mengikut Perlembagaan, ia perlu dilakukan setiap lapan hingga 10 tahun sekali.
Kali terakhir ia dibuat pada tahun 2003 iaitu menjelang pilihan raya umum 2004.
Kini, masanya sudah melebihi 10 tahun. Oleh itu, SPR mahu tidak mahu terpaksa membuat persempadanan ini.

Baru-baru ini,Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata kajian persempadanan semula kawasan pilihan raya akan bermula hujung tahun ini selepas tertangguh pada 2011.

Beliau berkata proses itu akan dilaksana secara berperingkat dan dijangka siap dalam tempoh dua tahun.

"Sepatutnya dibuat pada tahun 2011 tetapi memandangkan pada masa itu kami perlu menghadapi persediaan pilihan raya umum ke-13 (PRU13), maka kami menangguhkannya hingga PRU13 selesai," katanya melalui ceramah bertajuk Pengalaman SPR dalam mengendalikan persempadanan kawasan pada 2003 dalam seminar selepas pilihan raya anjuran Majlis Peguam Malaysia 8 Jun lepas.

Namun Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan tegas menolak SPR dengan kepimpinan yang ada untuk mengendalikan kerja-kerja ini.

"Kita menentang keras kerana tidak wajar SPR yang curang dengan rekod kotor dan jijik itu diamanahkan untuk melakukan sesuatu perubahan besar.

"Tidak munasabah dan kita akan tentang keras dan kita beri ingatan jangan sekali-kali mengadakan persempadanan ini oleh SPR yang ada," katanya kepada The Malaysian Insider.

Sempadan kawasan pilihan raya adalah perkara yang termaktub di dalam perlembagaan. Untuk mengubah sesuatu perkara dalam Perlembagaan, ia perlukan sokongan dua pertiga ahli Dewan Rakyat.

Dengan kedudukan BN yang hanya mempunyai majoriti tipis dalam Dewan Rakyat, amat sukar bagi SPR untuk melakukannya.

Sudah tercatat dalam sejarah pilihan raya di negara ini, Umno dan Barisan Nasional (BN) akan menang besar setiap kali selepas persempadanan pilihan raya dilakukan.

Yang terakhir adalah persempadanan pilihan raya yang dibuat pada tahun 2003. Ia dibuat selepas PAS menang besar dalam pilihan raya sebelumnya yang diadakan pada tahun 1999 akibat sokongan orang Melayu kepada PAS ekoran kes mata lebam Anwar.

Dalam persempadanan 2003 itu, kawasan pilihan raya di negara ini disusun sedemikian rupa dengan memasukkan orang-orang Cina dan India ke dalam kawasan yang selama ini dikuasai oleh pengundi Melayu.

Antara kesan yang paling ketara adalah kawasan Parlimen Kuala Kedah yang dimenangi Mohamad Sabu pada tahun 1999 dan Pokok Sena di Kedah yang dimenangi Datuk Mahfuz Omar.

Dalam persempadanan ini, negeri-negeri yang mendapat sokongan tinggi Umno mendapat tambahan bilangan kerusi yang sangat tinggi. Antaranya Johor yang menambahkan bilangan kerusi ke-26 kerusi Parlimen.

Hasilnya, pada pilihan raya 2004, BN menang besar. Sebahagian besarnya kerana persempadanan kawasan pilihan raya yang dibuat pada 2003.

Namun ia boleh dibuat ketika itu kerana BN mempunyai kuasa dua pertiga dalam Dewan Rakyat.

Pada tahun 2011, persempadanan tidak dibuat kerana BN tiada kuasa dua pertiga walaupun alasan Wan Ahmad adalah kerana hendak menghadapi pilihan raya.

Alasan ini bercanggah sekali dengan apa yang berlaku pada tahun 2003 apabila persempadanan kawasan pilihan raya dibuat setahun sebelum pilihan raya 2004.

Bagi Anwar, persempadanan ini bukan soal dua pertiga tetapi soal kredibiliti SPR itu sendiri yang mesti diselesaikan.

"Soal electoral roll pun tidak berjaya diselesaikan lagi sampai sekarang. Selesaikan itu dahulu," katanya merujuk kepada daftar pemilih yang dikesan mempunyai pelbagai masalah.

Baru-baru ini, SPR menukar setiausahanya, Datuk Kamarudin Mohd Baria namun bagi Anwar ia bukan jalan penyelesaiannya.

"Penyelesaian ini tidak boleh selesai dengan penukaran setiausaha yang bersara yang diganti dengan yang baru tetapi penukaran orang-orang kanan mereka.

"Sudah-sudahlah kepada yang berkhidmat, terima kasihlah. Bagilah kepada mereka pingat dan ganjaran kerana mereka berjasa kepada Umno... bagilah. Tetapi jangan korbankan prinsip kebebasan dan ketelusan ini," kata Anwar.

Kepentingan rakyat

Di sebalik faktor ketelusan, faktor kepentingan rakyat juga perlu dikaji dalam persempadanan kawasan pilihan raya ini.

Dengan kuasa yang ada, Pakatan Rakyat (PR) di negeri Selangor misalnya boleh berkata 'tidak' kepada cadangan persempadanan pilihan raya ini kerana mereka mempunyai kuasa dua pertiga dalam Dewan Undangan Negeri.

Namun, jika tidak dilakukan persempadanan ini bermakna, rakyat Selangor yang paling rugi kerana mereka tidak akan diwakili dengan adil. Selangor mempunyai 1,924,281 pemilih berdaftar dalam PRU-13 lalu tetapi bilangan Parlimennya hanya 22 sahaja berbanding Johor yang mempunyai 26 kerusi.

"Di Selangor sekarang, jumlah rakyat bagi setiap Parlimen dan DUN terlalu tinggi berbanding dengan negeri-negeri lain. Jika kawasan pilihan raya Parlimen atau DUN tidak ditambah di Selangor bermakna, rakyat yang rugi," kata Abdul Shakur Tahir, Setiausaha Pilihan Raya PAS Pusat.

Beliau berkata, Johor misalnya mempunyai banyak kawasan Parlimen berbanding rakyatnya bagi setiap Parlimen. Begitu juga kawasan Putrajaya yang hanya mempunyai 10,000 pengundi tetapi mendapat satu parlimen.

"Hulu Selangor misalnya mempunyai 74,939 pengundi dan Gombak mempunyai 106,747 pengundi.

"Sedangkan Segamat di Johor hanya mempunyai 39,807 pengundi manakala Pagoh hanya mempunyai 40,515 pengundi sahaja. Ini tidak adil kepada pengundi Selangor.


"Oleh itu, sesuatu perlu dibuat untuk mencapai kata sepakat dan hak rakyat diberi," kata Shakur yang sangat berpengalaman dalam kerja-kerja pilihan raya.

Ini bermakna, mahu atau tidak mahu persempadanan kawasan pilihan raya satu keperluan. Menjadi keperluan juga ia dibuat dengan adil dan bukan untuk memenuhi keperluan pribadi pihak-pihak yang berkepentingan.

Dengan suasana yang ada, mahu atau tidak, SPR buat pertama kalinya dalam sejarah perlu mendapat persetujuan PR untuk membuat persempadanan kawasan pilihan raya. Jika tidak, SPR akan gagal dan akan dilihat gagal dalam menjalankan tugasnya.

30 Ogos 2013

HOT ! 99% PASAR BORONG NILAI 3 DIKUASAI BANGLASIA ....APA BANGLA MAU LAGI....


K’jaan NS gagal bela peniaga Bumiputera di Nilai 3

Hakikatnya 99 peratus peniaga di Pusat Borong Nilai 3 terdiri daripada warga asing terutama dari Pakistan dan Bangladesh.


SEREMBAN: Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS), hari ini berang dan mendakwa Kerajaan Negeri Sembilan gagal membela nasib peniaga Bumiputera yang ingin berniaga di Pusat Borong Nilai 3.

Presidennya Mohd Ridzuan Abdullah berkata beliau kecewa kerana kerajaan negeri di bawah kepimpinan Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan kerana gagal membuka peluang kepada peniaga Bumiputera untuk berniaga di Pusat Borong Nilai 3.

“Hakikatnya 99 peratus peniaga di Pusat Borong Nilai 3 terdiri daripada warga asing terutama dari Pakistan dan Bangladesh.

“Saya mendapat aduan dan saya difahamkan ada yang tidak mempunyai permit. Saya juga tahu peniaga warga asing ini dilindungi oleh seorang yang berpengaruh yang berpangkat Datuk.

