KUALA LUMPUR: Seramai 76 pengawal keselamatan ditahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam Ops Cantas Khas pengawal keselamatan yang dijalankan di sekitar ibu negara, pada Isnin.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa, memaklumkan, dalam operasi yang dijalankan di empat daerah melibatkan kawasan Cheras, Brickfields, Sentul dan Dang Wangi itu, 135 pengawal keselamatan diperiksa.
Jelas Khairi, kesemua yang ditahan berusia dalam lingkungan 18 hingga 45 tahun.
"Seramai 66 pengawal ditahan di bawah Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah dan tujuh orang dibawah Seksyen 15 (1) (c) Akta Imigresen kerana permit tamat tempoh," katanya dalam satu sidang media di sini Isnin.
"Dua yang lain ditahan di bawah seksyen 25 (1) (e) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 kerana memiliki kad pengenalan orang lain dan baki seorang lagi ditahan di bawah peraturan 39 (b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1953 kerana melanggar syarat permit kerja,"tambahya lagi.
Kesemua yang ditahan merupakan warganegara Nepal, Pakistan, Bangladesh, Indonesia, India, Sri Lanka dan Filipina.
Operasi yang bermula jam 10 pagi hingga 5 petang itu melibatkan kekuatan 115 anggota polis dengan kerjasama 8 pegawai pendaftaran negara.
Read more at:Sini

Tiada ulasan:
Catat Ulasan