29 Disember 2013

TERKINI KEMAS KINI 30 DIS 13 ! BANJIR DI BINTULU, SARAWAK - SAKSIKAN GAMBAR-GAMBAR



KEMASKINI 11.35PM : Amaran ribut petir di beberapa perairan negara


Jabatan Meteorologi Malaysia

KUALA LUMPUR - Ribut petir yang berlaku di kawasan perairan Sarawak, Labuan dan Pantai Barat Sabah dijangka berterusan sehingga sebelum subuh esok.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi, keadaan itu boleh menyebabkan angin kencang dengan kelajuan 50 hingga 60 kilometer sejam dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter.

Ribut petir juga berlaku di kawasan perairan Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor barat, yang menyebabkan angin kencang sehingga 50 kilometer sejam dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 3.5 meter, dijangka berterusan sehingga sebelum subuh esok.

Keadaan ini juga berlaku di kawasan perairan Reef North, Bunguran, Layang-Layang dan Palawan yang menyebabkan angin kencang melebihi 60 kilometer sejam dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian 5.5 meter, yang juga dijangka berterusan sehingga sebelum subuh esok.

Keadaan ini berbahaya kepada semua aktiviti pantai dan perkapalan termasuk menangkap ikan, pekerja di pelantar minyak serta perkhidmatan feri.


Pautan kekal imej terbenam

BERITA MENYUSUL.....

Empat bahagian di Sarawak dilanda banjir

KUCHING: Keadaan hujan yang berterusan telah menyebabkan empat bahagian di Sarawak dilanda banjir hari ini.

Jurucakap Bilik Gerakan Bencana Negeri semasa dihubungi hari ini berkata, beberapa kawasan di Miri, Bintulu, Betong dan Sri Aman dinaiki air antara 0.5 meter dan satu meter.

Menurutnya dua buah keluarga juga telah dipindahkan ke pusat pemindahan sementara di Marudi, sebuah bandar di pedalaman di Miri.

Di bandar Bintulu pula, tujuh kawasan perumahan dinaiki air sehingga 0.5 meter namun jumlah penduduk yang terjejas dan perlu dipindahkan masih belum dapat dipastikan.

Lima buah penempatan yang terjejas di Sri Aman termasuk Rumah Panjang Lancaster King (lapan keluarga), Rumah Panjang Bujau (lapan keluarga), Rumah Ujang (tujuh keluarga), Kampung Sekait (lima keluarga) dan Kampung Melayu Baru (14 keluarga).
Satu-satunya penempatan di Betong yang dilaporkan dinaiki air ialah Kampung Lalang, Meludam; namun jumlah mangsa yang terjejas masih belum dapat dipastikan

LAGI BERITA DARI BINTULU #PRAY4BINTULU



Pautan kekal imej terbenam


Pautan kekal imej terbenam
Pautan kekal imej terbenam

LAGI BERITA  SINI

19 ulasan:

  1. Bintulu dengan Bungbinatang(Kinabatangan) dekat tak?mintak2 kawasan dia tu ALLAH SWT timpakan BANJIR BESAR LEBIH TERUK DARI KUANTAN.AMINNN

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ko apsal doa bnda x baik.ade akal x pakai.bongok bin bahlol la ko ni.

      Padam
    2. Apahal mendoakna yg x bagus..ingat..ko mendoa org kena musibah..ada pg diri ko punnn....manusia ko ingt lah..mati itu pasti..silap2 org yg bc komen ya..x memaafkan ko..naya ko mati

      Padam
    3. Hahaha..ilmu Geografi pun x pass, da hati nak berdoa camtu. Kena pala sendiri doa tu baru tau. X habih ngaji la ni. Kurang didikan. Kekeke..

      Padam
    4. Palak Butuh kau..

      Padam
    5. Aku harap kau dapat balasan nya nanti... kau manusia hina mendoakan org yg d timpa musibbah... wallahualam...

      Padam
    6. Kami org Swk doakan kau terima padahnya nanti..

      Padam
  2. Ko apsal.ko cakap mcm xder otak.nampak sgt main tibai je cakap.dua kwsn tu jaoh beribu batu.ada hati cakap mcm tu.xdok akai punya org

    BalasPadam
  3. bintulu tu kat sarawak, kinabatangan tu kat sabah... -.-

    BalasPadam
  4. Kepada Anon 7:51:ptg,

    Kasihan kamu. Dahlah cakap macam org tidak beriman, Nampak sangat kebodohan ilmu geografi Negara kita sendiri.

    Mana-mana negeri banjir dalam Malaysia, semua rakyat seluruh pelusuk Negara beri bantuan dlm apa saja tak kira orang Semenanjungkah, Sarawakkah, Sabahkah.

    Kamu sudah menyalah guna nama Allah S.W.T untuk doa yang tidak baik.

    Berhati-hatilah dalam ucapan, takut benda negative akan pusing balik kepada yang berucap.

    BalasPadam
  5. cakap macam orang munafik dan fasik.Rasullah ajar doa kebaikan untuk sesama makhluk apalagi saudara sesama islam.bukan mendoakan keburukan untuk orang lain.ini urusan Allah.ada hikmah disebalik setiap kejadian.

    BalasPadam
  6. Yang memdoakan hanya satu, yang mengata n mengkeji nya ramai, tapi kamu semua nya tak betul! Adakah anda semua kenal akan dia(Allah) . Jikau anda kenal semua itu anda tidak akan lakukan, carilah dia,kenal lah dia maka baru anda semua ! Akan dapat kebenarannya

    BalasPadam
  7. Hoi...seronok dapat main air yok...boleh berenang , menyelam .Jangan bimbang nanti Mohamad Taib akan bantu...kan dia tu multibillioner...!!

    BalasPadam
  8. perluke nak doakan keburukan untuk org lain?kalau jd yg kn bkn sorg ok...use ur brain n think 1st b4 talking....

    BalasPadam
  9. “Dan Tuhanmu sekali-kali tidak akan membinasakan negeri-negeri secara zalim, sedang penduduknya orang-orang yang berbuat kebaikan.” (QS. Hud : 117)

    BalasPadam
  10. Bung kinabinatang mulut longkang.

    BalasPadam
  11. Muhasabah diri

    BalasPadam
  12. Aku tak faham apsal benci sgt dgn org2 kepulauan Borneo ni.Kalau Sabah Sarawak xnak bersatu dgn Tanah Melayu dulu takda kita aman & merdeka mcmni..Mendoakn buruk2 utk kepulauan Borneo sm macam mendoakan 3/4 Malaysia ni kena bencana Banjir Besar. Ingatlah Sabah Sarawak lebih besar kwsn dia dari Semenanjung.Kalau tenggelam takda pendapatan lagi Malaysia.Nak hidup susah ke?

    BalasPadam
  13. APA KAITAN KINABATANGAN BUNG NGN BINTULU??? THIS IS KINDA FUNNYY HAHAHAHA... BINTULU LOCATED IN SARAWAK, where KINABATANGAN IN SABAH.. BODOH NYA ENGKAU.. SIMPLE INFO MCM TU PUN FAILED HAHAHA

    BalasPadam