09 Disember 2013

PANAS! MB AKUI AGENSI KERAJAAN LEMAH DALAM GERAKAN BANTUAN BANJIR

“Budak-budak baju merah” yang bantu kami, kata mangsa banjir


Tuan Ibrahim Tuan Man memikul bekalan untuk dihantar kepada mangsa banjir dengan ditemani

"I really salute (Saya angkat tabik) ini budak-budak baju merah. Every time ada disaster you boleh nampak dia orang. They come in quietly, do their work, and then quietly they leave. No fanfare, no TV3," komen seorang bukan Melayu yang kini tersebar luas dalam media sosial.

(Saya sangat tabik budak-budak baju merah ini. Setiap kali ada musibah, awak boleh nampak mereka. Mereka datang senyap-senyap, buat kerja mereka, dan kemudiannya pergi senyap-senyap. Tanpa laporan media, tanpa TV3).


Budak-budak baju merah adalah anggota Unit Amal Dewan Pemuda PAS. Kini ribuan daripada mereka sedang membantu mangsa banjir khasnya di Kuantan dan Kemaman, kawasan yang paling teruk dilanda banjir.

Mereka bukan dari Pahang dan Terengganu sahaja bahkan datang dari seluruh negara. Bahkan untuk memudahkan urusan, mereka yang bukan anggota Unit Amal juga memakai baju merah Unit Amal ketika datang untuk menolong mangsa banjir. Dengan cara itu, semua orang tahu mereka sedia menjalankan apa saja tugas untuk membantu mangsa.

Selepas bertungkus lumus dengan kerja menyelamat dan membantu mangsa di pusat pemindahan kini mereka bertugas untuk membersih rumah mangsa banjir pula. Malah, mereka juga bersedia untuk menghadapi gelombang kedua banjir ini.

Dalam beberapa kali perhimpunan Bersih, budak-budak baju merah ini yang mengawal orang ramai. Dengan disiplin yang tinggi dan tanpa mengharapkan sebarang upah, mereka menjadi pasukan sukarela yang sangat berkesan.

Dengan moto "Beramal kerana Allah", Unit Amal menjadi barisan depan PAS dalam memberikan bantuan kepada mangsa banjir.

Ketika Squad Sayang Umno sibuk dengan Perhimpunan Agung mereka di Kuala Lumpur, Unit Amal PAS bertugas siang dan malam membantu mangsa banjir.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin terpaksa memohon maaf kepada mangsa banjir berikutan kelewatan bantuan bekalan makanan tiba semasa banjir kali ini di seluruh negara.

Menurutnya,apa yang berlaku adalah perkara yang tidak diduga mengakibatkan penyaluran bekalan bantuan turut terjejas.

"Saya keluarkan arahan kepada pihak MKN (Majlis Keselamatan Negara) supaya menyediakan stok bekalan makanan yang mencukupi untuk sekurang-kurangnya tiga hari. Amaun yang boleh digunakan tidak menjadi isu. Soalnya bekalan yang boleh kita ambil, mesti disimpan di setiap pusat pemindahan dan saya minta supaya perkara ini diteliti, sehalus-halusnya berdasarkan keperluan,” kata Muhyiddin.

Beliau berkata demikian selepas meninjau kawasan dan penempatan mangsa banjir di sekitar Sekolah Menengah Kebangsaan Banggol, Paya Berenjut, Kemaman Jumaat lalu.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said juga mengamuk apabila menyedari kelemahan agensi kerajaan dalam melaksanakan bantuan banjir tambahan lagi apabila beliau mengetahui petugas PAS sangat aktif membantu mangsa.


Di Kemaman, Tuanku Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin turut turun untuk melihat sendiri kemusnahan dan mangsa banjir.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi pula turun bertemu mangsa banjir dengan menaiki bot.

Di Kuantan, Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man membantu mangsa dan dilihat mengharungi banjir dan memanjat rumah dengan membawa bantuan untuk membantu mangsa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan