21 Disember 2013

PANAS ! PELABUR-PELABUR AKAN LARI SEKIRANYA TARIF LETRIK NAIK...BAGAIMANA NASIB PEKERJA TEMPATAN?


Sebahagian pelabur Jepun di Malaysia dijangka pindah ke negara lain


Agensi perdagangan Jepun, JETRO Kuala Lumpur menjangkakan sebahagian pelabur Jepun akan berpindah dari Malaysia ke negara lain ekoran pelaksanaan gaji minimum dan kenaikan kos operasi pada tahun depan.


Pengarah Urusan JETRO Kuala Lumpur, Joji Ikeshita juga melihat kenaikan tarif elektrik akan memberi impak kepada pelabur dari negara tersebut.

Beliau berkata, dua keadaan itu sudah semestinya akan menambahkan kos yang perlu ditanggung syarikat Jepun sekali gus mendorong mereka memikirkan destinasi pelaburan alternatif.

"Walaupun belum berlaku, tetapi saya boleh katakan bahawa keadaan semasa pasti akan menakutkan segelintir pelabur, terutamanya kerana kenaikan tarif elektrik adalah agak tinggi.
"Jika kos gagal dikurangkan, pasti akan ada pengilang yang berpindah keluar dari Malaysia.
"Anda (media) mungkin akan terkejut apabila mendengar nama syarikat yang akan berpindah dari Malaysia, keadaan ini bagaimanapun tidak dapat dielakkan," katanya kepada Sin Chew Daily.

Menurutnya, banyak pengilang sedang berfikir cara untuk mengurangkan kos operasi dan jalan penyelesaian terakhir ialah berpindah.

"Pengilang bagaimanapun akan mempertimbangkan suasana baik yang ditawarkan oleh Malaysia. "Jika berpindah ke negara Asia Tenggara lain, negara berkenaan mungkin gagal menyediakan suasana dan kemudahan yang setanding Malaysia," katanya.

Menurutnya, kerajaan sepatutnya memberi tempoh lebih panjang kepada pengilang untuk menyesuaikan diri sebelum melaksanakan kenaikan tarif elektrik.
Tambahnya, terdapat 700 pengilang Jepun melabur di negara ini ~MalaysiaGazette


 

Apa kata menteri malaysia....tidak suka di malaysia anda boleh melabur di negara lain....ALASAN MENTERI BANGANG DAN BODOH....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan