Pengarah strategi PKR Rafizi Ramli berkata beliau akan menganjurkan satu pertandingan mengarang emel palsu dengan hadiah sehingga RM1,000 untuk melihat sama ada polis akan turut bertindak ke atas perbuatan seperti itu.
Beliau mengumumkan perkara tersebut sebaik selesai disiasat selama kira-kira 40 minit hari ini, ekoran penyebaran satu emel berhubung rancangan membuat letupan semasa sambutan malam tahun baru 31 Disember.
Katanya, PKR akan menganjurkan pertandingan itu sebagai reaksi kepada siasatan berkenaan, yang dianggapnya sebagai satu lawak jenaka.
Rafizi berkata beliau akan memilih karangan emel palsu paling menarik dan kreatif untuk ditujukan kepada perdana menteri, ketua polis negara dan timbalan ketua polis negara.
"Kita akan umumkan esok, oleh kerana kita anggap ia lawak jenaka.
"Anda (polis) bazir wang rakyat, dan bazir masa semua orang. Awak (wartawan) kena tunggu di depan ini tengah hari untuk berita.
"OK, kita anggap ia satu jenaka mengenai hal ini, dan kita nak tengok berapa banyak emel palsu yang polis nak siasat," kata beliau selepas memberi keterangan di IPD Dang Wangi hari ini.
Rafizi menegaskan, emel yang menuduh beliau terlibat dalam rancangan meletakkan bom di ibu negara malam 31 Disember depan adalah palsu. ~Malaysiakini
Dibawah emel didakwa palsu...yang dihebohkan oleh bloggers umno.....
Polis malaysia mmg rmai pelawak! Aku anti polis yg bias! Tapi aku sanjung polis2 yg ADIL! Patutnye siasat dr sumber email tu...bkn main terjah je. Ini kes mmg lawak...mane letaknye kredibiliti polis malaysia? Mane rasionalnye bertindak mcmni? Klu cmni gayanye baik buat panggilan palsu je la..sbb bertindak pn atas maklumat palsu..apaaa da!
BalasPadam