12 November 2013

SUSPEK KEDUA ROMPAK AMBANK, ADA AKAUN BANK ISLAM WALAUPUN GUNA IC PALSU...APA NAK JADI DAH JADI?

BETUL KE SUSPEK KEDUA PEMBUNUH PEGAWAI BANK MELAYU, BEKERJA DI SAPURA HOLDINGS?


Penjenayah warga Indonesia yang menyamar sebagai rakyat Malaysia dengan kad pengenalan palsu yang dibeli daripada seorang lagi warga Indonesia dengan harga RM200 dan telah membunuh seorang rakyat Malaysia yang bertugas sebagai pegawai bank, telah pun ditangkap. Bagaimanapun, wang rompakan berjumlah lebih RM400,000 tidak berjaya ditemui.

Maklumat daripada penjenayah itu sendiri, membawa kepada penemuan senjata api yang digunakan untuk membunuh Allahyarhamah Norazita Abu Talib di dalam sebatang longkang tidak jauh dari bank tempat kejadian. Empat kelongsong peluru masih terdapat di dalam pump gun tersebut sewaktu senjata berkenaan ditemui.

Semalam juga, PDRM telah mengeluarkan satu lagi pemberitahuan tentang suspek kedua yang menjadi dalang dan rakan sekongkol Laode Ardina dalam kes rompakan dan pembunuhan tersebut. Suspek kedua itu dikenali dengan nama JOEMAR OMAR,berasal dari Denpasar, Bali.

Seperti Laode Ardina yang menyamar sebagai rakyat Malaysia dengan nama Ardi Hamza yang berasal dari Sabah, Joemar Omar juga turut menggunakan kad pengenalan palsu atas nama OSMAN BIN SALLEH dengan kod 12 iaitu negeri Sabah. Nombor kad pengenalan palsunya 840713-12-5207.






Hasil semakan mendapati nombor kad pengenalan tersebut tidak wujud dalam sistem! (BACA DI SINI)

JOEMAR OMAR atau nama samarannya, Osman bin Salleh bertugas di premis syarikat Sapura Holdings. Bagaimanapun, khidmat pengawal keselamatan berada di bawah kendalian pemilik bangunan.

Menariknya, penjenayah ini sekalipun menggunakan kad pengenalan palsu, boleh membuka akaun bank, sedangkan bank-bank di Malaysia khabarnya mempunyai prosedur dan pemeriksaan yang ketat, selain menggunakan pemeriksaan biometrik. (BACA JUGA SELANGORCHRONICLE)

Banyak sangat perkara menarik yang sedang berlaku terutama membabitkan agensi-agensi kerajaan yang sangat penting seperti JABATAN PENDAFTARAN NEGARAdan IMIGRESEN.

1 ulasan:

  1. JIKA mereka berjaya berjaya melepasi segala jenis tapisan keselamatan dan Biometric thumb reader untuk beurusan dengan bank dan lain-lain maka IC tu BUKAN IC PALSU ia adalah IC sebenar dan sah.
    Setakat pengesanan dua individu ini ADAKAH SATU KEBETULAN kedua IC itu originated dari Sabah? Kemungkinanya satu dalan sejuta.
    JADI MUNGKINKAH IC INI SAH DIKELUARKAN DALAM PROJEK IC YANG KINI DALAM SIASATAN komisyen Di Raja?
    Tetiba sebelum pembunuh ini ditangkap dah keluar dari mulut seorang tahap executive IC itu telah dibeli dengan harga "couple of hundred RM" .

    Apakah tidak bemungkinan data KP / IC PROJEK ini mula dipurge dari System JPN,

    Persoalan yang perlu dilihat dan ditangani secara profesional bukan secara murahan menyalahkan PR, PAS, DAP & PKR atau UMNO.

    INGATLAH SAHABAT-SAHABAT INI NEGARA KITA YANG DIROMPAK BUNUH RAKYAT KITA, JIRAN MUNGKIN JUGA SAUDARA KITA.
    Jika ia hasil keluaran projek kp / ic
    INILAH KESILAPAN DARI MANUSIA YANG RAKUS KUASA HARGANYA TERLALU MAHAL.

    BalasPadam