KLANG, 13 OKT : Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyambut baik pandangan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap pengurusan dana Kerajaan Negeri dibawah pentadbirannya.
Malah, Abdul Khalid menyifatkan teguran dan kritikan adalah amalan sihat yang dibudayakan dalam kepimpinan Pakatan Rakyat.
“Itu perkara biasa, kita (Pakatan Rakyat) sentiasa mengalakkan perbincangan dan meraikan pendapat,”ujarnya.
Semalam, Anwar ketika berucap di pentas terbuka semasa forum berhubung Laporan Ketua Audit Negara 2012 di Petaling Jaya berkata Abdul Khalid seharusnya mengimbangi perbelanjaan dengan simpanan kewangan Kerajaan Negeri.
Sebaliknya, Anwar menyukai cara Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan contoh pemimpin PR yang berjaya menguruskan belanjawan yang seimbang.
Menjawab pandangan Anwar itu, Abdul Khalid berkata usaha mengumpulkan dana adalah jauh lebih sukar berbanding membelanjakan dana yang ada.
“Apa yang membezakannya adalah strategi pengurusan dana (antara Selangor dan Pulau Pinang). Saya merasakan adalah sangat sukar untuk mengumpulkan dana berbanding membelanjakan dana,”
“Bagi Selangor, untuk membelanjakan dana ini dilakukan dengan penuh tertib supaya rakyat tahu kemana duit mereka dibelanjakan,” jelasnya kepada TVSelangor seusai Majlis Penyerahan Lembu Korban 2013 di Masjid Kampung Pendamar hari ini.
Padan muka DSAI......
BalasPadamNAK TUNJUK BIJAK
TOLONG LAH DSAI,
I support you dari Baling, kedalam ABIM, berpisah kitika masuk lobang najis umno, kembali bersama di era roformasi....... Mgmbantu menolak kerusi roda chandra di Sabah.... Bersama Wan Azizah....
Kebelakangan ini suara mu agak sumbang dan canggong bagi saya......
Nafsu untuk memimpin negara mengatasi kewarasan minda.... Hingga terikut gerak tari Azmin.....
Mengkeritik, menegor boleh tapi biarlah dalam foram betul..... Bukan dalam majlis awam...maruah sahabat perlu dijaga..."..
DSAI belajar drp Husam kut... he3!
BalasPadammenegur tak kena tempat. semua tu sebab rasa sendiri yang hebat lebih drp yang lain. kalo kita terer buat roti canai uli dengan kaki... tak semestinya kita terer bancuh teh guna kaki gak...
Husam pun satu... masa tewas cubaan kali pertama dulu ditawar jadi ajk pusat melalui lantikan siap nak tanya abe mat sabu lagi... mat sabu terima, diapun terima... macam mana nak jadi pemimpin besar kalo jiwa kecik... 6 bulan baru hadir mesyuarat...
cerita panjang pun tak guna... nama pun jamaah islam... gunalah cara berjamaah... ini tak kira tempat... alasannya nak jaga jamaah. mangkuk betullah... tu bukannya jaga... tu meruntuhkan adalah weh....
paparock
DSAI dah nula tunjuk tanfa penuaan dan nyanyok macam tun m, malangnya ia berlaku agak lebih awal dari tun m sampai juga 70an baru sasau meracau, DSAI pula mula melalut kelulut pada usia muda sikit pada saya, saya 67+ tapi masih ingin ketika di Baling, sama- sama jelajah Johor semasa bersama ABIM, bercerai talak satu semasa DSAI terjun bersama umno, rujuk lepas reformasi, kena balun dan sumbat dalam lori..... Namun tak serik lawan tetap lawan atas PRINSIP KEADILAN untuk rakyat...
BalasPadamUntuk DSAI JANGAN JADI TUN M, semua orang tak betul dan tak kena... Yang betoi hang saja..... Piiiii raaaah sahabat ku yang dah mengidap syndrom mamak tun m.
Maaf.... Perjuanagna ku bukan kerana DSAI..... PERJUANGAN KU KERANA RAKYAT DIPERKOSA SEKEHANDAKNYA OLEH UMNO BN.....