20 Julai 2013

PRK Kuala Besut: 16:16 Kudeta Perak Hantui Umno Terengganu


Oleh : Mohamed Hanipa Maidin


Pilihanraya kecil Kuala Besut bukan pilihanraya Umum. Pilihanraya Umum bermatlamatkan pembentukan Kerajaan sama ada di peringkat pusat atau negeri. Adakah itu menjadikan pilihanraya kecil Kuala Besut tidak penting? Jawapannya tidak

Pilihanraya kecil Kuala Besut sebenarnya amat penting dan genting bagi BN dan Pakatan. Umno ingin mempertahankan kerusi Kuala Besut bagi mengekalkan kuasa di Trengganu. Pas pula ingin menang bagi mendapatkan mandat untuk menjadi Kerajaan baru di Negeri Trengganu.

Gentingnya pilihanraya kecil ini mendorong Umno untuk melakukan apa sahaja bagi memenangi kerusi tersebut. Perkara pertama Umno lakukan adalah memastikan SPR menyediakan gelanggang dan peraturan permainan sejak dari awal yang boleh memihak kepada Umno. Dalam hal ini Umno tidak ada masalah kerana sejak bila SPR tidak ikut telunjuk Umno. Setiap pernafasan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR sentiasa berbau Umno! Penetapan tarikh pilihanraya pada bulan Ramadahan sudah dari awal memihak kepada Umno kerana ia memperlahankan serangan agresif Pakatan ke atas Umno. Menetapkan tarikh mengundi pada hari bekerja ( Rabu ) sudah tentu menyusahkan pengundi di luar untuk balik mengundi kerana ia melibatkan implikasi kewangan. 

Pengundi luar perlu memikirkan jika mereka balik di hari mengundi mereka juga akan terpaksa belanja lebih kerana akan balik sekali lagi untuk bercuti di aidil fitri. Birokrasi mendapatkan cuti bekerja satu lagi hal yang perlu mereka fikirkan. Ini semua faktor yang menyumbang kemerosotan pengundi luar balik mengundi pada hari mengundi nanti. Amat malang Umno melalui SPR sanggup menafikan hak asasi pengundi yang dijamin oleh Perlembagaan semata mata untuk memenangi pilihanraya.

Walau apa pun yang Umno lakukan saya percaya Umno masih gusar dan bimbang. Bimbang di atas tindakan dan perbuataannya sendiri di masa lampau. Apakah tindakan lampau itu? Jawapannya adalah kudeta ( rampasan kuasa ) yang Umno lakukan di Perak bagi menjatuhkan Kerajaan Pakatan yang sah yang diberi mandat oleh rakyat. Kini Umno teruk dihantui episod kudeta itu. 

Orang Hindu percaya kepada hukum karma. Hukum karma menyatakan segala perbuatan jahat yang seseorang lakukan akan mendatangai semula orang yang melakukan perbuatan jahat itu. Umno kini takut perbuatan khianat mereka di Perak dulu kini mendatangi mereka di Negeri Trengganu. 

Ketakutan Umno itu dapat dilihat dari kenyataan beberapa pemimpin Umno antaranya apabila mereka menyatakan sekiranya pun Pas menang di Kuala Besut dan kedudukan Umno dan Pas sama 16 kerusi , Umno akan terus memerintah kerana speaker DUN dikuasai oleh mereka.Saya tergelak besar apabila Umno bercakapa tentang Speaker DUN.
Mungkin Umno tidak perlu risau jika speaker DUN itu adalah seorang ADUN. Jika speaker adalah ADUN, kemenangan Pas di Kuala Besut tidak akan menjejaskan Umno . Jika speaker DUN adalah seorang ADUN , Umno boleh lantik speaker baru dan menjadikan speaker lama itu sebagai Ahli Dewan. Maka Umno masih ada suara majoriti di DUN.

Namun dalam keadaaan speaker DUN bukan seorang ADUN maka kedudukan 16 -16 meletakkan Umno dan Md Said dalam keadaaan telur di hujung tanduk. Kesilapan Umno yang paling besar adalah mereka masih menyangka bagi menjatuhkan Md Said sebagai Menteri Besar ia perlu dilakukan melalui undi tidak percaya di dalam DUN. Ya, itulah kedudukan undang-undangnya sebelum Umno merampas Perak daripada Pakatan. 

Namun selepas rampasan kuasa di Perak, Umno telah ubah kedudukan undang-undang itu. Umno telah minta Mahkamah Persekutuan mengubah kedudukan undang undang itu bagi memenuhi selera hawa nafsu serakahnya. Sebab itulah Mahkamah Persekutuan, atas desakan Umno, memutuskan tidak perlu mana mana undi tidak percaya ke atas MB dilakukan di dewan. Sebaliknya ia boleh dibuat oleh Sultan di mana mana bergantung di mana Adun-adun berjumpa Sultan. Sultan, berdasarkan kes Perak, mempunyai kuasa mutlak menentukan siapakah yang baginda inginkan menjadi MB. Tidak perlu pergi ke DUN untuk jatuhkan MB dan melantik MB yang baru. 

Mana mana Adun di Trengganu yang Sultan fikirkan mendapat keyakinan majoriti ( confidence of the majority ) baginda berkuasa melantik Adun itu menjadi MB baru di Trengganu jika sekalipun kedudukan Pas dan Umno adalah 16-16. 

Frasa dalam Undang Undang Tubuh Trengganu adalah MB perlu mendapat keyakinan majoriti bukan undi majoriti. Tafsiran keyakinan majoriti adalah budibicara mutlak Sultan sepertimana Mahkamah Persekutuan putuskan di dalam kes Perak. 

Dalam bahasa mudah, jika sekalipun kedudukan Pas dan Umno adalah 16-16, Sultan masih boleh melantik mana mana Adun Pas sebagai MB baru jika Sultan berpuashati Adun itu mendapat keyakinan majoriti.Jika itu berlaku Umno jangan salahkan sesiapa.Salahkan diri kamu sendiri !

HoT : Sah SPR Tidak Berani Saman Rafizi? Ini Memalukan BN Yang Bermatian Pertahan SPR...


SPR masih fikir sama ada mahu saman Rafizi

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berkata, ia masih memikirkan sama ada akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli berhubung dakwaan berkaitan dengan pembekal dakwat kekal untuk pilihan raya umum ke-13.

"Tak apalah jika (Rafizi) mahu mengatakannya pada bulan puasa, biarlah dia menghadapi akibatnya.



"Kita tidak ada masa untuk melayan orang yang menabur fitnah," kata Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan  Omar dalam sidang akhbar di Gong Kedak Pangkalan Tentera Udara hari ini selepas memantau proses pengundian awal.

Beliau diminta mengulas dakwaan Rafizi di Parlimen bahawa beliau dan penerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mempunyai hubungan rapat dengan pembekal dakwat kekal bagi pilihan raya umum lepas, di mana ramai pengundi kemudian mengadu ia boleh dibasuh dengan mudah.

Rafizi kemudian mengulangi tuduhan di luar Parlimen, di mana dia tidak dilindungi oleh imuniti parlimen daripada tindakan undang-undang.

Wan Omar berkata, tuduhan tersebut tidak benar sama sekali dan menganggapnya sebagai satu fitnah dan pembohongan.

Katanya, beliau dan Abdul Aziz tidak mengendalikan perolehan itu secara langsung, tetapi sebaliknya, tugas itu diamanahkan kepada urusetia dan Setiausaha SPR, Datuk Kamaruddin Baria.


Katanya, mereka mematuhi sepenuhnya arahan perbendaharaan dan setiap pegawai bertanggungjawab.



MP Kepala Batas Yang Mencabar Rafizi Membuat Kenyataan Di Luar Parlimen

SEBELUM INI SETIAUSAHA SPR MENAFIKAN MENGENALI PEMBEKAL DAKWAT KEKAL....JADI SIAPA YANG BERKUASA UNTUK BERURUSAN PERLANTIKAN PEMBEKAL.....?

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli boleh membuat apa-apa dakwaan di Dewan Rakyat kerana mempunyai kekebalan sebagai anggota Parlimen, kata Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Kamaruddin Baria.Kamaruddin turut menafikan beliau mengenali pembekal dakwat kekal, Mohamed Salleh Md Ali yang dikatakan rapat dengan kepimpinan tertinggi badan pengendali pilihan raya itu seperti didakwa Rafizi.

Beliau juga enggan mengulas lanjut apabila diajukan pertanyaan berhubung latar belakang Mohamed Salleh.

"Saya tidak mahu jawab. Saya tidak kenal siapa Mohamed Salleh,” kata Kamaruddin ketika dihubungi The Malaysian Insider semalam.  
 “Rujuk direktori jika mahu menghubunginya," katanya
.

 LAPORAN PENUH SINI

HoT : Shabery Cheek Sedia Berdebat Dengan Rafizi....



KUALA BESUT: Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, beliau bersedia berdebat dengan pembangkang jika cabaran dibuat mengikut prosedur serta pilihan tajuk yang sesuai.

Ahmad Shabery berkata, cabaran tersebut tidak boleh disahut begitu sahaja, apatah lagi ia dibuat tanpa memaklumkan kepada pihaknya terlebih dahulu.

Ahmad Shabery, yang juga ahli Parlimen Kemaman, berkata cabaran itu juga boleh disifatkan sebagai tidak adil kepadanya kerana beliau sama sekali tidak dimaklumkan secara jelas.

"Saya boleh dan sedia pertimbang untuk berdebat jika cabaran itu dibuat mengikut prosedur di mana saya dan pejabat saya dimaklumkan terlebih dahulu.

"Cabaran perlu dinyatakan secara jelas seperti tajuk, tempat, berapa lama dan peraturan yang diguna. Kedua pihak perlu bersetuju, malah pihak keselamatan juga perlu dimaklumkan," katanya kepada pemberita sebelum berbuka puasa bersama penduduk di Masjid Tok Has, Bukit Puteri di sini.

Beliau berkata demikian mengulas cabaran debat yang dilaporkan dikemukakan Pengarah Pilihan Raya PAS bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut Datuk Husam Musa kepadanya.

Dalam cabarannya Husam menamakan Pengarah Strategik Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rafizi Ramli sebagai wakil kepada pakatan rakyat manakala Ahmad Shabery dipilih atas kapasiti Anggota Majlis Tertinggi Umno untuk dipertemukan dalam debat bertajuk 'Bagaimana rakyat Terengganu boleh menjadi kaya seperti pemimpin Umno' yang dijadual selepas solat tarawih malam Jumaat.

Ahmad Shabery berkata, beliau juga 'terkejut' mengapa Rafizi yang dicadangkan sedangkan masyarakat setempat sedia maklum Anggota Parlimen Pandan itu tidak sayangkan negeri Terengganu apabila memilih untuk bertanding di Selangor dalam pilihan raya umum lepas.

"Sebenarnya saya hanya tahu mengenai debat ini beberapa jam yang lalu, malah pejabat saya juga tidak menerima sebarang surat mengenainya.

"Dulu masa saya nak berdebat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim kedua-dua pihak ambil masa lebih sebulan untuk berbincang mengenainya. Jelas ini kaedah yang tak betul, dengan bos dia pun saya berani dan telah berdepan jika kena kaedahnya,"katanya.

Ahmad Shabery juga menyifatkan cabaran itu sebagai gimik murahan Husam untuk meletakkannya dalam keadaan tidak baik seolah-olah takut untuk berdepan dengan pembangkang dan berharap reaksi beliau terhadap pelawaan berdebat dapat menghentikan pembangkang daripada terus 'meroyan'.

"Malam di bulan Ramadan seharusnya diisi dengan beribadah bukannya berdebat," katanya.

"Jika nak debat apakah tidak boleh jika diberi tajuk seperti 'Apakah kejayaan PAS sepanjang memerintah Terengganu pada tahun 1999 hingga 2004...adakah mereka berani," katanya.

Rafizi mahu RTM siar debat secara ‘live’




SHAH ALAM - Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli menyambut baik kesediaan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menyahut cabaran Pas untuk berdebat mengenai isu berkaitan rakyat Terengganu.

Namun beliau meminta agar debat terbuka itu disiarkan secara langsung di Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) sebagaimana yang pernah dijanji kementerian terbabit pada PRU13 lalu.

"Kalau dibuat secara 'live' di RTM lebih baik kerana rakyat Kuala Besut dapat mendengar sendiri kupasan perdebatan itu nanti.

"Kita serahkan hal itu kepada RTM dan pengurusan Pas Kuala Besut untuk sediakan platform itu kepada kami," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Mengapa guru ditembak? Dibelenggu Masalah Hutang? Along Tahap Mafia?



Dari laporan awal polis nampaknya ada mereka menghadapi masalah hutang, mengapa mereka perlu berhutang kerana ingin bermewah atau menghadapi masalah perniagaan dan terpaksa berhutang dari pihak selain bank....mungkin juga kerana masalah dendam peribadi?

Nampak macam pembunuh ini mereka pembunuh upahan dari sebab-sebab yang diatas atau sebab lain...andaian ini bukan tujuan spekulasi tetapi ianya realiti hari ini di Malaysia....

Mengapa guru ditembak?

Tiga guru ditembak sepanjang dua minggu lalu, satu trend membimbangkan dan insiden berlaku berhampiran dengan sekolah di mana muridid mungkin turut menjadi mangsa.

Insiden berlaku di Kelantan dan Kedah. Dalam ketiga-tiga kes itu, guru lelaki ditembak dari jarak dekat semasa berada dalam kereta. Dua daripadanya mati serta merta manakala seorang lagi berada dalam kecederaan serius.

Ketiga-tiga insiden berlaku apabila guru itu sama ada dalam perjalanan ke sekolah atau sedang meninggalkan kawasan sekolah.

Polis sedang mencari motif termasuk kemungkinan membabitkan hutang tidak berbayar daripada ceti haram akan tetapi setakat ini, tiada laporan mengenai sebarang penangkapan.

Dilaporkan hutang isi rumah Malaysia mencapai angka merbahaya, dengan 83 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), dan dikatakan kebanyakan daripada yang berhutang adalah penjawat awam.

The Malaysian Insider melaporkan sebelum ini kebanyakan penjawat awam berhempas pulas membayar pinjaman untuk memenuhi keperluan keluarga. Sesetengahnya mencari pekerjaan kedua untuk menampung kehidupan.

Setiausaha Agung Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP), Lok Yim Pheng menggesa pihak berkuasa menyiasat kes ini serta merta dan meminta ahli mereka berjaga-jaga.

“Guruu seharusnya memberi tumpuan kepada profesion mereka,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Presiden Persatuan Gerakan Kebangkitan Pendidik Kebangsaan (Pendidik), Normala Sudirman mendesak Kementerian Pendidikan memberikan perhatian terhadap kes tembakan ini dan mengambil langkah sepatutnya untuk melindungi guru.

“Kelihatan nyawa guru sudah tidak bernilai,” kata Normala dipetik dari Harakahdaily.

"Kita tidak mahu suatu hari nanti murid pula mati ditembak di bilik darjah ketika guru mengajar jika isu ini tidak diambil perhatian serius oleh Kementerian Pendidikan," katanya.

Beliau mencadangkan kerajaan mewujudkan skim insurans sebagaimana yang diperuntukan kepada setiap pelajar untuk semua guru di samping bantuan kepada mana-mana ahli keluarga mangsa yang ditimpa musibah seperti ini.

"Isu kebajikan guru seperti ini perlu diambil perhatian segera terutama apabila berlaku kejadian di mana guru pula mati ditembak ketika pergi dan balik bertugas.

"Suatu mekanisme penyelesaian bagi menjaga kebajikan guru perlu diberi perhatian sewajarnya di saat warga pendidik dan ibu bapa serta pelajar berasa tidak selamat walaupun berada di bangunan sekolah," katanya kepada Harakahdaily.

Pembunuhan Hashim Mat Zain pada 8 Julai dipercayai membabitkan masalah kewangan dan polis kini menemui beberapa petunjuk berhubung kes itu.

Hashim, 43, yang menguruskan hal ehwal murid di Sekolah Kebangsaan Beris Panchor Tawang mati selepas ditembak sebanyak tiga das.

Mangsa ditemui mati dengan tiga tembakan apabila keretanya terbabas berhampiran sebuah rumah 300m dari sekolah.

“Siasatan setakat ini mendapati mangsa dibunuh disebabkan masalah kewangan,” kata seorang pegawai kanan polis.

Tetapi pegawai itu mengatakan polis masih belum menemui motif percubaan bunuh terhadap seorang lagi guru Mat Zaki Hashim, 35, di Pasir Mas, Kelantan pada 12 Julai.

Mat Zaki menderita kecederaan serius apabila ditembak di lehernya di Kampung Kubang Panjang, Pasir Mas. Beliau kini masih lagi berada dalam wad di Hospital Raja Perempuan Zainab II.

Insiden ketiga berlaku pada 18 Julai apabila seorang guru sekolah mati selepas ditembak sembilan kali di lampu isyarat berhampiran Simpang Empat Keladi di Kulim.

K Shanmugam, 45, dari Taman Bidara berhenti di simpang lebih kurang jam 12.30 tengah hari apabila dua lelaki menaiki motorsikal Yamaha LC mendekatinya dari sebelah kiri kereta.

Saksi memberitahu polis, seorang daripada lelaki itu mengambil pistolnya dan menambak mangsa berulang kali.

19 Julai 2013

TERPANAS ! MENGAPA WARTAWAN, BLOGGER DAN PENYOKONG UMNO TIBAI NAJIB KAU..KAU...


NAJIB DITUTOH OLEH DUA TOKOH WARTAWAN NEGARA

Hari demi hari kedengaran suara-suara sumbang yang mempertikaikan kewibawaan dasar-dasar DS Najib yang jelas tidak menguntungkan umat Islam dan kaum Melayu negara ini. Semua pihak sudah mula bersuara tanpa selindung lagi. 


Hari ini warga blogger digegarkan dengan posting terbuka oleh dua Tokoh Wartawan Negara yang sungguh tajam, pedih dan lebam. 


Pada pukul 10.53 pagi blogger Zam Maidin, Tokoh Wartawan Negara 2006 di dalam posting blog nya menulis“Apakah Datuk Seri Najib lebih mementingkan perasaan Vatican City dari perasaan umat Islam di negara ini yang lebih penting kepada masa depan politiknya?


Pandangan umat Melayu dan Islam di negara ini ialah Vatican City tidak penting kepada Malaysia,tidak merugikan negara ini walaupun tanpa ketiadaan dutanya disini.
Mungkin kehadiran duta ini berguna bagi pilihanraya ke 13 tetapi tidak memberikan faedah kepada Plihanrya Kecil Besut sebaliknya cabarannya kepada Malaysia yang mendedahkan ketakutan kerajaan Malaysia untuk bertindak tegas akan memberi kesan kepada Pilihanraya Kecil Besut". zamkata.blogspot.com


Manakala pada pukul 11.13 pagi pula blogger Kadir Jasin juga yang merupakan penerima Tokoh Wartawan Negara 2011 pula menulis dengan penuh sentalan “Sebelum kita tuntut Archbishop Morino disingkir, tanyalah dulu kenapa Mohd Najib ke Vatican dan berjumpa Pope Benedict XVI pada 18 Julai 2011? 


Mohd Najib sendiri kata, lawatannya ke Vatican adalah untuk “berbincang dan bekerjasama dengan mereka yang cintakan keamanan, kedamaian dan mereka yang menghormati kepada kepimpinan Islam.


Jadi, dengan campur tangan Morino itu, adakah Mohd Najib telah berjaya menjalin kerjasama dengan mereka yang cintakan keamanan, kedamaian dan mereka yang menghormati kepada kepimpinan Islam?". kadirjasin.blogspot.com


Melihat episod demi episod ini sama-sama lah kita tunggu bagaimana kah berakhirnya episod kepimpinan Najib.




Komen-komen menarik untuk Kerajaan Najib.......

AnonymousJuly 15, 2013 at 6:31 PM
Manusia yang penting diri sendiri, kalau nak rosak diri sendiri tak apa, jangan rosak serta menjahanamkan melayu semua, sudah buat banyak keputusan yang merugikan melayu sendiri, asyik mementingkan cina dan india, tak sedarkah dia? UMNO menang kerana undi melayu.Undang-undang semua nak mansuhkan, apa punya pemikiran, pemimpin yang memalukan orang melayu.

AnonymousJuly 15, 2013 at 7:20 PM
Najib harus dibersarakan, NAJIB HARUS DIBERSARAKAN,.........
ADA FAHAM ????????

AnonymousJuly 15, 2013 at 10:14 PM
Najib ni bakal menerima nasib sama dgn Pak Lah..peralihan kuasa adalah jawapannya..terlalu takut utk mempertahankan melayu/UMNO..dah terang bangsa cina dan india adalah perosak keamanan..pencetus suasana benci membenci antara agama..pegi jahanamlah najib.

AnonymousJuly 16, 2013 at 5:20 AM
Sapa yg boleh ganti najib..muhyiddin boleh? Xkan nak bg kat nuar..aku dah muak dgn najib bin rosmah tu...Reply

AnonymousJuly 16, 2013 at 6:18 AM

Sudah sampai masanya Najib mesti buat peralihan kuasa atau dialihkan.
Adakah Najib lebih rela berundur secara terhormat atau berundur dengan kekejian?
Berundurlah secara terhormat sebagaimana Pak Lah demi mamsa depan Islam. Berundur secara keji bermakna, berundur sambil dimaki dan dikenang sebagai penjahanam bangsa dan tanah air.
Tak malukah Najib bila bapanya dikenang sebagai perwira negara dan hasil bapanya dimusnahkan oleh anaknya?

AnonymousJuly 16, 2013 at 8:15 AM
sama2lah kita mendoakan agar bangsa Melayu,ugama Islam dan Negara aman tanpa Najib n Rosmah,Hishamuddin n Khairi.Melayu terpinggir wpun menyokong UMNO krn penasihat Najib terdiri Rosmah,Mustapha Ong n Idris Jala...mereka ini ahli tegar UMNO???


AnonymousJuly 17, 2013 at 10:43 AM
Aminn ya rabbal 'alaminn ....

AnonymousJuly 16, 2013 at 9:13 AM
ape lah korang nie !!
sikit2 salahkan najib...sikit2 marahkan najib.
kan dulu lagi org dah kata..PM M'sia sebenarnya Rosmah...bukan Najib.
Tak reti2 ker?Reply

AnonymousJuly 16, 2013 at 9:27 AM
You all bukan orang umno please shut-up. Kami ahli umno sayang kat Najib, apa you nak kata? Kami kesah apa, janji poket kami berisi, Najib okay what?

Orang SebaranganJuly 16, 2013 at 10:00 AM
Muhyiddin Yasin boleh..
Gandingannya adalah Zahid Hamidi..
Ibarat Road Warrior (Legion of Doom) dalam WWF..Reply

AnonymousJuly 16, 2013 at 12:44 PM
Bakal ganti Najib ialah Azeeez Pengerusi TH Malaysia.

AnonymousJuly 17, 2013 at 2:24 PM
azeez mamak mana buleh...

AnonymousJuly 16, 2013 at 4:18 PM
Azzeeez OK lagi, asalkan jangan Nik Aziz...Reply

AnonymousJuly 16, 2013 at 5:25 PM
Najib memang lembek liberal dan mendengar nasihat2 orang2 kaya yang dah kenyang tapi lapak lagi.
saya bukan ahli umno, tapi saya sokong umno. pandangan saya najib kena pi lah.
tapi sapa ganti nya.? kita hidup 22 teun pimpinan Tun Mahathir, kita jadi bangga kita melayu
hari ni nampak sangat kita takdak pemimpin lagi. awat susah sangat ka nak ambek Tun jadi mentor menteri ka? laa ni pi mana2 pon malaysia kena tipu, kena mein.tu lah sentimen rakyat.Reply

Ibu tunggolJuly 17, 2013 at 8:06 AM
Disaat negara dicabar oleh golongan bukan Islam.
Yang si Shahrizat pula kecewa kerana tak ada wanita umno dilantik jadi setpol.
Pi mai pi mai dia dok kira wanita dia sahaja yang makin malap.
Itulah penasihat Najib kini.Ketua wanita dia yang hilang fokus.

Khas buat Mukhris dan para penasihatnya....KAMPUS KUIN K. KETIL BAKAL DIJUAL???

BUKAN KAH INI SATU PERDERHAKAAN TERHADAP SULTAN WAHAI MUKHRIS DAN PENASIHAT2 NYA

Shahadan alkisah beberapa bulan yang lalu.

“Beta bersyukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izinNya dapat Beta dan Raja Permaisuri Agong bersama-sama menghadiri perasmian majlis perasmian kampus Kolej Universiti Insaniah dan istiadat konvokesyen khas ”

Begitu lah antara lain yang di titahkan olih Yang DiPertuan Agong pada Januari 29 , 2013 semasa acara tersebut.

Sila rujuk pautan video perasmian di bawah : -



https://www.facebook.com/photo.php?v=10151358796464326

Setelah itu semua berlaku, sekarang apabila BN memerintah Kedah, kampus tersebut akan di sia siakan dan kesemua infrastruktur kampus akan menjadi gajah putih di negeri Kedah.

Bukan kah ini satu penderhakaan yang di lakukan olih MB Kedah Mukhris Mahathir terhadap Tuanku. Sesuatu yang menjadi aspirasi Tuanku di sia sia kan begitu sahaja.

Apa yang dilakukan beliau hanyalah saya ibaratkan seperti dalam filem tiga Abdul, iaitu saudagar barang barang purba Tuan Sadik Sejaraga yang mendengar cadangan dan kata-kata dari penasihatnya yang bernama Hj Misai Kontot. Kalangan penasihat beliau terdiri dari kakitangan Insaniah sendiri yang di ketuai olih beberapa pegawai yang tidak puas hati dengan mantan Rektor dan seterusnya Ust Azizan, Mantan MB Kedah. Penasihat2 inilah yang mendapat liputan media perdana semasa mengadakan demonstrasi di Mergong, mereka membuat tuduhan2 penyelewengan dan pecah amanah terhadap mantan Rektor walaupun sehingga hari ini tiada pendakwaan olih SPRM yang telah beberapa kali melawat Insaniah.

Apa yang di kesali, tindakan penasihat2 ini telah menyebabkan ramai kakitangan yang berkhidmat di bawah Kulliyyah2 yang dikategorikan sebagai anak syarikat Insaniah Holdings sangsara dan sebahagian besar masih lagi tiada mendapat gaji2 mereka sejak Mei 2013. Apakah dosa mereka dan apakah dosa keluarga mereka? Mereka tiada kaitan langsung terhadap pertelingkahan puak2 yang bertelingkah. Mereka juga terdiri dari penyokong UMNO,PAS dan PKR Justeru itu lagi, siswa dan siswi di kulliyyah2 tersebut juga menjadi mangsa kerakusan puak-puak tersebut sehingga mereka tiada lagi mendapat pembelajaran yang sempurna kerana majoroti pensyarah mereka terpaksa berhijrah kerana mencari rezeki di tempat lain. Pelajar2 Kuala Ketil sekarang merempat di kampus sendiri.

Wahai penasihat2 , tidak kah terlintas di hati kamu yang derita seksa itu saudara mara se Islam kamu sendiri. Kamu ada yang bertopengkan Islam, ada yang berceramah sana sini, berdakwah dan berkhutbah tetapi sanggup lakukan penganiayaan terhadap saudara se Islam kamu? Jenis manusia apakah kamu sekelian? Ibarat kata-kata Kassim Selamat kepada Nyonya Mansur “mengapa kah kau di ciptakan Allah menjadi manusia, kan lebih naik kau menjadi haiwan” .

Wahai Pemangku Rektor, tidak kah cukup pembalasan dendam kesumat terhadap Dr. Latifah, Pn. Kartina dan Ustaz Ghani cukup ? Bukan kah kamu dan suami kamu selama ini bersekongkol menjatuhkan mantan Rektor dengan pelbagai kerenah dan khianat sehingga beliau dituduh itu dan ini. Tidak cukupkah pokok-pokok yang ditebang itu perlu dibayar dengan harga RM250,000 olih MMC Gamuda dan duit itu lesap? Siapa yang menjaga kewangan negeri ketika itu? Chek gaji pun sama bolih lesap, gurauan atau kebenaran? Kenapa kah kamu tidak mencontohi saudara kamu Nahar yang berkhidmat memberi pertolongan kepada pesakit-pesakit dengan halal.

Wahai ustaz Aski, tidak malukah kamu apa yang kamu lakukan terhadap mantan rektor dan Ustaz Azizan dengan fitnah mereka menyeleweng dan pecah amanah. Sekira benar pun tuduhan itu kerana kesilapan dan kekhilafan mereka adakah yang lain menjadi mangsa. Kamu sepatutnya seorang manusia yang berpendidikan agama, tetapi tergamak melakukan itu semua, adakah dengan perjuangan ini kamu bahagia sementara yang lain sangsara, ingatlah ustaz kamu juga akan berdiri di hadapan Allah kelak dan akan di soal terhadap tindak tanduk kamu itu. Air mata anak isteri itu menjadi saksi nanti.

Wahai anak ami Sahil, ingatlah keturunan kamu juga sangat mulia dan walid kamu seorang insan yang mulia, tidak menyakiti atau menzalimi sesiapa, janganlah lukakan roh almarhum dengan bersekongkol dengan penasihat2 tersebut. Mereka yang kamu zalimi adalah mereka yang memberi peluang kamu melanjutkan pelajaran sehingga mendapat doktor falsafah.

Wahai Arif, Wahai Saijah, wahai Baihaqi , Wahai Zul, Wahai Asri, wahai Taufik, wahai Jai, wahai Halijah, wahai Nor Haslizah kembalilah muhasabah diri anda kerana kerosakkan sudah terlalu ketara, hanya mendapat ganjaran beberapa sen kamu semua sanggup menjadi alat-alat syaithan yang di laknat untuk melakukan kerosakkan, memecahkan silatulrahim, membiarkan fitnah dan kezaliman menguasai.

Natijahnya sekarang, semua teraniaya, siswa siswi teraniaya, anak isteri teraniaya, masa depan sungguh malap dan tangisan jemaah masjid sentiasa diiringi doa, apabila balasan Allah tiba, tiada guna penyesalan lagi.

~ Jack

HoT : Abby Abadi Sudah Bernikah....Tahniah.......

Abby Abadi sudah bernikah


Abby Abadi dan suaminya - Foto Ihsan Instagram Abby Abadi


Twitter Abby Abadi

SHAH ALAM - Pelakon dan penyanyi, Abby Abadi hari ini telah mengesahkan bahawa beliau telah melangsungkan perkahwinan lebih seminggu lalu.

“Ya memang betul saya sudah berkahwin,” jawapnya ringkas ketika dihubungi Sinar Harian Online, sebentar tadi.

Abby atau nama sebenarnya, Arbaiyah Abdul Manan sebelum ini pernah mendirikan rumahtangga bersama pelakon, Norman Hakim pada 2002 tetapi bercerai pada 2008.

Mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Ketika diminta mengulas lanjut mengenai berita pernikahannya itu, Abby enggan mengulas lanjut.

“Pasal perkahwinan itu, saya tidak boleh ulas lanjut lagi.
"Nanti saya beritahu perkembangan kerana saya sedang memandu ke Kuala Besut,” katanya lagi.

Sementara itu, melalui laman mikro Twitternya, Abby berkata, beliau telah sah menjadi isteri. “Dipendekkan cerita, sebenarnya sudah 12 hari dia sah menjadi suami saya.

"Maaf sebab maklumkan lambat,” katanya.

Gambar: (TAHNIAH)Abby Abadi Sudah 12 Hari Berkahwin

Dalam diam, pelakon Abby Abadi rupanya sedang menyulam bahagia. Hari ini melalui Instagram miliknya Abby mengumumkan yang dia telah 12 hari bergelar isteri kepada seorang pemuda bernama Farhan yang berusia lebih muda darinya.

Gambar ini diberi kapsyen:-
Dipendekkan cerita, Sebenarnya sudah 12hari dia sah menjadi suami Sy. Maaf sbb maklumkan lambat pd kalian…. ALLAH kami dulukan. Insyallah, majlisnya dlm bulan Raya nnti. Lokasi belum pasti. Doakan Ini jodoh… krn kami saling tidak mengenali antara satu sama lain. Baru 2mggu kenal, ALLAH tunjukkan jalan ke sini… Syukur!!

Majlis perkahwinan mereka akan diadakan selepas umat Islam menyambut hari raya dan khabarnya mereka berdua masih memilih tarikh yang sesuai. Tahniah diucapkan kepada Abby, semoga berkekalan ke akhir hayat.


Program terkini di PRK K.Besut 

HOT ! KES SAMAN KHAZANAH OLEH TAIKUN HALIM SAAD SELESAI LUAR MAHKAMAH RM1.0 BILION?


Khazanah nafi selesai luar makamah kes Halim Saad

Khazanah Nasional Berhad menafikan cadangan penyelesaian luar mahkamah berhubung saman yang dikemukakan hartawan Tan Sri Halim Saad.

Kenyataan Khazanah malam tadi menafikan laporan akhbar The Star yang membuat spekulasi bahawa penyelesaian berkenaan sedang berlangsung.

“Mereka yang dituduh menafikan dakwaan berkenaan kerana tiada sebarang penyelesaian yang dicadangkan mahu pun perbincangan berhubung hal berkenaan,” kata Khazanah dalam satu kenyataan kepada The Malaysian Insider.

Pengurus aset negeri menambah ketiga-tiga defendan - Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, kerajaan Malaysia dan Khazanah percaya mereka mempunyai asas yang kukuh bagi mempertahankan dakwaan mereka dan akan mengambil semua pendekatan yang perlu bagi melindungi kepentingan mereka.

“Disebabkan kes ini belum dibicarakan di mahkamah, ia harus dibincang dan diputuskan oleh mahkamah,” katanya.

Starbiz sisipan akhbar The Star melaporkan spekulasi penyelesaian luar mahkamah yang membabitkan kos lebih kurang RM1 bilion.


Halim yang pernah mengepalai Renong/UEM Group mendakwa beliau ditipu untuk menjual pegangannya dan tidak dibayar seperti apa yang dipersetujui Khazanah pada 2001. –

BACA LAGI KISAH SEBENAR KES INI DI SINI



LAPORAN THE STARBIZ  MENGENAI RUNDINGAN TERSEBUT..... 

Thursday July 18, 2013 MYT 9:20:15 AM

Speculation rife out-of-court settlement being hammered out for Halim Saad's case


BY B.K. SIDHU ,BKSIDHU@THESTAR.COM.MY



Tan Sri Halim Saad


PETALING JAYA: Speculation is rife that an out-of-court settlement is being hammered out to conclude the controversial suit filed by Tan Sri Halim Saad against Tan Sri Nor Mohamed Yakcop and two others over allegations that he was forced to sell his stake in Renong/UEM Group to Khazanah Nasional Bhd in 2001.

The settlement figure bandied around, according to sources, is about RM1bil.

However, in his statement of claim filed at the High Court on April 30, Halim is claiming about RM2bil, which includes accumulated interest and tracts of land that he claims were agreed in an deal reached in 2001.

The sources claim the parties involved have met via their intermediaries with one meeting taking place this week. However, this could not be verified as at press time and Halim, when contacted yesterday, declined comment.

If indeed there is an out-of-court settlement, it would follow the route taken to resolve the six-year suit by former Malaysia Airlines (MAS) executive chairman Tan Sri Tajudin Ramli, who had sued brought a suit against Pengurusan Danaharta over the 32% stake shares in MAS.

Halim, who was once the head honcho of the Renong/UEM group, alleged in his statement of claim that he was “fraudulently induced’’ to sell the shares, and not paid what was agreed.

In his suit, he named the Government and Khazanah as second and third defendants respectively, and Nor Mohamed as the first defendant.

The core of the claim is the series of events which led Halim to give up control of Renong and the role played by the then prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad and his special economic adviser, Nor Mohamed.

But to counter Halim’s claims, the defendants filed their defence recently, arguing that Halim’s suit should be struck out because it was time-barred.

For that they cited Section 6 of the Limitation Act 1953, whereby a litigant should act within six years once a cause of action arose.

Nor Mohamed in his affidavit filed on July 8, also denied he told Halim that Umno was the owner of the assets. But Halim in his statement of claim contended that the shares were his, but was told that all the assets that Khazanah took over from him belonged to Umno and therefore there was no reason to pay him for the assets.

Halim also alleged he did not receive the agreed amount of RM1.3bil, tracts of land including those in Iskandar Malaysia, and interest in Kualiti Alam, and others as part of an agreement reached in 2011. Instead he claimed he only got RM165mil, of which RM100mil was the first instalment for the put option that was refunded to him, and RM65mil for interest and costs.

Nor Mohamed alleged that during the whole process of the general offer, Halim did not claim the existence of any agreement to compensate him in cash and property.

To recap, the Asian financial crisis of 1997 led to the fall in Renong’s share price. It was then known as the biggest debtor in town. In 1997, UEM announced it was buying a 32.5% stake in Renong but that did not go down well with investors. To appease the market, Halim had in 1998, offered to buy the Renong shares from UEM via a put option worth RM3.2bil.

Halim paid the first RM100mil but could not pay up the second when it was due, which was when Khazanah took over.

Later, Khazanah took UEM private and cancelled the put option. Through UEM and Renong, Halim then had controlled no fewer than six other public-listed companies and also the land which is now being developed as Iskandar.
Kedahkini

ZAHID KANTOI : SEDIA RUNDING DENGAN PENYAMAN KES ANCAMAN BUNUH.......saksikan kenapa?


Selepas Mahkamah Persekutuan sudah pun menetapkan tuntutan itu perlu dibicarakan di Mahkamah Tinggi yang dijadualkan pada 27 Ogos ini. Beliau terpaksa beralah sekiranya kes ini dibicarakan di Mahkamah akan membuat imej beliau sebagai Menteri amat tercalar .......

Baca Laporan TMI dibawah......... 

Proses pengantaraan mungkin cacat


Kemelut tindakan undang-undang terhadap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (gambar) belum berakhir walaupun persetujuan penyelesaian di luar mahkamah tercapai kerana mungkin ada kecacatan dalam proses pengantaraan itu.

Sumber kehakiman yang arif dengan prosedur pengantaraan berkata, agak aneh untuk Hakim Mahkamah Sesyen, Rohani Ismail menjadi perantara tanpa kehadiran peguam.

"Tidak ada peraturan yang membolehkan perantara untuk tidak membenarkan peguam mewakili pihak-pihak untuk tidak hadir," katanya.

"Sebarang pampasan lanjut yang dipersetujui kedua-dua pihak perlu dirujuk dan direkodkan oleh mahkamah bicara. Perantara tidak ada dalam bahagian ini," katanya.

Persoalan kini timbul mengenai siapa yang mewujudkan pengantaraan itu dan bagaimana perkara itu dirujuk dengan cepat selepas Mahkamah Persekutuan sudah pun menetapkan tuntutan itu perlu dibicarakan di Mahkamah Tinggi yang dijadualkan pada 27 Ogos ini.

Peguam, Karpal Singh yang mewakili Amir Bazli Abdullah yang membawa tuntutan itu terhadap Ahmad Zahid, memberitahu The Malaysian Insider, semalam, beliau sedang meneliti perkara itu.

"Saya perlu mendapat arahan daripada anak guam sebelum mengambil tindakan lanjut," katanya.

Datuk Shamsul Bahrain Ibrahim, peguam yang mewakili Ahmad Zahid, semalam, memberitahu pemberita bahawa pampasan akan diputuskan tanpa campur tangan peguam.

Beliau menambah, kedua-dua pihak, Ahmad Zahid dan Amir Bazli bersetuju untuk menarik balik tindakan mahkamah terhadap satu sama lain dan mencapai penyelesaian secara damai.

Amir Bazli juga dipetik berkata, berpuas hati dengan hasil pengantaraan itu tetapi teragak-agak untuk mendedahkan syarat dan termanya.

Terdahulu, Karpal memberitahu meminta supaya pengantaraan itu dilakukan bersama peguam, tetapi hakim tidak membenarkan.

Karpal berkata, beliau tidak tahu apa yang berlaku dalam pertemuan yang berlangsung selama 90 minit itu.

Amir Bazli Abdullah, 41 memfailkan tuntutan saman pada 4 Julai, 2007 dengan mendakwa Ahmad Zahid menumbuknya di muka pada 16 Januari 2006 di Kelab Reakreasi Country Heights di Kajang, menyebabkan kecederaan tulang hidungnya dan mata.

Amir juga mendakwa Ahmad Zahid mengancam untuk membunuhnya dan dikurung secara salah di kediaman Ahmad Zahir di Country Heights.

Beliau membuat laporan polis tetapi pendakwaraya tidak mengenakan tuduhan jenayah terhadap Ahmad Zahid.

Di kompleks Mahkamah Shah Alam, semalam, Ahmad Zahid hadiri diiringi polis dan ditemani kira-kira 30 penyokongnya.

18 Julai 2013

Hot : Berita Baik Untuk Rakyat Terutama Penyokong BN...Kali Ini Dari TNB

Mana ada benda yang turun kecuali hujan dan harga getah selagi BN memerintah, paling bangang mereka sanggup berbohong bagi mengujudkan perpepsi segalanya di Malaysia masih murah harga minyak, kadar letrik dan kerajaan bersedia menanggung subsidi......

Timbalan Menteri Kewangan Menteri UMNO Ahmad Maslan dengan megah dan bangga menyatakan harga minyak dan diesel di Malaysia ke 8 terendah didunia, dengank menipu dibulan yang mulia atau kerajaan minoriti UMNO sedang menjalankan kempen untuk mengurangkan subsidi ???...reti dak.....




TNB beri bayangan tarif elektrik mungkin naik



Ada kemungkinan tarif elektrik disemak naik kerana kerajaan berkemungkinan mengurangkan subsidi bagi tenaga elektrik, kata Tenaga Nasional hari ini.

Pengerusinya, Tan Sri Leo Moggie, berkata kerajaan memberi subsidi tarif yang besar sekarang khususnya bagi gas.

"Jadi, keputusan sama ada tarif akan kekal sama atau dinaikkan, tidak akan dibuat oleh TNB tetapi akan diputuskan oleh kerajaan.


"Sebagai sebuah negara, sukar bagi kita mengekalkan tahap subsidi yang dinikmati sekarang.

"Jadi, kesan ke atas kos tarif kuasa bergantung kepada kedudukan subsidi ini," katanya pada sidang akhbar selepas mengumumkan keputusan kewangan suku ketiga syarikat itu, hari ini.

Moggie berkata demikian sebagai jawapan kepada spekulasi bahawa syarikat utiliti kuasa negara itu mungkin menaikkan tarif elektrik selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Kerajaan memberi subsidi tarif kuasa sejak 2008 dan isi rumah yang menggunakan elektrik bawah RM20 sebulan dikecuali dari membayar bil.

Moggie berkata, penggunaan kuasa dengan cekap oleh pengeluar dan pengguna adalah faktor utama untuk menyokong industri kuasa.

"Jika semua orang aktif menggunakan tenaga elektrik dengan cara lebih cekap selagi mungkin, ini membantu mengurangkan sebarang kesan," katanya.

Pada Januari, kerajaan berkata rebat ke atas bil bulanan tenaga elektrik di bawah RM20 diperluas kepada semua pengguna domestik yang layak hingga Disember tahun ini.

Tahun lalu, kerajaan membelanjakan RM146 juta bagi 1.1 juta pengguna domestik di seluruh negara. - Bernama, 18 Julai, 2013.

TERKINI : Guru Mati Ditembak Di Simpang Lampu Isyarat di Kulim





ma3


KULIM:Seorang guru maut dipercayai ditembak dua lelaki yang bermotosikal di persimpangan lampu isyarat Simpang Empat Keladi di sini tengah hari Khamis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, ACP Mohd Nashir Ya berkata K.Shanmugam, 45, didapati dalam keadaan berlumuran darah di dalam kereta Toyota Wish miliknya.

Kejadian berlaku kira-kira 12.25 tengah hari tadi ketika mangsa dipercayai dalam perjalanan dari rumahnya di Taman Bidara ke Sekolah Menengah Kebangsaan Berapit, Bukit Mertajam.

Beliau berkata dua lelaki tersebut dikatakan telah mengikuti kereta mangsa sebelum melepaskan tembakan.

"Salah seorang dari suspek dipercayai telah melepaskan beberapa das tembakan yang mengenai kepala dan badan mangsa. Ini mengakibatkan kereta mangsa terbabas dan melanggar sebuah kereta di hadapan," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.


Mohd Nashir berkata kedua-dua suspek kemudiannya memecut motosikal mereka.

Mangsa dipercayai ditembak dengan pistol automatik dan polis turut menemui beberapa kelongsong peluru di tempat kejadian.

"Kita akan mengambil keterangan daripada beberapa pihak termasuk ahli keluarga mangsa. Buat masa ini kita belum dapat kenal pasti punca sebenar kejadian," kata Mohd Nashir.



maut3

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Kulim.

Seorang pemandu Mat Lin Saad, 62, berkata beliau sedang memandu di hadapan kereta mangsa dan apabila tiba di simpang lampu isyarat tersebut, beliau terdengar bunyi letupan seperti mercun.

"Tidak lama selepas itu, saya terdengar bunyi kereta saya dilanggar dari belakang. Saya turun dari kereta saya untuk melihatnya dan mendapati orang ramai sudah mengerumun kereta di belakang saya. Saya turut melihat mangsa yang berlumuran darah meronta-ronta sebelum tidak lagi bergerak," katanya.

Zulkiffli Itam, 45, pula berkata beliau yang berada di jalan yang bertentangan ternampak dua lelaki menaiki motosikal mengekori kereta mangsa.

"Tidak lama selepas itu, saya terdengar bunyi seakan-akan mercun dan dua lelaki yang menaiki motosikal itu terus memecut motosikal mereka ke arah Taman Selasih," katanya.



Kedahkini

LAPORAN PENUH KEJADIAN MURID TAHUN 5 MATI AKIBAT LIF ROSAK...JANGAN PERCAYA KHABAR ANGIN NA...[ +VIDEO]

Kerana Ada Yang Tamak.. Anaknya mati Angkara Lif Rosak..


Kerana ada yang tamak seorang anak berusia 11 tahun menjadi korban bila kepalanya dipercayai terputus akibat tersepit pada pintu lif yang beroperasi dengan kurang sempurna bilamana beberapa kerosakan kecil tidak diselenggara dengan sebaiknya.

Anggota Bomba dan Penyelamat membuka lif untuk mengeluarkan mayat Khairul Amir (gambar kecil) yang tersepit dalam lif di Blok 8, PPR Desa Tun Abdul Razak, semalam.Kuala Lumpur: 

Seorang kanak-kanak berusia 11 tahun maut dengan lehernya hampir putus selepas terperosok di celah lif yang rosak di tingkat 3 Blok 8, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Tun Razak, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 1 petang itu, mangsa, Khairul Amir Azri Lani, pelajar Tahun Lima Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) Bandar Tasik Selatan, dikatakan cuba keluar dari lif berkenaan yang tiba-tiba berhenti antara tingkat dua dan tiga blok berkenaan untuk ke rumah neneknya.

Saksi, Mohd Norasyraf Mohd Zafridin, 17, yang turut berada dalam lif berkenaan berkata, ketika itu, ada 17 penumpang lain di dalam lif termasuk mangsa apabila lif berkenaan terhenti antara tingkat dua dan tiga.

“Apabila pintunya terbuka, lif berkenaan perlahan-lahan mula menggelungsur ke bawah dan ketika itu ada seorang budak kecil cuba untuk keluar tapi kami sempat menariknya untuk menghalang.

Badan tersepit, lif tersekat

“Secara tiba-tiba, mangsa yang pada mulanya berdiri di sebelah kiri lif cuba keluar dan belum sempat dia keluar, lif terus menggelungsur ke bawah menyebabkan separuh badannya tersepit dan lif terus tersekat,” katanya yang terperangkap di dalam lif berkenaan hampir 45 minit sebelum mereka diselamatkan anggota Bomba dan Penyelamat.

Saksi lain, Mohd Saifuddin Salim, 17, berkata beliau dan beberapa rakan cuba menenangkan kanak-kanak terbabit. Mereka terperangkap lebih 30 minit dalam keadaan sesak sebelum diselamatkan bomba.



Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.16 petang dan sepasukan anggota dari balai Bandar Tun Razak sampai di lokasi lima minit kemudian.

“Dengan bantuan petugas penyelenggara lif, kita dapat menurunkan lif berkenaan ke tingkat paling bawah dan mengeluarkan semua mangsa yang terperangkap. Mayat mangsa dapat dikeluarkan dalam tempoh lima minit.

“Mangsa mati di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM),” katanya.

Pinjam ayat AmenoWorld..

Ambil la tindakan undang2. Ajar la manusia2 yang tamak haloba macam neh. Dia ingat kita miskin, keselamatan kita, nyawa kita tiada nilai agaknya. Biarpun kita miskin, kita pun berhak untuk hidup dalam suasana yang selamat dan aman sama macam orang2 kaya. Tahu tak?



BACA 2 EMEL PANAS INI, KUIN JADI MANGSA DENDAM PUAK UMNO DAN KAMPUS K.KETIL AKAN DIJUAL?....


EMEL 1 ( SUMBER SINI )

Pelajar KUIN mengadu nasib

Mesej daripada seorang sahabat yang dikirim kepada TV PRU13:


Assalamualaikum, salam sejahtera. Saya adalah salah satu pelajar University Insaniah di Kedah, yg baru-baru ni 'Hot issues' kerana puak Umno yg ingin balas dendam dgn kolej kami, (MB Mukhriz) yg tidak mahu memegang usaha pembangunan University Islam yg dahulu dipegang PAS, the point is mereka (puak Umno) egois dan sanggup mempolitikkan masa depan pelajar. Sekarang pulak ramai pelajar dan lecturer (gaji tdak dibayar 3bulan) dah berhenti, saya yg pelajar akhir tahun ni pun jadi lemah semangat.

 Ni pun, bnyak kos diberhentikan dan kena pndah balik ke kolej lama. Memang isu ini tak hangat di media TV, akbar sbb mereka tidak mahu kami medapatkan hak kami dan pihak pas menang dlm isu ini. Tujuan saya message anda, kerana saya mahu doa dan sokongan kalian yg sememangnya kalian adalah hamba Allah yg tidak mahu hak Islam dan pelajar yg mencari redha Allah dlm menuntut ilmu ditindas begini.

 Kami (pelajar) lain sudah berusaha menghantar bantahan melalui email ke pihak istana, kpm dan pihak kerajaan yg lain, tp sy yakin mereka pasti mengabaikan. Mungkin usaha saya inbox anda, anda dapat repost atau memberi tanda sokongan di page ini (penyokong PR), agar bantahan semakin 'kuat'. Saya tknak ckp bnyak, mungkin anda jga pernah dengar tntang isu ini. Maaf, jika ada kesilapan berlaku. *ini pun saya tulis to the point je*.

'Mereka tindas kami secara diam'

TOLONG SEBARKAN MASALAH KAMI, HAK KAMI, KAMI PERLUKAN SOKONGAN 
KALIAN.



EMEL 2 

LUAHAN PELAJAR KUIN UNTUK YB IZZAH

Assalamualaikum . Kak Izzah saya nak ambil sikit masa kak izzah ek , sy rasa sedih sgt skg ni . Sy merupakan student KOlej Universiti Insaniah, Kedah Jurusan Mualamat . Kak, kami Student Muamalat KUIN, ditindas dan dizalimi begitu dahsyat oleh kerajaan bawah pimpinan Mukhriz . Kak, seperti yg kak tau masa zaman Ustaz Azizan, beliau ada buat Kampus tetap KUIN ni K.ketil . Alhamdulillah kami sempay dok kat sana 1sem . Tapi setelah Kerajaan UBN naik, kami telah dihalau untuk balik ke kampus asal di Mergong, Alor Setar . Katanya Bajet terlalu tinggi dan Kampus tetap kami di K.Ketil nak dijual kpd IPTA . Ya Allah ka, saya rasa sedih sgt . 

Kak cuba byangkan kedaan di Mergong yg padat . Kami dipaksa berpindah di sana selepas hari raya . kak cuba bayangkan betapa kelam kelibutnya kami, dgn nak mencari rumah sewa di sana , nak mengangkot brg2 . Kami ni hanyalah student kak, duit bukannya ada untk nak tampung segala kos dgn sekelip mata . Kerajaan kedah mengaburi mata kakitangan dgn mmberi bonus, tapi kami sbg student disepak ke sana kesini mcm bola . Mungkin sy xdak masalah sbb sy rumah sy dekat just di Penang . Cuba akak bayangkan nasib kwn2 yg duduk jauh spt sabah, sarawak, kelantan .

Kak kami diarah pergi ke kampus tetap tanpa alasan yg munasabah . Sy rasa sakit hati sgt dgn Kerajaan skg . Senang2 dia nak jual kmpus tetap k.ketil dan kos2 yg ada . Sangat tidak adil bg kami kak . Terlalu byk kezaliman yg mereka buat tapi satu pon tidak dihebahkan kpd media massa . Yg keluar di berita adalah staff kuin dapat durian runtuh . tentang isu perpindahan sunyi sepi , seolah2 mereka adalah wira dlm pentadbiran dan tiada masalah yg berlaku bila UBN memerintah . Padahal , hanya kami yg rasa kepedihan ni kak . Kenapa kejam sgt kerajaan kedah kepada Student KUIN . Apa salahnya jika mereka membantu KUIN .
Maaf kak saya tahu KEDAH bukan dibawah pimpinan akak . Tapi sy nak kak tahu yg kami skg sedang DITINDAS ! Kami langsung xdak hak untuk bersuara . Bila bersuara, ada saja suara sumbang . Allahuakbar, sekali lg maafkan sy kak sbb ganggu masa akak . tqvm coz baca luahan hati sy yg xseberapa ni . Hanya kami Student MUAMALAT saja yg mengetahui betapa rakus dan zalimnya Pimpinan bawah Mukhriz .. Syukran kak . Salam Ramadhan . Assalam .

Kedahkini


PORT DADAH TERBESAR DI JOHOR DISERBU, MAIN TAN BUKAN GRAM LAGI DAH......



SINDIKET DADAH TERBESAR TUMPAS

Batu Pahat - Kegiatan licik sindiket dadah yang menjadikan rumah di kawasan perumahan elit sebagai makmal dan stor dadah untuk mengaburi pihak berkuasa akhirnya terbongkar, kelmarin.

 Pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman dan Polis Johor, dalam satu serbuan, berjaya merampas 1.178 tan dadah bernilai RM31 juta selepas menyerbu sebuah premis di Taman Flora Height. Makmal itu adalah yang terbesar di negara ini.

Seramai enam suspek, terdiri empat lelaki dan dua wanita, termasuk seorang warga China, ditahan. Mereka berusia dari 24 hingga 52 tahun.

Keenam-enam suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini untuk disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

HOT : PEMBEKAL DAKWAT SYARIKAT HANTU? SETIAUSHA SPR TIDAK KENAL MOHD SALLEH...

Nampaknya kes dakwat kekal sudah kantoi , sebelum ini , SPR tidak akan mendedahkan siapa pembekal dakwat kekal baru untuk pilihan raya akan datang kerana ditakuti pihak yang tidak bertanggungjawab akan mengambil kesempatan dengan membeli dakwat berkenaan secara terus daripada pembekal.

Apabila Rafizi telah memerangkap spr dan menteri di Parlimen dengan dokumen dan maklumat dari dalam SPR sendiri siapa pembekalnya. Pengerusi spr mengatakan itu bukan urusan beliau tetapi berdalih kepada setiausaha. Semalam setiausaha spr menafikan beliau mengenali individu perunding terus yang didakwa oleh Rafizi di Parlimen.......


Jadi siapa sebenarnya pembekal tersebut masih menjadi tanda tanya...... 



Setiausaha SPR: Rafizi tuduh di Dewan Rakyat kerana kebal di Parlimen




Pejabat Mohd Salleh dikatakan beroperasi dalam bangunan di Shah Alam ini. - Gambar The Malaysian Insider oleh Hasbullah Awang Chik, 18 Julai, 2013.

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli boleh membuat apa-apa dakwaan di Dewan Rakyat kerana mempunyai kekebalan sebagai anggota Parlimen, kata Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Kamaruddin Baria.

Kamaruddin turut menafikan beliau mengenali pembekal dakwat kekal, Mohamed Salleh Md Ali yang dikatakan rapat dengan kepimpinan tertinggi badan pengendali pilihan raya itu seperti didakwa Rafizi.

Beliau juga enggan mengulas lanjut apabila diajukan pertanyaan berhubung latar belakang Mohamed Salleh.

"Saya tidak mahu jawab. Saya tidak kenal siapa Mohamed Salleh,” kata Kamaruddin ketika dihubungi The Malaysian Insider semalam.

“Rujuk direktori jika mahu menghubunginya," katanya
.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof sebagai reaksi balas kepada tuduhan Rafizi mengatakan urusan perbekalan dakwat kekal diuruskan oleh Kamaruddin dan urusetianya.

Beliau juga berkata dirinya dan timbalan tidak mencampuri urusan pembelian dakwat untuk mengelak pengundian berulang itu.

Rafizi pada Selasa lalu mendakwa, Integrated Challenger Malaysia Sdn Bhd yang beralamat di Shah Alam dikawal selia oleh Mohamed Salleh.

Cubaan The Malaysian Insider untuk menemui Mohamed Salleh di pejabatnya gagal dan hanya dapat berkomunikasi dengan seorang wanita penyambut tetamu syarikat berkenaan melalui interkom.

Dalam perbualan itu, wanita berkenaan memberitahu beliau tidak dibenarkan menjemput orang luar masuk dan enggan memberikan nombor telefon bimbit Mohamed Salleh.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim ketika perbahasan di Parlimen pada Rabu memberi jaminan tender pembekal dakwat kekal pada Pilihan Raya Umum ke-13 tidak akan dilanjutkan kerana orang ramai sudah mengetahui siapa pembekalnya.

Beliau berkata, SPR tidak akan mendedahkan siapa pembekal dakwat kekal baru untuk pilihan raya akan datang kerana ditakuti pihak yang tidak bertanggungjawab akan mengambil kesempatan dengan membeli dakwat berkenaan secara terus daripada pembekal.

Bagaimanapun, Shahidan tidak mengesahkan Mohamed Salleh adalah pembekal dakwat pada PRU13 seperti didakwa Rafizi.

Kontroversi dakwat kekal menjadi pertikaian pada pilihan raya 5 Mei selepas ramai pengundi mendakwa ia mudah ditanggalkan hanya dengan membasuhnya menggunakan sabun.

Pakatan Rakyat (PR) pada Isnin mengemukakan saman ke atas Pengerusi SPR dan timbalannya, Datuk Wan Ahmad Wan Omar kerana membuat kenyataan palsu berhubung dakwat kekal serta kandungan nitrat perak dalam dakwat berkenaan. ~tmi



Dimaklumkan Mohd Salleh berada di luar negara....

Pejabat syarikat bekal dakwat SPR diburu wartawan

Syarikat yang didakwa membekalkan dakwat kekal bagi pilihan raya umum lalu Integrated Challenger Malaysia Sdn Bhd mula menjadi buruan wartawan selepas namanya didedahkan di Parlimen semalam.

Setakat jam 2.20 petang tadi, termasuk Malaysiakini, sudah tiga pengamal media hadir ke pejabat syarikat itu di Jalan Tengku Ampuan Zabedah A 9A, Seksyen 9, Shah Alam.

Bagaimanapun, kesemua pemberita hampa selepas gagal mendapat sebarang reaksi daripada Integrated Challenger, yang perolehan dakwat kekal itu kini disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Mereka mahu menemui Mohamad Salleh Mohd Alli, yang didakwa pemilik syarikat itu oleh Anggota Parlimen Pandan Rafizi Ramli semalam.

Bagaimanapun, wartawan berkenaan dimaklumkan, beliau sedang berada di luar negara.
Berita lanjut SINI

Kedahkini

HOT ISU PUSAT HIBURAN BULAN RAMADHAN DI KEDAH APA CERITA...JADI HAMPAS JUGAK.....


Kedah : Isu pusat hiburan di bulan Ramadhan - Kerajaan lanie pun 2x5, 5x2 jugak!


Kalau Melayu tak mudah lupa, dua tahun lalu, media-media propaganda BN mengeksploit isu kononnya kerajaan PAS Kedah tunduk kepada desakan DAP kerana menarik balik pengharaman pusat hiburan dari beroperasi sepanjang bulan Ramadhan.

Enakmen hiburan yang dilulus dan diwartakan oleh kerajaan BN pada 12 Februari 1998 (zaman Tan Sri Sanusi Junid) melarang semua pusat hiburan beroperasi sepanjang Ramadhan. Isi enakmen itu sungguh sedap didengar tetapi apabila tiba peringkat perlaksanaan ia gagal dilaksanakan apabila mendapat bantahan dari para pengusaha pusat hiburan bukan Muslim. Akibatnya enakmen tersebut sekalipun diluluskan oleh Sidang DUN tetapi tidak pernah terlaksana pada mana-mana bulan Ramadhan selama 10 tahun di bawah tiga orang Menteri Besar Umno.

Kerajaan pakatan Rakyat cuba melaksanakan enakmen yang dibuat oleh BN itu. Masalahnya sama, ia mendapat tentangan dari pengusaha bukan Muslim. Alasan mereka, bukan Muslim juga mempunyai hak untuk berniaga dan berhibur di bulan Ramadhan. Pihak yang paling lantang menentang pelaksanaan peraturan tersebut ialah Gerakan dan MCA Kedah, tetapi yang menerima tempelakan ialah DAP.



DAP sebagai rakan kongsi PAS, cuma menawarkan perbincangan untuk menyelesaikan kekusutan tersebut. Setelah perbincangan dibuat oleh kerajaan negeri dengan semua pihak terbabit, akhirnya kerajaan memutuskan pengusaha pusat hiburan bukan Muslim boleh membuka pusat hiburan kepada pelanggan bukan Muslim sahaja. Itu hak dan kebebasan mereka. Manakala pengusaha Muslim dan pelanggan Muslim tidak dibenarkan sama sekali. Peraturan yang dibuat ini jauh lebih baik dari zaman BN yang membenarkan pusat hiburan dibuka sepanjang Ramadhan tanpa sekatan untuk umat Islam.

Umno sebagai pembangkang tidak puas hati. Mereka terus mencanang isu 'PAS tunduk kepada DAP' dan isu operasi pusat hiburan di bulan Ramadhan dijadikan contoh dalam kempen-kempen politik mereka.


Kini mereka menjadi kerajaan. Sebelum Ramadhan, Exco yang mengetuai potfolio agama, Mat Rawi Abd Hamid umumkan bahawa semua pusat hiburan akan ditutup sepanjang bulan puasa. 
Seperti biasa, drama opera Tongsan muncul kembali. Ketua Pemuda Gerakan Kedah, Tan Keng Liang membantah. MCA juga turut tidak berpuashati. Namun media-media pro BN yang menguasai negara sangat bijak, isu tersebut 'disimpan di bawah karpet' cepat-cepat. Tiada siapa tahu apa keputusan terakhir yang dibuat oleh kerajaan negeri. Iyalah, kalau diumum pengharaman sepenuhnya maka Gerakan dan MCA akan menentang. Kalau dilaksanakan penguatkuasaan untuk Muslim sahaja maka Umno khuatir umat Islam negeri ini nampak Umno tunduk pada Gerakan dan MCA.

Sekalipun, pihak kerajaan negeri terus menyepi selepas mendapat tekanan dari Gerakan dan MCA, namun apa yang terhidang sebaik munculnya Ramadhan memberi jawapan terhadap persoalan yang timbul. Rupanya, sama saja macam sewaktu Pakatan dahulu pusat hiburan milik bukan Muslim rancak beroperasi dengan kehadiran pelanggan bukan Muslim. Cuma di zaman Umno, pengunjung Melayu pun dilaporkan hadir juga di pusat hiburan bukan Muslim tu. Sementara bagi pengusaha Melayu (kebanyakannya karaoke) dilaporkan ramai yang menutup perniagaan.

Cabaran yang dihadapi oleh sesiapa pun yang memerintah sama saja, iaitu isu penguatkuasaan dan dilema politik. Saya pernah menulis isu pusat hiburan yang bertambah di Kedah di zaman Pakatan bahawa pertambahan yang berlaku kerana kelemahan birokrasi badan yang menjadi badan pelaksana dasar kerajaan (jika tidak mahu menyebut sabotaj oleh pegawai tertentu dalam pentadbiran negeri). Misalnya Tan Sri Azizan Razak, sewaktu menjadi Menteri Besar pernah mengeluarkan arahan supaya lesen pusat hiburan baru tidak lagi dikeluarkan, hanya perbaharui lesen lama. Namun pengawai tertinggi negeri tidak mengeluarkan pekeliling manakala para pegawai daerah serta pihak berkuasa tempatan diajar bekerja hanya dengan aturan kertas 'hitam putih' tidak melaksanakan kehendak Menteri Besar tanpa arahan rasmi.

Antara kandungan Enakmen Pusat-pusat Hiburan yang dirapikan pada 1997 ialah tidak membenarkan ia dibuka pada malam Jumaat. Ia berjaya dilaksanakan di seluruh negeri sehingga kini, kecuali Langkawi yang tidak mampu dilaksanakan sejak Tan Sri Sanusi menjadi Menteri Besar dan ADUN Kuah, Langkawi.

Isu pusat hiburan tidak berbangkit di Kelantan kerana lebih 90 peratus penduduknya Muslim. Sekatan, pengawalan dan penguatkuasaan tidak menimbulkan keresahan pihak lain. Di Kedah tidak begitu, jika silap menangani kerajaan akan dituduh menindas kaum lain, tidak kira PAS atau Umno sebagai kerajaan.

Pilihan yang baik untuk mengendalikan isu pusat hiburan dalam masyarakat majmuk ini ialah jangan nafikan hak bukan Muslim untuk menikmati hiburan yang tidak ditegah oleh agama mereka atau untuk mereka berniaga industri hiburan secara eksklusif; dalam waktu yang sama mengharamkan terus umat Islam mengunjungi pusat hiburan yang jelas haram menurut Islam. Soalnya bolehkah Umno lakukan perkara tersebut setelah kerajaan Pakatan dahulu dituduhnya gagal? Nampaknya 2x5, 5x2 juga.

Saya tidak berhujah untuk mempertahankan apa yang tidak betul di masa PAS mentadbir, cuma nak habag UMNO yang cakap berdegag-degag pun tak buat jugak apa dicakap...

oleh Zulkifli Yahaya