02 Mac 2013

LAPORAN LANSUNG KEJADIAN PENCEROBOHAN MILITAN SULU DI LAHAD DATU - 2 MAC : TENTERA AMBIL ALIH OPERASI GEMPUR

TERKINI! Seorang Lagi Anggota Keselamatan Malaysia TERBUNUH!
Siapa kata semuanya dah berakhir?
Seorang lagi anggota keselamatan negara terkorban, kali ini dalam pertempuran dengan kumpulan penceroboh di kampung Selamat, Semporna, Sabah iaitu kira-kira 150 kilometer dari Kampung Tanduo, Felda Sahabat 17, Lahad Datu malam tadi.
Menurut sumber polis, pertempuran yang berlaku pada pukul 8 malam itu turut menyebabkan seorang anggota cedera.

Difahamkan anggota polis Jabatan Siasatan Jenayah Berat (D9) Lahad Datu dan Tawau telah diarahkan segera ke sana bagi memberi bantuan.
Difahamkan penceroboh merancang menyerang Balai Polis Lahad Datu.
Ketua Polis Negara, Ismail Omar ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu namun enggan mengulas lanjut kerana identiti kedua-dua anggota keselamatan itu belum dikenal pasti.


 

Kelmarin, dua anggota komando polis VAT 69 terkorban dan tiga lagi anggota pasukan keselamatan negara cedera selepas berlaku insiden tembak-menembak
apabila kumpulan penceroboh itu bertembung dengan pasukan keselamatan negara.
Dilaporkan 12 orang daripada kumpulan penceroboh turut terbunuh.
Dua yang terkorban ialah ASP Zulkifli Mamat, 29 dan Sarjan Sabarudin Daud, 46 tahun.

UPDATE 10.50 PM 

2 anggota polis cedera diserang hendap, tiada kaitan dengan insiden Lahad Datu: Polis
2013/03/02 - 22:35:14 PM -BH

LAHAD DATU: Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib sebentar tadi mengesahkan dua anggota polis cedera ditembak penyerang hendap berhampiran Kampung Simunul, Semporna.

Beliau, bagaimanapun, menafikan kejadian itu ada kaitan dengan insiden pencerobohan di Lahad Datu. Setakat ini, katanya, polis masih memburu kumpulan penjenayah terbabit.




UPDATE 10.30 PM -

MAKLUMAT BELUM DISAHKAN OLEH PIHAK BERKUASA

Kemaskini: Kejadian Tembak Menembak berlaku di Kg Simunul Semporna

Kejadian tembak menembak berlaku di kg Simunul Semporna. saya confrmkn tanya kawan2 yang tinggal di sekitar pekan mengesahkan kejadian itu petang tadi.saya cuba menghubungi balai polis Semporna untul mendapatkan maklumat shahih namun tidak berjawab.Doakan semoga kejadian sprti yg berlaku di LD Tidak berulang. (Wall rakan FB Depu-depu).


Menurut rakan itu yang kini berada di Semporna kejadian tembak menembak berlaku sebentar tadi. Kini kawasan kg Simunul telah dikepong pihak pasukan keselamatan. Komen rakan itu ( Sehingga sekrg ini mklumt tdk sahih 2 org sdh tkorban.anggots polis.blm dpt d pastikn.saya beberapa kli cuba mghubungi balai polis semporna namun tdk berjawab)jam 21.18


Datu Depu-Depu Dak pen pagari. Masi aku saya.
24 minutes ago via mobile · Like


Musram Rakunman jadi titimbaka anan anda tampar? sahih?
23 minutes ago · Like


Datu Depu-Depu Benar.timbaka sa kg simunul. Imantu kwsn aya pi kepung den ah polis.sampai jam 8.00 mlm masi timbaka pen.
21 minutes ago via mobile · Like


Datu Depu-Depu Sehingga sekrg ini mklumt tdk sahih 2 org sdh tkorban.anggots polis.blm dpt d pastikn.saya beberapa kli cuba mghubungi balai polis semporna namun tdk berjawab
17 minutes ago via mobile · Like
Nota: Polis sampai jam 8malam, tembak menembak masih berlaku.



UPDATE 9.30 PM



Otai Reformasi II · 17,064 menyukai ini
5 minit yang lalu · Sumber
  • Info terkini dari fren wa yg tinggal di Lahat Datu:

    Suasana Panik dgn siren yg sda berbunyi dgn arahan "jgn keluar rumah" bagi mereka yg berada di kg.simunul, kg air n kg sri jaya Semporna. Mesej dr sorg teman- keadaan panik ada kedengaran tembak-menembak dan kapal polis berada d laut serta elektrik jga terpadam - doakan smoga smua anggota keselamatan , saudara mara sahabat handai slmt dlm lindunganNya..amin


    #SAVESEMPORNALAHADDATU - MAKLUMAT BELUM DISAHKAN.......


IGP nafi 10 penceroboh serah diri
SINAR HARIAN 
Datuk Seri Musa Aman
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman melawat Koperal Azman Ampong yang cedera akibat terkena tembakan, di Hospital Lahad Datu hari ini. - Foto Bernama
LAHAD DATU - Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar menafikan laporan media asing yang mendakwa 10 daripada anggota kumpulan yang menceroboh Lahad Datu awal bulan lalu telah menyerah diri kepada pihak keselamatan semalam.

Kata Ismail, kumpulan penceroboh berkenaan sememangnya cuba keluar daripada kawasan Kampung Tanduo tetapi terserempak dengan pasukan keselamatan Malaysia lalu melepaskan tembakan sehingga mencetuskan pertempuran.

Dipetik Bernama, beliau berkata demikian kepada pemberita ketika melawat anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) di Pangkalan PGA, Sahabat 16, di sini, hari ini.

Dalam kejadian tersebut, dua anggota komando polis Inspektor Zulkifli Mamat, 29, dan Koperal Sabarudin Daud, 46, terkorban setelah terkena tembakan daripada kumpulan penceroboh itu di kampung tersebut yang terletak kira-kira 130 kilometer dari pekan Lahad Datu.

Dalam insiden itu, tiga lagi anggota keselamatan negara cedera dan 12 anggota kumpulan itu maut.

Semalam, agensi berita asing ABS-CBN news online memetik sumber jurucakap Kementerian Luar Filipina, Raul Hernadez, yang menyebut bahawa dia dimaklumkan oleh Duta Malaysia ke Filipina Mohammad Zamri Mohammad Kassim kononnya 10
anggota kumpulan penceroboh telah menyerah diri.

Ismail turut memuji dan gembira dengan semangat tinggi yang ditunjukkan anggota pasukan polis yang terus berusaha untuk menyelesaikan insiden pencerobohan kira-kira 150 rakyat Filipina yang mengaku sebagai Askar Diraja Kesultanan Sulu.

UPDATE 8.30 PM

Manila menggesa Militan Sulu  di Sabah untuk menyerah diri

Sumber:  (philstar.com) | Maklum 2 Mac, 2013 - 15:46

MANILA, Filipina (AP) - Presiden Filipina Benigno Aquino III telah menyeru ahli dan pengikut puak diraja Islam yang menduduki sebuah kampung di negeri timur Malaysia Sabah, berkata ia adalah tanah air nenek moyang mereka, untuk menyerahkan untuk mengelakkan pertumpahan darah lanjut.

Aquino berkata Sabtu dalam mesej kepada kumpulan yang diketuai oleh saudara Sultan Jamalul Kiram III wilayah selatan Filipina Sulu bahawa mereka harus "menyerahkan sekarang tanpa syarat."

12 orang militan sulu dan dua komando polis Malaysia meninggal dunia dalam pertembungan Jumaat antara komando polis Malaysia dan kira-kira 200 ahli-ahli puak yang diketuai oleh Agbimuddin Kiram.

Tiada komen segera dari keluarga Kiram.

Seorang jurucakap Kiram mengatakan saudara Sultan tidak cedera dalam pertembungan. Kumpulan Kiram memasuki kampung Malaysia tiga minggu lalu.




UPDATE 7.30 PM
Kedahkini akan melapurkan sebaik mendapat info terkini dari masa ke semasa...agar sukar mendapat maklumat terkini dari sumber media utama......




Dimaklumkan Terkini Pihak Tentera ATM mengambil alih  operasi mengempur militan yang masih berkubu di Kg. Tanduo, Polis dan  Polis Komando diletakkan dibelakang atau  cover. Anggota tentera bersiap ke Kampung Tanduo untuk menghadapi penceroboh yang berkubu di kampung tersebut.

Dijangka Serangan balas pada waktu tengah malam ini oleh para tentera ATM. Pemberontak suluk sultan kiram kini dikepung oleh askar dalam bentuk "D" tiada jalan keluar
.




'Serah diri atau hadapi tindakan pihak berkuasa M'sia''
Bernama - 5:43PM Mac 2 2013

Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini memberi kata dua kepada kumpulan penceroboh bersenjata di Lahad Datu supaya menyerah diri atau berdepan sebarang tindakan yang akan diambil pihak berkuasa Malaysia.

Perdana menteri berkata masa untuk mempertimbangkan apa juga permintaan kumpulan penceroboh yang mendakwa sebagai tentera Kesultanan Sulu dari Filipina sudah berakhir.

Kerajaan Malaysia amat bertegas dalam hal ini, kerana jenayah yang dilakukan oleh kumpulan penceroboh itu amat serius, katanya kepada pemberita selepas memberikan penghormatan terakhir kepada jenazah dua anggota polis Komando VAT 69 yang terkorban dalam pertempuran dengan kumpulan penceroboh itu di Pangkalan Tentera Udara Diraja (TUDM) Subang hari ini.

"Saya telah menelefon Presiden Filipina Benigno Aquino Jr II berhubung pendirian kerajaan Malaysia itu malam tadi, dan beritahu padanya bahawa setelah berlakunya kejadian tembak menembak pagi semalam, kerajaan mengambil pendirian bahawa masa untuk mempertimbangkan apa jua permintaan kumpulan tersebut sudah berakhir.

"Dan mereka hanya ada dua pilihan iaitu sama ada menyerah diri ataupun menerima apa-apa tindakan yang akan diambil oleh pihak berkuasa dan pihak keselamatan," katanya.

Najib berkata tindakan mereka menceroboh ke negara ini dengan bersenjata, dan diikuti dengan pembunuhan dua anggota keselamatan negara serta mencederakan tiga lagi anggota polis Komando VAT 69 bererti mereka telah melakukan jenayah yang cukup berat.

Untuk itu, kerajaan tidak akan membuka pintu rundingan lagi ataupun mempertimbang permintaan mereka, tegasnya.

Bagaimanapun, Najib enggan mengulas mengenai tempoh yang akan diberikan kepada kumpulan penceroboh itu untuk menyerah diri dengan hanya berkata: "perkara itu saya tidak dapat dedahkan atas sebab-sebab taktikal."

Sementara itu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Tun Husseinberkataselepas insiden tembakan semalam yang mengorbankan dua anggota komando polis (VAT 69), kumpulan
 penceroboh warga Filipina yang bersenjata di Kampung Tanduo, kira-kira 130 kilometer dari sini, tidak mempunyai pilihan lain
.


LAPURAN SEMALAM :
Ketegangan di Lahad Datu berakhir dengan 14 mati, 3 cedera 

MARCH 01, 2013

KUALA LUMPUR, 1 Mac — Insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah berakhir dengan 14 terbunuh dan tiga cedera selepas pasukan keselamatan bertempur dengan penceroboh bersenjata, polis sahkan hari ini.

The Star Online melaporkan polis berkata perintah berkurung telah dilaksanakan di bandar Lahad Datu dan kawasan sekitarnya sejak jam 4 petang.

“Saya sedih insiden ini berlaku kerana ini yang kami cuba elakkan, yang mana pertumpahan darah berlaku,” kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dipetik The Star Online.

Dua belas anggota penceroboh Filipina dan dua komando Malaysia terbunuh dalam pertempuran tersebut.

Tiga anggota polis Malaysia turut tercedera.

Komisioner Polis Sabah Datuk Hamza Taib dipetik The Star Online hari ini berkata penceroboh Filipina itu memulakan tembakan terhadap pasukan keselamatan Malaysia.

“Pegawai kami bertembung dengan beberapa penceroboh yang menembak mereka, memaksa pasukan polis membalas tembakan,” kata Hamza.

Anak kepada pemimpin kumpulan tersebut Agbimuddin Kiram, bagaimanapun awal hari ini berkata pihak berkuasa Malaysia memulakan tembakan.

Jumlah anggota penceroboh tersebut yang tercedera masih belum diketahui.

Portal The Philippine Daily Inquirer pula melaporkan jurucakap Kementerian Hubungan Luar Filipina Raul Hernandez hari ini berkata Duta Malaysia Mohammad Zamri Mohammad Kassim telah bertemu dengan pihak Setiausaha Kementerian Hubungan Luar Albert Del Rosario di Manila untuk memaklumkan perkara itu.

Hernandez dilaporkan berkata kerajaan Filipina masih lagi perlu mengesahkan kenyataan jurucakap penceroboh berkenaan bahawa 10 anggotanya terbunuh.

Dianggarkan 180 pemberontak Filipina, termasuk 30 lelaki bersenjata menceroboh Sabah pada 9 Februari lalu dan enggan beredar, walaupun telah diarahkan oleh kedua-dua kerajaan Malaysia dan Filipina.

Reuters turut melaporkan kumpulan bersenjata tersebut menuntut pengiktirafan Malaysia dan rundingan awal pajakan Sabah oleh Sultan kepada syarikat perdagangan British pada k
urun ke-19. Malaysia bagaimanapun berkata permintaan mereka tidak akan dapat ditunaikan

PANAS ! MALAS NAK KOMEN...HANGPA NILAI SENDIRI BLOGGER PELAQ NIE......


Oittt !!!... Apa sudah jadi ?!!...

TGNA baru sedaq :D hehehehe....


Http://padijantan.blogspot.com/

"Lepas PRU13 banyak orang Kafir mengucap kalimah syahadah :)
Insyaallah.... amin...." - Padijantan :)

SUMBER BLOG PADIJANTAN


Berkenalan dgn stafg kuin yg baru..


Ayuh berkenalan...dari kiri baju hujan warna merah, ITU PADI JANTAN. Blogger UMNO paling kurang ajar caci-maki TG Nik Aziz dan TG Haji Hadi..baju hujan kuning, pejuang UMNO merangkap ketua pemuda UMNO Alor Setar..lepaih tu sume kenai dgn Mukhriz Mahathir, Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah dan yang pegang payung untuk Mukhriz tu Ketua Pemuda UMNO Kuala Kedah..Tgk gambar no 2 jadi tak heranlah byk banner kat blakang tu..Tau dah duit dari mana...

Dasar keselamatan negara yang lemah tapi Umno salahkan Anwar (+ VIDEO )


BATU PAHAT 2 MAC: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan kegagalan kerajaan menyelesaikan kes pencerobohan di Lahad Datu, Sabah dengan baik antara punca yang mengakibatkan dua komando polis terbunuh.

“Di Lahad Datu, kita dukacita, dan ucap takziah kepada pasukan keselamatan yang ditempatkan untuk pertahankan bumi Malaysia. Kita doakan untuk mereka.

“Ini kelemahan dasar keselamatan kerajaan. Sudah masuk dua minggu, menteri baru nak pergi melawat,” katanya ketika berucap depan 5,000 hadirin di Markaz PAS Sungai Tongkang, Rengit, Batu Pahat, 2 Mac.



Ketua Umum KEADILAN itu kesal kerana pemimpin Umno BN memutar belit isu keselamatan negara sebagai bahan fitnah terhadapnya tanpa mengambil kira soal keamanan.

“Tapi Umno cakap, ini semua salah Anwar Ibrahim. Aku juga yang dipersalahkan.

“Kerja fitnah sahaja Umno. Dia orang Melayu, Islam tapi tidak peduli langsung apa yang hak dan apa yang batil,” katanya.


Beliau mengulas kes pencerobohan Lahad Datu yang menyebabkan dua komando polis terbunuh dalam pertempuran dengan kumpulan yang dikenali pengikut Sultan Sulu di Kampung Tanduo, Lahad Datu.

Dua komando terbunuh ialah Inspektor Zulkifli Mamat dan Koperal Sabarudin Daud, kedua-duanya dari VAT69, unit komando elit polis yang ditugas untuk menangani gerakan anti-keganasan dan operasi khas.


PANAS ! INI NAJIB TAKADA TULUR....YENIE PARLIMEEN TARAK BUBAAR LAGI....SAMI VELOOR....


AYAT AYAT KELAKAR SEPANJANG ZAMAN OLEH SAMY VELLU:-

Samy menteri paling lama dalam sejarah BN juga dikenali MR. 10%

PRU 2008 dikalahkan oleh calon PSM, pernah dibaling dengan selipar jepun sebelum kekalahan beliau........

1. Samy Velu menyebut berkenaan Pos Laju:
"Besoh kirim, hari ini juga sampai"

2. Dalam berita TV apabila beliau cuba untuk memberitahu dia berasa amat malu:
"Ini prekara sangat memalukan saya dan kemaluan saya sangat-sangat la besar"

3. Samy berkata dalam salah satu ceramah:
"Kita akan bina satu jambatan wuntuk worang2 kampong di sini." Kemudian seorang pakcik bertanya, "Datuk, sini takde sungai, buat apa bina jambatan?" Dan kemudian Samy dengan megahnya menjawab, "Kalao takde sungai, kita bina sungai”

4. Kenyataan paling digemari oleh Samy dalam berita abad ini:
"Toll naik sikit, banyak marah saya. You worang ingat semua ini toll saya punyer bapah punya kah!”

5. Ketika krisis air:
"Semua worang diminta jangan membuang aiyerr!"

6. Berkenaan masalah sosial:
"Worang2 muda sekarang banyak suka hisap dade"

7. Ketika program derma darah di Sungai Siput:
"Marilah kita semua menderma dare"

8. Ucapan selamat datang dalam kebanyakan majlis beliau:
"Selamat datang saudara-mara semua" (Ia sepatutnya “saudara-saudari”)

9. Ketika isu Al Arqam hangat diperkatakan, beliau berkata dalam satu sidang akhbar:
"Saya gumbira bahawa didapati tiada pemuda MIC terlibat dalam kes Arqam"

10. Di satu majlis pembukaan sebuah bangunan baru:


"Mempersilakan Datin Paduka Rafidah Aziz naik dari pentas wuntuk membuka kain"

Yang paling kelakar di dunia sepanjang abad ialah:

"Kita akan bina roket pigi matahari." Salah seorang wartawan berkata, "Tapi Datuk, matahari terlalu panas untuk didekati." Samy menjawab, "Itu tade masalah. Kita hantar waktu malam"

PANAS ! KEADAAN LAHAD DATU..KETIKA KEJADIAN TEMBAK MENEMBAK..!!! ( + VIDEO )

LAHAD DATU LENGANG, KEDAI TUTUP

EKORAN kejadian tembak menembak di Kampung Tanduo, Tungku, pihak berkuasa mengambil langkah berjaga-jaga kerana bimbang serpihan Kumpulan Tentera Mat Bom yang berada di Lahad Datu sebelum dikepung pihak berkuasa akan bertindak balas ketika kumpulan mereka diserang.

Warga Lahad Datu dalam keadaan panik sejak mendapat berita bahawa empat pasukan keselamatan cedera sekalipun setakat ini hanya dua dimasukkan ke Hospital Lahad Datu; menyebabkan kebanyakan kedai dan sekolah ditutup awal.




Berita angin yang disebarkan lebih cepat daripada siber menyebabkan Lahad Datu lengang dan dipenuhi tentera sebagai langkah pengawasan; seolah-olah Darurat.

Hanya sebuah restoran sahaja yang dibuka iaitu Restoran Auliah kerana sebelum ini sudah berpengalaman dengan serangan lanun pada 1989.

Mengikut maklumat tidak rasmi daripada koresponden di FELDA, 10 tentera Mat Bom meninggal dunia dan empat cedera parah, namun agak mengejutkan 30 orang daripada mereka dapat melepaskan diri daripada kepungan pasukan berkuasa Malaysia.

Manakala di pihak berkuasa Malaysia, dimaklumkan dua mati dan dua cedera; namun belum dapat disahkan berita sebenar sekalipun dua mayat baru tiba yang dipercayai berpangkat Sarjan dan Inspektor.



SUNYI...... Kawasan Pasar Rakyat yang selama ini penuh sesak tiba-tiba lengang. 


LENGANG.....Kawasan Taman Fajar juga turut lengang sehingga semua kedai ditutup.

~ sabahkini.net

01 Mac 2013

TERHOT ! Insiden Tembakan Di Lahad Datu Konspirasi Terancang Umno - Tian Chua ( +VIDEO TEMBAK MENEMBAK & KEMATIAN MILITAN )






LIHAT KENYATAAN MEDIA PM yang ringkas :

PM sahkan dua anggota polis mati, tiga cedera insiden di Lahad Datu


2013/03/01 - 17:36:52 PM-Berita Harian


PEKAN: Datuk Seri Najib Razak mengesahkan dua anggota polis mati dan tiga cedera dalam insiden di Lahad Datu, sabah pagi tadi.

Sambil melahirkan kesedihan, Perdana Menteri berkata, beliau memberi kuasa kepada Ketua Polis Negara dan Panglima Angkatan Tentera untuk ambil tindakan sehingga kumpulan penceroboh Sulu ditumpaskan
.



Serangan tembak menembak di Lahad Datu dipercayai konspirasi terancang kerajaan Umno untuk mengalih perhatian dan menakut-nakutkan rakyat, kata Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua.Ahli Parlimen Batu itu berkata, insiden berkenaan menimbulkan banyak persoalan dan keraguan di sebalik wayang mainan kerajaan Umno. "Kita rasa pelik kenapa media Malaysia tidak melaporkan kejadian itu?

Semua sumber laporan oleh media asing.“Dari mana mereka dapat info sedangkan tidak ada wakil media yang dibenarkan membuat liputan? Malah berita yang dilapor itu setakat ini belum diketahui kesahihannya,” kata Tian kepada Keadilan Daily.

Menurut laporan media Filipina hari ini, berlaku kejadian tembak menembak antara penceroboh dari Kesultanan Sulu dengan pasukan keselamatan Malaysia di Lahad Datu sehingga menyebabkan kematian.Seorang jurucakap kesultanan Sulu mendakwa seperti dilapor ABS-CBNnews, 10 orang terbunuh dan empat yang lain cedera dalam pertempuran antara pasukan keselamatan Malaysia dan penceroboh kesultanan Sulu di Lahad Datu pagi ini.

Menurut akhbar The Philippine Star, pihak berkuasa Malaysia yang memulakan serangan ke atas kubu penceroboh pagi ini.Mengulas lanjut, Tian menyifatkan pencerobohan di Lahad Datu hanya sandiwara kerajaan untuk menakut-nakutkan rakyat seolah-olah wujud suasana tidak aman di Sabah.“Ada konspirasi oleh kerajaan Umno untuk mengalih pandangan rakyat Sabah, terutama dalam isu pemberian kad pengenalan kepada warga asing,” katanya.




Keselamatan rakyat tanggungjawab kerajaanSementara itu, Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Dr Roland Chia berkata, insiden Lahad Datu bukti BN gagal memastikan keselamatan rakyat Sabah.“Tidak sepatutnya berlaku kejadian seperti ini setelah 50 tahun BN memerintah Sabah. Jelas kerajaan abai keselamatan rakyat.

Sedangkan itu adalah tanggungjawab kerajaan.“Ini menyebabkan keyakinan rakyat terhadap kepimpinan Umno semakin runtuh,” kata Roland, sambil menyatakan KEADILAN Sabah mendoakan kesejahteraan perajurit yang berkawal dan mempertahankan perairan tersebut.Pencerobohan di Lahad Datu bermula sejak 12 Februari lalu dengan lebih 100 anggota kumpulan militan berpakaian ala tentera dan bersenjata api dari Selatan Filipina itu mendarat di persisiran pantai daerah itu menaiki bot pancung.

Pada 14 Februari, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan kumpulan penceroboh di Lahad Datu adalah daripada keturunan Sultan Sulu dari Selatan Filipina.Menurut Ismail, menerusi rundingan dengan polis, kumpulan terbabit meminta dua tuntutan iaitu mereka diiktiraf sebagai Askar Diraja Kesultanan Sulu dan rakyat Sabah berketurunan Sulu tidak dihantar pulang ke negara asal. ~keadilandaily


Berita Tv Filipina Krisis Di Lahad Datu



TERKINI! 10 Militan Sulu Terbunuh Dalam Insiden Tembakan Di Lahad Datu!


Keadaan agak meruncing.

Setakat jam 2 petang tadi, beberapa laporan tidak rasmi menyebut 10 tentera Sultan Sulu terbunuh dalam insiden tembakan yang berlaku di sekitar Felda Sahabat di Lahad Datu, Sabah.

Jurucakap tentera penceroboh itu, Abraham Idjirani memberitahu dari Manila bahawa anggota tentera mereka terbunuh dalam insiden tersebut.

Manakala empat anggota tentera Malaysia dilaporkan cedera dan segera dihantar ke Hospital Lahad Datu.

Sesetengah berita mendakwa dua anggota tentera komando negara gugur namun ia masih belum dapat disahkan sehingga kini.

Dua komando polis dikatakan terbunuh setelah terkena serangan mortar di Kampung Tanduo, yang menjadi kubu kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina itu.

Mereka terkena serangan itu ketika sedang berkawal di satu daripada pos di sekitar Kampung Tanduo, menurut laporan Bernama.

Wartawan Bernama yang berada di kawasan Felda Sahabat 17 di perkampungan itu berkata mayat dua anggota keselamatan itu diusung oleh polis dan dimasukkan ke dalam sebuah trak polis untuk dibawa ke Hospital Lahad Datu.

Bagaimanapun laporan tersebut masih belum dapat disahkan berikutan keadaan yang masih tegang di sekitar bandar dan kawasan ladang kelapa sawit itu.

Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram III memberitahu beliau masih belum mengesahkan dakwaan Idjirani tersebut sambil meminta kira-kira 200 anggota tentera pencerobohnya yang masih berkeliaran sekitar Lahad Datu supaya terus bersiap sedia dengan pertempuran seterusnya.


Beberapa sumber tidak rasmi menyebut keadaan sekitar Lahad Datu masih dikawal ketat pasukan keselamatan setelah beratus-ratus anggota tentera mendarat di Lapangan Terbang Lahad Datu sejak awal pagi tadi.

Manakala jurucakap Jabatan Luar Negara Filipina, Raul Hernandez menyatakan Manila masih belum menerima maklumat rasmi berhubung kematian tersebut dan akan memberi maklumat terbaru sekiranya pihaknya memperolehi dalam tempoh terdekat.

Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Hussein menyebut pihaknya sedang memantau rapi keadaan di kawasan ladang kelapa sawit itu setelah pertempuran mula tercetus kira-kira jam 10 pagi.

Beberapa penduduk tempatan di Kampung Panji mendakwa mereka khuatir tentera penceroboh akan bekerjasama dengan pendatang asing Filipina yang ramai menetap di Semporna dan Tawau bagi menyerang anggota keselamatan negara.

Mereka mendakwa lagi, sejak dua hari lalu beberapa pergerakan aneh dikesan termasuk bekalan makanan dibeli dalam kuantiti besar oleh pendatang asing sedangkan penduduk tempatan tidak berbuat demikian.

Selain itu, mereka juga mendapat maklumat tentera penceroboh akan mencari penduduk tempatan yang memberi maklumat kepada pasukan polis dan tentera pergerakan mereka hingga menimbulkan perasaan takut dan bimbang akan keselamatan mereka.



Mereka meminta pasukan keselamatan lebih berwaspada dengan aktiviti pendatang asing yang dianggap kini sebagai 'duri dalam daging' kini kerana mereka semakin ramai berada di beberapa bandar di timur Sabah seperti Semporna, Tawau dan kepulauan kecil yang berselerak di sekitar Laut Sulu.

Setakat ini, belum ada sebarang pengumuman rasmi mengenai perkembangan terkini kawalan keselamatan yang sudah dipertingkatkan tetapi anggota tentera sudah diarahkan untuk mengepung seberapa banyak lokasi persembunyian tentera penceroboh secepat mung
kin.~JP

Laporan lanjut menyusul.

TERKINI! Lahad Datu Kini Dalam Zon Perang! ( +VIDEO )

NEW UPDATE 5.40 pm  -menyusul lagi

10 penceroboh di Lahad Datu serah diri, kata kedutaan Malaysia
K.L - Sepuluh penceroboh Filipina di Lahad Datu dilaporkan menyerah diri selepas pertempuran bersenjata berlaku antara pasukan keselamatan Malaysia dan penceroboh berkenaan, kata Kedutaan Malaysia di Filipina.
ABS-CBN News melaporkan memetik Duta Malaysia Mohammad Zamri Mohammad Kassim berkata pencerobohan tersebut telah berakhir.

“Kedutaan berkata pencerobohan telah berakhir,” kata jurucakap Kementerian Luar Filipina, Raul Hernandez.


Portal The Philippine Daily Inquirer melaporkan jurucakap Kementerian Hubungan Luar Filipina Raul Hernandez hari ini berkata Mohammad Zamri telah bertemu dengan pihak Setiausaha Kementerian Hubungan Luar Albert Del Rosario di Manila untuk memaklumkan perkara itu.

Hernandez dilaporkan berkata kerajaan Filipina masih lagi perlu mengesahkan kenyataan jurucakap penceroboh berkenaan bahawa 10 anggotanya terbunuh.

Dua anggota komando polis Malaysia turut dilaporkan terbunuh selepas diserang menggunakan mortar. Pemilik rumah yang dirampas turut dilaporkan telah dibunuh menurut Mohammad Zamri, menjadikan jumlah kematian setakat ini 13 orang.

Empat penceroboh dan empat anggota polis turut dilaporkan cedera.

Dua penceroboh dilaporkan melarikan diri ke kawasan laut, menurut laporan ABN-CBN.

Sementara itu Del Rosario meminta agar kumpulan penceroboh tersebut diberikan akses supaya kerajaan Filipina dapat membekalkan rawatan perubatan, kata Hernandez.

“Setiausaha Del Rosario turut meminta jasa baik agar kapal tentera laut Filipina AT-296 BRP Tagbuana dibenarkan memasuki Lahad Datu untuk membolehkan pegawai perubatan Filipina memasuki kawasan tersebut dan merawat mereka yang tercedera dan membawa pulang baki penceroboh kepangkuan keluarga dan kampung halaman mereka, kata Hernandez, dipetik ABS-CBN.

Kawasan Pantai Timur Sabah diletakkan dengan kawalan keselamatan yang ketat.

Ketua Polis Semporna Deputy Supt Firdaus Francis Abdullah dilaporkan berkata kepada The Star Online pihak polis diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga bersama dengan pasukan keselamatan lain untuk tindakan lanjut.

Firdaus dilaporkan berkata penduduk di sana agar bertenang kerana ia hanya sebagai langkah berjaga-jaga.

“Banyak pihak yang risau ia akan merebak ke Semporna, namun sebenarnya tidak perlu dibimbangkan kerana penceroboh Sulu telah disekat ke Lahad Datu,” katanya.

Semporna dan Lahad Datu, yang kedua-duanya terletak di kawasan pantai timur Sabah telah menerima serangan pada 1980an dan 1990an, terutamanya daripada lanun dari Selatan Filipina, lapor portal tersebut.

Lahad Datu, yang berada dalam lingkungan 130km jaraknya dari lokasi pertempuran turut digambarkan sebagai “pekan berhantu”, dengan semua kedai di pusat bandar ditutup dan anggota tentera dilihat mengadakan kawalan di beberapa kawasan termasuk sekolah dan hospital.

Empat turut dilaporkan cedera, termasuk Puteri Jaycel Kiram, anak perempuan kepada Sultan Sulu Jamallul Kiram III (gambar), memetik laporan Philippine Daily Inquirer.

Dianggarkan 180 pemberontak Filipina, termasuk 30 lelaki bersenjata menceroboh Sabah pada 9 Feburai lalu dan enggan beredar, walaupun telah diarahkan oleh kedua-dua kerajaan Malaysia dan Filipina.

Mereka menegaskan lebih rela mati di Sabah dan tidak akan menyerah kalah.

Penceroboh berkenaan mula memberontak apabila beberapa pengikut Agbimuddin mahu pulang ke Filipina, menurut portal berita The Star Online Isnin lalu.

Kumpulan tersebut sebelum ini mengatakan tidak mahu pulang ke Sabah kerana mereka “adalah warga Kesultanan Sulu.”



update 4.30 pm

 10 MILITAN SULU Terbunuh Dalam Insiden Tembakan Di Lahad Datu!


Keadaan agak meruncing.

Setakat jam 2 petang tadi, beberapa laporan tidak rasmi menyebut 10 tentera Sultan Sulu terbunuh dalam insiden tembakan yang berlaku di sekitar Felda Sahabat di Lahad Datu, Sabah.

Jurucakap tentera penceroboh itu, Abraham Idjirani memberitahu dari Manila bahawa anggota tentera mereka terbunuh dalam insiden tersebut.

Manakala empat anggota tentera Malaysia dilaporkan cedera dan segera dihantar ke Hospital Lahad Datu.

Sesetengah berita mendakwa dua anggota tentera komando negara gugur namun ia masih belum dapat disahkan sehingga kini.

SUMBER : philstar.com



UPDATED 3.30PM
Ceroboh Sabah: 2 komando polis maut terkena mortar

LAHAD DATU - Dua komando polis terbunuh setelah terkena serangan mortar di Kampung Tanduo, yang menjadi kubu kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina, di sini hari ini.

Mereka terkena serangan itu ketika sedang berkawal di satu daripada pos di sekitar Kampung Tanduo.


Wartawan Bernama yang berada di kawasan Felda Sahabat 17 di perkampungan itu berkata mayat dua anggota keselamatan itu diusung oleh polis dan dimasukkan ke dalam sebuah trak polis untuk dibawa ke Hospital Lahad Datu.

"Sehingga kini tiada pengesahan polis, kami hanya melihat mayat dengan boot hijau diusung ke dalam trak tersebut," katanya yang terpaksa keluar dari kawasan Felda itu setelah diarahkan pihak berkuasa.

Pada 2 petang, beliau berkata pihak berkuasa mengarahkan wartawan keluar kerana khuatir keselamatan mereka berikutan insiden tembakan masih berlaku.

Setakat ini, tiada pihak berkuasa boleh mengesahkan identiti anggota yang maut. - Bernama




UPDATE 1.30 PM 

TERKINI! Kematian Meningkat Selepas Berbalas Tembakan Di Lahad Datu!






Media Filipina melaporkan bahawa beberapa orang telah terbunuh ketika penceroboh dari kesultanan Sulu berbalas tembak dengan pasukan keselamatan Malaysia di Lahad Datu.

Bagaimanapun ia tidak diketahui anggota dari pihak mana yang terbunuh dalam kejadian tersebut tetapi setakat ini dua anggota tentera Sultan Sulu disahkan terbunuh.

Akhbar Philippine Star, Philstar.com melaporkan bahawa pihak berkuasa Malaysia memulakan serangan ke atas kubu pihak penceroboh tersebut hari ini.

Akhbar itu memetik laporan radio yang menemubual beberapa saudara-mara Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram, termasuk adiknya Azzimudie Kiram yang mengetuai kumpulan bersenjata di Lahad Datu itu, sebagai berkata terdapat beberapa kematian dalam serangan tersebut.

Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Hussein dalam satu mesej di Twitter sebentar tadi mengesahkan pasukan keselamatan negara tidak memulakan serangan tersebut tetapi diserang oleh tentera Sultan Sulu itu kira-kira jam 10 pagi waktu tempatan.

Ini menafikan sama sekali laporan media Filipina sebelum ini bahawa anggota tentera kita yang memulakan tembakan, malah kini mereka dikepung di beberapa bahagian sekitar bandar tersebut.

Hishamuddin turut meminta supaya rakyat Malaysia mendoakan keselamatan penduduk Lahad Datu yang kini diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga susulan dari arahan pihak berkuasa supaya semua rumah dan kawasan perniagaan di bandar itu ditutup sejak jam 7 pagi tadi.

Tentera Sulu mendakwa berlaku kematian di pihak mereka namun bilangannya masih belum diketahui, tetapi angka tersebut dijangka meningkat selepas pertempuran kian reda apabila anggota keselamatan meningkatkan tahap kawalan di hampir kesemua akses ke bandar itu termasuk dari laut.

Pencerobohan tentera dari selatan Filipina itu yang memasuki hari ke-20 itu kini memasuki episod baru apabila pasukan keselamatan Malaysia mula menambah jumlah kehadiran mereka di Lahad Datu hingga dikatakan mencecah lebih 3,000 orang.


Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dijangka akan mengadakan operasi besar-besaran bagi memburu tentera Sultan Sulu itu dan persediaan dari segi taktikal dan operasi bersepadu dengan polis akan menyaksikan lebih banyak pertempuran bersenjata tercetus.


Kedudukan semasa yang dilaporkan beberapa agensi berita antarabangsa juga menyebut tentera Malaysia sudah menambah peralatan artileri dan komunikasi bagi persediaan tersebut, namun bila akan dilaksanakan masih belum diketahui.

Lagi laporan lanjut akan menyusul apabila jurucakap pasukan keselamatan Malaysia akan mengadakan sidang media yang dijangka berlangsung bila-bila masa dari sekarang.

updated 12.30 pm
Media Filipina Lapor Tembak Menembak Bermula dan Sudah Ada Kematian di Lahad Datu!!!



Media Filipina melaporkan bahawa beberapa orang telah terbunuh ketika penceroboh dari kesultanan Sulu berbalas tembak dengan tentera Malaysia di Lahad Datu.

Bagaimanapun ia tidak diketahui anggota dari pihak mana yang terbunuh dalam kejadian tersebut.

Akhbar Philippine Star melaporkan bahawa pihak berkuasa Malaysia memulakan serangan ke atas kubu pihak penceroboh tersebut hari ini.

Akhbar itu memetik laporan radio yang menemubual beberapa saudara-mara Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram, termasuk adiknya Azzimudie Kiram yang mengetuai kumpulan bersenjata di Lahad Datu itu, sebagai berkata terdapat beberapa kematian dalam kejadian tersebut
. – MKINI


Laporan terbaru yang dipetik dari laman portal berita Filipina, Philstar.com menyebut kini sedang berlaku insiden berbalas tembakan di Lahad Datu antara tentera Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram III dengan pasukan keselamatan Malaysia di sekitar bandar di timur Sabah itu.

Dilaporkan juga ada mangsa yang cedera namun bilangannya belum dapat dipastikan.

Suasana di sana dikatakan tegang dengan polis dan tentera dikerah mengawal keadaan yang berbahaya sejak jam 6 pagi waktu tempatan.

Tentera Kiram yang didokong Sultan Sulu juga meningkatkan serangan terhadap barisan pertahanan yang dibina menyebabkan insiden tersebut meletus dalam serangan yang sudah memasuki hari ke-20 itu.

Setakat ini Manila belum memutuskan tindakan terbaru susulan dari insiden tersebut tetapi pentadbiran presiden Aquino kini dalam keadaan bersiap sedia untuk mengerahkan anggota tenteranya ke sempadan laut di Laut Sulu manakala Putrajaya dipercayai sudah membuka bilik situasi (situation room) bagi merencana pelan tindakan seterusnya.

Terdapat kira-kira 800,000 pendatang asing negara itu di negeri ini yang memungkinkan tahap keselamatan untuk penduduk tempatan diragui.


Sultan Kiram masih tidak berganjak dengan keputusannya untuk terus menakluk Lahad Datu walaupun Manila sudah mengarahkan tentera sultan itu meninggalkan Sabah secepat mungkin seperti yang dimaklum Putrajaya kepada Manila beberapa jam lalu.

Wartawan asing yang berada di lokasi kejadian dipercayai bersembunyi akibat khuatir keselamatan mereka terancam sekiranya melaporkan kejadian itu kepada agensi berita masing-masing dan ditahan pihak berkuasa.
~ JP


PERGERAKAN ANGGOTA KESELAMATAN  (28.2.13)


PANAS ! LAGI PENDEDAHAN BALA..GEMPAR...KALI INI PERKASAM TERPAKSA BUAT 1000 REPOT POLIS...!!!

Rakyat Bersama Keberanian Bala, Nantikan Episod Kedua Hari Ini di Kelantan


Kenyataan Terbuka

1 Mac 2013
Rakyat Bersama Keberanian Bala, Nantikan Episod Kedua Hari Ini di Kelantan

Pertama sekali Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengucapkan tahniah kepada PI Bala di atas keberanian beliau muncul di pentas ‘Talkshow’ anjuran SAMM. Sekalung tahniah juga dihamburkan buat lebih tiga ribu hadirin yang ‘melimpahkan’ Dewan Perhimpunan Cina (KLSCAH) malam semalam.

Tidak cukup dengan dewan dan pentas, satu skrin besar diletakkan di kawasan parkir dan menyaksikan ratusan hadirin memenuhi parkir kerana dewan yang sudah penuh. Festival Talkshow malam tersebut juga telah keudara secara LIVE oleh Radio Bangsar dan memecah angka rekod dengan lebih 60ribu pendengar dari seluruh dunia.

Ia jelas menunjukkan isu pembunuhan Altantuya masih mendapat perhatian yang menyeluruh walaupun telah hampir 7 tahun berlalu. Isu pembunuhan penuh misteri ini bukan sahaja satu kes pembunuhan semata, malah ia sebuah misteri yang berkait rapat dengan rasuah penyelewengan melibatkan separuh bilion duit rakyat.

Kemunculan semula PI Bala di pentas SAMM malam semalam menghurai banyak persoalan walaupun bukan keseluruhannya. Setelah beberapa pimpinan NGO naik ke pentas memberi perspektif masing-masing, dewan digelapkan dan PI Bala naik ke pentas bersama moderator Chegubard sebagai kemuncak program.


Satu jam yang pertama PI Bala menceritakan pengalamannya sepanjang bekerja dengan Razak Baginda. Penceritaan konsisten dan lancar mengulang setiap detik yang berlaku dengan apa yang dilaporkan dalam pengakuan bersumpahnya adalah ciri-ciri orang yang bercerita dari pengalaman sebenar, bukan rekaan atau penipuan sepertimana petikan inggeris “Liars have a bad memory”.

PI Bala juga mengakui beberapa perkara yang telah didedahkan oleh Deepak Jaikishan sebelum ini. Antaranya termasuklah beliau akui Deepak sebagai orang tengah yang dihantar oleh Rosmah, nama pengiring Najib/Rosmah iaitu DSP Musa Safri dan s/u Najib iaitu Nasir Safar juga disebut. Turut didedahkan oleh PI Bala ialah ‘VVIP’ yang terlibat menjadi dalang di sebalik pembunuhan Altantuya adalah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang juga telah diketahui oleh hampir seluruh rakyat Malaysia.

Paling menggemparkan ialah PI Bala mengakui beliau telah dipertemukan kepada adik kepada Najib iaitu Nazim Razak yang membawa tawaran supaya PI Bala menukar pengakuan bersumpahnya. Apabila ditanya oleh Chegubard sejauh mana pastinya PI Bala mengenali susuk adik kepada Timbalan Perdana Menteri ketika itu, PI Bala menjawab beliau mengenali personaliti TV3 yang dikahwini oleh Nazir, yang juga bermakna Najib Razak benar-benar terdesak untuk menyelesaikan kes yang boleh membawanya ke tali gantung.