“Ramai peniaga Bumiputera yang membuat aduan pada saya, apabila mereka cuba berniaga di Nilai 3, mereka diugut oleh samseng yang dikatakan diupah oleh Datuk tersebut.

“Saya pelik kenapa kerajaan negeri termasuk Majlis Perbandaran Seremban (MPS) dan Jabatan Imigresen gagal untuk mengambil tindakan terhadap peniaga warga asing di Nilai 3.

“Apakah wujud unsur rasuah?


Warga asing


“Jika peniaga tempatan buat silap sikit, mereka dikenakan kompaun dan ada kalanya gerai mereka dirobohkan oleh pihak berkuasa tempatan. Tetapi peniaga warga asing diberi layanan istimewa.


“Kenapa Kerajaan Negeri Sembilan membiarkan peniaga warga asing berleluasa di Nilai 3?, tanya Mohd Ridzuan.

Ridzuan berkata sebelum sambutan Hari Raya, beliau menghantar memorandum kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi berhubung kebanjiran peniaga warga asing di seluruh negara.

“Kementerian Dalam Negeri (KDN) pernah mengeluarkan kenyataan mengenai seramai 45,000 warga asing dilindungi oleh majikan.

“KDN berkata tangkapan akan dibuat selepas Hari Raya tetapi saya belum nampak lagi sebarang tindakan untuk menangkap peniaga warga asing secara besar-besaran.

“Saya juga akan menghantar satu lagi memorandum kepada KDN dalam masa terdekat berhubung hasrat kerajaan ingin membawa masuk 1.4 juta pekerja Bangladesh.

“Angka ini membimbangkan kerana 1.4 juta orang itu merupakan lima peratus daripada jumlah penduduk Malaysia. Ini belum termasuk warga Bangladesh tanpa permit ketika ini.

“Saya menuntut penjelasan dari KDN agar memberi pecahan berapa ramai pekerja Bangladesh yang hendak digunakan mengikut sektor.

“Kerajaan kata mereka mewujudkan projek mega untuk membuka peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia.

“Jika 1.4 juta pekerja Bangladesh di bawa masuk, apa jaminan rakyat tempatan mendapat peluang pekerjaan dalam projek mega? Habis rakyat tempatan nak ke mana?, soal Mohd Ridzuan lagi. ~ fmt

Tragedi Niat Murni membawa Kematian Eksekutif AirAsia X


Tragedi niat murni

Ampang: Niat baik seorang lelaki yang cuba merempuh motosikal dinaiki dua peragut bertukar tragedi apabila kenderaan itu terlanggar wanita yang diragut penjenayah terbabit hingga menyebabkan mangsa meninggal dunia.

Kejadian menyedihkan itu berlaku di depan Kondominium Palm Villa, Jalan Cempaka, di sini, jam 2.40 pagi, semalam ketika mangsa, Sharinawati Abu Bakar, 30, yang juga eksekutif syarikat penerbangan AirAsia X baru pulang dari tempat kerja.

Sebelum kejadian, lelaki berusia 20-an menaiki Proton Wira bersama rakannya di lokasi kejadian ternampak Sharinawati disamun dua lelaki bermotosikal.

Dengan niat mahu menolong mangsa, lelaki terbabit cuba merempuh motosikal suspek dengan cara mengundur kenderaannya dengan laju, namun tersasar dan melanggar Sharinawati manakala suspek berjaya melepaskan diri.


KONDOMINIUM Palm Villa tempat Sharinawati diragut, semalam.

Mangsa yang dijadualkan berkahwin Disember depan disahkan meninggal dunia selepas dibawa ke sebuah hospital swasta di Jalan Ampang, di sini, oleh pemandu kereta terbabit.

TIADA ENAKMEN ANTI SYIAH, BN KEDAH PUTAR BELIT.....INI PENJELASANNYA





Tiada perkataan Syiah

Ahmad berkata, sepanjang pembacaan beliau pada buku Rang Undang-undang yang diberikan juga tidak terdapat satu pun perkataan Syiah.

“Saya baca dari muka depan hingga belakang, tidak jumpa pun perkataan Syiah dalam rang undang-undang. Fasal mana dan berapa yang boleh dikatakan berkaitan dengan Syiah ini,” katanya.


Knapa kami adun2 PR beragama Islam mengundi utk tidak menyokong rang undang2 kesalahan jenayah syariah (Kedah) 2013?

Ini dia yang sebenarnya apa yang berlaku di Dun Kedah. Apa yang telah disiarkan bahawa Pas tidak sokong enakman haramkan Syiah adalah suatu pembohongan yang sangat besar. Pas tetap optimis menolak ajaran Syiah. - PemudaGombak.com

Sebenarnya rang undang2 (RUU) yg dbentangkan dlm dun kedah ialah rang undang2 kesalahan jenayah syariah (kedah darul aman) 2013, TIADA enakmen anti syiah yg dbentangkan!

Knapa kami adun2 PR beragama islam mengundi utk tidak menyokong RUU ini? Sebab hukuman yg dcadangkan dlm RUU ini bercanggah dgn hukum syarak, mcmana nak dsebut sbg "enakmen kesalahan jenayah syariah".

malahan Adun2 yg lulus enakmen ini patut dkenakan tindakan bwh fasal 8 enakmen kesalahan jenayah syariah 2013 (EKJS) mempersenda ayat alquran atau hadith sebab dlm EKJS yg depa lulus, contohnya minum minuman memabukkan kalau ddapati brsalah akn kena denda tak lebih 3ribu @ penjara tak lebih 2thn @ kedua2 sekali; padahal hadis sahih sebut bagi kesalahan diatas hendaklah dsebat pelakunya!

Sama juga dgn kesalahan brzina n qazaf (ketiga2 kesalahan ini masuk kategori hudud) depa hukum dgn hukuman yg selain dari yg dtentukn Allah n Rasul (dlm quran @ hadis), jadi depa yg persendakan ayat quran n hadis!- Dato' Amiruddin Hamzah


Syiah: PR tolak kerana bercanggah hukum


Ahmad Yahaya

ALOR SETAR - PR menegaskan bahawa keputusan untuk menolak enakmen berkaitan anti Syiah pada persidangan Dun baru-baru ini bukan disebabkan masalah Syiah, tetapi kerana Rang Undang-undang Kesalahan Jenayah Syariah (Kedah Darul Aman) 2013 yang diperkenalkan adalah bertentangan dengan Syariah sebenar.

Ketua Pemuda Pas Kedah, Ahmad Yahaya berkata, penolakan keputusan itu juga tidak ada kaitan sama ada penyokong PR terlibat dalam fahaman itu.

Fasal 17

“Kami menolak kerana Rang Undang-undang ini bertentangan di beberapa fasal dengan Syariah yang sebenar. Contohnya pada fasal ke 17 yang menyentuh berkenaan dengan meminum minuman memabukkan.

“Disebut di sini, apabila disabitkan dengan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Padahal, dalam undang-undang Islam, orang yang minum arak perlu disebat. Sekurang-kurangnya, sebutlah perkataan sebat,” katanya pada sidang media di Kompleks Pas Pokok Sena, semalam.

Fasal 21

Menurutnya, fasal ke 21 yang berkaitan persetubuhan luar nikah (zina) juga bertentangan dengan Syariah yang sebenar apabila disabitkan dengan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.

“Dalam undang-undang Islam yang sebenar ialah disebat atau bagi yang sudah berkahwin berdasarkan hadis ialah direjam, itu hukuman yang sebenar.

Fasal 37

“Kemudian pada fasal ke 37 yang menyentuh berkenaan Qazaf. Hukuman yang disebut ialah didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Ayat ALLAH menyebut, sekiranya tidak boleh mengemukakan empat orang saksi, maka si pelaku ini hendaklah disebat 80 kali sebatan. Ini hukuman Syariah yang sebenar,” katanya.

Beliau yang juga Adun Alor mengkudu turut menegaskan bahawa percanggahan itu menyebabkan semua Adun PR terpaksa menolak Rang Undang-undang tersebut yang jelas bertentangan dengan hukum Syariah.

“Macam mana kami nak terima. Dalam hal ini, kami tidak bersedia sekiranya selepas undang-undang ini dilaksanakan kerana diluluskan oleh Adun, dan pada satu ketika orang yang didakwa mohon supaya digunakan hukum Syariah yang sebenar, maka Adun-Adun yang akan bertanggungjawab.

“Kalau kami mati pun, kamilah yang kena tanggung hukuman yang tidak betul kepada semua,” katanya.
Fasal 7 & 8

Tambahnya, fasal 7 dan 8 berkenaan mempersendakan ayat-ayat al-Quran dan menyebabkan Islam dipandang hina juga perlu disemak semula.

“Tidakkah dengan memasukkan fasal 17, 21 dan 37 dalam enakmen ini menyebabkan Islam dan al-Quran dipersenda kerana tidak buat yang sebenar. Memang Exco Agama, Mohd Rawi Hamid menyatakan bahawa Syiah ini kita perlu hadapi bersama kerana ia satu kesalahan dan kesilapan.

“Tetapi, Rang Undang-undang Kesalahan Jenayah Syariah (Kedah Darul Aman) 2013 yang dinyatakan tidak dapat lari dari angka tiga, lima dan enam yang cukup bertentangan dengan apa yang kita sebut berdasarkan hukum syarak dan Syariah yang sebenar,” katanya.


Tiada perkataan Syiah

Ahmad berkata, sepanjang pembacaan beliau pada buku Rang Undang-undang yang diberikan juga tidak terdapat satu pun perkataan Syiah.

“Saya baca dari muka depan hingga belakang, tidak jumpa pun perkataan Syiah dalam rang undang-undang. Fasal mana dan berapa yang boleh dikatakan berkaitan dengan Syiah ini,” katanya.





29 Ogos 2013

JENAYAH SEMAKIN PARAH ! 2 CUCU DAN NENEK DIBUNUH DENGAN KEJAM


DENGKIL - Seorang nenek dan dua cucunya ditemui mati dibunuh di sebuah rumah di Taman Dengkil Jaya, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Sepang Supt Imran Abd Rahman berkata dalam kejadian kira-kira pukul 1 tengah hari ini, nenek berumur 64 tahun itu ditikam di perut, cucu lelakinya berumur 21 tahun turut ditikam dan terdapat kesan tetakan di kepala manakala cucu perempuannya berusia dua tahun dikelar di leher.

"Ketiga-tiga mereka ditemui di tiga tempat iaitu di ruang tamu (nenek), dapur (cucu lelaki) dan bilik (kanak-kanak) di dalam rumah teres tiga bilik itu oleh seorang ahli keluarga mangsa berumur tujuh tahun yang pulang dari sekolah kira-kira pukul 2 petang.

"Kanak-kanak itu kemudiannya menghubungi kakaknya berumur 19 tahun sebelum polis menerima laporan kira-kira pukul 2.30 petang," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Beliau berkata rumah yang diduduki lapan beranak itu didapati tiada kesan pecah rumah, samun dan pergelutan dan polis sedang mengesan senjata yang digunakan serta menyiasat motif kejadian.

Katanya individu yang mempunyai maklumat boleh menghubungi ASP Han Yan di talian 03-8772422 bagi membantu siasatan.

Sementara itu, seorang jiran yang hanya dikenali sebagai Mas Ayu, 27, berkata kira-kira pukul 11 pagi, beliau terdengar bunyi bising dari rumah itu dan meninjau persekitaran namun tiada sebarang perkara yang dilihat mencurigakan.

"Sekitar rumah pun dilihat tiada kenderaan yang mencurigakan dan saya fikir itu pergaduhan biasa kerana sepanjang saya mengenali mereka, dilihat tiada sebarang masalah," katanya. 


“Saya tidak dapat menahan sebak sebaik melihat kedua-dua matanya terbeliak selain lehernya cedera parah seperti kesan sembelihan,” kata V Gomathy, 20-an, kakak angkat kepada seorang kanak-kanak berusia dua tahun dikenali Yamuni yang maut dibunuh dalam kejadian, di sini, petang semalam.

Dalam kejadian jam 2.30 petang di sebuah rumah teres setingkat di Taman Dengkil Jaya itu, kanak-kanak perempuan itu adalah antara tiga sekeluarga yang maut dengan kesan tikaman dan kelar membabitkan seorang wanita warga emas dikenali sebagai Muniamah, 64, dan seorang cucu lelakinya dikenali sebagai Kugan, 21.
Mayat ketiga-tiga mangsa ditemui dalam keadaan terbaring dengan kesan tikaman dan kelar senjata tajam masing-masing di leher, perut, dahi dan beberapa bahagian badan lain di ruang tamu serta bilik di rumah berkenaan.

Gomathy berkata, dia menemui mayat ketiga-tiga ahli keluarganya itu sebaik tiba di rumah jam 2 petang selepas selesai membuat pemeriksaan kesihatan di sebuah klinik di Putrajaya.

ANGGOTA forensik menyiasat di tempat kejadian.

Katanya, sebaik tiba di rumah, dia mendapati adik lelakinya berusia tujuh tahun yang baru pulang dari sekolah berada di luar pekarangan rumah dan mendakwa tidak dapat masuk ke dalam rumah kerana pintu terkunci.

Terkini! Perang Besar Bakal Berlaku Di Bumi Arab







London: Amerika Syarikat dan Britain akan melakukan serangan peluru berpandu dalam tempoh 48 hingga 72 jam seawal hari ini terhadap Syria jika pemimpin negara itu memberi arahan bagi menghukum penggunaan senjata kimia.

Serangan ditujukan terhadap ibu pejabat kawalan tentera, pusat penghantaran senjata, markas perisikan dan kem latihan ketenteraan, lapor akhbar The Telegraph.

Pemimpin tentera Amerika dan sekutu serantau di Asia Barat mencapai persetujuan itu dengan pembangkang Syria dalam sidang dua hari yang tamat di Amman, kelmarin.

Mesyuarat dua hari itu menyaksikan Pengerusi Ketua Turus Bersama Amerika, Jeneral Martin Dempsey dan panglima tentera Britain, Jeneral Nick Houghton, membentangkan pelan serangan kepada ketua tentera 10 negara.

Persetujuan bersama dicapai bahawa tindakan perlu dilakukan terhadap Syria dan serangan peluru berpandu oleh tentera laut atau jet pejuang adalah cara terbaik, kata pegawai tentera Jordan.

Obama bersetuju

Presiden Amerika, Barack Obama dipercayai sudah bersetuju dengan pendekatan itu selepas berbincang dengan Kabinet Perang beberapa hari lalu.
Sementara itu, pertentangan juga bakal disaksikan di Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) selepas Britain memohon kebenaran melancarkan tindakan ketenteraan meskipun ia hampir pasti disusuli veto oleh Russia dan China.

Kumpulan penyiasat senjata kimia PBB sedang menyiasat serangan gas yang membunuh beratus-ratus orang awam di kawasan pemberontak di Damsyik.
Sehubungan itu, Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon meminta mereka diberi lebih banyak masa untuk menamatkan misi.

Persalah Bashar

Bagaimanapun, Amerika dan sekutunya di Eropah dan Asia Barat sudah pun menyalahkan Bashar al-Assad dan hampir pasti melancarkan serangan tanpa kebenaran PBB meskipun bila ia akan bermula tidak diketahui.

Kemungkinan Syria diserang meningkatkan ketegangan di antara penyokong Bashar, Iran dengan Israel.

Konflik di Syria sudah menyebabkan lebih 100,000 orang menjadi pelarian masuk ke Turki, Lubnan, Jordan dan Iraq.

Ia juga meningkatkan pertumpahan darah antara mazhab di Lubnan dan Iraq apabila letupan bom membunuh 65 orang.

Pemimpin Agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei berkata tindakan Amerika akan membawa bencana kepada rantau itu.

Seperti juga Russia, China tidak suka campur tangan Barat dalam hal ehwal dalaman negara lain.

Akhbar Peoples Daily menyifatkan serangan udara akan menyemarakkan perang saudara di Syria bertujuan menjatuhkan Bashar.

AGENSI / Gambar Hiasan

GENGSTER: Geng 04, 08 dan Geng 36 Antara Kumpulan Yang Didedahkan!!

Putrajaya namakan 49 kongsi gelap haram

Kementerian Dalam Negeri hari ini mengisytiharkan 49 pertubuhan tidak sah di bawah Akta Pertubuhan 1966 dalam tindakan kerajaan memerangi jenayah dan keganasan dalam negara.

Senarai dikeluarkan hari ini atas arahan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (gambar) dan membabitkan pertubuhan terkemuka seperti Geng 04, Geng 08 dan Geng 36, lapor The Star. – 29 Ogos, 2013.

Senarai penuh pertubuhan kongsi gelap haram adalah seperti berikut:


1) Geng 04

2) Geng 08

3) Double 7

4) Tiga Line

5) Geng 30

6) Geng 38

7) Geng 24

8) Geng 18

9) Geng 36

10) Geng 21

11) Ang Soon Thong

12) Wah Kee

13) Sio Sam Ong

14) PNEH

15) Hong Hong San

16) Hai San

17) Sin Ang Bin

18) New Cell 20

19) Jit It Hai

20) Sio Koon Tong

21) Gee Lam Kor

22) Gee Ah Eng

23) Loh Kuan

24) Tiang Yee Tong

25) Geng Leng Hor

26) Geng 35

27) Geng 303

28) Geng Satu Hati

29) ATAP

30) Hung Ann

31) Sui Yup

32) Otai

33) Borneo Red EMP

34) Ah Ngau

35) Batu Tiga

36) Ah Feng

37) Batu 10

38) Sibu Ti

39) Ah Seng

40) Ah Chin

41) Lee Lung

42) Lo Han

43) Sg Merah

44) Sg Badut

45) Ting Ching Lee

46) Tua Cak Lee

47) Teksi Station

48) Pintu Merah

49) Krokop


Mengapa sekarang baru didedahkan penjenayah-penjenayah di negara kita mungkin kerana polis sudah tidak mampu mengawal lagi keadaan jenayah masa kini?

Mungkin kerana kautim dan rasuah yang besar oleh gangster membuatkan penjenayah mudah mendapat pendapatan yang besar dan mempunyai pengaruh juga kuasa. Ini menjadi sumber pendapatan baru bagi setengah gen. Y yang mengambil jalan singkat didunia jenayah....

Menteri Dalam negeri mengatakan ujud 26,000 ahli kongsi gelap mengikut teori mungkin ini realitinya. Dan semalam Tim.K.Polis berkata ada 40,000 ahli kongsi gelap.

Dengan operasi cantas yang dilancarkan pihak polis memang banyak tangkapan dibuat tiada kejutan sebenarnya dimana jenayah boleh berlaku dimana-mana pentunjuk paling kritikal buah pisang dan kelapa dipokok pun dicuri.  


Nama 49 pertubuhan haram didedah hari ini


Putrajaya: Senarai lengkap berhubung 49 pertubuhan haram yang diwartakan termasuk kumpulan kongsi gelap akan diumumkan hari ini, kata kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid berkata, pengumuman yang akan dibuat Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) Datuk Abdul Rahim Mohd Radzi itu akan mendedahkan nama dan lokasi aktiviti pertubuhan haram serta kongsi gelap berkenaan.

Katanya, pendedahan itu bertujuan memberi kesedaran kepada semua pihak mengenai kewujudan pertubuhan haram serta kongsi gelap di negara ini.

“Ia bagi mewujudkan kebertanggungjawaban semua pihak dan rakyat terhadap pertubuhan haram ini apabila diwartakan.




Tatu 04 yang dicacah di tangan Ravi.

“Jadi, mereka tidak boleh menggunakan nama, lambang atau premis serta bergerak dalam satu pasukan menggunakan nama serta simbol yang saya katakan itu (pertubuhan haram dan kongsi gelap yang diwartakan),” katanya pada sidang media selepas menerima kunjungan hormat Duta Poland Adam Waclaw Jelonek di pejabatnya, di sini, semalam
.


GENGSTER: Antara Kumpulan Yang Bakal Didedahkan!!

Sebilangan ahli politik ternama didakwa menaungi beberapa kongsi gelap dan beberapa orang daripadanya turut menjadi penasihat kumpulan terbabit.




Laporan akhbar Sin Chew Daily menyebut, kumpulan berkenaan merupakan antara 10 kongsi gelap, yang akan didedahkan esok oleh Kementerian Dalam negeri.

Ia membabitkan kumpulan gengster Cina, Melayu dan India, menurut laporan akhbar berbahasa Cina itu.

Kumpulan itu meliputi “Geng 04”, “Geng 08”, “Geng 21” dan “Geng 36” dari kumpulan India; “Hong Shun Tang”, “3821”, “Wu Se Qi”, “Hong Men” dan Hua Ji Dang” dari golongan Cina; serta “Geng 3 Calit” dari kelompok Melayu.

Akhbar tersebut yang memetik kenyataan sumber menyebut, kerajaan buat kali pertama akan melancarkan “perang” ke atas kongsi gelap dengan mendedahkan senarai nama kongsi berkenaan kepada umum.

Menurut sumber tersebut, gengster Cina aktif dalam perniagaan haram termasuk menjual DVD cetak rompak, membuka pusat karaoke, pusat perjudian, mengedar dadah dan khidmat pelacuran.

“Gengster India secara perbezaannya lebih agresif kerana mereka memungut wang perlindungan dari pengusaha gerai dan pub selain menjadi penembak.

“Sementara itu, gengster Melayu lebih aktif 'menjaga' tapak pembinaan dengan memungut wang di sana.

“'Geng 3 Calit' Melayu paling aktif dan ketua setiap kawasan dipanggil ayahanda,” katanya.


- KERIS PUTERA  Sumber


28 Ogos 2013

Hadiah Terbaru Dari Kerajaan BN...Mari Kita Pakat Tepuk Tangan....



Mampoih....hampa caj apa byk sgt ni??mcm la umah kita ni pakai ekon...lepas hampa mai tukaq meter baru terus naik mendadak smpai mcm ni...meter sahih tipu nih...nak p ngadu dkat sapa x tau dah....wakil2 kepada rakyat bleh bantu x??dah nama pun wakil rakyat...1malaysia dgq kata jd masalah mcm ni...mampoih la rakyat...

Kadar baru pengguna domestik lebih daripata 800 unit/KWh kadar satu unit RM0.437 ini bermakna kadar melebihi tarif perniagaan RM0.430 seunit

TUNGGU ADA LAGI LEPAS NIE.........


Kerajaan Malaysia mungkin memasukkan 4 peratus cukai barang dan perkhidmatan (GST) dalam belanjawan yang akan dibentangkan Oktober depan bagi menangani defisit fiskal yang meningkat kepada RM14.9 bilion.

Cai cai yg undi BN sekalian..dengar sini baik baik..

RM14.9 bilion tu PERTABAHAN hutang baru lagi..bagaimana BN membelanjakan wang negara sampai berhutang hutang dan akhirnya KITA semua harus tanggung?

Kalau yang tanggung tu pengundi BN sahaja bole tahan la jugak..ni kami yang tak sokong BN jadi org bodoh tanggung bangkai!!!

Bayangkan berapa lagi kenaikan harga barang akan naik lepas ni?

HOT ! KERAJAAN KEDAH DIDAKWA KEJAM SEPERTI ISRAEL....


'Cadangan sekat air ke PP rupa sebenar Umno'

PKR Pulau Pinang hari ini menyelar kenyataan ADUN Bakar Bata, Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah yang mencadangkan agar kerajaan Kedah menyekat laluan air ke Pulau Pinang.

Ketua Pemudanya, Amir Ghazali berkata, cadangan Ahmad Bashah yang dibuat dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah semalam seperti ingin menghukum rakyat Pulau Pinang kerana tidak memilih BN.

Katanya lagi, beliau turut meminta agar Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir tidak melaksanakan tuntutan Ahmad Bashah yang disifatkan sebagai tidak berasas, zalim dan tidak berperikemanusiaan.

"Kenyataan YB Datuk Ahmad Bashah adalah satu kenyataan yang dangkal, tetapi turut sama mencerminkan rupa sebenar pemimpin Umno. Mereka rela untuk menghukum rakyat semata-mata kepentingan politik sempit mereka," kata Amir dalam kenyataan hari ini.


Semalam, Sinar Harian melaporkan, Ahmad Bashah mencadangkan agar sekatan laluan air ke Pulau Pinang perlu memandangkan kerajaan Kedah mempunyai hak ke atas air mentah.

Sehubungan itu, mengulas kenyataan Ahmad Bashah, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata, cadangan Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Kedah itu juga seperti kekejaman Israel terhadap Palestin.

Lim berkata, aliran sungai merupakan anugerah Tuhan dan tidak boleh diubah sewenang-wenangnya mengikut kehendak pihak tertentu. ~MK


Menurut LGE mereka tidak perlu membayar apa2 kepada kerajaan negeri Kedah kerana air tersebut mengalir secara semulajadi. Jika ia di Kedah maka ia sungai di Kedah, jika air tersebut memasuki sungai dan empangan di Penang ia adalah sungai di Penang. Kenapa pula Penang kena bayar sesuatu yang seperti itu? Sebab itu LGE tidak melayan sebarang tuntutan yang di anggap karut berhubung hal tersebut.

Oleh kerana tidak berpuas ahti dengan tindakan LGE yang mengabaikan tuntutan Kedah berhubung air di sungai tersebut, maka nya seorang timbalan menteri mencadangkan mari la kita sekat laluan air tersebut dari memasuki Penang.

Laluan air semulajadi tue Allah yang cipta. Allah beri kepada penduduk di kawasan tersebut. Allah bagi secara percuma. Sepatutnya kongsi dan gunakan la ia secara bersama. Ini apa barang nak jadi tamak sampai anggap macam aku yang punya? Siap nak jual beli bagai? Kat SG ko jual air bersih 3 sen jek then beli balik air yang dah guna 7 sen takpe pula?


Apa macam gampang sangat layan rakyat sendiri neh oiii? Jangan sampai Allah keringkan sungai2 kat Kedah tue oi. Ini bukan cara yang sepatutnya layan rakyat sendiri oiii.




Putrajaya Minta 197 Maklumat Sulit Pengguna Malaysia Dengan Facebook Tetapi Tidak Di Layan Langsung



Putrajaya meminta maklumat 197 pengguna laman sosial daripadaFacebook namun tiada satu pun daripadanya yang dipenuhi.

Semakan The Malaysian Insider terhadap "Global Government Requests Report" yang dikeluarkan Facebook semalam mendapati, selain Malaysia, negara Asia Tengara (Asean) lain yang turut memohon maklumat pengguna ialah Singapura (117) dengan sejumlah (70 peratus data diberikan), Filipina (4) (25 peratus), Thailand (5) (0 peratus) dan Kemboja (1) (0 peratus).

Bagaimanapun, Facebook tidak mendedahkan dengan lengkap jenis permohonan yang dibuat kerajaan.

Negara tertinggi membuat permohonan adalah Amerika Syarikat dengan sejumlah 20,000 - 21,000 permohonan, dan 79 peratus data diberikan oleh Facebook.

Menurut kenyataan Facebook itu, laporan itu dikeluarkan bagi tempoh enam bulan tahun 2013 yang berakhir pada 30 Jun.

Menurut peguam Facebook, Colin Stretch dalam kenyataan itu juga berkata, pihaknya menolak permohonan yang tidak mempunyai asas kukuh.
"Seperti yang kami maklumkan, kami percaya bahawa walaupun kerajaan mempunyai tanggungjawab penting untuk memastikan rakyat selamat, ia adalah mungkin untuk berbuat demikian pada masa sama menjadi telus.

"Ketelusan kerajaan dan keselamatan awam bukan idea cita-cita yang saling eksklusif. Setiap satunya boleh wujud pada masa sama dalam masyarakat yang bebas dan terbuka, dan mereka membantu menjadikan kita lebih kuat.

"Kami amat menggalakkan semua kerajaan untuk menjadi lebih telus mengenai usaha mereka yang bertujuan untuk menjaga keselamatan awam, dan kami akan terus menjadi penyokong agresif untuk pendedahan lebih besar,” katanya.

Percubaan The Malaysian Insider untuk menghubungi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menemui kegagalan. ~tmi

Kita Sokong Kerajaan Kedah Lapor SPRM Dalam Penyelewengan GLC? ...JANGAN DOK MUNGKIN-MUNGKIN


Kedah jamin kerjasama SPRM siasat GLC pecah amanah



Kerajaan Kedah akan memberi kerjasama penuh kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dilaporkan menyiasat kes pecah amanah wang lebih RM2 juta milik syarikat kerajaan negeri (GLC) untuk menaja dana politik pada PRU13 lalu.

Menteri Besar, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir (gambar) yang terkejut dengan perkara itu berkata, jaminan kerjasama itu bagi membolehkan SPRM menjalankan siasatan menyeluruh dan menghadapkan mereka yang terbabit ke muka pengadilan.

"Tindakan ini bertujuan menjaga nama baik Kedah," katanya ketika menggulung perbahasan usul menjujung kasih atas titah Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tan Sri Tunku Annuar Sultan Badlishah merasmikan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah ke-13 di Wisma Darul Aman.

Sebuah GLC di Kedah dilaporkan disiasat oleh SPRM berhubung kes pecah amanah wang berjumlah lebih RM2 juta untuk menaja dana politik pada PRU13 membabitkan tiga individu termasuk Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Pengarah Urusannya berusia antara 45 tahun hingga 50 tahun.

Mukhriz berkata, kerajaan negeri memandang serius kes pecah amanah dan tidak akan berfikir dua kali untuk mengambil tindakan terhadap sesiapa sahaja yang terbabit dan berharap pendekatan itu disokong semua pihak termasuk pembangkang.

Di luar dewan selepas itu, beliau memberitahu pemberita kerajaan negeri tidak dimaklumkan oleh SPRM mengenai siasatan itu.

"Saya terkejut dengan perkembangan itu namun akan memberi sokongan penuh kepada SPRM dalam menyiasat kes ini, dan kerajaan negeri tidak bercadang membuat siasatan sendiri," katanya.

Menurutnya, siasatan itu mungkin membabitkan kes pelaburan syarikat Menteri Besar diPerbadankan (MBI) dalam industri pembalakan di Papua new Guinea yang dilaporkan mengalami kerugian berjuta ringgit selepas 2008.


Dewan tamat kira-kira pukul 11 malam dan ditangguhkan selepas persidangan bermula Ahad lalu.


SEMENTARA ITU PESURUHJAYA PAS MENCABAR MUKHRIZ SUPAYA MEMBUAT LAPORAN

“Dia boleh dedah, kata banyak berlaku penyelewengan, di mana penyelewengan itu? Perincikan butiran penyelewengan itu dan mereka yang terlibat? Berapa banyak yang diseleweng? Lapor kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), lapor polis. Supaya tindakan siasatan diambil. Kalau ada pertuduhan, boleh buat prosiding untuk pendakwaan, hadapkan ke mahkamah,” aju beliau.

HANGAT ! MUHKRIZ DICABAR DEDAH PENYELEWENGAN KERAJAAN PR....!!!



MUKHRIZ TAK PERLU UGUT PAS

ALOR SETAR: Pesuruhjaya PAS Kedah, Dato’ Mahfuz Omar menyifatkan Menteri Besar, Dato’ Mukhriz Mahathir cuba mengugut PAS Kedah apabila meminta tidak terus membangkitkan isu mengenai Kolej Universiti Insaniah (Kuin) dengan alasan kononnya tidak mahu mengaibkan PAS Kedah.

Ujarnya, Mukhriz jangan mengharap PAS akan mendiamkan diri dalam membangkitkan perkara dan isu yang berkaitan Kuin dan lain-lain hal berkaitan kepentingan masyarakat dan rakyat di negeri Kedah.

“Saya nak bagi tahu Dato’ Mukhriz, dia jangan menutup kelemahan dan kebodohan dia dengan mengugut PAS. Kalau dia nak aibkan dalam ertikata dedah kononnya berlaku penyelewengan zaman PAS menerajui kerajaan, sila buat laporan.  BERITA LANJUT SINI

Hot ! Pemuda Perkasa Tibai Najib Supaya Letak Jawatan PM....

Perkasa panggil ketua pemuda kerana desak Najib letak jawatan

Perkasa akan panggil Ketua Wira Perkasa, kata Abdul Rahman. 

Sayap pemuda Pertubuhan Pribumi Perkasa Kebangsaan (Perkasa) mengejutkan ramai pihak apabila membuat gesaan supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan ekoran gagal menguruskan negara dengan baik.

Ketua Wira Perkasa, Irwan Fahmi Ideris membuat kenyataan kontroversi itu dalam tulisan di blognya bertajuk "Sudah Cukup Segalanya Digadai, Hj Najib Wajar Meletakkan Jawatan."

"Saya tidak tahu Wira Perkasa ada kuasa yang begitu besar untuk paksa perdana menteri meletak jawatan," kata Datuk Abdul Rahman Abu Bakar kepada The Malaysian Insider, serta meluahkan rasa terkejut atas kenyataan Irwan itu.


Menurut Timbalan Presiden Perkasa itu, beliau akan menemui Irwan dalam masa terdekat bagi mendapatkan penjelasan berhubung kenyataan itu.

Kenyataan Irwan bagaimanapun tidak begitu mengejutkan kerana Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali sangat kritikal kepada strategi pilihan raya Najib, mengatakan baru-baru ini kumpulan itu tidak berpihak kepada mana-mana parti politik selepas Pilihan Raya 2013.

Ibrahim sudah menyatakan pendirian ini kepada penaung Perkasa, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu pertemuan bersama bekas perdana menteri itu, di mana Najib menerima kritikan ekoran kelemahan prestasi Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya 5 Mei.

Seorang pemimpin Perkasa berkata, Dr Mahathir memahami langkah Perkasa untuk tidak memihak kepada mana-mana parti politik dalam pilihan raya akan datang walaupun majoriti ahlinya adalah ahli Umno. Tetapi kumpulan hak Melayu itu tidak pernah meminta Najib letak jawatan.

Irwan memberitahu The Malaysian Insider minggu ini bahawa perdana menteri sudah diberikan masa mencukupi, malah ketika pertemuan dengan Perkasa baru-baru ini, beliau menegaskan Perkasa menuntut Najib segera berubah dan mengutamakan kumpulan pengundi Melayu yang memilih untuk mengekalkan kerajaan. Namun Najib masih berpeluk tubuh tanpa sebarang tindakan.

"Najib masih lagi tidak berubah. Kita sudah beri masa, tapi sekarang keadaan semakin serius. Kes jenayah, isu kalimah Allah, semua ini berlaku apabila ketika pilihan raya itu banyak sangat perkara dilakukan, seperti pemansuhan ISA dan banyak lagi," katanya merujuk tindakan kerajaan Najib memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri dan juga Akta Ordinan Darurat sebelum Pilihan Raya Umum ke-13.

"Perkara terbaik dia buat adalah letak jawatan kerana keadaan semakin teruk, tidak bertambah baik," katanya.

Irwan berkata, masyarakat Melayu memilih Barisan Nasional (BN) bersama dengan bantuan masyarakat India, namun Najib tetap gagal membela dua kumpulan ini sedangkan pengundi Cina yang menyokong BN adalah bilangan yang cukup kecil.

"Kita juga melihat Najib gagal menjaga orang yang undi dia. Melayu yang beri kuasa untuk dia memerintah dengan bantuan orang India, orang Cina hanya lapan peratus sahaja," katanya kepada The Malaysian Insider.

"Kita sudah beri masa, bukan kita terus mendesak (Najib letak jawatan)," katanya lagi, menegaskan itu adalah pendirian Wira Perkasa dan langkah terakhir yang dilakukan mereka.

"Ini pendirian Wira Perkasa. Saya tidak tahu pendirian kepimpinan Pusat Perkasa. Ini yang maksimum kita boleh buat. Kita pun ada sedikit sumbangan untuk BN dalam PRU lepas," katanya.

Dalam laman blognya, Irwan menulis:"1 Malaysia, BR1M, memberi peruntukan berlebihan kepada sekolah-sekolah jenis kebangsaan terbukti GAGAL.

"Ini kerana kepimpinan yang mahu mendapatkan undi kaum Cina sebanyak 26 peratus dan undi kaum India . Bagi kaum Cina ia terbukti gagal, peratusan kaum Cina itu keluar mengundi meningkat, tetapi peratusan yang dapat kepada kerajaan hanya 8 peratus. Manakala kaum india yang ramai menyokong kerajaan. Tetapi kadar jenayah daripada kaum ini meningkat."

Beliau turut membangkitkan kegagalan slogan "1Malaysia" Najib dan juga Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) yang menurutnya adalah "rasuah yang dihalalkan oleh kerajaan."

"Malangnya kepimpinan tertinggi negara masih lagi menagih kepada kaum ini, melantik orang yang tidak sepatutnya dilantik. Laungan 1Malaysia ini dilaungkan oleh pengampu, saya mahu tanya apakah 1Malaysia ini berjaya? Jika pada pandangan saya ia terbukti gagal," katanya dalam posting blog berkenaan.

27 Ogos 2013

Kalau Tengok Sendiket Dadah Nie Dah Jadi Macam Mexico Asia?

Rampasan dadah RM11.56 juta terbesar di Pulau Pinang

Georgetown: Satu sindiket memproses dan menjual dadah jenis syabu, ecstasy dan ganja berjaya ditumpaskan polis negeri ini dengan kerjasama Bukit Aman malam tadi

Dalam operasi mulai jam 5 petang hingga 4 pagi itu, enam lelaki ditahan membabitkan beberapa premis.
Dadah yang dirampas itu dianggarkan bernilai RM11.56 juta dan rampasan itu terbesar di negeri itu dalam tempoh tiga tahun.

Selain dadah, polis turut merampas wang tunai RM30,660, dua kereta jenis Proton serta peralatan memproses dadah.



PENGARAH Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Datuk Noor Rashid Ibrahim (kiri) bersama Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi (kanan) menunjukkan dadah yang dirampas.

Semua suspek kini ditahan reman selama tujuh hari.




RM4.9 juta dadah dalam bot nelayan

ALOR SETAR: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kedah berjaya menggagalkan usaha sindiket penyeludupan dadah antarabangsa yang menggunakan sebuah bot nelayan untuk menyeludup kira-kira 26.2 kilogram (Kg) dadah jenis syabu bernilai lebih RM4.9 juta, Jumaat lalu.

Pengarah JKDM Kedah Datuk Abd Aziz Abdul Latif berkata, dalam serbuan kira-kira 3.30 pagi itu, sepasukan anggota penguat kuasa Kastam Langkawi menyerbu bot nelayan berkenaan ketika menghampiri Jeti Penumpang Kuala Kedah, di sini.

"Hasil pemeriksaan terhadap bot itu menjumpai empat bungkusan plastik mengandungi 25 ketulan mampat serbuk hablur putih disyaki dadah jenis syabu disorok di bahagian belakang bot terbabit berhampiran tempat penyimpanan ikan," katanya kepada pemberita di Ibu Pejabat JKDM Kedah, di sini, hari ini.

"Ketika serbuan dilakukan, enjin bot berkenaan masih hidup, manakala dua lelaki yang kelihatan berada di atas bot sebelum serbuan sempat melarikan diri."


Beliau tidak menafikan bahawa sindiket pengedaran dadah antarabangsa kini menggunakan laluan air khususnya laut untuk membawa masuk bekalan dadah dari negara jiran berikutan dianggap 'selamat' dan kegiatan mereka sukar untuk dikesan.

"Ini adalah kes pertama bagi Kedah membabitkan percubaan menyeludup bekalan dadah menggunakan bot nelayan dan kita tidak menolak kemungkinan sindiket pengedaran dadah menukar taktik mereka bagi mengelirukan pihak berkuasa," katanya. -mymetro

HANGAT ! MUHKRIZ DICABAR DEDAH PENYELEWENGAN KERAJAAN PR....!!!


 MUKHRIZ TAK PERLU UGUT PAS

ALOR SETAR: Pesuruhjaya PAS Kedah, Dato’ Mahfuz Omar menyifatkan Menteri Besar, Dato’ Mukhriz Mahathir cuba mengugut PAS Kedah apabila meminta tidak terus membangkitkan isu mengenai Kolej Universiti Insaniah (Kuin) dengan alasan kononnya tidak mahu mengaibkan PAS Kedah.

Ujarnya, Mukhriz jangan mengharap PAS akan mendiamkan diri dalam membangkitkan perkara dan isu yang berkaitan Kuin dan lain-lain hal berkaitan kepentingan masyarakat dan rakyat di negeri Kedah.

“Saya nak bagi tahu Dato’ Mukhriz, dia jangan menutup kelemahan dan kebodohan dia dengan mengugut PAS. Kalau dia nak aibkan dalam ertikata dedah kononnya berlaku penyelewengan zaman PAS menerajui kerajaan, sila buat laporan.

“Dia boleh dedah, kata banyak berlaku penyelewengan, di mana penyelewengan itu? Perincikan butiran penyelewengan itu dan mereka yang terlibat? Berapa banyak yang diseleweng? Lapor kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), lapor polis. Supaya tindakan siasatan diambil. Kalau ada pertuduhan, boleh buat prosiding untuk pendakwaan, hadapkan ke mahkamah,” aju beliau.

Tegas Mahfuz, sekiranya benar dan terbukti, PAS tidak akan menutup sama sekali penyelewengan yang dilakukan mana-mana pihak terbabit semasa PAS menerajui kerajaan.

Ulasnya juga, keengganan Mukhriz melayan isu tersebut kerana Mukhriz akan mendedahkan kelemahan dan kebodohannya sebagaimana yang telah berlaku sebelum ini.

“Begitu juga perpindahan pelajar ke kampus lama, ini sesuatu yang tidak wajar setelah kita membelanjakan wang dengan begitu banyak, tetapi tidak dimanfaatkan. Sedangkan kita mengharapkan kampus di Kuala Ketil ke arah menaiktaraf Kuin menjadi universiti penuh,” ujarnya.

Tempelaknya, Mukhriz tidak sepatutnya mengungkit mengenai tanggungan hutang RM55 juta setahun kerana itu menjelaskan lagi kelemahannya.

Ujarnya, menerusi hubungan dan kerjasamanya dengan Kerajaan Pusat, Mukhriz sepatutnya boleh mendapatkan bantuan.

“Dia tak boleh kata tidak ada duit nak bayar hutang, kecuali dia kata Kerajaan Pusat pun sudah nak bankrap, tiada duit dan dia pun tak boleh dapat bantuan. Itu mungkin munasabah kalau dia nak lelong Kampus Kuala Ketil.

“Kita (PAS) yang tidak ada bantuan dari Kerajaan Pusat sewaktu menerajui kerajaan sebelum ini. Tetapi kita boleh bayar hutang blok baru Wisma Darul Aman (sebanyak) RM25 juta setahun dan habis selesai bayar hutang itu sepanjang 5 tahun kita memerintah. Ini hutang dibuat BN sebelum 2008.

“Dia (Mukhriz) hanya perlu tambah RM22 juta setahun lebih bagi nak bayar hutang pembinaan Kuin. Jadi kalau itupun tidak mampu, maknanya dia lemahlah. Kecualilah dia fikir hasil balak untuk kepentingan kroni, bukan nak bayar hutang pembangunan pendidikan dalam negeri,” bidasnya lagi.

Jelas Mahfuz, sekiranya Mukhriz tetap bertegas mahu menutup kampus itu, tetapi pematuhan ke atas perkara yang berkaitan kontrak kaki tangan mesti diselesaikan. Beliau menggesa agar isu khususnya membabitkan Insaniah Holding di mana gaji 268 kaki tangan tidak dibayar sejak Mei lalu segera diselesaikan.

Ujarnya, tindakan itu akan menimbulkan kesukaran kepada pegawai mengurus di masa akan datang untuk mengesahkan tindakan berikutan telah membelakangkan tatacara dan kontrak termeterai.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu juga menambah, Kuin sepatutnya bergerak ke hadapan setelah ditingkat taraf menjadi universiti penuh dan bukan undur ke belakang.

Rancangan pembinaan kampus tetap itu terang Mahfuz, telah diputus sejak zaman Dato’ Seri DiRaja Syed Razak Syed Zain sebagai Menteri Besar.

Tegasnya, pendidikan bukan pembaziran seperti projek tanaman padi atas bumbung sebagaimana pernah dibuat mereka dahulu, tetapi Kerajaan Pakatan Rakyat pula menyelamatkan kawasan itu menjadi Institut Latihan Belia Sejahtera (Ilbas).

Sebaliknya, kerajaan lalu meninggalkan kepada mereka kampus Kuala Ketil yang hampir lengkap.

Oleh itu Mahfuz berharap Mukhriz segera membetulkan kesilapan tersebut dengan kembalikan Kuin ke Kampus Kuala Ketil dan yakin semua pihak termasuk rakyat akan menerima tindakan itu.

Mukhriz juga diingatkannya agar mengormati Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong selaku Canselor yang telah merasmikan kampus ini dan tidak menggambarkan Baginda seolah-olah tidak tahu mengenainya.

Sementara itu, Ketua Pembangkan Dun Kedah, Dato’ Ir Amiruddin Hamzah menegaskan bahawa tidak akan sedikit pun berganjak dari mendedahkan perkara berkenaan.

Malah, beliau mengalu-alukan Mukhriz mendedahkan penyelewengan yang didakwanya berlaku.

“Jangan dedah saja (di media), buat laporan SPRM, laporan polis jika berkaitan jenayah. Memang itu kita nak,” cabar Amiruddin. Katanya, jika Mukhriz yakin dengan perancangan itu, beliau sepatutnya terus berinteraksi dengan media dan orang ramai memberitahu tindakan yang mehu dibuatnya.

Hakikatnya ujar Amiruddin, Mukhriz berjaya robek pencapaian paling besar Pakatan Rakyat, sedangkan Kuin sudah cukup hampir ke status universiti penuh.

Beliau juga meluahkan kekecewaannya berikutan pengajian di Kuin Mergong berada dalam keadaan kelam kabut di mana walaupun sementer baru telah memasuki bulan kedua, tetapi masih ada kelas belum bermula kelas lantaran ketidaan ruang mengadakan kuliah.

Komen : Hangpa rakyat jangan cepat kagum sangat dengan Muhkirz dan berapa exco dari umno neh....depa baru 100 hari memerintah....dah nampak kebodohannya...

Dilegasi Kudeta Mesir Datang ke Malaysia Secara Rahsia, Disembunyikan Daripada Rakyat Malaysia?

Delegasi Pemerintah Kudeta Mesir, Melakukan Kunjungan Diam-Diam Ke Indonesia Dan Malaysia


Delegasi pemerintah militer Mesir diketuai Dr Muhamad Sayyid Salim, yang menjabat sebagai Ketua Asian Research Center dan profesor di Universitas Kairo, melakukan kunjungan rahasia ke Malaysia dan Indonesia yang dimulai pada hari sabtu (24/08).

Tim delegasi tersebut dibentuk oleh Menteri Luar Negeri Mesir, Nabil Fahmy, dalam rangka melakukan komunikasi dengan negara-negara luar untuk memberikan gambaran nyata yang terjadi di Mesir.

Selama kunjungannya, Dr Muhammad Salim mengadakan dialog dengan sejumlah pejabat terkait di kedua negara. Selain itu, ia juga melakukan sejumlah wawancara dengan segelintir media menjelaskan realitas situasi di Mesir sejak apa yang disebut oleh pihak militer sebagai 30 Juni.

Sebelumnya, pemerintah militer Mesir telah membuat Roadmap secara sepihak, yang harus disetujui oleh semua kelompok dan golongan di Mesir. Tercatat, banyak pemimpin politik dan masyarakat menjadi target penangkapan aparat keamanan militer Mesir, karena menyatakan tidak setujuan dengan Roadmap yang dibuat oleh militer Mesir. (Ahram/Zhd)

Mukhriz Sangah Tun M Dalam Isu TPPA...Biasalah Yang mampus rakyat....


Mukhriz bercanggah dengan Dr Mahathir dalam isu TPPA


Datuk Mukhriz Mahathir (gambar) bercanggah dengan pendirian bapanya,Tun Dr Mahathir Mohamad yang menggesa Putrajaya mendedahkan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA), sebaliknya berkata kerajaan tidak perlu bertindak demikian.

Menteri Besar Kedah itu berkata, kerajaan masih belum menandatangani perjanjian tersebut dan ia tidak akan diteruskan jika memudaratkan rakyat.

"Kerajaan negeri beri jaminan bahawa tidak akan ada sebarang persetujuan kalau ia (TPPA) menjejaskan Kedah khususnya dan Malaysia secara amnya. Jangan beranggapan bahawa dalam proses rundingan, seolah-olah ia (TPPA) sudah dipersetujui," katanya.

"Seperti yang kita maklum dalam mana-mana rundingan sudah tentu kita kena simpan rahsia takut dibocor kepada pihak belah sana. Maklumlah dalam TPPA ini ada 12 negara terlibat dan sekarang ini banyak komen datang daripada kebocoran maklumat contohnya Wikileaks," katanya yang dipetik berkata dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah semalam.

Semalam, bekas Perdana Menteri paling lama berkhidmat Dr Mahathir mencurigai rundingan TPPA oleh kerajaan serta mendesak supaya analisis kos untung rugi dibentang kepada umum untuk menilai kelebihan dan keburukan perjanjian itu.

Dr Mahathir juga membidas cara kerajaan mengendalikan perjanjian tersebut kerana disifatkannya cuba merahsiakan sesuatu daripada umum.

"Perbincangan pun tidak diberitahu dan dibuat secara tersorok daripada orang ramai, dirahsiakan.

"Ini mesti ada perkara yang tidak diingini diketahui umum. Tetapi apa yang saya lihat, ia lebih rugi daripada untung," kata Dr Mahathir lagi semalam pada persidangan meja bulat TPPA anjuran Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM) di Kuala Lumpur.

Selain mengkritik perjanjian TPPA, Dr Mahathir juga menegaskan perjanjian itu jika diteruskan bakal memberi kesan buruk kepada ekonomi negara, terutama daripada segi eksport dan import negara yang boleh menyebabkan negara mengalami defisit lebih teruk.

TPPA adalah inisiatif untuk membentuk satu kawasan perdagangan bebas (FTA) di kalangan 12 negara yang berjumlah 800 juta penduduk dan gabungan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Malaysia menyertai TPPA sebagai anggota perunding penuh pada pusingan ke-3 yang diadakan di Brunei Darulssalam pada Oktober 2010 lalu, serta terbaru adalah di semasa pusingan ke-18 baru-baru ini di Kota Kinabalu.

Kontroversi TPPA mendapat perhatian banyak pihak antaranya kumpulan sivil, pertubuhan bukan kerajaan dan juga parti Pakatan Rakyat (PR), hingga menyaksikan Putrajaya terpaksa membentuk Jawatankuasa Khas Pilihan Parlimen (PSC) melibatkan keanggotan dwi partisan bagi membolehkan pembangkang mendapat penjelasan berhubung perjanjian berkenaan.

PR turut membangkitkan persoalan terhadap beberapa isu dalam TPPA yang memungkinkan akan memberikan kesan negatif kepada Malaysia memandangkan perjanjian itu tidak boleh diumumkan kepada orang ramai.-

26 Ogos 2013

Pentadbiran Sekolah Yang Bangang...Halang Murid Guna Komputer

Pentadbiran sekolah halang murid guna komputer sumbangan Pakatan


SHAH ALAM 26 OGOS: Pentadbiran sebuah sekolah di sini dikatakan menghalang muridnya menggunakan komputer sumbangan kerajaan Selangor berikutan perbezaan fahaman politik.

Hal itu didedahkan seorang Yang Dipertua (YDP) Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), R Panner Selvam kepada TV Selangor selepas dimaklumkan guru besar sekolah berkenaan.

“Tindakan tidak masuk akal itu merugikan murid kerana kita ada makmal komputer yang lengkap tetapi tidak digunakan hanya disebabkan alasan politik,” katanya.

Beliau berkata, larangan itu bermula kira-kira lapan bulan lalu sejak pelantikan muka baru PIBG atas alasan makmal itu didakwa beroperasi haram.

Katanya, pentadbiran sekolah itu dikatakan mengenakan yuran RM70 setahun terhadap murid bagi menampung kos penyelenggaraan makmal komputer itu.

“Yuran dikutip dari Januari atau Februari tetapi kelas tak jalan,” katanya yang turut mendakwa kelas komputer itu tidak mengikut jadual.

Timbalan YDP PIBG, Selvarajah Palaniappan, pula berkata PIBG sudah membawa bantahan kepada pentadbiran sekolah.

Mengulas isu itu, Penyelaras Pusat Khidmat Masyarakat DUN Bukit Melawati, S Manikavasagam, berkata kerajaan Selangor pada 2010 berbelanja RM85,000 untuk membeli 45 komputer bagi pembelajaran murid SJKT Ladang Rasak, Subang .

“Ini tidak patut berlaku sebab tidak kiralah siapa yang beri komputer, sekolah harus manfaatkan untuk masyarakat kita,” kata Pengarah Biro Aduan Rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu.

Panas ! Kakitangan Kuin Holding Hanya Setaraf Anjing Jalanan...UMNO menang Kedah senang....


Keluhan pekerja Kuin Holding.....

Salam Tuan, saya adalah diantara rakyat Kedah yang dicabuli hak gaji kami. Dah 3 bulan gaji kami ditangguh. Saya dah cuba hubungi UMNO Kedah, Pemuda UMNO, UMNO Bakar Bata dan juga Pejabat MB sendiri.

Sayangnya semua lepas tangan, pakat passing saya sana kemari. Padahal dulu kata UMNO memang Kedah senang. Saya bukan nak cari salah sapa-sapa. Saya cuma nak hak saya. Saya sedih sangat dilayan oleh "pembela rakyat" sebegitu rupa. 

Macam kami ni sampah dipandangan mata mereka. Kami bukannya p goyang kaki kat opis, kerja tungging terbalik sebagai kuli. Tiba-tiba hak kami diragut dan direntap.

Raya dan puasa kami penuh berduri. Bukan kami berkira sangat baju raya kuih raya apa semua. Kami tak perlu pun semua tu, tapi sampaikan nak makan pun kena ikat perut ni tuhan saja yang tau.

Kami ni diibaratkan sampah, diibaratkan anjing jalanan. Tak ada sapa nak ambil tau nasib kami. Walhal bukannya kami melakukan apa-apa jenayah pun. Balasannya kami dizalimi setelah undi diberi.

Saya teramat sedih dan kesal dengan perkara ni. Bukan kami duk diam tunggu penyelesaian dari MB. Tapi dah berapa kali kami cuba hubungi cuba cari jalan supaya boleh berjumpa dengan dia atau sapa-sapa yang bertanggungjawab.

Sayangnya hak kami dicabuli di negeri sendiri. Terasa macam pendatang asing pulak. Hanya tuhan saja yang tau seksanya terputus rezeki bergaji merenung mata anak bini bagi sesuap nasi.

Saya dengan ini akan memberikan kerjasama yang tidak terhingga kepada mana-mana usaha untuk menyelesaikan masalah ini.


PKR Tidak Halang Azmin Tanding Jawatan Presiden



PKR tidak halang Azmin tanding jawatan presiden, kata Nurul Izzah



Azmin Ali belum buat keputusan untuk bertanding jawatan Presiden PKR. 

Nurul Izzah Anwar menegaskan beliau tiada masalah jika Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali mahu bertanding jawatan presiden parti yang kini disandang ibunya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Terdapat ura-ura Azmin mahu bertanding jawatan presiden PKR berikutan kekosongan selepas Dr Wan Azizah bersara tidak lama lagi.

"Itu haknya untuk bertanding selepas tempoh yang disandang pengerusi sekarang tamat," kata Nurul Izzah kepada The Malaysian Insider ketika ditemui di Majlis Rumah Terbuka Parlimen Lembah Pantai sambil menjelaskan ibunya memegang jawatan itu selama tiga penggal.


Katanya, perkara berkenaan tidak menjadi perhatian buat masa ini kerana parti baru sahaja selesai menjalani pilihan raya umum ke 13 (PRU13).

"PKR adalah parti yang mengamalkan demokrasi maka sesiapa sahaja berhak untuk bertanding.

“Seseorang pemimpin itu dinilai dari segi karakter dan pencapaiannya maka biar ahli yang memutuskannya," katanya.

Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia baru-baru ini melalui kolumnisnya Awang Selamat melihat Azmin sebagai calon yang layak membawa perubahan dalam PKR bagi memecahkan kepompong keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam parti itu.

Katanya, Azmin dilihat lebih layak selepas Dr Wan Azizah hanya menjadi boneka kepada Anwar dan Nurul Izzah.

Sementara itu, Azmin menepis spekulasi mengatakan beliau akan bertanding jawatan Presiden PKR menentang Dr Wan Azizah dalam pemilihan parti itu yang dijadualkan awal tahun depan.

Bercakap kepada The Malaysian Insider, Ahli Parlimen Gombak itu menegaskan fokus utamanya kini adalah bekerja untuk memastikan anak muda akan tertarik kepada PKR sekaligus mengukuhkan kedudukan mereka dalam tempoh lima tahun akan datang.

"Itu (soal bertanding jawatan Presiden) kita bincang kemudian . Saya mahu fokus kerja supaya PR boleh gunakan lima tahun akan datang untuk menarik anak muda menyokong PR," katanya kepada The Malaysian Insider semalam ketika ditemui dalam majlis rumah terbukanya di Ampang, merujuk kepada 

Pakatan Rakyat

.

"Kita mahu membina kekuatan parti dan penjenamaan semula parti supaya ia lebih menarik," katanya.

Azmin menang jawatan timbalan presiden PKR dalam pemilihan parti itu pada 2010 mengalahkan Mustafa Kamil Ayub yang juga bekas Naib Presiden parti itu.

Bekas menteri Umno Datuk Zaid Ibrahim yang juga salah seorang lagi pencabar menarik diri pada saat-saat akhir.

Pada persaingan jawatan timbalan presiden itu, Azmin memenanginya dengan memperoleh 19,543 undi daripada 218 cabang PKR yang melakukan pengundian.