PRK Sungai Limau: Semua 17 pusat undi mula dibuka 8 pagi
YAN: Pengundi mula beratur seawal jam 7.30 pagi di pusat mengundi Sekolah Kebangsaan Dulang di sini untuk membuang undi pada jam 8 pagi sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau.
Proses membuang undi itu berjalan lancar dalam cuaca baik tanpa sebarang kejadian tidak diingini, walaupun peraih undi setiap parti yang bertanding dilihat cuba meraih undi orang ramai pada saat-saat akhir di luar pusat mengundi.
Keadaan trafik di pekan Yan juga dilihat lancar dan terkawal namun sedikit perlahan di beberapa jalan utama di sepanjang pusat mengundi di sini.
Bagaimanapun keadaan itu dijangka kembali reda apabila pengundi yang bekerja selesai membuang undi dan masuk bekerja selepas jam 9 pagi.
Seramai 499 pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), 116 anggota polis serta 58 ketua tempat mengundi (KTM) terbabit pada proses pengundian ini, yang membabitkan 58 saluran dan 17 tempat mengundi.
Terdahulu, SPR menjangkakan keputusan PRK DUN Sungai Limau akan diketahui selewat-lewatnya 10 malam ini dan pusat penjumlahan undi adalah di Dewan Lukman Al-Hakim, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Yan.
DUN Sungai Limau mempunyai 27,222 pemilih berdaftar dan daripada jumlah itu, 25,323 orang atau 93 peratus ialah pengundi Melayu, Cina (1,842 orang atau 6.7 peratus), India (15 orang atau 0.6 peratus) dan selebihnya kaum-kaum lain.
PRK DUN Sungai Limau menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional, Dr Ahmad Sohaimi Lazim dan Mohd Azam Abd Samat dari PAS.
Ustaz Azam seru pengundi keluar awal
JERAI: Calon PAS pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Limau, Ustaz Mohd Azam Abd Samat menyeru para pengundi keluar mengundi lebih awal bagi mengelakkan nama-nama pengundi disalah guna.
Katanya, dengan keadaan cuaca yang tidak menentu di sebelah petang, peluang mengundi lebih awal adalah waktu terbaik untuk pengundi menunaikan tanggungjawab mereka.
Selain itu, beliau juga meminta para pengundi yang berada di luar agar pulang bagi memastikan legasi perjuangan PAS dapat diteruskan.
"Membuat pilihan yang bijak, terus memilih PAS agar segala apa yang ditinggalkan oleh Allahyarham Tan Sri Azizan dapat kita teruskan. Ingat satu undi adalah satu bantah kenaikan harga barang," jelasnya ketika ditemui semalam.

Kedunguan Mahfuz, kebanggaan kami.
BalasPadam-PAShit
setakat dungu boleh terima lagi..tapi kalau dah jadi lembu sendiri mau ingat la bro
BalasPadam