19 Disember 2013

Mengapa Shahhidan Kassim Belasah KDN & Zammihan


Akibat Wahhabi Di Serang, Shahidan Kassim Belasah Zamihan KDN


Datuk Seri Shahidan Kassim (gambar) menyelar Pegawai Agama Kementerian Dalam Negeri (KDN) Dr Zamihan Mat Zain Al Ghari kerana turut melibatkan aliran Wahhabi dalam serangan kerajaan terhadap penganut fahaman Syiah.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu, Zamihan cuba mengelirukan umat Islam di Malaysia dengan kefahaman salah mengenai aliran Wahhabi dan ramai orang-orang Umno marah dengan tindakan tersebut.

"Pegawai di KDN nak hukum pasal Syiah itu tidak mengapa kita boleh sokong. Namun mencampuradukkan Wahhabi dan sebagainya merupakan satu perbuatan yang tidak boleh terima," katanya dalam satu temuramah eksklusif bersama The Malaysian Insider.

"Kita tidak ada masalah dengan tindakan Zamihan dalam menentang pengaruh Syiah.”

Zamihan sebelum ini semasa masih bersama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pernah menjadi kontroversi apabila mengaitkan empat tokoh politik dan agama iaitu bekas Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, Mufti Perlis Datuk Dr Juanda Jaya, Shahidan dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan fahaman Wahhabi dan pengganas Jemaah Islamiah (JI).

Menurut Shahidan yang merupakan bekas Menteri Besar Perlis itu, pengasas fahaman Wahhabi Syeikh Muhammad Abdul Wahab lebih mirip melaksanakan amalan Nabi Muhamad dan sebahagian besar daripada ajarannya diasaskan oleh Muhammad Ibni Hanbal yang merupakan imam kepada mazhab Hanbali.

"Muhammad Abdul Wahab menaikkan semangat jihad dan menentang orang-orang putih yang telah pun menguasai Bani Uthmaniyyah (memerintah Mekah/Madidinah di bawah negara Hijaz) bila penguasaan British semakin bertambah kuat," katanya.

"Oleh kerana gerakannya yang berpengaruh itu, British menulis buku gerakan tersebut bernama 'Wahhabi'," katanya.

Shahidan turut menjelaskan Wahhabi bukanlah satu mazhab kerana sebenarnya ia tetap mengikut ajaran Sunni.
"Kerana itu saya selalu kata Wahhabi umpama hantu yang kita selalu sebut tapi kita tidak nampak bagaimana. Bertanduk atau tidak? Ramai yang sebut tidak faham apakah itu Wahhabi," katanya.

Menurut Shahidan, Syiah perlu ditentang kerana fahaman itu dibentuk berasaskan gerakan politik tidak seperti mazhab Sunni yang berteraskan ajaran Islam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, rakyat di negara ini seharusnya tidak terkeliru dengan perbezaan Syiah dan Sunni.

"Islam di Malaysia adalah Sunni iaitu berpandukan mazhab Hanafi, Maliki, Shafie dan Hanbali dan mana-mana fahaman dan agama Islam sendiri selain daripada itu adalah tidak dibenarkan sama sekali untuk diamalkan.

"Dan gerakan Syiah ini ditentang kerana mereka menentang mana-mana pemerintah selain Saidina Ali," katanya.

Bagaimanapun pada tahun 2004, Shahidan bersama-sama bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Badawi, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menguruskan hal ehwal Islam Tan Sri Abdul Hamid Othman menandatangani perjanjian Amman Message.

Amman Message merupakan inisiatif daripada pemerintah Jordan pada ketika itu yang memperkenalkan satu deklarasi bagi menjelaskan kepelbagaian mazhab dalam Islam seperti Sunni, Syiah, Ibadi dan Thairi.

"Sesiapa pun yang mengamalkan satu daripada empat mazhab Sunni seperti (Hanafi, Maliki, Shafie dan Hanbali), dua daripada mazhab Syiah (Jaafari dan Zaydi) serta mazhab Ibadi dan Thahiri adalah muslim. Menggelar mereka orang yang kafir dan sesat adalah sangat mustahil," kata perjanjian tersebut.

Bagaimanapun kini Shahidan berkata, Syiah menimbulkan ketegangan kepada sesebuah negara dan itulah sebabnya mengapa kerajaan menentang mereka pada ketika ini.

"Ia sudah termaktub dalam undang-undang, siapa yang amalkan Syiah maka dia bersalah. Orang itu tidak boleh amal dan kembangkan jika dia seorang dalam rumahnya pun, dia masih tidak boleh amalkan." ~tmi

1 ulasan:

  1. Zamihan adalah manusia paling meragukan, dari oenceramah yang lantang mengkritik kerjaan, kini menjadi penjilat kerajaan yang amat jijik.
    Serangan keatas kumpulan Wahabi sehingga tidak mengambil kira semasa di Makkah kita berimamkan imam Wahabi......
    Kini Syiah.... dengan 10 alasan BODOH dan DABGKAL ia sewenangnya mensyiahkan mat Sabu.....
    Menfitnah kelayakan Dr MAZA.....
    Saman sajajangan tak saman......

    BalasPadam