Nenek 73 tahun DIROGOL jiran
LIMBANG - Usaha seorang wanita warga emas bertarung nyawa selama 15 minit untuk menyelamatkan diri daripada menjadi mangsa pemuas nafsu serakah seorang lelaki tidak kesampaian apabila dia dipercayai dirogol di sebuah kawasan di Medamit malam Jumaat lepas.
Dalam kejadian sekitar jam 10 malam itu, mangsa yang berusia 73 tahun cuba melawan dengan menendang dan mengigit suspek tetapi tidak berdaya kerana mengalami sesak nafas.
Difahamkan mangsa yang tinggal sendiri di rumahnya didatangi suspek sebelum kejadian hitam itu berlaku.
Timbalan Ketua Polis Limbang DSP Daniel Desmond Benjamin berkata suspek yang berusia 55 tahun merupakan jiran sekampung mangsa.
“Suspek dikatakan datang dengan mengetuk pintu rumah mangsa untuk meminta lilin dan kemenyan.
“Ketika mangsa menyerahkan barang berkenaan, suspek tiba-tiba memeluk mangsa dari belakang dan membawa mangsa ke bilik serta menolak mangsa dengan kasar sehingga mangsa terbaring di katil,” katanya kepada Utusan Borneo semalam.
Kata Daniel lagi suspek yang hanya berkain sarung dan tidak berbaju kemudiannya melucutkan kain sarung dan baju mangsa dan memaksa mangsa melakukan hubungan seks.
Pada masa sama ujarnya mangsa cuba melawan dengan menendang dan mengigit suspek tetapi tidak berdaya kerana sesak nafas.
“Laporan dibuat mangsa sekitar jam 3 petang kelmarin. Kes akan disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol,” katanya.
GAMBAR SEKADAR KIASAN......
Artikel Penuh: SINI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan