23 November 2013

PANAS! BONUS KAKITANGAN KERAJAAN SELANGOR DUA BULAN?


MB umum bonus kakitangan kerajaan negeri Isnin ini
BANDAR TUN RAZAK 23 NOV: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan mengumumkan bayaran bonus kepada kakitangannya, 25 November ini.

Beliau berkata, pengumuman yang dinanti kakitangan kerajaan negeri itu akan dibuat selepas mendapat kelulusan Dewan Negeri Selangor (DNS) yang akan menyambung persidangannya minggu depan.

“Tunggu pengumuman hari Isnin nanti, saya akan beritahu,” katanya pada sidang media Majlis Penyerahan Memorandum Bantahan Kenaikan Cukai Taksiran Penduduk Bandar Tun Razak di tapak pasar pagi Jalan Jujur, di sini, hari ini.

Ketika diminta mengulas lanjut, Abdul Khalid tidak menafikan sama ada pemberian bonus itu turut membabitkan guru sekolah agama di Selangor.

Sebelum ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan, Ng Sue Lim ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2014 Negeri Selangor dalam DNS mencadangkan supaya kerajaan negeri memberi bonus kepada kakitangannya sebelum bermula musim persekolahan 2014.

Sue Lim, berkata pemberian bonus itu mampu meringankan bebanan yang ditanggung ibu bapa dalam membuat persiapan persekolahan anak mereka selain menghargai jasa kakitangan kerajaan negeri.

Kali terakhir kerajaan negeri membuat bayaran bonus kepada kakitangannya adalah sebelum menjelang Hari Raya Aidilfitri dengan bayaran sebulan gaji berbanding kakitangan kerajaan pusat yang hanya menerima bantuan raya sebanyak RM500.

Najib umum Bonus Setengah Bulan Gaji Atau Minimum RM500 Kepada Penjawat Awam


najib-bentang-budget-2014
Kira-kira 1.4 juta penjawat awam akan menerima bonus setengah bulan gaji atau minimun RM500, demikian diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Najib yang juga Menteri Kewangan berkata bagi meringankan lagi beban golongan pesara, kerajaan juga akan memberi Bayaran Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM250. “Bayaran bonus dan bantuan khas kewangan ini akan dibayar pada awal Januari 2014,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2014 di Dewan Rakyat.
Pada Ogos lepas, sebagai persiapan Hari Raya, Bayaran Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM500 dan RM250, masing-masing telah dibayar kepada penjawat awam dan pesara.
Bayaran bantuan khas kepada penjawat awam itu adalah untuk Gred 1 hingga Gred 54.

1 ulasan:

  1. Sesungguhnya ALLAH mengurniakan rakyat Selangor seorg pemimpin yg amanah. Ini kerana rakyat Selangor mensia2kan akal fikiran yg dikurniakan ALLAH utk memilih pemimpin. Seban hari ada sahaja berita gembira utk rakyat Selangor meringankan bebanan kehidupan. Belum pernah ada criteria seperti MB Khalid ada pada pemimpin2 UMNO.

    BalasPadam