Justeru itu, SAMM hari ini sekali lagi mendesak agar kes pembunuhan Altantuya Shaariibu harus dibicarakan semula dengan mengambil kira akuan bersumpah PI Bala yang pertama dan Najib Razak serta Rosmah harus di’subpoena’ ke Mahkamah perbicaraan.

Sampai bila Najib Razak harus berdiam diri? Sebagai Perdana Menteri, Najib harus bersihkan namanya dengan sekurang-kurangnya menjawab segala pendedahan yang dibuat.

Selesai episod pertama di KLSCAH yang berlangsung dengan gemilang walaupun sebagai episod pelancaran atau ‘pemanas badan’. Episod kedua pada 1 Mac, SAMM akan membawa ‘Bala buat Najib’ ke Pantai Timur di Kota Bharu, Kelantan. Bertempat di Kompleks Pendidikan Islam (KPI) Kg Badak, Bachok, pentas kali ini akan dilangsungkan dengan format yang berbeza, mengikut resam SAMM yang penuh dengan kepelbagaian.


Buat masa ini 4 episod awal telah disusun di mana episod ketiga ‘Bala buat Najib’ akan berlangsung di Johor pada 6 Mac manakala episod terakhir dalam fasa pertama ini PI Bala akan dibawa terbang menyeberangi Laut Cina Selatan ke Sabah pada 9 Mac nanti.

Sekian,

che’GuBard
Ketua Penyelaras SAMM
www.anakmudamalaysia.com
samm4anakmuda@gmail.com- 


Siapa Arah Bunuh Altantuya? Bersama PI Bala VIDEO PENUH

VIDEO PART 1 http://www.youtube.com/watch?v=IiAjd5jVdjo

VIDEO PART 2 http://www.youtube.com/watch?v=Oo2MwdKZIk8

VIDEO PART 3 http://www.youtube.com/watch?v=ktIM43tR0vo

VIDEO PART 4 http://www.youtube.com/watch?v=T6271UaU_NI

28 Februari 2013

PENJELASAN PKNS TENTANG JEJAMBAT CYBERJAYA , DISEBABKAN KERJA-KERJA PLUS BERDEKATAN STRUKTUR JEJAMBAT.




PKNS boleh menyaman PLUS jika disebabkan keruntuhan jejambat Cyberjaya, kata Ronnie Liu


Pengurus Besar PKNS  Othman Omar (kiri) menunjukkan gambar kerja penggalian mendalam dilakukan oleh kontraktor pihak ketiga.

KUALA LUMPUR, 28 Februari - The Selangor State Development Corporation (PKNS) boleh menyaman PLUS Berhad Malaysia jika menunjukkan bukti bahawa syarikat operasi lebuhraya menyebabkan keruntuhan hari ini jejambat yang berhampiran di Selangor Science Park 2 (SSP2) di Cyberjaya, Selangor eksekutif ahli majlis Ronnie Liu berkata hari ini.

Pengurus besar PKNS  Othman Omar berkata bahawa jejambat, yang dibina oleh PKNS pada tahun 2007 tetapi diserahkan kepada PLUS Mac lalu, telah ditutup pada November lalu untuk membaiki jalan yang telah mula tenggelam di bawahnya.


"PLUS boleh dibawa ke mahkamah (sic) oleh PKNS jika kerja-kerja mereka dijalankan berdekatan struktur  telah terbukti menjadi punca atau salah satu punca," Liu memberitahu The Malaysian Insider hari ini.

"PKNS mesti segera membina semula dan mengetahui apa yang salah kemudian. Sementara itu, sistem lalu lintas telah diarahkan, "tambah exco bagi kerajaan tempatan.

Othman berkata bahawa kedua-dua PKNS dan PLUS memula siasatan Disember lalu selepas menyedari kerosakan kepada jejambat itu dari kerja-kerja penggalian.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Shaziman Abu Mansor berkata bahawa jejambat dan jalan di bawahnya ditutup sejak 7hb. Disember tahun lepas, selepas Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) memberitahunya tiang jejambat berganjak  setelah kerja pengalian  berdekatan struktur  jejambat itu.

Beliau menambah bahawa jejambat dan jalan di bawahnya akan kekal ditutup sehingga 31 Disember, bergantung pada kelajuan kerja-kerja pembaikan.


PKNS Timbalan Pengurus Besar Abdul Ghani Hashim yang sama berkata bahawa empat tiang di sebelah Cyberjaya mengalami masalah struktur.

Menurut PKNS, tanah bergambut di kawasan itu menyebabkan jalan bawah tenggelam, yang membawa PLUS untuk mengupah pihak ketiga untuk menjalankan kerja-kerja pembaikan.


PKNS menegaskan bahawa jejambat itu adalah dalam keadaan sempurna apabila ia telah diserahkan kepada PLUS, tetapi menegaskan bahawa ia tidak direka untuk menahan penggalian mendalam di bawahnya yang telah menyebabkan gangguan struktur.

Othman berjanji bahawa kerja-kerja untuk membina semula jejambat itu akan dimulakan secepat mungkin, dengan kerja membersih  dijangka mengambil masa tiga minggu, dan pembinaan siap  lapan bulan lagi.


Jejambat runtuh sekitar 12:30 hari ini dan  telah patah kepada dua keping, juga menyebabkan paip air  pecah.

PKNS mengesahkan bahawa tiada siapa yang tercedera dalam kejadian itu.

Jejambat itu keluar dari Lebuhraya Elite (KM P2.4) ke arah SSP2. Yang bersambung ke  Putrajaya Lingkaran bawah diuruskan oleh PLUS.


Kerja pada jejambat RM7 juta oleh kontraktor BNI Pembinaan bermula pada Oktober 2007 dan telah siap pada November 2009.


 Empat pemaju - PKNS, Utuh Aspirasi Sdn Bhd, Taraf Unggul Sdn Bhd, dan Semai Ria Sdn Bhd - berkongsi kos untuk pembinaannya.

Keruntuhan jejambat berikut runtuhnya bumbung stadium negeri di Kuala Terengganu minggu lepas yang mencederakani tiga pekerja. Ia telah menjalani pembaikan dari runtuh awal pada tahun 2009, hanya setahun selepas ia telah siap. -tmi


terjemahan Kedahkini.