01 Mac 2013

TERKINI! Lahad Datu Kini Dalam Zon Perang! ( +VIDEO )

NEW UPDATE 5.40 pm  -menyusul lagi

10 penceroboh di Lahad Datu serah diri, kata kedutaan Malaysia
K.L - Sepuluh penceroboh Filipina di Lahad Datu dilaporkan menyerah diri selepas pertempuran bersenjata berlaku antara pasukan keselamatan Malaysia dan penceroboh berkenaan, kata Kedutaan Malaysia di Filipina.
ABS-CBN News melaporkan memetik Duta Malaysia Mohammad Zamri Mohammad Kassim berkata pencerobohan tersebut telah berakhir.

“Kedutaan berkata pencerobohan telah berakhir,” kata jurucakap Kementerian Luar Filipina, Raul Hernandez.


Portal The Philippine Daily Inquirer melaporkan jurucakap Kementerian Hubungan Luar Filipina Raul Hernandez hari ini berkata Mohammad Zamri telah bertemu dengan pihak Setiausaha Kementerian Hubungan Luar Albert Del Rosario di Manila untuk memaklumkan perkara itu.

Hernandez dilaporkan berkata kerajaan Filipina masih lagi perlu mengesahkan kenyataan jurucakap penceroboh berkenaan bahawa 10 anggotanya terbunuh.

Dua anggota komando polis Malaysia turut dilaporkan terbunuh selepas diserang menggunakan mortar. Pemilik rumah yang dirampas turut dilaporkan telah dibunuh menurut Mohammad Zamri, menjadikan jumlah kematian setakat ini 13 orang.

Empat penceroboh dan empat anggota polis turut dilaporkan cedera.

Dua penceroboh dilaporkan melarikan diri ke kawasan laut, menurut laporan ABN-CBN.

Sementara itu Del Rosario meminta agar kumpulan penceroboh tersebut diberikan akses supaya kerajaan Filipina dapat membekalkan rawatan perubatan, kata Hernandez.

“Setiausaha Del Rosario turut meminta jasa baik agar kapal tentera laut Filipina AT-296 BRP Tagbuana dibenarkan memasuki Lahad Datu untuk membolehkan pegawai perubatan Filipina memasuki kawasan tersebut dan merawat mereka yang tercedera dan membawa pulang baki penceroboh kepangkuan keluarga dan kampung halaman mereka, kata Hernandez, dipetik ABS-CBN.

Kawasan Pantai Timur Sabah diletakkan dengan kawalan keselamatan yang ketat.

Ketua Polis Semporna Deputy Supt Firdaus Francis Abdullah dilaporkan berkata kepada The Star Online pihak polis diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga bersama dengan pasukan keselamatan lain untuk tindakan lanjut.

Firdaus dilaporkan berkata penduduk di sana agar bertenang kerana ia hanya sebagai langkah berjaga-jaga.

“Banyak pihak yang risau ia akan merebak ke Semporna, namun sebenarnya tidak perlu dibimbangkan kerana penceroboh Sulu telah disekat ke Lahad Datu,” katanya.

Semporna dan Lahad Datu, yang kedua-duanya terletak di kawasan pantai timur Sabah telah menerima serangan pada 1980an dan 1990an, terutamanya daripada lanun dari Selatan Filipina, lapor portal tersebut.

Lahad Datu, yang berada dalam lingkungan 130km jaraknya dari lokasi pertempuran turut digambarkan sebagai “pekan berhantu”, dengan semua kedai di pusat bandar ditutup dan anggota tentera dilihat mengadakan kawalan di beberapa kawasan termasuk sekolah dan hospital.

Empat turut dilaporkan cedera, termasuk Puteri Jaycel Kiram, anak perempuan kepada Sultan Sulu Jamallul Kiram III (gambar), memetik laporan Philippine Daily Inquirer.

Dianggarkan 180 pemberontak Filipina, termasuk 30 lelaki bersenjata menceroboh Sabah pada 9 Feburai lalu dan enggan beredar, walaupun telah diarahkan oleh kedua-dua kerajaan Malaysia dan Filipina.

Mereka menegaskan lebih rela mati di Sabah dan tidak akan menyerah kalah.

Penceroboh berkenaan mula memberontak apabila beberapa pengikut Agbimuddin mahu pulang ke Filipina, menurut portal berita The Star Online Isnin lalu.

Kumpulan tersebut sebelum ini mengatakan tidak mahu pulang ke Sabah kerana mereka “adalah warga Kesultanan Sulu.”



update 4.30 pm

 10 MILITAN SULU Terbunuh Dalam Insiden Tembakan Di Lahad Datu!


Keadaan agak meruncing.

Setakat jam 2 petang tadi, beberapa laporan tidak rasmi menyebut 10 tentera Sultan Sulu terbunuh dalam insiden tembakan yang berlaku di sekitar Felda Sahabat di Lahad Datu, Sabah.

Jurucakap tentera penceroboh itu, Abraham Idjirani memberitahu dari Manila bahawa anggota tentera mereka terbunuh dalam insiden tersebut.

Manakala empat anggota tentera Malaysia dilaporkan cedera dan segera dihantar ke Hospital Lahad Datu.

Sesetengah berita mendakwa dua anggota tentera komando negara gugur namun ia masih belum dapat disahkan sehingga kini.

SUMBER : philstar.com



UPDATED 3.30PM
Ceroboh Sabah: 2 komando polis maut terkena mortar

LAHAD DATU - Dua komando polis terbunuh setelah terkena serangan mortar di Kampung Tanduo, yang menjadi kubu kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina, di sini hari ini.

Mereka terkena serangan itu ketika sedang berkawal di satu daripada pos di sekitar Kampung Tanduo.


Wartawan Bernama yang berada di kawasan Felda Sahabat 17 di perkampungan itu berkata mayat dua anggota keselamatan itu diusung oleh polis dan dimasukkan ke dalam sebuah trak polis untuk dibawa ke Hospital Lahad Datu.

"Sehingga kini tiada pengesahan polis, kami hanya melihat mayat dengan boot hijau diusung ke dalam trak tersebut," katanya yang terpaksa keluar dari kawasan Felda itu setelah diarahkan pihak berkuasa.

Pada 2 petang, beliau berkata pihak berkuasa mengarahkan wartawan keluar kerana khuatir keselamatan mereka berikutan insiden tembakan masih berlaku.

Setakat ini, tiada pihak berkuasa boleh mengesahkan identiti anggota yang maut. - Bernama




UPDATE 1.30 PM 

TERKINI! Kematian Meningkat Selepas Berbalas Tembakan Di Lahad Datu!






Media Filipina melaporkan bahawa beberapa orang telah terbunuh ketika penceroboh dari kesultanan Sulu berbalas tembak dengan pasukan keselamatan Malaysia di Lahad Datu.

Bagaimanapun ia tidak diketahui anggota dari pihak mana yang terbunuh dalam kejadian tersebut tetapi setakat ini dua anggota tentera Sultan Sulu disahkan terbunuh.

Akhbar Philippine Star, Philstar.com melaporkan bahawa pihak berkuasa Malaysia memulakan serangan ke atas kubu pihak penceroboh tersebut hari ini.

Akhbar itu memetik laporan radio yang menemubual beberapa saudara-mara Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram, termasuk adiknya Azzimudie Kiram yang mengetuai kumpulan bersenjata di Lahad Datu itu, sebagai berkata terdapat beberapa kematian dalam serangan tersebut.

Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Hussein dalam satu mesej di Twitter sebentar tadi mengesahkan pasukan keselamatan negara tidak memulakan serangan tersebut tetapi diserang oleh tentera Sultan Sulu itu kira-kira jam 10 pagi waktu tempatan.

Ini menafikan sama sekali laporan media Filipina sebelum ini bahawa anggota tentera kita yang memulakan tembakan, malah kini mereka dikepung di beberapa bahagian sekitar bandar tersebut.

Hishamuddin turut meminta supaya rakyat Malaysia mendoakan keselamatan penduduk Lahad Datu yang kini diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga susulan dari arahan pihak berkuasa supaya semua rumah dan kawasan perniagaan di bandar itu ditutup sejak jam 7 pagi tadi.

Tentera Sulu mendakwa berlaku kematian di pihak mereka namun bilangannya masih belum diketahui, tetapi angka tersebut dijangka meningkat selepas pertempuran kian reda apabila anggota keselamatan meningkatkan tahap kawalan di hampir kesemua akses ke bandar itu termasuk dari laut.

Pencerobohan tentera dari selatan Filipina itu yang memasuki hari ke-20 itu kini memasuki episod baru apabila pasukan keselamatan Malaysia mula menambah jumlah kehadiran mereka di Lahad Datu hingga dikatakan mencecah lebih 3,000 orang.


Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dijangka akan mengadakan operasi besar-besaran bagi memburu tentera Sultan Sulu itu dan persediaan dari segi taktikal dan operasi bersepadu dengan polis akan menyaksikan lebih banyak pertempuran bersenjata tercetus.


Kedudukan semasa yang dilaporkan beberapa agensi berita antarabangsa juga menyebut tentera Malaysia sudah menambah peralatan artileri dan komunikasi bagi persediaan tersebut, namun bila akan dilaksanakan masih belum diketahui.

Lagi laporan lanjut akan menyusul apabila jurucakap pasukan keselamatan Malaysia akan mengadakan sidang media yang dijangka berlangsung bila-bila masa dari sekarang.

updated 12.30 pm
Media Filipina Lapor Tembak Menembak Bermula dan Sudah Ada Kematian di Lahad Datu!!!



Media Filipina melaporkan bahawa beberapa orang telah terbunuh ketika penceroboh dari kesultanan Sulu berbalas tembak dengan tentera Malaysia di Lahad Datu.

Bagaimanapun ia tidak diketahui anggota dari pihak mana yang terbunuh dalam kejadian tersebut.

Akhbar Philippine Star melaporkan bahawa pihak berkuasa Malaysia memulakan serangan ke atas kubu pihak penceroboh tersebut hari ini.

Akhbar itu memetik laporan radio yang menemubual beberapa saudara-mara Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram, termasuk adiknya Azzimudie Kiram yang mengetuai kumpulan bersenjata di Lahad Datu itu, sebagai berkata terdapat beberapa kematian dalam kejadian tersebut
. – MKINI


Laporan terbaru yang dipetik dari laman portal berita Filipina, Philstar.com menyebut kini sedang berlaku insiden berbalas tembakan di Lahad Datu antara tentera Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram III dengan pasukan keselamatan Malaysia di sekitar bandar di timur Sabah itu.

Dilaporkan juga ada mangsa yang cedera namun bilangannya belum dapat dipastikan.

Suasana di sana dikatakan tegang dengan polis dan tentera dikerah mengawal keadaan yang berbahaya sejak jam 6 pagi waktu tempatan.

Tentera Kiram yang didokong Sultan Sulu juga meningkatkan serangan terhadap barisan pertahanan yang dibina menyebabkan insiden tersebut meletus dalam serangan yang sudah memasuki hari ke-20 itu.

Setakat ini Manila belum memutuskan tindakan terbaru susulan dari insiden tersebut tetapi pentadbiran presiden Aquino kini dalam keadaan bersiap sedia untuk mengerahkan anggota tenteranya ke sempadan laut di Laut Sulu manakala Putrajaya dipercayai sudah membuka bilik situasi (situation room) bagi merencana pelan tindakan seterusnya.

Terdapat kira-kira 800,000 pendatang asing negara itu di negeri ini yang memungkinkan tahap keselamatan untuk penduduk tempatan diragui.


Sultan Kiram masih tidak berganjak dengan keputusannya untuk terus menakluk Lahad Datu walaupun Manila sudah mengarahkan tentera sultan itu meninggalkan Sabah secepat mungkin seperti yang dimaklum Putrajaya kepada Manila beberapa jam lalu.

Wartawan asing yang berada di lokasi kejadian dipercayai bersembunyi akibat khuatir keselamatan mereka terancam sekiranya melaporkan kejadian itu kepada agensi berita masing-masing dan ditahan pihak berkuasa.
~ JP


PERGERAKAN ANGGOTA KESELAMATAN  (28.2.13)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan