Mukhriz kesal ayah Jamil Khir jadi modal PAS
Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir kesal apabila PAS dilihat cuba mendapatkan kelebihan politik dengan ziarah mereka ke rumah ayah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang sakit angin ahmar sejak tiga tahun lalu di Kampung Sedaka, semalam.
Menurutnya, timbul tanda tanya terhadap keikhlasan ziarah yang dilakukan Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar dan calon PAS, Mohd Azam Abdul Samat apabila berita lawatan itu disiarkan serta-merta dan dilakukan dalam tempoh berkempen.
"Ini soal keikhlasan, saya tertanya-tanya apa niat beliau apabila dia melawat ayahanda Datuk Seri Jamil Khir Baharom tetapi ambil gambar dan terus dimuat naik.
"Jadi hari ini kita tertanya-tanya tujuannya," katanya pada sidang media di bilik gerakan BN petang tadi.
Harakahdaily hari ini melaporkan Mahfuz dan Azam semalam menziarahi Baharom Ramli, 77 tahun yang telah sakit diserang angin ahmar selama tiga tahun.
Lidah rasmi PAS itu melaporkan Mahfuz memberitahu yang Baharom mendoakan agar PAS terus menang di Sungai Limau dan berhasrat untuk bertemu Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.
Bercakap lanjut dalam sidang media sama, Mukhriz berkata BN juga ada melakukan ziarah hormat kepada balu almarhum Tan Sri Azizan Razak namun mereka tidak pula cuba untuk mendapat sebarang liputan media yang meluas tentang tindakan itu.
"Kalau kita nak cakap ikhlas, malam sebelum penamaan calon (selepas pengumuman calon BN) saya dah bawa calon kita buat kunjungan kehormat ke rumah Puan Seri Faekah selama dua jam.
"Saya perkenal calon kita, maklumlah tempat ini tempat almarhum Tan Sri Azizan.
"Saya tak ada pula nampak gambar dari pertemuan itu dimuat naik.
"Tak ada pula saya gunakan itu sebagai modal kempen," katanya.
Sebelum ini, Datuk Seri Najib Razak juga pernah melawat bekas menteri besar Kelantan, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat sewaktu pilihan raya kecil Bagan Pinang berlangsung.Gambar lawatan tersebut dicetak pada poster dan dijadikan bahan kempen BN pada lawatan itu.

APA MASALAHNYA AYAH JAMIL KHIR PUN AHLI PAS.....
DENGAN KENAIKAN HARGA GULA DALAM BAJET 2014....MULAI ESOK PUN UMNO JENUH LE.....NAK JAWAB.......
JERAI: Baharom Ramli, 77, mendoakan agar calon PAS, Ustaz Mohd Azam Abd Samat memperolehi kemenangan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Limau.
Beliau merupakan ayah kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir yang diserang angin ahmar sejak tiga tahun lalu menerima kunjungan Ustaz Azam dan Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar di kediamannya di Kampung Sedaka, semalam.

bese la mukriz oiii...hang mmg bangang la mukriz. Time PRU/PRK xde sape yg ikhlasnyer der. Lu ni naik dlm politik betul2 sbb lu anak bekas PM bkn sbb lu cerdik atau lu mmg layak. Lu sama je dgn Najib, Hishamudin...kalau lu bkn anak bekas PM rasa2nya lu keje jaga je dgn iron lady tu...muahahaha
BalasPadamRilekla Al Mukhriz Al Mahathir. Besalaa zaman siber kan..segalanya dimuat turun dengan segera. Mat Yo pun tak pasal2 kena cabar gara-gara muat turun.
BalasPadamMat Yo rilek ja..tendang bola makin kuat.
Nampak sangat UMNO parti kaki mengungkit. Dah ko buat baik dah ziarah balu simati ko diam sajalah kalau benar niat tu Ikhlas.
Tak de yang ikhlasnya kalau dah giler nak berkuasa.
Ikhlas tu milik Tuhan yang tentukan.
Boleh ke ko tu jadi semut hitam, melata diatas batu hitam, didalam malam pekat hitam!!
Betulka iklas
BalasPadam