KESESAKAN lalu lintas yang berlaku di Jalan Lingkaran Tengah 2 berhampiran Stesen Pemindahan Sisa Pepejal Taman Beringin, Kuala Lumpur, hari ini. Longgokan sampah berkenaan menyebabkan kesesakan lalu lintas di kedua-dua arah.
Hebat Setiausaha Agung UMNO Malaysia bila di lantik menjadi Menteri Wilayah Persekutuan menjaga Bandaraya Kuala Lumpur.
Tepi jalan dijadikan tempat longgokkan sampah sisa pepejal ... Ini baru betul taraf Menteri UMNO Kabinet Najib Razak .. Otak sampah sisa pepejal.
Jalan Jem MRR2 kepong.. Sampah letak tepi jalan..apa puncanya?
Sek2 bangla mogok..betul ke Kontraktor tak bayar gaji..
Mau vara free kalu. Poko bilakang pigi.. ada faham ka?
Longgokan sampah sebabkan kesesakan di MMR2
Para pekerja Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membersihkan longgokan sampah di Jalan Lingkaran Tengah 2 berhampiran Stesen Pemindahan Sisa Pepejal Taman Beringin, Kepong di Kuala Lumpur hari ini.
KUALA LUMPUR - Gara-gara Pusat Pemindahan Sampah di Taman Beringin ditutup awal hari ini kerana kerosakan mesin pemampat, kira-kira 2,000 tan sampah dilonggok di bahu Jalan Lingkaran Tengah 2 (MMR2) berhampiran Kepong.
Longgokan sampah itu menyebabkan kesesakan jalan yang agak teruk di kawasan berkenaan selain penduduk dan pengguna jalan raya terpaksa menghidu bau tidak menyenangkan.
Bernama difahamkan kontraktor sampah melonggokkan sampah yang dikutip mereka di situ kerana tiada pilihan selepas tidak dimaklumkan lebih awal mengenai penutupan pusat tersebut.
Sementara itu tinjauan Bernama di situ petang ini mendapati sebahagian besar sampah sudah dibersihkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang menerima aduan daripada penduduk.
"DBKL akan siasat perkara ini, saya harap penduduk dapat bersabar sementara menunggu kerja-kerja pembersihan dijalankan," kata Ketua Pengarah DBKL Datuk Salleh Yusop ketika dihubungi Bernama.
Beliau juga tidak dapat memberi jangkaan bila pusat pemindahan sampah itu akan dibuka kembali.
Sementara itu, seorang penduduk Gan Chun Wai, 35, berkata beliau menyedari keadaan tersebut pada pukul 8 pagi ketika hendak memulakan perniagaan.
"Semasa saya buka kedai saya tengok sudah banyak longgokan sampah yang dibuang di bahu jalan dan kami mengadu kepada DBKL," katanya.
Tinjauan Bernama juga mendapati segelintir penduduk mengenakan topeng muka kerana tidak tahan dengan bau busuk daripada saki-baki longgokan sampah di kawasan berkenaan. - Bernama
hello brother, engkau telah menjadi agen fitnah.
BalasPadamko imply bahawa kontraktor tak bayar gaji, walaupun dengan statement tanda soal.
pastu tulis kalau tak mau bayar , belakang pokok pergi la...tu maksudnya kau dah tuduh kontraktor tak bayar gaji.
cerita betul tak tau...tapi sebab nak tulis blog jugak, terus buat cerita fitnah..
jadilah penulis blog yang beretika brother oooii.
siasat dulu dan jangan nak provoke orang aje.
bertaubatlah.
semoga dosa memfitnah ko ni Kontraktor seluruh KL maafkan...
tapi ko kena minta maaf la kat diaorang. kalau tidak camna mereka nak maafkan.