17 Disember 2013
TERPANAS ! SUKAN SEA: WARTAWAN SUKAN BERITA HARIAN DISERANG PENGURUS TAKRAW KERANA FITNAH...!!!
TAKRAW: Pengurus mengamuk!
Nay Pyi Taw: Skuad sepak takraw terus mencetus kontroversi apabila pengurusnya cuba menyerang wartawan di Stadium Tertutup Wunna Theikdi semalam.
Penolong Pengarang Sukan Berita Harian Hussain Said cuba diserang pengurus pasukan sepak takraw negara Zamry Fareed Moh Norden ketika cuba mendapatkan komen ketua jurulatih Jamaluddin Hassan.
Insiden itu berlaku dalam bilik atlet ketika Jamaluddin dan Zamry, yang juga Presiden Persatuan Sepaktakraw Negeri Sembilan (PESTANS) makan tengah hari bersama.
Zamry cuba menumbuk Hussain kerana tidak puas hati dengan laporannya beberapa hari lalu dan menjerit dengan perkataan “fitnah“ namun dileraikan jurulatih Nordin Sabaruddin.
Beberapa minit kemudian, Zamry cuba sekali lagi menyerang di salah satu pintu masuk ke gelanggang pertandingan ketika Hussain bersama Nordin.
SAM Kesal Insiden Pengurus Pasukan Malaysia Kasari Media
NAYPYITAW: Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) melahirkan rasa kecewa dan kesal dengan tindakan seorang pengurus pasukan kontinjen negara yang bertindak kasar terhadap wartawan sukan Malaysia yang membuat liputan Sukan SEA ke-27 di Myanmar.
Sambil menyifatkan perkara itu tidak sepatutnya terjadi, Presiden SAM AhmadKhawari Isa berkata pegawai terbabit perlu bersikap profesional dan memahami tugas media.
"Jika benar insiden ini berlaku, sebagai Presiden SAM, saya kesal. Kita (SAM) memandang serius perkara ini kerana belum pernah insiden pegawai kontinjen Malaysia sendiri bersikap kasar terhadap wartawan tempatan yang membuat liputan temasya seperti ini.
"Beliau (pegawai terbabit) ada tugas lain yang lebih penting di sini (Myanmar) dan pada masa sama, beliau perlu menghormati tugas media," katanya pada Isnin.
Khawari berkata, beliau akan mendapatkan penjelasan daripada Majlis Sukan Negara (MSN) dan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) berhubung insiden berkenaan.
Insiden tersebut berlaku di bilik rehat pasukan sepak takraw negara sejurus selepas Malaysia tewas kepada Thailand pada perlawanan akhir acara antara regu lelaki.
Ketika sekumpulan wartawan mahu mendapatkan komen jurulatih, Jamaluddin Hassan, pengurus pasukan sukan berkenaan cuba menyerang seorang wartawan media cetak kerana beliau mendakwa berita yang ditulis berunsurkan fitnah.
Pegawai terbabit dikatakan cuba menyerang dua kali terhadap wartawan tersebut namun dileraikan oleh seorang jurulatih pasukan berkenaan. - BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan